Selesai mengemas rumah. Rezad berhasrat ke pasaraya berhampiran untuk membeli barang keperluan harian. Keretanya dipandu dengan berhati‐hati. Tiba sahaja di tempat yang hendak dituju dia mula memperlahankan keretanya. Dia kemudian mencari tempat parking yang masih kosong. Dia akhirnya memiih satu tempat parking yang sesuai.
Setelah menutup pintu dan mengaktifkan penggera keselamatan kereta. Dia segera melangkah menuju ke pasaraya. Tanpa disedari ada sepasang mata cantik sedang memerhatikannya dari jauh. Secantik senyuman yang terukir di wajahnya. Nampak sekali wanita itu cuba mengekorinya. Ya mengekorinya sejak dari tadi lagi. Rezad yang tidak menyedari kehadiran wanita iitu terus saja melangkah pergi.
Tiba‐tiba Rezad merasakan tubuhnya seperti disentuh dari belakang. Dia berasa terkejut. Secara tiba‐tiba sahaja satu tindakan refleksi berlaku. Mujur juga dia tidak sempat melayangkan satu tumbukan padu ke belakang. Jika tidak sudah pasti gadis berkenaan akan mengalami kecederaan yang teruk. Paling tidak pun akan ada lebam di muka.
Huh... Seorang wanita rupa‐rupanya. Dia ingat siapa tadi. Kelihatan wanita itu seperti terkejut ketakutan memandangnya. Siapa pula gerangan wanita tersebut yang berani menyapa dirinya sesuka hati dari arah belakang. Tiba‐tiba pula tu. Memang mencari nahas.
Sekali imbas Rezad seperti mengenali wanita tersebut. Mustahil, tidak mungkin dia orangnya. Bisik Rezad lemah di dalam hati. Wajah itu mengingatkannya kepada seseorang yang telah sekian lama tidak ditemuinya.
“Sorrryy...” Siti Narida tergamam. Mata yang dikatup rapat tadi terbuka semula. Dia tidak menyangka Rezad akan bertindak sedemikian rupa. Mujur juga penumbuk itu tidak sampai ke muka. Jika kena tepat ke mukanya tadi kan nyaya. Tidak dapat dibayangkan mukanya yang cantik itu akan lebam berminggu‐minggu lama. Syukur alhamdulillah. Bisik hati Siti Narida lemah.
Dasyat betul lelaki ni. Tetapi silapnya juga kerana sesuka hati menerjah orang dari belakang. Sikap dirinya yang terburu‐buru tadi itu hampir sahaja mendatangkan padah. Pada ketika itu, Siti Narida dapat merasakan ada angin deras sempat menyentuh ke mukanya tadi.
“Awak tak apa‐apa ke?” Rezad bersuara perlahan. Wajah gadis itu diperhatikan masih terpunduk dan tangannya menutup mata menahan rasa terkejut.
Rezad merasa kasihan pula apabila melihat gadis itu berkeadaan demikian. Kelihatan dia masih tidak memberikan sebarang respon. Pertanyaan Rezad juga tidak berjawab. Namun dia dapat menarik nafas lega. Mujur gadis itu tidak mengalami kecederaan. Sedikit pun tidak tercalar.
Alhamdulillah.
Rezad percaya dia mungkin telah menakutkan gadis tersebut. Akan tetapi bukan salahnya kerana dia bertindak demikian. Lagipun dia bukannya sengaja untuk menakutkan gadis itu.
“Awak tak apa‐apa?” Rezad bertanya lagi.
“Tak...” Jawab Siti Narida perlahan.
"Baguslah..."
"Ermm... Mujur tak kena.Kalau tak. Errr..." kata‐kata itu terhenti. Dia membayangkan betapa ngerinya jika penumbuk itu sempat singgah melekat ke mukanya yang licin , putih dan gebu itu tadi. Hilanglah kecomelannya. Nyaris...
“Saya minta maaf. Saya tak sengaja tadi,” Rezad bersuara lembut memujuk.
“Saya yang sepatutnya, minta maaf kat awak. Silap saya jugak sebab telah membuatkan awak terkejut.” Balas Siti Narida.
“Saya nak tanya awak sikit boleh tak? Ermmm... sepertinya awak mencari saya tadi?” soal Rezad tegas akan tetapi tetap bernada lembut.
“Awak Rezadiel Bashaq bin Razak kan?” hanya soalan itu saja yang mampu ditanyai gadis itu.
“Iya saya... Tetapi sebelum tu boleh tak awak kenalkan diri awak terlebih dahulu.” Kata‐kata Rezad membuatkan Siti Narida mengelabah.
“Saya Siti Narida...” pantas Siti Narida menghulur tangan sebagai tanda salam perkenalan.
Namun huluran tangannya tak bersambut. Ini membuatkan pipi Siti Narida kemerah‐merahan menahan rasa malu. Tau segan. Sepatutnya dia lebih sensitif dalam hal macam ni. Lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak boleh bersentuhan. Haram. Dia harus lebih sensitif tentang hal itu.
“Sepertinya saya rasa awak ni sudah kenal lama dengan saya. Akan tetapi terlebih dahulu saya minta maaf. Saya langsung tak mengenali siapa awak? " ujar Rezad menduga.
“Mungkin awak tak kenal saya. Tetapi saya kenal awak. Saya pasti awaklah orang yang berada di dalam gambar ini. Saya yakin saya tak tersilap orang,” terang Siti Narida mempertahankan hujahnya. "Betulkan apa yang saya cakap tadi.." Tambah Siti Narida.
Siti Narida mula menerangkan tujuannya dengan menunjukkan gambar itu. Dia tidak mahu berselindung lagi. Lebih lama berahsia mungkin hanya akan menyebabkannya terkepung dengan perasaannya sendiri.
“Ya... ini memang gambar saya. Siapakah awak sebenarnya? Gambar lama perkiraaan Rezad diambil kira‐kira 6 atau 7 tahun lalu itu ditatap penuh minat. Ada tarikh waktu semasa gambar itu dirakamkan. Menurut agakannya gambar itu sudah berusia hampir 6 tahun. Tempoh itu merupakan satu tempoh waktu yang agak lama. Sungguh pantasnya masa berlalu dan rasanya semua kenangan lama itu hampir saja dilupakan.
Dalam kekaburan dan sedikit rasa payah mengingat semula, kenangan lama itu cuba diimbas oleh Rezad. Peristiwa lebih 6 tahun dahulu itu, bagaikana tergambar semula diruang ingatannya. Ketika itu dirinya masih berumur dalam lingkungan sembilan belas tahun. Ada empat wajah yang dirakamkan dalam gambar ketika itu, termasuk dirinya sendiri.
“Saya adik kepada Mezahi...”abang saya juga ada dalam gambar itu. Saya rasa awak masih ingat kepada abang saya Mezahi? Terang Siti Narida tanpa terlalu memaksa. Di dalam hati , dia mengharapkan Rezad juga masih mengenali siapa dirinya.
Sebenarnya Siti Narida amat berharap sekali agar Rezad masih mengenali abangnya dan apa yang paling penting dirinya juga. Satu pengharapan terdetik dalam sanubarinya ketika ini, satu perasaan yang sekian lama tidak pernah singgah, kini perasaan itu dirasakan telah hadir semula mengusik rindu di dalam hatinya.
“Awak adik Mezahi...?” Rezad cuba memerhati untuk mencari persamaan wajah di antara kedua mereka. Agak mengagumkan rupa paras gadis itu memang ada persamaan dengan sahabatnya. Wajah Mezahi dan Siti Narida agak mirip iras wajah orang melayu kacukan jepun. Setahu Rezad emak kepada Mezahi adalah orang jepun.
“Apa khabar Mezahi sekarang...?“ tiba‐tiba terpacul soalan itu dari mulut Rezad.
Sudah hampir beberapa tahun mereka tidak berjumpa. Selepas habis belajar dahulu mereka terus terputus hubungan dan masing‐masing membawa haluan sendiri.
Siti Narida hanya mampu tunduk sambil anak matanya menatap ke tanah. Wajahnya tiba‐tiba berkerut memendam perasaan. Bagaikan menyimpan sebuah rahsia yang sukar sekali untuk diungkapkan.
Kemudian dia mengalihkan semula pandangan ke hadapan cuba bertentang mata dengan Rezad yang kini turut sama memandang ke arahnya.
“Errr... begini, Abang Mezahi yang suruh saya cari awak. Abang saya, berhajat nak jumpa awak.”
Terang Siti Narida jujur. Saya cuma menyampaikan pesan.
Rezad mengangguk sebagai tanda mendengar.
" Abang Mez sekarang berada di hospital...!"
"Hospital...?" Rezad terkejut sebaik sahaja Siti Narida menyebut tempat di mana Mezahi berada sekarang.
Tanpa mereka berdua sedari beberapa orang lelaki sedang memerhatikan dari jauh. Tindak tanduk mereka amat mencurigakan. Mereka seolah berniat buruk dan merancang sesuatu yang jahat. Kelihatannya sepertinya sekumpulan samseng.
Apa yang pasti gerak geri mereka mencurigakan. Empat orang lelaki tersebut lengkap bersenjata dan bersiap sedia untuk melakukan serangan nekad.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan