Label

Isnin, 21 November 2016

NOVEL Berikan Aku Cinta Bab2

“Kalau kamu lemah dalam subjek ni, saya cadangkan kamu untuk mencari sesiapa saja yang
lebih tahu dengan mendalam lagi. Itu pun, jika kamu tidak sempat untuk bertemu dengan saya
untuk menyoal soalan yang kamu tidak faham. Saya tahu, ada di antara kamu yang boleh
tolong kawan‐kawan kamu yang lemah. Saya harap, kamu boleh tolong antara satu sama lain.
Saya tak minta untuk kamu dapat A dalam subjek ni. Kalau ada usaha, adalah rezeki kamu.
Kalau kamu usaha lebih, lebihlah kamu dapat,” dengan panjang lebar Cikgu Maznah
menasihatkan pelajarnya agar dapat melalui kesukaran dalam subjek Matematik Tambahan
yang di katakan, rumit oleh setiap pelajar yang mengambilnya.

Selesai saja Cikgu Maznah memberi sepatah dua kata, dia membenarkan pelajar‐pelajarnya
pulang setelah mereka lewat sepuluh minit di dalam kelas sebelum waktu pulang di jam 1
petang.

Geseran kerusi di dalam kelas itu mula berbunyi tatkala pelajar‐pelajar mula bangun sambil
mengemas barang. Suasana yang hingar dengan suara pelajar menjadikan ruang di dalam
kelas itu, bising seketika sebelum semuanya beransur pulang. Tinggal Nuraini saja kerana
terlampau banyak barang di keluarkan dan di simpan kemas di tempat asal. Seorang lelaki
menghampirinya sambil tersenyum manis.

“Boleh saya tolong?” Zamri menghulurkan bantuan ikhlas sedangkan dia ingin mendekati
wanita itu. Dia sesekali tidak akan melepaskan peluang untuk bersama wanita itu jika tinggal
mereka berdua saja.

“Tak payah! Saya bukan simpan batu. Tak perlu susahkan awak sebab semua ni barang saya.
Saya tahu macam mana nak kemas,” pantas Nuraini menghalang gara‐gara tidak senang
dengan kehadiran lelaki itu. Dia sekadar menjeling melihat lelaki itu sekilas kerana tidak
berminat untuk melayan. Bukan main cepat lagi Nuraini bila selesai sudah semuanya, terus dia
beredar meninggalkan kelas serta lelaki itu keseorangan.

Zamri tersenyum suka. Dia gembira kerana dapat melihat wajah itu bila dalam keadaan marah.
Sangat cantik di matanya. Sebab itu dia terpikat. Di tambah lagi dengan kejelitaan yang di
miliki oleh wanita itu.

Tanpa berlengah lagi, Zamri mengikut wanita yang berbaju kurung putih dan kain biru muda
serta betudung litup itu menuruni anak tangga. Sengaja dia melambatkan langkah agar tidak
di syaki bahawa dia sedang di ekori dari belakang. Setelah memastikan wanita itu sudah jauh
dari kawasan tangga, Zamri berjalan seperti biasa.

Melilau‐lilau mata Nuraini mencari kelibat kereta ayahnya jika sudah sampai di depan pintu
pagar sekolah. Namun hampa. Dia duduk dulu sementara menunggu ketibaan ayahnya di
kerusi batu yang di sediakan di pondok menunggu. Nuraini melihat sekeliling pula. Masih
ramai lagi pelajar yang tidak pulang. Jam baru saja menunjukkan pukul 1.30 petang. Dia
berputus untuk membelek buku teks untuk melihat latihan yang perlu di buat.



“Hai,” sapa seseorang yang sudah pun terpacak di hadapannya. Tanpa di pelawa, lelaki itu
duduk di sebelahnya yang masih lagi kosong. Lelaki itu tersenyum manis.

Nuraini melihat sekilas wajah itu. Berderau darahnya naik ke muka kerana bersua muka lagi
buat kali kedua. Lagi‐lagi, wajah lelaki ini saja yang perlu di tatap bila hendak pulang. Dia lebih
rela pandang muka pak cik guard yang kerja di pondok pengawal sekolahnya itu.

“Baca buku apa tu?” tanya Zamri sekadar suka sedangkan dia tahu wanita itu sedang melihat
buku teks Matematik Tambahan berwarna kuning keemasan. Di samping itu, di hiasi dengan
beberapa bulatan di hadapannya berwarna hitam.

Sekali lagi Nuraini mendengar soalan bodoh. Sudahlah duduk di tepinya tetapi masih buta,
buku apakah yang sedang di pegangnya itu. Lantas Nuraini menutup buku teks itu dan
meletakkan semula di sisinya bersama fail dengan kasar secara tidak sengaja. Semuanya dek
lelaki yang datang menyapanya itu.

“Marah ke saya tanya?” Zamri menyoal bila tersentak dengan tindakan dari wanita itu.

“Tak marah tapi menyampah!” seranah Nuraini dengan suara yang sedikit tinggi. Tanpa di
duga, ada juga mata yang di situ mula memandang pelik ke arahnya. Dia juga yang tanggung
malu. Rasa mahu di halau saja lelaki itu dari menganggunya. Tetapi, apa pula kata orang yang
berada di sekelilingnya? Mesti pelajar di situ akan menganggap dia sombong. Hal lain pula
yang akan terjadi.

“Kenapa?” tanya Zamri lagi pura‐pura tanya.

Ya Allah…! Ambil add math tetapi bengap macam duduk di kelas akhir. Asal geram sangat aku
dengan lelaki ni. Bahasa Melayu bukan main pandai lagi tapi tak faham‐faham bahasa. Cikgu
pulak, puji bukan main lagi bila karangan dia panjang lebar macam buat cerpen. Dah tanya
soalan bodoh, aku siap tunjuk protes lagi, boleh tanya, “Kenapa?”. Manusia zaman logam
agaknya. Hati Nuraini sudah sumpah‐seranah lelaki itu. Sengaja cari penyakit nak sakitkan hati
dia. Time tengah hari pulak tu. Lagilah panas!

“Awak tanyalah diri awak sendiri,” ujar Nuraini mula bangun ketika kelibat kereta ayahnya
sudah sampai di depan pondok menunggu.

Zamri sudah pun terpinga‐pinga di tinggalkan begitu saja tanpa mengetahui lebih lanjut sebab
wanita itu marah padanya. Akan tetapi, hatinya tetap bergembira kerana masih berpeluang
untuk berbual dengan gadis itu walaupun tidak beberapa mesra yang di harapkan. Sehari tidak
menatap wajah itu, terasa hidupnya seakan kosong bagai tidak punya makna.

Dia yang tidak mahu membuang masa itu, mula bangun mendapatkan basikal yang di
tinggalkan tadi di tepi pondok menunggu. Nasib baik tiada siapa yang mengambilnya semasa
dia sedang asyik dengan cinta hatinya itu. Zamri mula mengayuh laju meninggalkan kawasan
itu. Dia ingin pulang ke rumah untuk menyiapkan kerja rumahnya yang di beri guru tadi.

“Dah banyak kali ayah tengok Ain dengan budak lelaki tu. Ada apa‐apa ke dengan dia?” tanya
Encik Nazman buat kali kedua bila tersempak lagi dengan pelajar lelaki itu bersama anak
perempuannya. Dia hairan, seperti sedang melakukan aksi menawan hati pula jadinya tetapi
jelas di matanya seperti anaknya itu tidak selesa akan kehadiran lelaki tinggi lampai tadi.

“Tak ada apa‐apalah ayah. Ain tak berapa rapat sangat dengan dia,” ujar Nuraini sudah mula
bosan dengan soalan dari ayahnya.

“Ain tak rapat dengan dia tapi dia nampak rapat dengan Ain. Dia ada hati dengan Ain
agaknya,” duga Encik Nazman membuat spekulasi. Dia sudah pun tersenyum memandang
anaknya yang sudah pun bermasam muka.

“Tak adalah. Ain kan belajar lagi. Lagi pun, Ain bukan suka sangat dekat dia pun. Benci lagi
adalah. Suka sangat kacau Ain hari‐hari,” adu Nuraini tiba‐tiba meluahkan rasa geram di hati
yang masih berbaki dek kejadian tadi.

“Jangan benci sangat. Nanti, orang yang di benci itulah yang kita akan sayang suatu hari
nanti,” pesan Encik Nazman awal‐awal lagi. Dia hanya memberitahu perkara yang
sememangnya bakal terjadi pada sifat manusia yang boleh berubah mengikut keadaan
semasa.

Nak sayang lelaki tu? Rasa macam nak kiamat esok lusa. Dahlah ganggu aku tak putus‐putus.
Sampai naik jemu aku melayan lelaki yang tak akan faham‐faham bahasa Melayu. Harapkan
pandai je tapi bengap tahap dewa. Sekali lagi Nuraini menghamburkan sumpah‐seranah
terhadap lelaki itu sekadar di dalam hati. Bila tiba saja soal lelaki itu, hatinya panas serta‐merta.
Tak pernah nak menyejukkan hati.

“Orang dah buat sakit hati kita, nak sayang buat apa lagi. Buang masa je,” luah Nuraini tetap
dengan pendiriannya yang mungkin tidak berubah demi lelaki itu.

“Macam mana kalau orang tu nanti, akan sejukkan hati kita dan sayang pada kita? Mesti masa
takkan terbuang begitu saja,” penuh makna Encik Nazman membalas seolah‐olah tidak berapa
setuju akan kenyataan anak perempuannya.

“Apa maksud ayah ni? Nak suruh Ain kahwin dengan dia apa,” Nuraini cuba menangkap katakata
ayahnya tadi dan di kumpulkan menjadi satu agar dapat mencari jawapan tersirat dari
penyataan itu.

“Kalau itu dah jodoh, Ain kena terima dengan hati yang terbuka. Tak ada perasaan cinta pun
tak apa. Boleh pupuk lepas kahwin nanti,” tutur kata Encik Nazman membuatkan sedikit dahi
Nuraini berkerut tanda semakin tidak mengerti.

“Ayah pun, sama je macam lelaki tadi. Cepat betul kalau cakap pasal kahwin,” getus Nuraini
malas mahu berbahas lagi perihal itu.

“Ayah tak maksudkan apa‐apa dan tak terniat ayah nak jodohkan dengan pilihan ayah mahu
pun mak Ain sendiri. Semuanya Ain dapat fikir dengan baik sebab Ain dah besar panjang.
Dapat fikir baik buruk sesuatu perkara sebelum melaksanakannya,” Encik Nazman tidak putus
memberi nasihat. Dia tidak mahu anak perempuannya terlalu mengawal ego diri sehinggakan
terbawa‐bawa ke dalam kehidupan yang lebih mencabar.

Nuraini tidak lagi menatap wajah Encik Nazman, sebaliknya membaling pandangan ke luar
tingkap. Lebih baik dia berhenti bercakap dari soal itu sebelum meleret lebih panjang dan
sekadar memanaskan hatinya lagi yang kian mengeleggak ke suhu tertinggi.

Biarlah siapa jodoh dia pun. Dia tidak kisah jika lelaki tersebut tidak sesempurna lelaki lain.
Paling penting, penerimaan dirinya dari lelaki itu harus di utamakan kerana itulah yang akan
membawa ke kasih sayang antara satu sama lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan