Label

Khamis, 15 Disember 2016

NOVEL Aku Dan Bos Bab27

Aswal Madri ﴾ Bos ﴿

Aku kembali semula ke pejabat selepas menemani Izz Zahrah makan. Bila ingat balik kejadian di rumah tadi buat hati aku kembali gentar. Aku tak tahu pula orang perempuan akan menghadapi masalah sebegitu setiap bulan. Betapa tabahnya mereka kerana terpaksa menahan sakit dan menghadapi situasi sebegitu.

Izz Zahrah, tinggal serumah dengannya membuatkan hatiku selalu berbunga‐bunga. Bak kata orang ibarat ada taman bunga di dalam hati. Kalau boleh aku tak mahu Izz Zahrah sakit walau hanya sedikit pun. Hati aku akan mula bimbang. Walaupun Izz Zahrah sentiasa kelihatan tenang.

‘’Awal, lamanya kau keluar? Makan di mana?’’ aku baru melangkah masuk ke dalam bangunan
pejabat sudah terserempak dengan Zuhaimie di ruangan menyambut tetamu.

‘’Haa Mie, aku nak minta tolong kau sikit. Izz sakit, boleh tolong buatkan surat cuti untuk dia tak? Cuti separuh hari. Untuk hari ini saja. Satu lagi, nanti kau tolong hantar kereta aku ke rumah sebab aku nak bawa kereta Izz. Tadi aku bawa dia balik dengan aku.’’ Lain yang Zuhaimie tanya, lain pula yang aku respon. Dia sudah mengerutkan dahinya.

‘’Sakit teruk ke? Tadi aku nampak okey saja.’’ Aku mengangguk, kemudian mengeleng. Aku jadi serba salah untuk menjawab. Takkan nak berterus terang dengan Zuhaimie? Tentu teruk aku dikutuk nanti kalau dia tahu aku izinkan Izz Zahrah bercuti kerana sengugut? Macam tak logik sangat.



‘’Kalau sakit, bawalah pergi klinik. Ambil MC, settle masalah.’’ Zuhaimie menyambung kata. Aku
terdiam lama. Berfikir jalan penyelesaian.

‘’Dia tak nak pergi. Kau tolonglah buatkan cuti untuk dia. Pandailah kau cakap dengan ketua
bahagian dia nanti,’’ aku autakan saja. Padahal aku tak ajak pun Izz Zahrah pergi klinik tadi.

Hanya singgah di farmasi saja.

‘’Kata sayang bini? Takkan sakit pun tak bawa pergi klinik? Dia tak mahu, kau paksalah dia,’’
Zuhaimie masih menyoal bertalu‐talu sambil memandang tepat ke wajahku.

‘’Kami dah singgah di farmasi tadi. Dia dah makan ubat tahan sakit.’’ Aku berkata perlahan dan
meneruskan perjalanan. Kami berada di depan lift untuk naik ke tingkat atas.

Bila lift sampai kami meloloskan diri dan mula menyambung perbualan kami. ‘’Dia sakit apa
sebenarnya ni? Aku Nampak kau relax saja.’’ Bibir aku sudah mengukirkan senyuman. Pada awalnya memang aku gabra sebab ingat Izz Zahrah ada penyakit tapi kalau sekadar sengugut, rasanya perkara itu mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi kaum wanita.

‘’Alah, sakit orang perempuan. Kau dah ada bini nanti, kau tahulah.’’ Aku cuba mengelak daripada terus membicarakannya. Minda aku sedang bekerja keras untuk mengubah topik kami.

‘’Kau tak mahu bagitau, kau sendiri yang pergi minta cuti daripada ketua dia,’’ Zuhaimie mengambil jalan mudah. Aku mencerunkan wajah kepadanya. Dia sudah menjungkit kening sambil melebarkan senyuman.

‘’Kau lupa ke? Diakan isteri aku. Siapa yang berani marah dia, kalau dia ponteng kerja?’’ aku berkata angkuh kerana tidak mahu kalah dengan Zuhaimie.

‘’Kau tu yang lupa. Dalam bangunan ni hanya tiga orang saja yang tahu, dia tu isteri kau.’’ Aku
terkesima mendengar kata‐kata Zuhaimie. Betul juga.

‘’Siapa ketua bahagian dia? Kau kenalkan?’’ akhirnya aku mengalah juga, demi Izz Zahrah.

Terpaksalah aku bersemuka dengan ketua bahagian dia. Agaknya Izz Zahrah akan marah tak, kalau aku pergi sendiri? Inilah masalahnya kalau banyak sangat rahsia yang perlu disimpan.

‘’Kau carilah sendiri!’’ Zuhaimie mencabar aku sambil ketawa. Aku menarik nafas panjang.

Minda aku sudah tepu untuk menyelesaikan masalah ini. Masalah besarnya sebab rahsia yang perlu aku jaga. Perhubungan antara aku dan Izz Zahrah yang harus aku rahsiakan.

‘’MIMI, masuk sekejap!’’ aku memanggil setiausahaku selepas berfikir lama. Rasanya aku tak perlu turun ke bawah. Biarlah ketua bahagian Izz Zahrah yang naik ke sini.

‘’Baik Encik Madri,’’ terdengar suara Mimi di hujung talian. Aku meletakkan gagang telefon dan
bangun. Aku berjalan ke tepi dinding dan berdiri di situ sementara menunggu Mimi masuk ke dalam bilik pejabatku.

‘’Nur Izz Zahrah Hasyilla,’’ aku menyebut nama Izz Zahrah sambil tersenyum sendiri. Minda aku 
kembali mengembara ke kampung Izz Zahrah. Terimbas pula kejadian aku dikenakan Izz Zahrah di depan saudara maranya. Malu aku tak terkata pada waktu itu tapi semuanya demi Izz Zahrah, aku sanggup tebalkan muka dan berlutut di depan kakak kembarnya.

Bila Izz Zahrah memunculkan diri, aku nampak dia begitu kecil di pandangan mataku. Aku diserang seribu perasaan yang aku sendiri tidak faham tapi bila mendengar ayat‐ayat Zuhaimie, hati aku kembali terpujuk kerana ada kebenaran disebalik kata‐katanya.

‘’Encik Madri!’’ aku berpusing pantas sebaik mendengar Mimi memanggil namaku. Dia sudah
masuk dan sedang tersenyum di depanku.

‘’Hmm, Mimi. Awak tolong panggilkan ketua bahagian pusat pentadbir syarikat naik ke sini. Saya ada hal sikit nak bincang dengan dia.’’ Aku berkata dengan suara yang tenang. Padahal aku tak tahu pun siapa ketua sebenar bahagian tu.

‘’Ketua bahagian pusat pentadbir syarikat? Encik Amran atau Puan Salina?’’ soalan Mimi buat aku berjeda lama. Agaknya yang mana satu?

‘’Pangkat siapa yang paling tinggi di antara keduanya?’’ aku terus menyoal Mimi.

‘’Sama saja kot..’’ Mimi berkata perlahan. Suaranya kedengaran ragu‐ragu.

‘’Tak apalah. Awak keluar dulu. Nanti saya bagitau.’’ Aku ambil keputusan untuk bertanya dengan Izz Zahrah saja, jadi aku meminta Mimi untuk keluar terlebih dahulu supaya senang aku nak menghubungi Izz Zahrah.

Sebaik saja Mimi keluar aku mula mendail nombor Izz Zahrah. Beberapa kali aku mendail Izz 
Zahrah masih tidak menjawab panggilan. Aku mendengus kasar. Agaknya Izz Zahrah tidur semula selepas aku tinggalkan dia? Aku meneka di dalam hati.

‘’Mimi, awak panggil kedua‐duanya sekali!’’ kerana marah dengan Izz Zahrah yang tak menjawab panggilanku, aku menghubungi Mimi dengan nada kasar dan tegas. Aku kebam bibir menahan geram. Tapi, kenapa aku harus marah? Bukankah aku yang rela sendiri? Aku berkata kepada diri sendiri.

‘’Baik Encik Madri,’’ suara Mimi yang lembut dan sopan membuatkan aku sedar satu perkara dan aku dilanda rasa rindu kepada Izz Zahrah. Sedang buat apa dia sekarang? Kenapa dia tak jawab panggilan aku?

‘’SAYA tak tahu siapa antara awak berdua ini ketua Izz Zahrah. Kalau yang tak berkenaan, salah
seorang boleh keluar.’’ Aku berkata kepada dua orang pekerja yang sudah berada di dalam bilik pejabat aku. Mereka saling berpandangan di antara mereka.

‘’Kenapa encik Madri? Hasyilla call tadi, katanya dia nak minta cuti separuh hari dan saya dah
luluskan cuti tu. Nak tambah cuti dia lagi ke?’’ pekerja wanita yang aku jumpa di pantri tadi berkata. Aku terdiam seketika.

‘’Izz Zahrah call? Jadi, awak dah tahulah dia bercuti separuh hari, hari ini?’’ pekerja wanita itu
mengangguk dan pekerja lelaki pula sudah memandang tepat ke wajahku.

‘’Oh! Kalau macam tu, selesailah masalah. Tak apa, awak berdua boleh keluar,’’ aku mengambil
keputusan mudah. Terasa berbahang wajah aku dengan dua orang pekerja di hadapan aku ni.

Izz Zahrah, kalau aku tahu dia dah telefon mereka, tentu aku takkan panggil mereka naik ke sini.

‘’Tadi, encik Zuhaimie pun dah datang jumpa saya, buat permohonan cuti untuk Izz Zahrah Hasyilla. Saya memang dah luluskan pun cuti dia,’’ pekerja lelaki pula berkata sambil tersenyum. Zuhaimie? Aghh.. aku terasa seperti sedang dipermainkan.

‘’Oh, okey. Awak berdua boleh keluar tapi ingat, hal ini biar selesai di sini saja. Jangan dipanjangkan. Esok kalau Izz Zahrah datang kerja, buat macam biasa saja. Jangan soal dia yang bukan‐bukan,’’ sempat aku memberi amaran sebelum mereka berkata apa‐apa. Kedua‐duanya mengangguk tanpa banyak soal.

‘’Baiklah Encik Madri.’’ Serentak mereka bersuara. Aku mengangguk dan memberi isyarat tangan supaya mereka segera keluar. Selepas mereka hilang sebaik saja pintu bilik pejabatku ditutup, aku meraup mukaku. Izz Zahrah, tak pernah lagi dalam hidup aku berhadapan dengan situasi macam ni. Kerana kau Izz Zahrah Hasyilla. Kerana aku terlalu menyayangi kau! Hati aku bertempik kuat di dalam.

Izz Zahrah

BOSANNYA! Nak keluar, tak ada baju nak pakai. Nak tunjuk rajin pun, rumah sudah bersih bersinar‐sinar. Nak layan tv, semua siaran tak ada rancangan yang menarik minat. Nak baca buku, yang aku jumpa semuanya majalah bisnes dan majalah bola. Kalau ada buku pun dalam Bahasa Inggeris. Aku bukannya anak mat saleh pun. Kalau keju pun, aku tak minat, inikan pula nak membaca buku omputih tu. Apa aku nak buat ni? Nak tidur? Sembab mata aku ni karang, tentu malu pula nak mengadap muka encik bos tu. Kalau dah lama kahwin tu lainlah. Baru-baru inilah nak kena jaga penampilan pun. Dahlah muka aku ni tak berbedak, campur dengan sembab akibat terlebih tidur, semakin hodohlah nanti.

Aku masuk dalam bilik dan selongkar barang encik Awal. Agaknya dia akan marah tak nanti, kalau dia tahu? Tapi, aku bosan separuh gila dah ni. Apa aku nak buat eh? Kalau ada komputer atau komputer riba pun best juga. Eh! Takkan encik Awal tak ada komputer? Macam tak logik pula. Lebih baik aku cari, kalau tak ada dalam bilik tidur, tentu ada bilik bacaan atau sebaliknya.

Aku mesti cari.

Oh! Ada pun, agaknya ini bilik kerja encik Awal tak? Kalau aku masuk, agaknya dia marah tak?
Aku menyoal diri sendiri. Bila ditinggalkan sendirian di rumah yang tak pernah aku masuk sebelum ni memang janggal rasanya. Telefon bimbit aku pun bateri hampir habis. Nak cas, tak ada pula charger.Bila tak ada kerja yang nak dilakukan, aku mulalah nak mengeledah seluruh rumah.

Bila dah jumpa komputer riba, aku tak tunggu lama. Terus aku on, tapi ada kata laluan yang perlu aku masukkan. Hmm..apa kata aku taip nama aku saja. Aku pun mula menaip nama aku dan enter. Grrr..aku gagal masuk. Aku masukkan pula nombor telefon aku dan tekan enter. Wah! Aku sayang kau sendat‐sendat Aswal Madri. Telefon bimbit kata laluannya nama aku. Komputer riba pula nombor telefon aku. Memang terbaiklah!

Bila skrin komputer riba dah bercahaya sudah terlihat oleh kedua pancainderaku bar line internet yang penuh. Bibir aku spontan menguntum senyum. Yes! Minta‐mintalah line laju berdezup. Syok juga kalau layan video online ni. Mesti variety show Korea Running Man yang terbaru sudah keluar? Layan Running Man pun best juga ni. Hati aku membebel sendiri.

Aku mula membuat pencarian dalam you tube. Seperti yang aku duga, line internet memang laju dan video yang aku tonton langsung tak tersekat. Lancar saja aku tonton hingga beberapa episode dan aku tak menyedari masa kian berlalu.

Bila aku sedang menonton Running Man episode yang terkini, pintu bilik bacaan encik Awal terkuak. Aku spontan memanggungkan kepala. Wajah encik Awal yang keletihan sudah terjengol di muka pintu bilik. Aku ukirkan senyuman namun senyuman aku tak berbalas. Aik, letih sangat ke sampai dah tak mampu nak tersenyum?

‘’Kenapa tak jawab call abang?’’ soalan pertama yang keluar dari bibirnya dengan wajah yang tak bermaya.Kini dia sudah berdiri di depanku dan aku terpaksa hentikan dulu video yang sedang aku tonton.

‘’Macam mana on tu? Bukan ke ada kata laluan?’’ soalan pertama belum sempat aku jawab, muncul pula soalan kedua.

‘’Abang tak simpan folder dalam pen drive, ada geledah folder abang tak? Hilang folder penting dalam tu, susah pula abang nak siapkan dokumen baru,’’ aku baru nak buka mulut bersuara, dia bertanya lagi.

‘’Kenapa tak jawab? Susah sangat ke nak jawab soalan abang?’’ soalan seterusnya pula
kedengaran. Aku tak sempat nak tarik nafas pun lagi, beberapa soalan sudah dilepaskan
bertubi‐tubi dan sekarang aku tak tahu soalan mana yang harus aku jawab terlebih dahulu.
‘’Err..abang nak minum. Sayang ambilkan yer. Abang nak minum air sejukkan? Biar sejuk sikit
hati abang tu. Sayang tahu abang letih. Sayang tahu abang penat. Abang tunggu yer,sayang
bawakan air,’’ aku bangun dan mengurut belakangnya dengan perlahan sambil bermanis
mulut mengungkapkan ayat‐ayat yang tak pernah aku ungkapkan sebelum ini Almaklumlah,
tiba‐tiba saja si romantik bertukar menjadi si baran. Aku pun boleh kecut perut.
‘’Haa..boleh pun panggil abang. Boleh pun sebut sayang. Ingatkan tak pandai. Ooo..agaknya
abang nak kena tunjuk wajah garang baru sayang nak bersikap romantik dengan abang
agaknya? Abang jadi suami romantik, sayang pula jadi garang. Kalau macam tu, biar abang
saja yang jadi garang terus. Nanti, bolehlah abang dapat isteri romantik,’’ encik Awal bersuara
lagi dengan wajah serius. Dan aku pun tak pasti sama ada kata‐kata yang baru
diungkapkannya serius ataupun sekadar gurauan.
‘’Bos nak airkan? Nanti Nur Izz zahrah bawakan ya. Bos duduk dulu, nanti Nur Izz Zahrah
datang.’’ Aku ubah panggilan aku lagi. Dia sudah merenung tajam ke arahku. Aku tersenyum
sambil melangkah keluar dari bilik.
‘’Nur Izz Zahrah Hasyilla, kenapa tak call abang bagitau, awak dah minta cuti tadi? Kenapa?
Malu tau abang tadi. Bila abang panggil mereka naik jumpa abang dan mereka cakap Izz dah
minta cuti pun,’’ encik Awal mengikut aku dan bersuara. Aku menghentikan langkah dan
menoleh ke arahnya. Terpaksa aku dongakkan kepala untuk bertentang mata dengannya.
‘’Panggil siapa? Bos panggil encik Amran ke Puan Salina? Habislah orang!’’ aku berkata dalam
nada cemas. Kalau Puan Salina tu aku boleh tahan lagi. Kalau Encik Amran matilah aku kena
sindir nanti.
‘’Dua‐dua sekali.’’ Encik Awal menjawab dengan selamba dan mata aku sudah terbuka luas.
‘’Dua‐dua sekali? Encik Amran dengan Puan Salina? Matilah orang, orang terlupa nak pesan
tadi, jangan babitkan mereka. Esok orang nak jawab apa, kalau kena soal?’’ aku menarik nafas
panjang seraya membayangkan hari esok yang bakal mendatang.
‘’Tau pun takut, esok jawablah sendiri.’’ Encik Awal masih bersuara serius. Aku pun jadi pelik,
kenapa dia berubah drastik sangat ni?
‘’Bos marah dengan orang ke? Maaflah..’’ aku meminta maaf sebab mungkin salah aku juga
sebab tak maklumkan dia. Dia dah buat yang terbaik untuk aku. Mungkin dia tersentap
agaknya? Atau mungkin dia tak dapat hubungi aku..erkk? Baru aku teringat telefon aku di
dalam beg tangan, lantas aku menuju ke arah sofa dan mengeluarkan telefon bimbitku.
Terlupa seketika dengan air yang ingin aku beri untuk encik Awal.
‘’Lorh.. bos call ke tadi. Sorry, orang tak dengar pun. Orang layan Running Man dalam bilik
tadi, dah tu orang pakai ear phone,’’ aku meminta maaf lagi. Betul‐betul rasa bersalah.
‘’Sayang nak tahu tak, apa yang dah berlaku di pejabat tadi?’’ soalan encik Awal membuatkan
aku mengangguk tanpa sedar.
‘’Abang terpaksa cancel semua perjumpaan abang dengan client dan semua meeting abang
terpaksa ditangguhkan hari ini, semuanya gara‐gara mee segera yang abang makan tadi.
Tengok muka abang ni, dah jadi muka mee segera dah sebab asyik ulang alik masuk ke bilik
air,’’
‘’Laa..kenapa jadi macam tu? Agaknya abang tak pernah makan kot mee segera tu? Tu la pasal,
yang abang habiskan mee segera orang tu buat apa? Dahlah perisa tomyam. Orang yang biasa
makan ni pun, kadang‐kadang cirit‐birit juga dibuatnya. Inikan pula perut manja macam abang
tu. Dah makan ubat ke belum ni, kesiannya dia..’’ aku mula bersimpati mendengar ceritanya.
Patutlah monyok saja. Ingatkan suami romantik dah bertukar wajah dah tadi?
‘’Ubat? Lain kalilah yer cerita pasal ubat. Sayang tolong bancuhkan teh untuk abang, boleh
tak? Ada dalam cabinet dapur tu. Abang nak tukar baju dulu. Nanti abang keluar,’’ aku terus
mengangguk dan ingin berlalu ke dapur.
‘’Nur Izz Zahrah!..’’
‘’Ya.’’
‘’Terima kasih,’’ dan seiring dengan ucapan terima kasihnya itu, kepala aku ditarik dan dia telah
menghadiahkan kucupan hangat di dahiku. Alhamdulillah, ada lagi suami romantik aku ni. Aku
berbisik di dalam hati.
‘’Tak nak tanya ke kenapa abang ucap terima kasih?’’ dia menyoal bila aku ingin berlalu.
‘’Ada sebab ke ucapan terima kasih tu?’’ aku menyoal encik Awal kembali.
‘’Setiap ucapan mesti ada sebabkan? Kalau ada orang ucap tahniah, takkan saja‐saja nak ucap
tahniah?’’ encik Awal berbalas soalan denganku. Aku berjeda lama. Sedang berfikir apa
sebabnya ucapan terima kasihnya itu.
‘’So, kenapa bos ucap terima kasih?’’ aku mati akal dan tidak mendapat jawapannya jadi cara
mudahnya adalah menyoal dia kembali.
‘’Pergi bancuh teh dulu, abang nak tukar baju. Nanti kita berbual lagi,’’ encik Awal terus berlalu
masuk ke bilik selepas habis berkata‐kata. Aku pula hanya mampu berdiri kaku dan
memerhatikan dia berlalu. Aku memang tak faham encik Awal. Mungkinkah masih terlalu awal
untuk aku memahaminya? Dia dan aku memang banyak bezanya. Itu adalah kenyataan yang
pasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan