Label

Isnin, 5 Disember 2016

NOVEL Berikan Aku Cinta Bab13

“Boleh jawab tak soalan matematik tambahan tadi?” tanya Zamri memecah kesunyian antara mereka berdua. Petang itu, mereka berjumpa lagi di restoran yang serupa. Itu pun, cadangan dari Nuraini sendiri. Katanya, ingin merasa spaghetti di restoran francais itu. Memang sedap tapi dia kurang gemar makanan jenis begitu.

“Bolehlah sikit‐sikit,” jawab Nuraini hanya tersenyum manis. Dia pun kurang pasti akan jawapan yang di beri. Sama ada dia berbohong atau tidak.

“Bunyi macam tak berapa je,” suara Zamri juga kendur cuba mencari di sebalik jawapan yang di beri oleh Nuraini.

“Entahlah. Saya tak berapa confident,” ucap Nuraini mencuba untuk jujur dengan lelaki itu.

Memang dia buntu ketika itu. Dia hanya menjawab apa yang dia tahu dan ingat saja. Selebihnya, dia hanya mereka formula sendiri.

“Sayakan dah ajar awak apa yang akan masuk dalam exam nanti. Before exam, awak study tak?” lagak seorang cikgu Zamri bertanya.

“Saya study dan cuba ingat apa yang awak ajar tapi bila dapat kertas soalan, saya jadi tak tahu apa‐apa,” Nuraini masih memasamkan muka. Tanda kesal apa yang berlaku di sekolah tadi.



Entah kenapa ilmu yang di sedut ambil, terhambur keluar secara tiba‐tiba bila kertas soalan di buka dan di lihat satu persatu.

“Awak latihan kena banyak ni. Supaya setiap step dan basic awak kukuh dulu. Baru awak akan ingat sentiasa apa yang awak buat,” Nuraini mendengar saja teguran dari Zamri seperti guru matematik tambahan. Lagi pula, lelaki itu lebih pandai darinya. Dia mungkin tahu cara yang sesuai yang menguasi subjek tersebut.

“Awak lainlah. Budak pandai. Tak macam saya. Belajar macam mana pun tetap sama je,” kendur saja suara Nuraini memberitahu tentang kelemahannya.

“Cara awak berlajar kena baiki. Awak kena cari kenapa kita selalu gagal. Cari punca dia. Di situ, baru kita dapat kenapa kita dapat markah macam tu,” Zamri memberi sedikit teguran agar wanita itu tidak mahu berputus asa selalu.

“Awak ikut tak apa yang saya ajar awak selama ni?” Zamri melontarkan soalan.

“Ikut tapi kadang‐kadang ingat, kadang‐kadang tak,” jawab Nuraini seperti tidak yakin untuk
memberi jawapan yang lebih tepat.

“Sebab tu saya kata awak kena latihan banyak. Selepas awak dah mahir semua jenis soalan dari setiap bab, baru awak tak rasa kekoh dengan pelbagai soalan. Sebab awak dah menguasai semua jenis soalan yang bakal keluar nanti,” ujar Zamri masih lagi memberi nasihat.

Wanita itu hanya mengangguk mengerti. Menerima saja apa yang di nasihatkan kepadanya sebagai panduan kepada subjek tersebut agar dia tidak leka lagi selepas ini.

“Hari ni, awak nak kita study apa?” soal Zamri tiba‐tiba selepas mereka berdiam diri buat seketika.

“Study perdagangan. Subjek ni last dah kan?” Nuraini menjawab dengan pertanyaan kembali.

“Yup! So, before we start, awak nak makan dulu? Atau selepas belajar awak nak makan?” tanya
Zamri pula kepastian. Dia tidak mahu konsentrasi wanita itu terganggu saat mereka sedang
mengulangkaji pelajaran.

“Ikut awaklah. Saya tak kisah,” kata Nuraini mengangkat bahu tanda dia tidak kisah jika makan
kemudian. Lantaran itu, ada sesuatu bunyi muncul antara mereka agak sekejap. Nuraini sudah tidak tahan bila bunyi itu datang dari perutnya.

“It’s that sound like a…” ucap Zamri terkejut bila bunyi tersebut mampu di dengar oleh telinganya.

“I think we should eat first before we start,” tutur Zamri mula bangun tanpa sempat Nuraini ingin menyatakan menunya untuk di pesan kepada lelaki itu.

Nuraini seakan mahu menahan malu. Di ikutkan sangat keputusan lelaki itu, perutnya juga menjadi mangsa menahan lapar. Dia juga tidak sedar bila hal itu berlaku. Dia ingat, dia mampu untuk menahan buat seketika namun perutnya terlebih dahulu berbunyi minta di isi dengan makanan. Bila orang dah mahu tawarkan makan dahulu, dia pula beria‐ia ingin belajar dahulu sebelum makan sesuatu agar perut tidak terasa lapar nanti semasa mereka sedang mengulangkaji pelajaran.

Sedang enak Nuraini berbual gembira bersama rakan sekelasnya, Suhaila dan Faridah, mereka di datangi jejaka yang menghampiri mereka lalu duduk di tepi Nuraini tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.

“Assalamualaikum Nuraini. Boleh saya duduk?” tanya Zamri selamba sambil tersenyum mesra.

Suhaila pula sudah berpandangan sesame sendiri dengan Faridah bila jejaka itu datang pada mereka yang sedang menjamah makanan tika waktu rehat.

“Awak kan dah duduk. Buat apa minta lagi,” balas Nuraini cuba bermesra meski pun dia kurang
selesa bila lelaki itu datang tidak kena dengan waktu.

“Mana tahu, awak tak sudi saya duduk sebelah awak. Boleh saya terus angkat kaki dan berlalu pergi,” Zamri menyusun ayat penuh teratur. Nuraini yang mendengar seperti melihat lelaki itu mahu pergi dengan rajuk di hati.

“Mana ada. Dah jumpa selalu, kenapa hari ni rasa kekok pulak?” Nuraini cuba mengawal perasaan gentarnya bila berdepan dengan lelaki kacak itu.

“Saya takut menganggu waktu rehat awak dengan dia orang,” kata Zamri jujur seakan mengerti.

“Saya minta maaf tapi…” belum sempat Nuraini menghabiskan kata‐katanya, Zamri sudah pun 
memotong.

“Tak apa. Saya faham. Saya tak patut ganggu awak masa sekarang. Jadi, boleh tak jawab soalan
perdagangan tadi?” Zamri beralih topik perbualan. Dia tidak mahu wanita itu berasa salah dengan kehadirannya di situ yang mungkin menganggu sedikit ruangnya bersama teman sekelasnya yang lain.

“Boleh. Tak ada masalah. Moga‐moga, luluslah saya nanti,” jawab Nuraini tenang saja.

“Baguslah kalau macam tu. Saya pun berasa yakin bila menjawab tadi. Kalau macam tu, saya naik atas dululah ya. Saya ada kerja dekat library. See ya,” Zamri sudah pun mengundur diri.

Nuraini mengiyakan saja dan melihat jejaka itu hilang di sebalik bangunan sekolah mereka.

“Ain, kau keluar ke mana dengan dia?” pertanyaan Suhaila menjadikan Nuraini sedar dari mimpi seketika. Tidak sangka pula mereka memasang telinga mendengar segala butir bicara mereka berdua tadi.

“Aku study dengan dia dekat luar,” jawab Nuraini jujur. Dia tidak bisa berbohong kerana makin lama jua, rahsianya tetap di ketahui oleh sahabat baiknya sendiri.

“Wah, bestnya. Mesti romantik kan. Study tempat mewah dan sambil makan dan minum. Cemburu pulak aku,” ujar Suhaila meluahkan apa yang rasa di hatinya ketika ini bila pengakuan Nuraini bertindak jujur pada mereka berdua.

“Sorry sebab tak ajak korang. Apa pulak kata Zam nanti,” Nuraini melahirkan rasa bersalahnya.

Dia mula tidak sedap hati bila rahsia ini sudah di ketahui oleh mereka berdua.

“Kita orang faham. Orang yang sedang hangat bercinta. Biasalah tu,” ujar Suhaila mengusap perlahan bahu Nuraini tanda tidak kisah sehingga timbul ketawa kecil.

“Bolehlah share sikit ilmu add math dengan kami nanti. Zam kan expert dalam subjek tu,” sampuk Faridah tiba‐tiba menyuarakan pendapat.

“InsyaALLAH. Tak ada masalah,” jawab Nuraini hanya tersenyum hambar. Dia tidak tahu apakah
yang sedang bermain di hatinya kini. Adakah ini rasanya cinta?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan