“Alamak! Dua minggu lagi dah exam mid. Cepat betul masa. Aku baru prepare sikit je ni. Aku
takutlah Su,” keluh Nuraini bila melihat jadual waktu peperiksaan pertengahan tahun yang di
edarkan oleh ketua kelas tadi. Dia takut untuk menghadapi setiap kali ujian bulanan terutama
sekali bila dia berada di tingkatan lima. Semua peperiksaan bagaikan menentukan segala
kelemahannya di situ. Semua subjek yang memaparkan markah lemah, bagaikan itulah markah
yang akan di bawa ke peperiksaan penting nanti. Dia harap, itu tidak akan terjadi sama sekali.
“Hai! Budak pandai pun cakap macam tu. Rasa macam dalam mimpi pulak,” sinis Suhaila
bersuara sambil menjeling selamba ke arah lain.
“Woi! Mulut tu, baik kau simpan baik‐baik. Nanti, masuk dewan tak ada mulut terus,” bentak
Nuraini terasa berang seperti di sindir saja.
“Dah tu, yang kau menggelabah macam bumi nak terbelah dua, apa kes,” ujar Suhaila pelik di
ikutkan kerutan di dahi.
“Iyalah. Aku dahlah low add math. Nak exam lagi, study pulak. Aku mana pandai. Aku tak nak
fail lagi,” keluh Nuraini meluah tentang hatinya yang mula bimbang.
“Sebelum ni, kau fail ke?” tanya Suhaila kepastian. Nuraini pula hanya menjawab dengan
gelengang.
“Dah tu, yang kau risau nak fail buat apa. Kau dah pernah luluskan. Buat apa nak takut,” kata
Suhaila sekadar untuk menghilangkan kegelisahan di hati Nuraini. Die tidak mahu sahabatnya
terlalu panik jika ada ujian bulanan sebegini. Harus perlu tenang dah berusaha sehabis baik.
“Tapi aku pernah fail masa aku mula‐mula ujian satu tingkatan empat dulu,” ujar Nuraini
membuka buku lama.
“Dah tu, apa kaitan?” Suhaila semakin pelik dengan kenyataan sahabatnya itu. Entah apa yang
di bimbangkan, dia sendiri tidak mengerti.
“Aku tak nak pisang berbuah dua kali,” balas Nuraini lemah dengan penuh makna.
“Pisang ke, betik ke, kalau kau tak nak berbuah dua kali, kau suruh Zam ajarkan subjek tu. Dia
pandai add math tau,” kata Suhaila memberi cadangan. Mendengarkan nama itu, Nuraini
sudah mencebik tanda menyampah. Sikit‐sikit, Zamri lelaki yang selalu mengambil kesempatan
untuk berbual dengannya. Melihatkan lelaki bendul itu, terasa tidak kisah dia gagal subjek itu
sekali pun.
“Aku rela gagal daripada study dengan mamat bendul tu,” seranah Nuraini tanpa berselindung
lagi.
“Hah sudah. Tiba‐tiba pula dia jadi bendul. Kita nak tolong dia. Kalau orang lain, aku tengok
kau tak berapa rapat. Seganlah katanya. Dia je lah yang aku tengok kau asyik berkepit,” kata
Suhaila pula bila Nuraini seperti tidak berpuas hati dengan jejaka itu.
“Mana tak bendulnya. Asyik kacau daun je. Tak pernah nak aman hidup aku sejak dia berbual
dengan aku. Gaya nak ambil aku jadi girlfriend dia je,” ucap Nuraini lagi tidak puas hati.
“Wah… itu dah di kira bagus. Jodoh dah ada depan mata. Rezeki yang datang jangan di tolak.
Lebih baik ambil sebelum di rampas dek orang,” ujar Suhaila tiba‐tiba berasa teruja dengan
berita itu.
“Dia syok kat orang lain, kau pulak terlebih syok sendiri. Itu bukan rezeki namanya, itu bala dan
musibah paling berat dan menyampah untuk aku hadapi. Macam tak ada student lain nak
tackle. Aku jugak yang jadi mangsa dia,” sambung Nuraini lagi dengan nada rungutan.
“Apa salahnya. Kaukan cantik. Mesti dia syok dekat kau. Confirm orang lain akan jealous kalau
korang berdua bercinta nanti. Iyalah, asyik‐asyik, berdua je bila ke mana korang pergi,” kata
Suhaila memberi pendapatnya sendiri.
“Cantik kau kata? Kalau cantik, dah lama dah aku ada boyfriend. Berderet lelaki beratur depan
rumah aku kalau dia orang nak pun,” ujar Nuraini lagi.
“Tapi dia pun handsome jugakkan. Kalau aku, dah lama aku sapu,” giliran Suhaila pula
berangan bermimpikan lelaki seperti Zamri itu.
“Kalau handsome perangai buruk buat apa. Tak layak jadi laki aku. Aku pun tak teringin. Masa
belum sesuai lagi. SPM pun tak lepas. Ada hati nak cakap pasal kahwin,” ujar Nuraini tidak
berapa setuju dengan angan‐angan yang di ciptakan Suhaila. Bukan melarang tapi mencegah
sebelum terkena batang hidung sendiri.
“Kau jangan main‐main. Buatnya kau dah jatuh cinta dekat dia, kau tak boleh nak patah balik
dah. Mesti nak jauh pun tak nak,” ujar Suhaila sambil tergelak besar sebaik saja selesai berkata.
Nuraini sudah mendengus geram. Tidak tahan bila dia asyik di kaitankan dengan lelaki itu.
Tambahan pula, semakin sakit pula bila di sakat yang sengaja di ciptakan oleh Suhaila. Tanpa
berlengah lagi, Nuraini terus bangun dari duduk. Punggung semakin panas pun ada. Tidak
sepanas hatinya yang kian membengkak.
Pantas Suhaila mengejar sahabat baiknya untuk memujuk kembali. Dia bukan sengaja sekadar
gurauan semata.
“Tersengih‐sengih macam putus wayar, apa kes beb?” Shahrul semakin aneh bila melihat
sahabat baiknya itu dari tadi yang hanya tersenyum sendirian.
“Tak ada apalah,” jawab Zamri mula sedar dari dunia angannya tadi. Dia mengambil gelas di
hadapannya lalu di hirup sedikit sebelum meletakkan kembali di atas meja.
“Aku kenal kau, bukan seminggu lepas tau. Cuba beritahu aku apa yang kau suka sangat ni,”
ujar Shahrul seperti mendesak ingin tahu.
Zamri tetap berdiam diri. Sepatah kata pun tidak terkeluar dari mulutnya untuk memberi
keterangan kepada Shahrul hal sebenar. Tidak tahu sama ada untuk memberitahu atau pun
tak. Segan pun ada, tidak berani pun ada.
Shahrul memandang ke arah di mana mata Zamri tertumpu. Kelihatan sepasang lelaki dan
perempuan sedang berbual rancak di sebuah meja tidak jauh dari mereka di restoran yang
sama. Bila pasangan itu ketawa sesama sendiri, Zamri turut tersenyum kecil. Shahrul
menggeleng kepala tanda tidak faham. Angau apa pula kawan aku ni. Getus Shahril hanya di
dalam hati.
“Kau tengah demam cinta ni. Tak lain tak bukan lagi kalau dah tersengih‐sengih sorang-sorang.
Beza sangat aku tengok kau sejak akhir‐akhir ni,” ucap Shahrul memberi pendapat dari apa yang dia lihat dan tafsirkan mengikut kata hatinya sendiri.
“Belum dapat lagi,” balas Zamri penuh makna. Moga Shahrul memahaminya.
“Kan aku dah kata. Perempuan mana pulak yang kau sangkut ni? Aku kenal ke gerangan yang
bertuah tu?” dua soalan sekali gus di tanya Shahrul sambil tersenyum sinis.
“Dia kelas kita. Takkan kau tak perasan kot. Aku baru terasa yang aku dah mula jatuh cinta,”
ujar Zamri membuka pendahuluan.
“So sekarang, okey tak? Macam mana proces? Berjalan dengan lancar ke?” tanya Shahrul
sudah masuk ke bab menyelidik bak pengawai polis inginkan keterangan.
“Susah dan payah. Sikit pun tak layan aku. Aku tanya pun, macam tak ikhlas je nak jawab,” kata
Zamri mengadu tentang layanan yang di beri oleh wanita yang mencuri hatinya itu.
“Biasalah. Mungkin baru permulaan. Makin lama, dia cairlah dengan kau. Kaukan, jejaka hot
sekolah,” puji Shahrul di akhir kata.
“Hot apa benda, hati aku makin panas adalah,” luah Zamri tidak puas hati.
“Sabarlah. Bukannya kau petik perempuan clubbing,” jawab Shahrul memberi nasihat ringkas
yang cukup faham buat Zamri.
Zamri pula, hanya mengeluh halus sambil menghela nafas berat. Entah bilalah dia akan
mendapat wanita itu. Agak rumit jika wanita itu mempunyai hati batu yang berterusan untuk
tidak melayaninya. Dia harus memikirkan jalan mudah agar wanita itu mesti menjadi miliknya
mutlak suatu hari nanti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan