Label

Jumaat, 18 November 2016

Cerpen Suamiku Mr.Wifi

Hari pertama menjadi isteri kepada lelaki yang langsung dia tidak kenali, cukup mencabar buat Nadiah. Apatah lagi perkahwinan ini berlaku secara tiba‐tiba. Bukan dia terpaksa atau kena paksa okey. Ini bukan cerita kahwin paksa seperti di dalam novel yang berlambak dekat pasaran tu. Biarlah dia terima dengan ikhlas dan hati terbuka. Lagi pun, okey apa suami baru dia tu. Rupa ada, kerjaya ada. Semua seperti rumah dan kereta telah pun lelaki itu miliki.

Apa yang tak bestnya sekarang ini adalah, lelaki merangkap suaminya itu agak pendiam sikit. Terfikir jugak, suami dia ni pemalu atau memang jenis tak banyak mulut? Kalau tak banyak perkataan dialog dia cakap, macam mana nak habiskan cerita ni kalau words pun tak cukup?

Eh tak, maksudnya, macam mana nak wujud komunikasi antara suami dan isteri.

“Abang dah nak pergi kerja ke?” soal Nadiah pada suaminya yang sedang menghabiskan sisa air oren di dalam gelasnya.

“Haah. Nak pergi dah,” jawab Syafiq pendek sambil melangkah meninggalkan ruang makan
menuju ke pintu utama rumah.

Baru saja Syafiq ingin melangkah ke kereta, isterinya memanggil sambil menghulurkan tangan.

“Awak dah kenapa? Awak ada buat salah ke?” soal Syafiq, pelik bila isterinya menghulurkan tangan.

Nadiah tak puas hati.



Pap!

Lagi menghairankan Syafiq bila isterinya dengan tiba‐tiba terus menutup pintu rumah dengan kuat. Apa kena isterinya pagi ni? Tadi elok aje.

Selesai membuat kerja di komputer, Syafiq meregangkan urat tubuhnya dek keletihan melihat coding yang panjang berjela sampai ke lantai gamaknya.

Sedang dia merenung sendirian dalam pejabat, dia terfikir untuk menghubungi seseorang. Nak tanya sesuatu agaknya.

“Assalamualaikum mak. Afiq nak tanya ni,” sapa Syafiq terus ke tujuan utama dia menelefon emaknya.

“Waalaikumusalam. Hah, ada apa call mak ni? Tak sampai 24 jam akad nikah, dah rindu mak?” soal Datin Syaira memerli anak lelakinya.

“Tak ada apalah mak. Saja call. Afiq nak tanya sesuatu dekat mak ni,” kata Syafiq serba salah pula hendak bertanya.

“Nak tanya apa?” soal Datin Syaira, sedikit hairan.

“Tadi, sebelum nak pergi kerja, kenapa Nad nak salam dengan Afiq?”

Serius, macam soalan bodoh pulak pertanyaan Syafiq itu.

“Tulah… jangan ingat sistem operasi yang kita pakai dekat komputer tu aje kena update. Diri kita ni pun kena update jugak. Kenapalah kamu ni teruk sangat Syafiq Izzat ooii…” Datin Syaira sudah membebel.

Syafiq hanya memejamkan matanya saja bila kena syarah. Salah dia ke? Dia tak tahu.

“Kan dah jadi kebiasaan bila suami nak pergi kerja, isteri akan cium tangan suami. Takkanlah itu pun kamu tak boleh fikir. Update sikit dalam kepala tu,” sambung Datin Syaira dengan bebelan.

Syafiq sudah tersengih. Oh macam tu ke? Syafiq hanya mampu ketawa sendirian.

“Okeylah mak. Sorry kacau mak tau. Afiq nak sambung buat kerja. Assalamualaikum,” ucap
Syafiq cepat‐cepat mahu menamatkan panggilan. Kalau dibiarkan lama, mahu semakin berjela-jela bebelan emaknya. Silap‐silap, sampai esok pun tak habis.

Baru beberapa minit Syafiq menamatkan panggilan, telefonnya tiba‐tiba menjerit minta
diangkat. Syafiq melihat nama si pemanggil dengan keluhan berat. Tak ada makhluk lain ke
nak telefon aku masa ni? Desah Syafiq.

Dalam terpaksa, Syafiq mengangkat menjawab, dia dapat menebak soalan yang bakal diaju
nanti. Tak percaya? Jom dengar.

“Awak kat mana?” soal si pemanggil yang jelas seorang wanita dari nada suaranya.

“Straight to the point,” ucap Syafiq setelah sampai ke lokasi yang telah dijanjikan iaitu sebuah restoran mewah yang entah di mana si Amira pilih.

“Iz… you pergi mana dua tiga hari ni? I call you tak dapat pun. Asyik masuk voicemail aje. Habis kredit I tau,” Amira merungut manja sambil tangannya ingin cuba mencapai tangan Syafiq.

“Wait, wait. Apa ni?” soal Syafiq sambil menunding jari tepat pada tubuh Amira.

“Ni bajulah sayang,”jawab Amira.

“Baju? Dah macam bekas banduan dah I tengok. Jalur hitam putih. Elok sangatlah. Lengan tak ada. Apa hal makin teruk you ni?” sindir Syafiq, pelik dengan gaya pakaian yang dikenakan oleh wanita free hair di hadapannya itu.

“Sayang, inilah namakan fesyen,” ujar Amira, geram bila lelaki di hadapannya itu berkata cuba mempertikai tentang pemakaiannya.

“Enough. You nak cakap apa? Inak lunch dan after that, Inak masuk ofis semula,” kata Syafiq, serius sekali.

“Sayang, kita lunchlah dekat sini. I dah lama tak makan dengan you,” pujuk Amira agar lelaki itu sudi makan tengah hari dengannya.

“No! Dekat sini mahal, I tak makan dekat tempat‐tempat macam ni,” putus Syafiq mula bangun dari kerusi yang didudukinya sedari tadi untuk beredar.

“You kan Software Engineer. Tak kan you tak mampu?,” Soal Amira.

“Sorry. Gaji I tak masuk lagi.” Syafiq memberi jawapan tak masuk akal. Hakikatnya dia sekadar beralasan.

“Eh, Boss pun nak kena tunggu gaji masuk jugak ke? Syarikat tu kan dia yang punya,” rungut Amira, geram bila lelaki itu sengaja mahu mempermainkannya dengan alasan mengarut itu.

Syafiq memarkir kereta Honda Accord miliknya di perkarangan rumah. Dia baru saja pulang
dari pejabat dan tepat dia keluar pada jam lima petang. Syafiq menutup daun pintu kereta
sebelum mengunci dengan alat kawalan jauh. Hai, tiba‐tiba je rindu isteri. Masa untuk pujuk
pulak. Detik hati Syafiq berdebar pula rasa. Kenapa berdebar eh? Macam ada benda aje bakal berlaku.

“Nad, abang dah balik,” tanpa memberi salam, Syafiq terus menerjah masuk. Ruang tamu
kelihatan sunyi. Isteri dia keluar ke?

Kena panggil sayang kot. Fikir Syafiq.

“Saa…”

“Awak dah balik?” muncul suara isterinya dari arah tangga.

“Haah. Habis je kerja, terus saya balik,” ucap Syafiq. Tadi teruja nak jumpa bini. Tak nak buat aksi romantik sikit ke? Fikir Syafiq dua tiga kali.

“Wanginya awak. Awak baru mandi eh?” soal Syafiq bila terhidu wangian yang dipakai oleh
isterinya itu.

“Haah. Mandi sekali lagi. Se…”

Belum sempat Nadiah menghabiskan ayatnya, terus Syafiq memeluk isterinya dari arah depan. Nadiah jadi hairan. Dah buang tabiat ke apa? Tadi pergi kerja macam tak ada perasaan, sekarang jadi lain pulak.

“Saya mintak maaf pasal pagi tadi. Saya betul‐betul tak tahu awak nak salam tangan saya
sebelum saya pergi kerja,” Syafiq memohon maaf tentang hal yang berlaku pagi tadi.

“Tak apalah. Benda kecik aje. Sebab tadi ma…”

“Okey, lepas ni abang tak buat lagi eh,” kata Syafiq lagi sebelum sempat Nadiah menghabiskan ayatnya. Kerja nak potong ayat orang aje.

Syafiq terus memeluk isterinya sambil berjalan ke arah dapur. Nadiah pula sudah sesak nafas bila dipeluk kemas oleh tubuh tegap suaminya. Aduh! Dahlah baru balik kerja. Macamlah bau baju tu macam Febreeze.

“Amboi… romantiknya,” tegur seorang wanita sambil tersenyum ceria melihat dua pasangan
pengantin baru itu dari dapur.

“Eh, mak. Tak tahu pulak mak datang,” ucap Syafiq sambil menahan malu. Tak pasal‐pasal
adegan dia dan Nadiah telah diperhati oleh maknya. Serius malu.

Nadiah hampir ketawa kekeh namun ditahan saja. Pelukan Syafiq serta‐merta terlerai. Syafiq sudah menahan malu yang teramat sangat.

“Tak apalah mak. Afiq naik dulu, nak mandi,” kata Syafiq lalu terus berlari. Sebab apa mak
datang? Mak datang buat apa? Mak datang naik apa? Semua soalan itu akan ditanyakan nanti. Yang penting sekarang ni, malu kena cover line dulu.

Sejak dari hari tu, asyik nak berkepit aje si Syafiq dan Nadiah. Sampaikan Nadiah sendiri naik rimas dibuatnya. Namun, sesekali dia dapat rasakan merasakan connection dengan suaminya. Macam wifi pun ada. Tak pernah tak connect. Nama pun suami isteri.

“Nanti, abang nak ada anak tak dengan Nad?” soal Nadiah saat mereka sedang menonton
televisyen.

“Ada anak ke, tak ada anak ke sama aje bagi abang. Asalkan Nad sentiasa ada dengan abang. Tapi…” kata Syafiq tergantung sekejap.

“Tapi apa?” Nadiah mula tidak keruan. Dia langsung tidak memandang wajah Syafiq ketika dia menyandarkan kepalanya di dada suaminya itu.

“Kalau abang nak anak jugak, abang tambah quota 1 gigabyte lagi,” ujar Syafiq dengan ketawa terbahak‐bahak.

Nadiah terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Sudah faham maksud suaminya itu dalam bahasa
ITnya.

Syafiq sudah tidak sedap hati bila isterinya diam saja. Sedangkan dia sekadar bergurau.

“Nad,” Syafiq cuba memanggil.

Nadiah terdiam lagi.

“Nad, abang bergurau aje lah,” ucap Syafiq takut hati isterinya terguris. Dia memeluk Nadiah dengan kemas. Dia mengucup ubun‐ubun kepala isterinya penuh kasih.

“Nad…” panggil Syafiq melihat wajah isterinya itu.

Apa yang dia dengar, hanya dengkuran halus yang terbit dari bibir Nadiah. Dah tidur pulak dia ni. Apa yang jelas, kelihatan air mata mula mengalir dari tubir mata isterinya. Syafiq disapa rasa serba salah. Harap Dia berharap Nadiah tidak ambil hati.

Sedar‐sedar aje, dia sudah berada di atas katil. Bukan ke aku tertidur dekat sofa semalam?
Nadiah bertanya pada dirinya sendiri. Dia tidak dapat bergerak. Patutlah, si suami memeluknya dari belakang. Hembusan nafas suaminya langsung dia tidak perasan tadi. Makin lama, asyik nak berkepitlah pulak. Ingat malu‐malu lembu. Macam wifi pulak. Asyik nak ada connection aje.

Nadiah sudah membebel di dalam hati.

Disebabkan dia tak nak mahu mengalih tangan si Syafiq dari memeluknya, Nadiah cuba
melepaskan diri secara perlahan‐lahan. Kalau perlahan sangat, takut tak terlepas. Akhirnya, dia menarik tubuhnya dengan sekuat hati. Tanpa diduga, tubuhnya terjatuh dari katil dek terlajak tak sempat brek. Aduh! Pecah panggung. Eh, bukan. Nak pecah punggung aku jatuh macam ni.

Dia melihat Syafiq sudah menukar gaya tidurnya. Baik pergi mandi. Takkan nak lekat
punggung atas lantai pulak. Nadiah sedang membancuh air teh panas untuk dia dan suaminya. Sedang asyik dia mengacau teh dengan gula bagi sehingga larut dalam teko itu, tiba‐tiba dia terasa tubuhnya dipeluk dari belakang. Connection are connected. Dia ni, betul‐betul macam wifi. Tak boleh renggang sikit.

Mulalah searching a new device. Tak pun, automatically connected.

“Awak marah lagi ke dekat saya?” soal Syafiq ingin tahu.

“Taklah,” jawab Nadiah pendek.

“Betul ni?” soal Syafiq lagi inginkan kepastian.

“Ya sayang,” ucap Nadiah cuba menyakinkan. Kena manja sikit kot baru nak faham.

Syafiq tersenyum lalu mengucup pipi isterinya sebelum berlalu pergi.

Sudah! Dia dah sebarkan virus malware dekat pipi aku.

“Sedapnya nasi goreng yang awak buat ni,” ujar Syafiq sekali menjamah sarapan yang telah disediakan oleh isterinya itu.

“Awak janganlah makan banyak sangat. Nanti kenyang sangat, mengantuk pulak dekat ofis,” pesan Nadiah, risau. Apa‐apa pun, dia cukup gembira bila suaminya menyukai sarapan yang dia sediakan.

“Taklah. Jangan risau. Abang mesti tahan mengantuk punya,” Syafiq menyakinkan isterinya.

Jarang sekali dia tertidur di pejabat. Segar‐bugar aje dia mengadap coding yang berjela‐jela
panjangnya tu setiap hari.

“Boleh percaya ke ni?” soal Nadiah. Kalau dah banyak makan, sure mengantuk punya.

“Betul sayang,” kata Syafiq lagi.

Selesai saja meeting dengan client, Syafiq berasa tersangat mengantuk. Ketika meeting tadi pun matanya sudah berat gila. Nak saja dia rebah depan client tu, mujur dia masih waras untuk tidak buat begitu di hadapan pelanggannya. Oh tidak. Jatuh saham aku. Silap‐silap, boleh dapat title ‘Sleeping Engineer’. Rungut hati Syafiq.

Berat matanya sudah melampau. Terasa tubuhnya bagai ditarik‐tarik untuk ke sofa di ruang
pejabatnya itu. Akhirnya…

Hazim berjalan menuju ke pejabat Syafiq. Dia baru teringat untuk membincangkan tentang
harga aplikasi yang ingin dijual oleh pelanggan yang mereka temui tadi. Dia mengetuk pintu
sebanyak dua kali sebelum melangkah masuk.

Dekat meja tak ada, dekat atas sofa rupanya. Boleh lagi dia membuta masa ni. Hazim cepat‐cepat menutup pintu. Takut staf lain ternampak, jatuh kredibiliti mereka sebagai
pengurus syarikat Mega Software Builders. Hazim mendekati rakan baiknya itu yang sedang lena di sofa. Alahai… nasib kau tak buat peta negara Singapore. Rungut Hazim sekadar di dalam hati.

“Afiq… ooo… afiq… bangun wei. Kalau staf lain tengok, dia orang mesti ikut perangai buruk kau ni,” kata Hazim.

Syafiq terus bangun dalam keadaan mamai dengan sekali gerakan, dia melihat Hazim pelik.

“Apa hal dia orang nak ikut aku pulak?” soal Syafiq sambil mengosok matanya bagi
menjelaskan penglihatannya. Ya ALLAH, kenapa mengantuk sangat hari ni? Over sangat makan sarapan bini tadilah ni gamaknya.

“Mestilah. Tak mustahil junior akan ikut perangai abang senior dia orang,” kata Hazim
maksudnya di sebalik kata‐katanya tadi.

“Banyaklah kau. Kau datang sini ada apa?” soal Syafiq berbalik kepada tujuan lelaki itu datang ke pejabatnya.

“Oh, aku nak bincang tentang harga software yang client kita beri tadi. Dia orang kan dah
setuju dengan harga yang dia orang berikan. Tu yang aku datang sini nak bincang dengan kau. Kau pulak boleh membuta. Kau kan boss. Cuba tunjuk contoh yang baik sikit dekat adik‐adik tu,” kata Hazim memerli sahabat baiknya itu.

“Yalah, yalah. Membebel aje kau ni. Aku tertidur. Bukan sengaja tidur,” ujar Syafiq sambil
bangun dari sofa lalu menghampiri mejanya. Dia menekankan sikit sedikit perkataan sengaja agar Hazim lebih faham.

“Yalah, boss aje yang betul,” ucap Hazim memerli lagi sambil ketawa mengekeh.

“Abang dah balik!” jerit Syafiq membuka daun pintu rumahnya. Ingatkan bini sambut aku balik, macam sebelum ni, sunyi sepi rumah ni dah macam dalam hutan hujan tropika. Kalau ada anak mungkin riuh sikit kot macam rumah asuhan.

Setelah Syafiq masuk, tanpa disengajakan, dia telah menutup daun pintu dengan kuat. Tanpa dia sedari juga, jemarinya masih lagi terletak pada pintu. Apa lagi, menjeritlah si Syafiq bagai menarik tinggi menyanyi lagu Di Pintu Syurga dalam rumah akibat kesakitan.
Nadiah yang baru muncul, tersedar mendengar jeritan suaminya yang bagai di sesi uji bakat
vokal bukan sekadar rupa.

“Abang tak apa‐apa ke? Lain kali, tengoklah tangan tu dulu letak dekat mana,” ujar Nadiah
membebel.

Syafiq sudah membuat muka seposen. Dekat ofis kena bebel, dekat rumah pun kena bebel
jugak. Apa nak buat? Redha aje lah.

“Yalah, yalah. Abang tak perasan tadi,” kata Syafiq akui kecuaiannya sendiri.

“Abang, malam nanti kita pergi farmasi boleh tak? Saya macam tak sihatlah,” kata Nadiah,
meminta.

“Laa… awak deman ke? Kalau macam tu, kita pergi klinik sekaranglah,” kata Syafiq, bimbang.

“Tak payahlah. Abang kan baru balik kerja. Malam nanti kita keluar okey,” ujar Nadiah tidak
mahu menambah penat lelaki di hadapannya itu.

Syafiq hanya akur.

Syafiq menuju ke keretanya. Dia melangkah masuk ke dalam perut kereta sambil membelek
ubat‐ubatan yang dibelinya tadi.

“Okey, abang dah beli ubat ni, sayang ma…”

Ayat Syafiq tidak habis. Terkejut dia bila melihat wanita di sebelahnya bukan isterinya. Wajah wanita itu sungguh lain. Baru dia perasan. Dia tersalah masuk kereta! Bapak mampus aku! Dia terus melangkah keluar tanpa memandang wanita itu lagi yang sah bukan isterinya. Matanya dapat menangkap kereta Honda Accordnya dan terus menuju ke situ.

Dia masuk ke dalam perut kereta lalu beredar dari situ secepat mungkin. Malu gila wei, orang dahlah ramai dekat situ. Silap‐silap, suami kepada wanita tadi sedang mengejarnya.
Terpaksalah dia bawa kereta macam Need For Speed kena kejar dengan polis kerana berlumba haram. Dia memecut laju bukan kerana berlumba tapi dia bimbang dituduh cuba merampas bini orang. Mintak simpang, mintak simpang! Bukan aku nak masuk simpang ya.

“Amboi… macam mana boleh silap masuk kereta ni?” soal Nadiah sengaja mengusik. Dalam hatinya, dia sudah ketawa bagai berada di stadium MBSA menonton Maharaja Lawak Mega.

“Sorry, abang ralit sangat tengok ubat sayang tadi. Abang dah beli tu, jangan lupa makan ya. Nanti membazir,” pesan Syafiq.

Pandai dia cover line. Detik hati Nadiah. Hampir‐hampir Mr. Wifidia nak kena hack tadi.
Telefon pintar milik Syafiq berdering.

“Sayang cuba tengok handset abang tu, siapa yang mesej,” pinta Syafiq disebabkan dia sedang memandu.

Nadiah melihat pesanan itu. Bukan main terkejut lagi dia bila melihat nama si penghantar
mesej itu. Amira? Siapa Amira?

Sayang… you dekat mana? I call you banyak kali tak jawab pun. I rindu dekat you tau. – Amira Dia sudah tahu siapa wanita itu. Wanita itu cuba untuk menggodam wifi miliknya. Tidak sesekali dia akan membenarkan hal itu berlaku. Nadiah membuka aplikasi App Store dan mencari aplikasi untuk menyekat sebarang nombor.

Sesudah diinstall, Nadiah memilih nombor wanita tadi untuk dimasukkan ke dalam senarai
block list dalam telefon pintar milik suaminya.

The number has be added in blocked list.

Dia meletakkan semula telefon pintar milik Syafiq di atas desk board sambil tersenyum manis.

Hatinya puas. Wifi miliknya sudah under protected yang paling kuat. Pakai Kaspersky Internet Security lagi.

“Kenapa senyum‐senyum ni?” soal Syafiq pelik melihat gelagat isterinya itu.

“Tak ada apa‐apa,” ujar Nadiah tersenyum lagi.

Syafiq semakin hairan. Patutlah tak sihat. Mereng dah rupanya. Kata Syafiq sekadar di dalam hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan