Label

Jumaat, 25 November 2016

NOVEL Di Sebalik Talian Bab6

Walaupun saya baru saja habis syif tadi pagi, dan penat pula memandu kereta mengekori si Ste, tetapi sampai sahaja saya di rumah, mood saya betul‐betul sangat baik. Masa saya makan saya sempat lagi berhumming sampaikan mak saya tenung saya dengan hairannya. Saya cuma mengangkat bahu saya lalu saya beredar ke bilik saya.

Saya punya kegembiraan ini sangat meluap‐luap sehingga saya tidak dapat duduk diam. Saya rasa gatal betul mahu buat sesuatu. Lalu saya terpandangkan laptop saya dengan speaker saya yang kira hebat jugalah, jenis Hi‐Fi bah itu! Satu idea bermain di fikiran saya: KARAOKE!

Saya pun terus pasang laptop saya dengan satu lagu yang tertentu yang saya mahu nyanyi khas untuk Ste. Saya memang betul‐betul gilalah masa itu, sampaikan saya dengan tidak malunya menyediakan webcam saya sekali untuk merakam saya karaoke ini.

Saya berdehem di depan webcam itu dan menyisir rambut saya dengan jari saya. “Lagu ini saya
tujukan khas untuk seorang lelaki yang saya telah jatuh cinta. Inilah dia...”

“Everybody needs inspiration
Everybody needs a song
A beautiful melody
When the nights are long
'Cause there is no guarantee
That this life is easy
Yeah when my world is falling apart
When there's no light
To break up the dark
That's when I, I
I look at you
When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home any more
That's when I, I
I look at you”

Terlalu khusyuk saya mendendangkan lagu balada Miley Cyrus itu sampaikan saya tidak
mendengar bunyi ketukan pintu.

“HOIIIIII BISINGLAH KAU NI! ORANG MAHU BACA NOVEL PUN SUSAH!!!!!” jerit adik saya si Angie ini. Terkejut beruk saya sampaikan saya terlompat daripada kerusi, nasib baik saya tidak terbuang laptop sekali, kalau tidak...



Saya pun cepat‐cepat berhentikan lagu karaoke itu. “Kau ni Angie, kacau daun saja. Orang mahu trip artis pun susah,” saya mendengus.

“Kalau kau beriya‐iya sangat mahu jadi artis, kau pergilah sana One Borneo hujung minggu ini,
kan ada audition Akademi Fantasia. Jangan mahu nyanyi‐nyanyi sini, bising bah!”

Tanpa menunggu jawapan daripada saya, Angie terus melangkah keluar daripada bilik saya.
Saya mengeluh lalu menonton kembali rakaman saya yang tidak menjadi itu. “Ini lebih kepada
parodi saja ni! Mana boleh kasih publish ni, nanti Ste nampak, dia akan ketawakan saya berabis
lagi nanti. Hayy..”

Saya pun teruskan saja aktiviti online saya. Perkara pertama yang saya buat mestilah mahu cek
e‐mel saya, tetapi rasa hampa bila tengok tiada balasan daripada Zero. Sejenak selepas itu baru saya teringat bahawa jadual Zero memang tidak menentu, dia punya jadual sangat ketat dan hanya beberapa ketika sahaja diafree.Dengan rasa pasrah, saya terus keluar daripada emel dan pergi pula ke Facebook, laman media sosial yang paling popular di zaman ini.

“Hmm, rasanya Ste ada Facebookkah? Saya kan dah tahu macam mana rupanya..” Saya pun menaip nama dia di ruangan “Search”, dan seperti yang saya duga, memang ramai sangat pengguna Facebook yang bernama Stephen Marcus ini. “Inilah yang susahnya kalau nama yang sangat common ni,” kata saya bersendirian lagi. “Entah‐entah dia letak gambar kartun atau haiwan sebagai profile picture. Kalau begitu, memang tiada harapanlah saya untuk stalk dia ini.”

Seperti Tuhan telah mendengar hasrat hati saya, tiba‐tiba sahaja saya ternampak gambar Ste di bahagian 'recommended friend' saya.Oh my God,Ste! Jantung saya berdegup dengan sangat pantas masa ini. Tetapi dengan kesalnya saya tidak dapat add dia kerana saya tidak mahu dia tahu saya kerja sebagai operator HQE.

Mahu juga berahsia‐rahsia! Bukan juga dia mahu kau kalau kau doktorkah, operatorkah, tukang
sapukah?!

“Kau diam sana! Bikin sakit hati saja kau ini!” Saya menengking suara yang suka betul berngiang‐ngiang di kepala saya.

“Sama siapa kau cakap tu Annie?” Mak saya tanpa mengetuk pintu terus saja masuk ke dalam
bilik saya.Mood saya yang sudah sedia teruk tambah teruk lagi dengan kehadiran mak saya.

“Mak! Ketuk pintu dulu bah sebelum masuk! Kau tidak pandai bacakah apa saya tulis di depan
pintu tu?” Saya marah pada mak saya dengan nada suara yang tinggi. Mak saya tersentap dan
terkebil‐kebil melihat saya.

“Annie, mak ini sekolah sampai darjah Tiga saja dulu, memanglah mak tidak pandai membaca,
mak minta maaflah sangat okay?” jawab mak saya dengan suara lembut, berbaurkan rasa terluka dengan tindakan kasar saya itu. Lalu saya terus rasa bersalah dan juga hairan dengan perubahan mendadak mood saya ini. Selama ini saya tidak pernah meninggikan suara pada mak saya, kalaupun saya rasa tidak puas hati padanya, saya akan terus lari ke dalam bilik saya di mana saya akan teriak sepuas‐puas hati saya.

Dengan rasa bersalah, saya pergi ke tempat mak saya berdiri dan memeluknya dengan erat.

“Mak, sorry mak. Saya tidak sengaja bercakap begitu sama mak.” Saya rasa terkilan pula sebab
mak saya tidak membalas pelukan saya. Malah, badan dia rasa sangat tegang. Rasa kekok pula
kalau begini, lalu saya melepaskan pelukan saya itu dan menundukkan kepala saya.

Selepas beberapa minit sunyi sepi saja, akhirnya mak saya memecah kesunyian. “Annie, kau
betul‐betul okeykah ni?”

Saya terkebil‐kebil lagi. “Mak, saya sihat saja, dan okay juga, ada sedikit penat tapi biasalah kalau bekerja ini. Kenapa mak tanya begitu pula?” Saya bertanya dengan suara yang lembut dan penuh kehairanan.

Mak saya cuma tersenyum kecil lalu menggeleng kepalanya. “Takda apa‐apa Annie. Mak rasa
risau saja, tengok Annie punya mood sekejap baik sekejap tidak baik.”

Saya menggaru kepala saya, rasa bersalah datang kembali. “Mak, mungkin saya mahu period
sudah. Jangan risau, okey, mak? Saya betul‐betul okey ni.”

“Okeylah kalau begitu,” kata mak dengan nada yang pasrah. Saya renung mak saya betul-betul.
Saya rasa mak saya macam menyimpan sesuatu tetapi tidak mahu memberitahu saya.

Saya boleh rasakan sesuatu aura yang tidak baik. Jangan‐jangan mak saya tahu pasal Ste dan pasal saya stalk dia sampai ke rumahnya? Kan tidak elok kalau perempuan yang stalk lelaki, macam psycho pun ada juga kelihatannya! Selepas saja mak saya beredar, saya terus tiada mood untuk teruskan aktiviti online saya. Saya pun baring ke katil saya dan tidak sampai beberapa minit saya sudah pun terlelap.

***

Keesokan harinya....

Saya kerja syif petang, jadi saya ada beberapa jam lagi sebelum syif saya bermula. Pagi ini tiada elektrik di sini jadi saya rasa sangat bosan duduk di meja saya di dalam bilik saya ini. Sudahlah tidak dapat online, panas pula itu. Mahu berSMS, tiada siapa yang sudi pula. Tiba-tiba satu idea muncul dalam fikiran saya.

Saya sudah tahu Ste punya kereta apa jenis dan nombor platnya. Bagus saya tulis surat untuk dia, kan? Ajak dia jumpa dengan saya. Tidak payah tunggu nasib untuk berjumpa dengan dia lagi. Saya mengambil kertas A4 putih lalu meletakkannya di hadapan saya. Saya berfikir sejenak tentang ayat‐ayat yang saya mahu karangkan.

Dear Ste.....

Saya padam ayat itu. Apakah? Main “dear‐dear” pula. Dia bukannya kekasih saya, kawan rapat
pun bukan juga.

Hai...

Alah....Yang ini lame pula. Okay, saya memadamnya lagi lalu berfikir panjang lagi. Idea....mana
idea ini? Tadi bukan main idea datang bermacam‐macam dalam fikiran saya. Di saat genting inilah idea tidak mahu muncul sudah. “Okay, macam inilah. Apa kata saya anggap saja dia ini berada di jauh nun sana, dan saya mahu menulis e‐mel untuk dia. Apa yang akan saya katakan padanya?” Saya bercakap sendirian. Sepertinya sesuatu telah berlaku, tiba‐tiba idea bertubi-tubi muncul. Saya pun terus menulis semuanya dalam sekeping kertas itu sebelum idea‐idea itu hilang semula.

Hello Ste.

Minta maaf sebab saya telah mengganggu sedikit privasi kamu. Kelmarin saya ternampak kamu masuk ke dalam kereta kamu ini, saya baru mahu panggil kamu tetapi kamu sudah memandu dengan lajunya. Jadi, sebab itulah saya mahu letak nota ini di kereta kamu. Saya tidak tahu sama ada kamu masih mengingati saya ataupun tidak.

Saya si Annie, perempuan yang kamu tumpahkan mi kari pada baju putih saya hari itu. Perempuan yang kamu terserempak di Suria Sabah hari itu. Yang tengok wayang sama kamu itu... Okey, saya sudah berbunyi macam desperate punya orang sudah tetapi...

Saya mahuhang outsama kamu lagi. Malam ini sayafree,jadi jom kita dinner sama‐sama di Kedai Mamak 24 Jam itu? Yang di bahagian Asia City tu. Jam sembilan malam, okey?

Saya akan tunggu kamu sampailah tengah malam. Oh ya, esok mungkin kawan saya yang dimasukkan di wad HQE ini akan kena discharge, jadi lepas ini saya tidak akan berada di HQE.So,kamu jumpa sajalah saya okey? Jaga diri baik‐baik.

Daripada.

Annie.

Saya membaca kembali karangan surat saya itu, dan berpuas hati dengan isinya. Sekarang tinggal mahu kasih lekat saja lagi surat ini di keretanya. Saya cuma berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.

***

Saya sengaja datang ke syif saya sejam begitu awal. Sebab pertama ialah sudah semestinya mahu cepat‐cepat dapat parkir. Lepas itu, sebab yang kedua ialah mahu menjalankan misi melekatkan surat saya ini. Saya memandu kereta saya daripada tingkat 1 bangunan parkir itu sehinggalah tingkat yang teratas. Akhirnya di tingkat paling atas itulah terserlah keretanya, dan kebetulan pula ada ruang kosong di sebelahnya. Selepas saya berjaya memarkir kereta saya, saya pun dengan berhati‐hatinya memandang ke kiri dan ke kanan, takut pula ada orang yang ingat saya mahu mencuri kereta Ste.
Okay. Line clear.

Saya pun dengan gaya selamba berdiri di sebelah kereta Ste yang berkilat‐kilat itu. Hmm, mesti dia ada cuci kereta dia kelmarin ini, sebab kelmarin kereta dia tidak sekilat ini! Tanpa membuang masa, saya menyisipkan nota itu di bahagian pemandu melalui cermin kereta yang pada ketika itu terbuka sedikit. “Wah, memang nasib menyebelahi saya hari ini!” bisik hati saya yang tengah bergembira ini. Saya terus bergegas ke lif selepas saya memastikan nota itu selamat, hati saya sudah mula berdebar‐debar menunggu date kami malam ini.

DATE? Apa‐apa sajalah.

***

Malam sudah tiba. Syif saya mahu habis sudah. Tinggal setengah jam lagi. Walaupun nampak
macam sekejap lagi, tetapi hati ini sudah tidak sabar menunggu saat saya bertemu dengan Ste
lagi.

“Eh, Annie, apasal kamu ini nampak macam mahu terkencing saja?” tanya rakan sekerja saya,
Jeff.

“Mana ada. Saya rasa sejuk bah.”

“Sejuk konon. Punyalah panas ini.” Aah, yalah kan. Memang panas pun tetapi takkanlah saya mahu bagitahu Jeff tentang pertemuan saya dengan Doktor Ste nanti? Sudah pasti saya kena interview “kaw‐kaw” oleh Jeff. Lagi satu, mulut si Jeff ini agak celupar juga. Pernah sekali dia terlepas cakap dengan crush si Irma yang Irma ada hati dengan lelaki itu. Malu betul Irma masa itu, dan disebabkan itu hampir sebulan juga Irma tidak bertegur sapa dengan Jeff. Sekarang mereka berdua dah berbaik balik.

Setelah syif saya berakhir dan pengganti saya sudah datang, saya pun terus berhempas‐pulas
bersiap‐siap untuk balik.

“Amboi, Annie. Gaya macam kau terlewat daripada dating saja ni?” usik Jeff lagi. Saya boleh
merasakan pipi saya menjadi panas tetapi saya tidak membalas Jeff, malah saya mempercepatkan lagi langkah saya untuk keluar. Nampak sangat saya ini kelam‐kabut, dan kira cuai juga. Boleh‐boleh pula saya hampir terlanggar kereta di depan saya dua kali kerana saya pandu agak laju.

Bertenang, Annie. Bertenang. Pujuk saya pada diri ini.

Sampai sahaja saya di Kedai Mamak 24 Jam itu, saya pun terus memilih tempat duduk yang
agak terpencil ini. Ramai orang di situ masa ini. Kedai ini memang antara yang paling highly
recommended oleh ramai. Pekerja‐pekerjanya semuanya mesra. Bos lagilah baik. Pernah sekali
dia belanja saya makan kerana saya memang pelanggan setia dia. Kadang‐kadang Encik Ramu
akan duduk dengan saya sambil bercerita dengan saya tentang kehidupan seharian saya. Saya
selalu merasakan bahawa dia lebih ambil berat terhadap saya berbanding dengan bapa saya
sendiri.

“Hai Annie! Wah, lewatnya kamu datang sini ya?” tegur Encik Ramu di kaunter. Saya cuma
tersenyum sahaja. Perasaan gelisah saya itu membuatkan saya tidak mampu untuk bertutur lagi sementara ini. Saya duduk dan menarik nafas sedalam mungkin lalu cuba untuk distract diri ini dengan online di handphone saya. Sudah semestinya saya akan cek Facebook saya, tetapi tiada apa pun yang menarik di situ sekarang. Dari jam sembilan malam saya tunggu sampailah jam sepuluh malam, masih tiada kelibat Ste. Sampaikan pekerja di situ balik‐balik tanya saya kalau saya mahu pesan sekarang, tetapi saya degil juga mahu tunggu Ste sampai dulu barulah pesan bersama.

Lima belas minit kemudian, saya sudah hampir mahu putus asa, baru saja saya mahu berdiri,
tiba‐tiba saya nampak kelibat Ste datang ke arah saya dengan termengah‐mengah. Saya tersenyum selebar yang mungkin.

“Sorry, Annie. Saya kena tahan pakar tadi sebab ada isu,” kata Ste lalu dia duduk sambil mengipas dirinya dengan tapak tangannya. Saya memberikan dia tisu saya kepadanya, dia berpeluh banyak sangat sampai basah bajunya.

“Tidak apa Ste. Saya faham juga kerja doktor ini. Jadual sentiasa tidak menentu.”

“Kau sudah pesankah Annie?”

“Belum. Saya sengaja mahu tunggu kau..”

“Aiya Annie....Kenapa tidak pesan? Nanti gastrik kan susah juga nanti,” bebel Ste. Saya yang
normalnya tidak suka orang membebel pada saya tidak kisah dengan bebelan Ste. Malah, ia membuat saya rasa kena ambil berat.

“Takpa Ste, saya sudah makan roti tadi di rumah,” bohong saya.

Kami berdua pun pesan sama‐sama. Dia pesan roti canai telur, saya pula pesan roti canai biasa.
Sempat saya terlihat Encik Ramu pandang ke arah kami dengan dahinya yang berkerut. Saya
cuma tersenyum saja. Dia mesti tidak sangka saya makan bersama dengan seorang lelaki yang
kacak, kan? Selama saya kenal dia, belum pernah saya bawa kawan saya makan di sini, lebih-lebih
lagi seorang lelaki.

“Saya tidak sangka yang kita akan berjumpa lagilah,” kata Ste selepas dia meneguk cola.

“Saya bernasib baik ternampak kereta kamu masa itu,” balas saya. Di detik hati ada juga rasa
bersalah kerana saya telah stalk dia sampai ke rumahnya tetapi saya terus buang jauh‐jauh rasa bersalah itu. Ini bukan masanya untuk buat analisis diri!

“Saya rasa bersyukur sangat. Sejujurnya, saya rindu kamu. Kerja pun tidak menentu sebab saya
asyik fikirkan kamu. Malah, bila saya bercakap dengan cik adik operator kelmarin, saya bayangkan yang saya tengah bercakap dengan kamu,” kata Ste dengan nada yang lembut.

Alangkah bagusnya kalau saya mampu beritahu kamu yang kamu memang bercakap dengan
saya si cik adik operator itu!

“Saya pun rindukan kamu Ste. Makan minum saya tidak menentu sebab saya juga selalu fikirkan kamu..” Muka saya membara selepas saya mengucapkan kata‐kata itu. Tidak sangka saya sungguh berani mengutarakan kata‐kata sebegitu!

Tanpa diduga, dia meletakkan tangannya di atas tangan saya dan menggenggam erat. “Seperti
yang dijanjikan, kita exchange nombor ya? Supaya kita dapat Whatsapp‐chat selalu.”

Saya hanya mampu mengangguk saja, tidak mampu sudah berkata apa‐apa, hanya mampu fokus pada kehangatan tangannya pada tangan saya. Tiba‐tiba telefonnya berdering. Kami sama‐sama mengeluh kerana diganggu oleh gerangan si pemanggil itu.

“Hello? Okay. Okay. I’ll be there now.” Dengan rasa kesal di wajahnya, dia berkata, “Sorry Annie.

Duty call. Saya tidak oncall pun tetap sibuk juga.”

“It’s okay. Saya faham. Yang penting sudah berjumpa juga, kan?”

Selepas kami bertukar nombor telefon dan berjanji akan chat nanti, dia terus pergi ke destinasinya yang seterusnya. Saya pula meneruskan makan malam saya. Sejenak selepas itu, Encik Ramu pun duduk di depan saya. Dia memandang saya begitu lama sehingga saya rasa kurang selesa dan gelisah.

“Kenapa, uncle? Ada sesuatu di muka sayakah?” Saya terus ambil tisu saya dan lap muka saya.

“Kamu okeykah ni Annie?”

Dialah orang kedua yang menanya saya benda yang sama selama dua hari ini. Pertama sekali
ialah mak saya. Sekarang pula Encik Ramu. Saya sudah mula rasa cepat marah pula.

“Kenapa tanya begitu, uncle? Salahkah kalau saya gembira? Kelmarin mak saya pun tanya begitu.”

“Uncle cuma ambil berat sama kamu Annie. Annie cakap sama siapa tadi itu?”

“Ah....Yang itu..Dia ialah Doktor Stephen Marcus. Dia kerja di HQE.” Mood saya kembali baik
semula apabila topik Ste diutarakan.

“Oh....Kamu hati‐hati ya?” Katanya. Saya rasa pelik pula. Setahu saya, Encik Ramu ini jenis yang
mahu tahu segala‐galanya, ini tidak pula kali ini. Terus saja dia melompat ke bahagian nasihat.

Tetapi sekarang ini saya sudah penat, dahlah besok saya syif pagi, dan sekarang dah mahu masuk waktu tengah malam. Jadi, saya cuma mengangguk saja dan membayar makanan saya.

Ste sudah beri saya bayaran dia pada saya sebelum dia pergi tadi. Selepas itu, saya mengucapkan selamat tinggal kepada Encik Ramu dan pekerja‐pekerjanya dan melangkah ringan ke kereta saya.

Hari ini ternyata adalah hari yang sangat baik bagi saya! Tidak sabar saya mahu berchat dengan dia nanti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan