“Anaz betul ke nak pergi sekarang ni?”soal Puan Raissya terhadap anak sulung kesayangannya yang bosan hanya duduk dirumah.Sesekali dia teringin untuk merasai dunia luar.Sudah dua hari Mayra tiada.Ketiadaan Mayra membuatkan dia merasai lebih kesunyian.Namun,nalurinya enggan mengakui.
“Maafkan mama tak dapat nak teman sebab mama pun kena pergi meeting francais kita dengan papa.Kalau Anaz nak mama bawak next time.Esok ke,”beritahu mamanya lagi merujuk kepada perniagaan yang diasaskannya bersama Encik Ayden.Lebih kurang sepuluh tahun yang lepas,mereka bermula secara kecil‐kecilan.Encik Ayden dan Puan Raissya membuka perniagaan runcit berasaskan produk muslim.Dan,Alhamdulillah kedai runcit mereka yang bernama Suci Halal itu mendapat banyak permintaan daripada pelanggan yang sememangnya mencari produk makanan keluaran orang Islam dan halal yang semakin sukar didapati.Malahan ramai yang berminat untuk membuka francais dibawah perniagaan runcit yang ditubuhkannya itu,Suci Halal.Dan,setiap bulan Encik Ayden dan Puan Raissya akan membuat meeting bersama francais‐francais dibawahnya demi kemajuan bersama.
“It’s okay ma..Anaz boleh pergi dengan Danish dan Uncle Zareef.”suara Anaz merujuk kepada nurse yang menjaganya,Danish dan driver keluarganya yang dipanggil Uncle Zareef.
“Ye Puan.Puan jangan risau.Saya boleh jaga Anaz,”sahut Danish yang berdiri disisi Anaz dengan secangkir senyuman.
“Okay,mama pergi dulu sayang,”ujar Puan Raissya lantas mengucup kepala anak bujangnya itu.Anaz menyalami ibunya.
*****
“Macam mana Salahuddin bersekolah ibu?”soal Mayra kepada ibunya Puan Annur yang sedang menyiram pokok bunganya yang merimbun.Sememangnya Puan Annur sangat menggemari kerja tersebut.Pelbagai pokok bunga telah dibelinya dari kedai bunga berhampiran rumah.Bunga mawar adalah antara bunga yang paling disukainya.Sementara Mayra pula agak menggemari kaktus yang tidak perlu penjagaan rapi itu.
“Elok je dia sekolah.Baru pergi Kem kat sekolah dia hari itu.Boleh tak ada air pulak kat sekolah masa hari kem tu,”cerita ibunya tentang anak lelaki bongsunya Salahuddin atau lebih mesra dipanggil Deen.
“Haaa?Habis tu macam mana?”soal Mayra yang galak berkemas sambil menyapu rumah kepunyaan Puan Annur dan Encik Nazrey itu.Dia memandang ibunya dengan riak sedikit terkejut mendengar mengenai perkara itu.
“Ada air tangki.Cikgunya pesan supaya jimat‐jimat jelah.Eloklah dia pergi kem tu.Dia pun memang nak,”balas Puan Annur mengenai anak bongsunya yang bersekolah di sekolah integrasi itu.
“Owh..”Mayra menarik nafas lega.Deen pada ketika itu belum balik sekolah lagi memangdangkan waktu persekolahan sekolah integrasinya berakhir pada pukul 4 petang.
“Jap lagi Mayra ambik Deen ya,”pesan ibunya memandangkan Encik Nazrey tiada dirumah pada ketika itu.
“Okay,ibu.Eh,tapi mana ayah pergi?”tetiba Mayra teringat akan ayahnya yang tiada dirumah pada ketika itu.
“Kan ibu dah kata semalam,ayah pergi meeting francais dia.Ayah kan jadi francais bawah bapak mertua Mayra tu.”Puan Annur mengingatkan Mayra sekali lagi.Kebetulan pula yang selama ini perniagaan runcit produk muslim dan makanan halal keluaran muslim yang dibukanya melalui francais Suci Halal itu diasaskan oleh Encik Ayden,bapa mertua Mayra.Melalui Suci Halal,hanya ayam organic dan telah disahkan sembelihannya oleh orang Islam dan secara Islam itu antara produk yang dijual melalui perniagaan tersebut.Dah dikhabarkan semalam tentang ayahnya yang perlu menghadiri meeting pada hari ini.Apalah yang berada difikirannya ketika itu,getus hati Puan Annur.
“Owh,lupa.Mayra lupa.Sorry ibu..”Mayra menghadiahkan secebis senyuman malu pada ibunya.Lagi malu bila dia teringat yang ketika ibunya memberitahunya tentang perkara itu,fikiran Mayra sedang melayang,mengelamun mengingati seorang jejaka yang jauh dari sisinya ketika ini.Apa lagi kalau bukan Anaz namanya.Entah kenapa,terdetik rasa rindu pada jejaka itu.Namun,hati Mayra pantas menafikan.
*******
Anaz memandang sepi setiap kedai yang dilaluinya di shopping complex Mitsui Outlet Store yang berdekatan rumah keluarganya itu tanpa terdetik untuk membeli apa‐apa walaupun telah ditanya beberapa kali oleh Danish dan Uncle Zareef.
“It’s okay,Danish,Uncle Zareef.Anaz tengok je.Kalau ada apa‐apa Anaz nak beli Anaz bagitahu,” jawab Anaz apabila ditanya oleh dua orang insan yang menemaninya pada ketika itu.
“Kalau Uncle Zareef dan Danish nak beli apa‐apa cakaplah.Anaz belanja,”pelawa Anaz lagi.
“Kami pun tak pasti boss.Rambang mata sangat ni,”suara Danish yang setia menolak wheelchair Anaz.
“Ha’ah.Uncle pun tak pasti.Jalan‐jalanlah dulu.Window shopping,”balas Uncle Zareef yang seperti seorang pengiring itu lagaknya.
“Ehh..sat eh.Uncle nak p toilet jap,”suara Uncle Zareef lagi tatkala melihat signboard toilet dihadapan matanya berdekatan butik Swarovski itu.
“Okay kami tunggu kat depan ni,”ujar Danish pula yang kemudiannya berbual rancak dengan Anaz.
“Eh..handsomenya that guy..You nampak tak?”suara seorang perempuan dari jauh namun masih boleh didengari mereka sambil tangannya seolah menunjuk kepada Anaz.
“Eh mana?”suara kawannya pulak.
“Tu..lah yang sedang duduk tu.”
“Wheelchair?”
“Alamak,muka handsome tapi oku pulak.”
“Ha’ah..Oku lah..Alaa..tak naklah.Baik ambik yang berdiri tu asalkan normal.”Bincang mereka berdua seolah‐olah kedua‐dua lelaki tersebut mahukan mereka.Wajah Anaz tetiba terasa panas.Terasa betapa kecilnya dirinya dimata masyarakat mendengar perbualan itu.
“Cool je boss.Dorang tak tahu apa‐apa tu.Abaikan.Lantaklah dorang,”suara Danish yang turut panas mendengar perbualan itu seakan memujuk.
Usai Uncle Zareef keluar dari toilet,mereka berjalan‐jalan lagi.
“Eh,cutenya lelaki tu,”tunjuk seorang perempuan dari arah bertentangan kearah Anaz.Masih mampu disedari mereka walaupun cuba disembunyikannya.
“Alaa..dia..C‐A‐C….Dia tak boleh jalanlah.”
“Ha’ah laa..Kesiannya.”
“It’s okay,abaikan je Anaz.I yakin you akan sembuh.They know nothing.”Danish menenangkan Anaz untuk kesekian kalinya walaupun dia jua panas mendengar akan mulut‐mulut yang mengata tentang kekurangan lelaki itu.
“Takpe,abaikan je.Jom pergi minum,”ajak Uncle Zareef tenang.
“Tak semua orang macam tu.You jangan risau boss,”suara Danish yang memang suka memanggil Anaz dengan panggilan ‘boss’ itu sambil menepuk‐nepuk bahu Anaz.
Dan begitulah hari yang dilalui Anaz pada ketika itu.Meskipun ramai yang seolah berminat melihat wajahnya,tapi ramai jua yang tidak sanggup menerima kekurangan yang ada pada dirinya walaupun mereka cuba menyembunyikannya.Terasa betapa hinanya diri Anaz.Namun,dia yakin seperti apa yang dikatakan oleh Danish,tidak semua orang begitu.Apakah tiada siapa yang mampu menerima dirinya seadanya?Bagaimana pula dengan Mayra?Adakah Mayra sememangnya menerimanya seadanya atau hanya kerana ingin menebus kesalahan Mayra semata seperti apa yang telah dijanjikan mereka?Meskipun dia tahu Mayra akan terikat dengannya seumur hidup sperti yang dijanjikan jika dia tidak sembuh,dia tetap berharap yang Mayra sebenarnya rela menerima kekurangan dirinya seadanya. Hati Anaz terluka pedih.
********
“Mayra pergi kedai jap.Belikan ibu barang,”pinta Puan Annur dipagi yang hening itu.
“Nak beli kat mana ibu?Barang apa?”soal Mayra terhadap Puan Annur yang baru keluar dari dapur dan sedang mencari bahan untuk membuat sarapan.
“Nah.”Puan Annur menyerahkan list barangan ke tangan Mayra yang sedang duduk menonton tv diruang tamu itu.Mastura,adiknya yang baru berusia lapan belas tahun itu turut menonton bersama.
“Nak duit tak?”soal Puan Annur pula.
“Eh tak apalah.Guna duit Mayra,lah,”sambut Mayra pula ikhlas.
“Ibu dah tak suruh Mas lagi kan bila kakak ada,”celah Mastura seolah merajuk.Selalunya dia yang ‘merempit’ ked kedai membelikan ibu barangan.
“Tak apalah,ibu kan nak manja dengan akak jap,”sahut Mayra pula.
“Jom ikut akak ke kedai,”ajak Mayra kepada Mastura.
“Jom,”ujar Mastura yang sememangnya gemar ke kedai itu.
“Si putih okay tak?”soal Mayra pada Mastura berkenaan kereta saga manual lama kepunyaan keluarga mereka yang menjadi latihan buat Mastura yang sedang dalam proses mengambil lesen itu.Entah kenapa,terdetik dihati nak bawak kereta manual yang sudah lama tidak disentuhnya itu.Kalau tidak,ke hulu ke hilirlah dia dengan honda city autonya itu.
“Okay,”jawab Mastura ringkas.
“Okay,jom naik si putih,”ujar Mayra lantas menyarung tudung sarung dikepala.Setakat pergi kedai dekat‐dekat malas pulak dia mahu ber’shawl’ bagai.Usai Mastura siap bertudung,mereka sama‐sama melangkah keluar.
“Ibu,Mayra pergi dulu ye.Assalamualaikum ibu,”pinta Mayra dihujung pintu pada ibunya yang berada didapur.
“Mas pergi dulu ya ibu.Assalamualaikum,”sahut Mastura pula yang turut meninjau dihujung pintu.
“Ye,ye..pergilah.Jalan baik‐baik ya.Waalaikumussalam,”balas Puan Annur dihujung dapur.Mayra
menghidupkan enjin kereta.
Usai membeli barang di Speedmart di Taman Seroja yang berdekatan rumah mereka,Mayra melangkah balik ke arah kereta sambil diikuti Mastura.Rancak mereka berbual.
“Alamak,adik,susahlah nak reverse ni.Ada lori kat belakang tu.”Suara Mayra yang memanggil Mastura anak ketiga Puan Annur itu dengan panggilan adik.Mastura dipanggil adik memandangkan jarak umurnya dengan Salahuddin yang agak berjauhan itu membuatkan dia seolah‐olah anak bongsu sebelum hadirnya Salahuddin yang kini telah pun berusia 11 tahun.
“Alaa..ada lori pulak kat belakang ni.Semak betullah.Takde orang pulak tu,”balas Mastura pulak agak geram.
“Alamak macam mana ni dik?Dahlah kereta ni stereng berat,”suara Mayra pulak agak cemas.
“Perlahan‐lahan kak.Kau reverse perlahan‐lahan.Kau jangan sampai terlanggar pulak audi A7 kat sebelah ni.Naya kita nak membayar kereta mewah ni karang,”ujar Mastura pula kerisauan.Mayra cuba mengundurkan saga lama itu perlahan‐lahan.Namun,dia kehadapan balik kerana seperti tiada ruang untuk dia memusing.
“Adik..Akak tak bolehlah.Dah lah kejap‐kejap banyak kereta lalu kat belakang ni,”suara Mayra sedikit panik.Peluh sudah membasahi dahinya.
“Alamak..akak.Kau dahlah parking cam ni.Adoi.Patut parking hadap jalan tadi.Patut kau bawak je honda kau tu kak.”Mastura berkata sedikit geram.Mana tahu jadi macam ni.Dia ingat Mayra tersangatlah hebat membawa kereta manual yang agak berat ini memandangkan dia masih lagi ‘merangkak’ membawanya.
“Alaa..mana akak tahu.Tunggulah jap sampi lori tu pergi.”ujar Mayra sebelum ada seseorang mengetuk cermin sebelahnya.
“Meh saya reversekan.Dari tadi perasan cam susah je.”suara seorang lelaki yang memberi seribu kelegaan buat diri Mayra.
“Okay,okay boleh,”sambut Mayra terus keluar dari kereta.Mata Mastura pula sudah membulat. Bagaikan tidak percaya.Pemilik audi yang terparking disebelah mereka!Pasti lelaki itu risau jika mereka melanggar kereta audinya itu.Mayra membiarkan si pemilik audi A7 itu mengalihkan kereta saga yang dibawanya itu.Sementara Mastura pula yang secara tidak langsung menemani lelaki itu mengalihkannya hanya mampu tergamam.Pengalihan berjaya!Kereta saga mereka diparkingnya sekejap disisi jalan sebelum Mayra mengambil alih.
“Berat sterengnya,”ujar lelaki itu ringkas sambil terus berlalu.
“Terima kasih tau,”ucap Mayra pula penuh kesyukuran.Dia masuk semula ke tempat pemandu.
“Akak!”Panggil Mastura dengan wajah memerah.Dia masih lagi tergamam dengan apa yang
berlaku.
“Apa?”
“Handsomenya dia.Baby facelah wajah lelaki tu.Macam muka Zoey pun ada.Dahlah bawak
audi,”puji Mastura yang baru berusia 18 tahun itu melambung‐lambung.
“Dah adik,jangan berangan.Muka muda cam tu tak mungkin dia punya.Entah‐entah driver
kot.Tu dia risau takut akak reverse langgar kereta boss dia tu.”teka Mayra pulak.
“Akak!Bersyukurlah!”getus Mastura sedikit geram.Tak kira siapa pun lelaki tu,baginya sangatsangatlah
kacak!
“Ye,ye akak bersyukurlah tapinya.Dia siap kata stereng kereta ni berat tadi.Haha..Dahlah,jom
balik,”ujar Mayra kelegaan sambil memandu pulang kerumah ibunya di Taman Ixora.
“Akak tak minat ke orang muka kacak cam tu?”soal Mastura sambil mengukir sedikit
senyuman.
“Haishh kau ni dik.Akak kan dah ada suami,”balas Mayra mengingati suaminya Anaz.Entah
macam manalah keadaan Anaz sekarang.Walaupun baru sahaja 3 hari dia meninggalkan jejaka
itu disana.Apakah Anaz sihat‐sihat sahaja?Tiba‐tiba hati Mayra terdetik.
“Yelah,abang Anaz.”Mastura menghadiahkan senyuman simpul.Bagaikan baru teringat yang
dia mempunyai abang iparnya yang seorang itu.Setelah abang sulungnya Suhail berkahwin
dan kakaknya Mayra mendirikan rumah tangga,Mastura kini mempunyai seorang abang ipar
dan kakak ipar.
“Mungkin dia jodoh adik kot,”usik Mayra pada Mastura.
“Mungkin.Mana tahu kan.Jodoh tu kan rahsia Allah,”balas Mastura bersahaja.Mayra
menyokongnya sambil ketawa mendengarnya. Sudah ada perasaan dah adiknya yang seorang
nih.Saga putihnya telah pun selamat memasuki kawasan Taman Ixora.Apa pun,Mayra
bersyukur,ilmu memandu secara manual masih lagi dikuasainya.Hmm..Tak sabar nak makan
masakan ibu sekejap lagi!Anaz..!Entah kenapa,dia merindui pemilik sebaris nama itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan