Akhirnya aku ditinggalkan lagi selepas seminggu encik Awal pulang ke sisiku. Asalnya, dia
mengajak aku pergi bersamanya. Katanya sambil berkerja, boleh honeymoon sekali. Aku memang tertarik sangat dengan tawaran tu tapi masalahnya aku tak ada pasport untuk mengikutnya.
Bila aku tak dapat pergi, dia mengajak abang Izzhar pergi. Alasannya tak ada isteri Izz, ada abang Izz pun boleh. Ceh! Macam‐macam hal la bos aku ni.
Padahal, alasan sebenarnya sebab abang Izzhar pernah tinggal di sana selama lima tahun dan abang Izzhar tahu serba sikit bahasa pertuturan di sana. Abang Izzhar juga fasih bertutur dalam bahasa Arab.
Abang Izzhar pernah bekerja sambil belajar. Sebab itulah, bila pulang ke Malaysia dia mampu
membeli kereta dan rumah. Dia memang pandai menabung sejak kecil.
Abang Izzhar kata, orang lelaki ni banyak tanggungjawab, jadi kena membuat persediaan sejak awal. Kena banyak ilmu supaya mudah untuk membimbing anak‐anak dan isteri.
Sejak kecil abang Izzhar sudah rajin bekerja. Dia rajin pergi memancing dan mengikut abah pergi menjala ikan. Kadang‐kadang mereka menjala udang galah bila air surut di sungai belakang rumah pak tam.
Musim menuai pula, abang Izzhar aktif menangkap ikan di sawah‐sawah padi untuk dijadikan ikan kering. Semua hasil tangkapan, selain dibuat makan, juga dijual di pekan. Selalunya ada pemborong yang akan membeli hasil tangkapan abang Izzhar sama ada yang sudah dikeringkan atau yang masih hidup.
Ibu pula rajin membuat pekasam. Aku pun suka makan pekasam hasil tangan ibu. Selalunya pekasam pilihan aku adalah pekasam ikan talapia atau pekasam ikan lampam. Aku tak suka makan pekasam ikan puyu kerana, aku pernah tercekik tulang pekasam ikan puyu.
Bila ingat zaman kecil mesti aku akan ingat kampung. Bila ingat kampung mesti akan ingat ibu, abah, opah, atuk dan saudara maraku. Bila semuanya sudah menerjah dalam ingatanku maka air mata pun turut menerjah ke dalam kolam mataku dan mengalir menuruni pipi. Inilah natijahnya, kalau asyik mengimbas kenangan lama. Abang Izzhar punya pasallah ni!
Baya ~ As salam Has, aku nak tanya sikit ni. Apa hubungan kau dengan encik Madri? Dah heboh dah dalam group whatssap syarikat, kau keluar makan dengan dia. Bukan itu saja, mereka siap upload gambar encik Madri sedang peluk kau lagi.
Sedang ralit aku berangan, aku mendapat mesej melalui whatssap daripada Baya. Aku segera
membalas mesejnya itu.
Aku~ Apa maksud kau ni? Gambar apa? Send mai kat aku.
Mengelabah juga aku dibuatnya. Takkan gambar encik Awal peluk aku pun boleh tersebar di dalam group whatssap? Tak lojik, tak lojik. Aku cuba menafikannya. Hanya termampu bermonolog dalaman.
Baya ~ kejap.
Aku menunggu dengan sabar. Beberapa saat kemudian masuk beberapa keping gambar. Aku
menunggu gambar yang sedang dimuat turun ke dalam whatssap dengan jantung yang berdebar.
Mataku sudah terpejam celik memerhatikan gambar‐gambar yang sudah lengkap dimuat turun. Eh! Itu adegan hari encik Awal balik dari Singapura. Siapa pula yang snap gambar kami dan edarkannya dalam group whatssap ni? Aku membebel di dalam hati.
Aku ~ siapa yang muat naik gambar ni dalam group Baya?
Baya~ ramai..kebanyakannya guna nama samaran dan gambar dalam profil whatssap pun gambar samaran.
Aku menarik nafas dan melepaskan dengan kasar. Inilah dia manusia zaman siber yang terlebih
prihatin. Tak ada kerja nak buat. Viralkan gambar orang dalam internet. Dah tu pandai pula nak
menyamar bagai. Orang kata baling batu sembunyi tangan. Takut gaji kena potonglah tu.
Aku ~ sebenarnya macam ni Baya. Aku dengan encik Madri tu dah nikah. Dia dengan Awal adalah orang yang sama. Kau ingat tak Awal yang encik Zuhaimie sebut dulu? Dialah suami aku sekarang ni Aswal Madri, bos kita. Maaf Baya, bukan aku tak nak bagitau kau. Hujung bulan depan baru kami akan bersanding. Time tu baru kami plan nak bagitau semua orang tapi nampaknya plan kami macam tak menjadi ja.
Aku akhiri mesej panjang aku dengan icon wajah orang sedih. Terpaksa juga aku berterus-terang dengan Baya, daripada dia salah sangka dengan aku.
Baya ~ oh..nak buat susprizelah kononnya tu?
Aku ~ dah tak suprize dah pun..huhu
Baya ~ patutlah kau rapat sangat dengan mereka. Dah lama ke korang nikah? Kau baru sangat kerja di situkan Has? Bila masa pula korang couple ni?
Aku ~ mana sempat couple pun. Bercinta tu kan berdosa? Selepas annual dinner tu kami bertunang. Seminggu ja bertunang kami dah nikah. Maaflah, selama ni aku tak bagitau kau.
Maaf sangat! Kau tolong rahsiakan ya. Jangan heboh‐heboh lagi. Biarlah mereka nak terus bergosip. Yang penting Allah tahu kami tak buat dosa.
Baya ~ yalah..tapi bila nak sanding nanti, jangan lupakan aku pula? Aku pun teringin juga nak masuk majlis orang kaya ni.
Aku ~ kalau pasal kenduri tu aku gerenti akan panggil kau cuma hal majlis orang kaya tu aku tak berani jamin sebab majlis tu akan buat hujung bulan depan di kampung aku. Aku bukan orang kaya pun. Rumah kami rumah kampung saja.
Baya ~ eh..encik Madri tak mau buat majlis di KL ke? Takkan tak buat?
Aku~ tak pasti lagi sebab dia sibuk sangat sekarang ni promosikan smartphone baru tu.
Sekarang ni pun dia tak ada di Malaysia.
Baya~ dia pergi mana?
Aku ~ Timur Tengah..tak tau bila nak balik. Mereka nak ronda seluruh Eropah kot?
Baya ~ ada kot pula?
Aku ~ hehe..manalah aku tahu.
Baya ~ kenapa kau tak ikut?.sambil buat kerja boleh honeymoon.
Aku ~ uwaaa..aku memanglah nak ikut tapi aku tak ada pasport daa..
Baya ~ alahai kesiannya dia..harap2 tu dia tak bawa balik madu untuk kaulah yer. Perempuan sana semua cute miut..meloponglah kau, kalau dia TERbawa balik..hihi, PEACE!
Aku ~ dah lama hidup minah ni..cer tolong doakan yang baik2 sikit. Jeles tak nak cakap. Grrr..
Baya ~ hahaha..kau cemburu ke Has?..tak apa kalau kau cemburu, tu tandanya sayang. Tak
sangkakan kawan baik aku ni dah jadi isteri bos. Pandai pula kau berlakonkan? Sakit pula hati aku ni bila ingat balik sikap poyo kau dulu. Sengajakan?
Aku ~ poyo tu hapa? Cer ceta sikit.
Aku bertanya sambil memasukkan icon orang tersengih. Zaman sekarang ni macam‐macam bahasa pelik sudah keluar. Poyolah, kereklah. Tu tak campur dengan ayat‐ayat kilat lagi. Apa kata orang? Shortform ya? OMG la, ASAP, AAK, GTG dan banyak lagilah. Kalau yang faham tu fahamlah. Kalau tak faham tu boleh tergaru‐garu juga kepala nak cari maksud semua perkataan tu.
Baya ~ poyo pun tak tahu ke? Aku pun tak tahu..hahaha
Aku ~ ceh!
Kami terus berbual panjang selepas itu. Baya menceritakan masalahnya kepadaku. Menurut Baya, dia terpaksa berhenti kerja kerana kakaknya meninggal selepas melahirkan anak ke‐3.
Selepas kakaknya meninggal ibu dan ayah Baya memaksa dia berkahwin dengan abang iparnya.
Bila mereka dah berkahwin, bekas tunang Baya pula datang menuntut janji hingga sanggup untuk menganiaya Baya sekeluarga. Bekas tunang Baya sebarkan fitnah kononnya Baya sudah ditidurinya. Timbul pula konflik bila emak mertua Baya mempercayai setiap kata‐kata bekas tunang Baya tu sedangkan anak dia pun sudah duda ketika berkahwin dengan Baya.
Sebab itulah orang perempuan kena pandai jaga diri dan jaga maruah. Manusia hanya nampak anak dara yang sudah hilang dara tapi takkan mempersoalkan keterunaan si lelaki. Haip! Memang tak adil pun manusia ni.
Orang lelaki pun sama. Dah berapa ramai anak dara orang dirosakkannya tapi bila nak kahwin, dia cari gadis yang masih dara. Contohnya, lelaki kasanova yang bijak mengorat dan mengayat tu, ingat dia mengayat untuk dibuat bini ke? Taklah! Adakalanya hanya untuk dibawa pergi enjoy saja. Dah dapat apa yang dia nak, mesti dia akan ghaib. Lepas tu dia ngayat perempuan lain pula. Bila nak kahwin, suruh mak yang tolong carikan.
Jadi orang perempuan, jangan mudah sangat terpedaya dengan pujuk rayu lelaki. Kaum lelaki ni memang suka sangat menguji. Mereka suka yang mudah dimiliki tapi yang mudah dimiliki itulah akan ditinggalkan nanti bila mereka dapat apa yang mereka hajati.
Orang perempuan yang bakal gigit jari. Tak pasal‐pasal perut mengunung tinggi. Mana nak sorok lagi? Terpaksalah berdepan dengan realiti, seluruh keturunan akan dikeji. Siapa yang rugi?
Tanyalah diri sendiri. Tepuk dada tanya hati, iman aku ni banyak tak lagi? Kalau belum tebal,
belajarlah lagi. Buat teruna dan dara, hargailah diri anda. Jagalah maruah anda dan keluarga, kerana menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian tiada gunanya.
SUDAH tiga minggu encik Awal pergi. Jauh perjalanan mereka kali ini. Benarlah apa yang aku duga. Dari Timur Tengah mereka pergi pula ke Turki. Entah berapa buah Negara mereka sudah menjelajah.
Aku dan encik Awal berhubung juga sekali‐ sekala. Kadang‐kadang melalui skype. Tapi malam ini melalui facebook.
Rindu Tiada Penghujung..
Rindu,
Hadirnya mengimbau kenangan,
Menanam resah dan gundah,
Mencarik jiwa nan parah,
Lalu, hati turut tergadai,
Dan tersadai di lembah duka,
Rindu,
Membuat jiwa turut merana,
Terbayang wajah si dia,
Bergelut sejuta rasa,
Untuk dia yang tercinta,
Rindu,
Mengamit memori indah,
Antara aku dan dia,
Terlakar sebuah kisah,
Kisah suka dan duka,
Rindu,
Membuat aku merintih sepi,
Dalam hati berbisik pedih,
Pulanglah sayang!
Pulang ke pangkuanku di sini,
Kerana aku tak berdaya lagi,
Menahan resah gelora rindu ini,
Rinduku kepadamu,
Takkan ada ubatnya,
Selagi kau tak berada di sisi,
Kerana rindu ini hanya untukmu pasti.
~Nur Izz Zahrah Hasyilla~
Malam ini aku teringin berpuisi di dalam Facebook dan ketika aku sedang online encik Awal
menegurku.
Kami berbual di dalam peti masuk. Aku mengadu kepadanya tentang apa yang terjadi di dalam syarikat. Dia minta aku bersabar dan pejamkan mata. Kemudian dia tag sebuah puisi untuk aku.
Dalam Sepi Hatiku Terluka
Sayangku,
Dalam kesepian ini abang menyebut namamu,
Berulang kali agar hilang rasa duka ini,
Tanpamu di sisi hidup bagaikan tiada erti,
Namun, demi tugas ini abang terpaksa pergi,
Pergi jauh dan pasti akan kembali,
Bersabarlah dalam penantian,
Kerana abang juga terseksa di daerah asing ini,
Sayang,
Dalam bercinta pasti ada rindu,
Dalam rindu pasti ada sepi,
Dan abang juga sedang menghitung hari,
Untuk kembali bersamamu lagi,
Sayang,
Jangan dihiraukan semua yang berlaku,
Pasti semuanya akan berlalu,
Ibarat angin yang menderu,
Hanya singgah buat sementara waktu,
Bertabahlah selagi mampu,
Abang sentiasa ada bersamamu,
Walau abang jauh beribu batu,
Namun abang sentiasa menyokongmu,
Demi sayang dan cinta kita,
Bersabarlah dalam Redha,
Semuanya pasti kembali seperti sediakala,
Sayang,
Angin yang bertiup itu pasti ada penamatnya,
Begitu jua dengan cerita kita yang sedang bermaharajalela,
Biarkan saja mereka!
Bergelak ketawa dan berkata dusta,
Kita takkan mampu menghalangnya,
Allah tahu kita tak berbuat dosa,
Kerana ikatan kita ada restu kedua ibu bapa,
Tunggu kepulangan abang!
Pasti ada cederahati buat mu isteri,
Yang sedang menanti kepulanganku ini.
Aku Perindu Sepi
~ Aswal Madri~ Turki
Tak sangka pula, bila masing‐masing sudah berjauhan, jiwa pun turut menjadi jiwang karat.
Tak apalahkan? Jiwang karat sesekali, asalkan jangan hati sudah yang berkarat.
Hati harus bersih daripada sifat hasad dan dengki. Harus menghindari sikap suka membenci dan mencaci. Semoga Allah merestui.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan