Label

Sabtu, 10 Disember 2016

NOVEL Berikan Aku Cinta Bab17

“Siapa kawan kau tu?” tanya Nuraini mahu tahu.

“Kawan lama aku. Dia dapat UiTM sini. Aku je dekat Sri Iskandar. Jumpa pun jarang‐jarang. So,
waktu begini lah kita orang plan,” kata Suhaila tidak sabar mahu berjumpa teman rapatnya itu.

“Nak aku tunggu mana ni?” soal Nuraini tidak mahu ikut.

“Tak nak ikut sekali ke?” pelik bila Nuraini memutuskan untuk menunggunya.

“Tak apalah. Malas aku. Aku tunggu kat sini je lah,” putus Nuraini mahu duduk di kerusi yang di sediakan di situ.

“Okey. Datang jauh‐jauh tak jumpa pulak. Kalau kau lapar, kau pergi depan sana ada café kampus. Jangan makan kerusi ni pulak ya,” seloroh Suhaila mengusik.

“Baiklah mak cik,” selamba Nuraini membalas sambil berpeluk tubuh. Suhaila ketawa sambil
melambaikan tangan dan berlalu pergi. Nuraini mengeluh panjang. Kalau lama pertemuan Suhaila dengan sahabatnya, jadi tugu Negaralah aku dekat sini. Gumam hati Nuraini.

Nuraini merasakan kakinya terpijak sesuatu. Dia mengerling pada bawah kerusi untuk melihat
apakah dia di pijaknya itu. Terkejut juga bila dia melihat kad pelajar seseorang. Mungkin pemiliknya belajar di sini dan terjatuh. Dia mengambil sambil melihat nama pemilik kad itu.

Nuraini tersentak kuat. Jantungnya seakan mahu gugur ketika ini. Nama pemilik kad itu benar-benar
membuatkan hatinya di landa pelbagai perasaan. Gembira dan sakit? Mana satu perlu di dahulukan? Adakah kad ini menipu dirinya? Tidak! Nama itu siap jelas tertera. Dia masih ingat nama penuh suaminya. Pelanduk dua serupakah? Bila melihat gambarnya pula, sah dia adalah Zamri yang di katakan telah meninggal dunia. Benarkah semua ini? Fikirannya semakin celaru.

Memikirkan antara realiti dan juga mimpi. Benarkah dia masih lagi hidup Ya ALLAH? Nuraini
seperti mahu menangis. Jika benar, kenapa semua orang menipunya?

Sudah lama dia tidak menatap wajah suaminya. Mahu menghampiri setahun jika tidak silap
kiraannya. Aduh! Rindunya semakin membuak. Andai benar suaminya masih lagi hidup, dia tetap mahu mencari sehingga jumpa. Dia mahu menebus dosa‐dosa lalunya. Tidak kiralah dia di tipu atau tidak. Dia tahu, pasti ada sebab kenapa orang di sekelilingnya merahsiakan darinya. Patutlah ayahnya tidak benar dia melawat jenazah suaminya dulu. Rupanya, suaminya masih lagi hidup. Tidak! Dia ingin hidup dengan Zamri. Tidak boleh tidak. Dia mahukan lelaki itu juga.

“What?!” terjerit Suhaila mendengar cerita Nuraini. Punca darinya jugakah kerana membawa
Nuraini ke sini sehingga dia menjadi gila?

“Aku tak tipu. Zam masih hidup. Kalau kau tak percaya, kau tengok kad ni,” Nuraini menghulurkan kad yang di jumpai tadi pada Suhaila.

Suhaila menyambut. Dia meneliti kad pelajar itu. Mahu luruh segala organ badannya melihat pemilik nama kad itu dan gambar yang turut serta. Sama semuanya. Tapi, mustahil dia masih hidup? Mana ada orang mati hidup balik? Fikir Suhaila sebaik mungkin.

“Pelanduk dua serupa kot Ain,” andai Suhaila tidak percaya.

“Kau tengok betul‐betul nama dia. Muhammad Zamri bin Zakuan. Kau tengok gambar dia sekali. Sekarang, mungkin dah lain sikit,” Nuraini menyebut sekali nama penuh suaminya. Dia menyuruh Suhaila meneliti dengan betul gambar dan nama itu.

“Kau dah silap orang rasanya. Aku faham kau terlalu rindukan arwah Zam tapi dia dah tak ada Ain. Kau kena sedar semua tu. Kalau kau berterusan macam ni, jelas kau melawan takdir namanya Ain,” Suhaila tetap dengan pendiriannya.

“Sudah! Aku tak percaya. Kad ini yang memberitahu aku yang suami aku masih hidup. Biar aku
seorang saja yang percaya. Biar aku yang cari suami aku sendiri,” bentak Nuraini kasar bila Suhaila tidak menyokongnya. Dia keluar dari kereta dan menuju ke bangunan utama kampus UiTM Shah Alam.

Suhaila menjerit memanggil nama sahabatnya namun tidak di endahkan terus. Nuraini terus berlari sehingga hilang dari pandangan matanya. Suhaila mengeluh panjang. Kuat betul cinta Nuraini pada arwah Zamri. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Nuraini sekarang tapi bukankah semua itu kisah lama? Mungkin arwah Zamri sudah memaafkan kesilapan Nuraini.

Suhaila mematikan enjin keretanya. Dia mengunci dan setelah itu, berlari ke arah Nuraini pergi
menghilang tadi.

Nuraini mencari‐cari sesiapa yang mungkin kenal dengan suaminya yang belajar di sini. Sedang matanya meliar ke tempat lain, tubuhnya di langgar sesorang. Dia seorang saja yang terjatuh ke lantai. Dia melihat orang yang di langgar itu. Seorang lelaki. Dia lihat pula pada wajah lelaki itu.

“Ain… kau buat apa dekat sini? Sorry sangat sebab terlanggar kau tadi,” ucap Afiq pantas membantu Nuraini bangun semula. Tanpa sedar, tangannya di capai lembut oleh Nuraini. Afiq tersentak hebat. Tidak menyangka Nuraini seberani ini.

“Tolong aku Afiq. Tolong beritahu aku perkara sebenar Fiq,” sayu Nuraini meminta tolong daripada lelaki itu. Dia tahu yang Afiq adalah sahabat baik Zamri semasa sekolah menengah dulu.

“Tolong apa Ain? Cuba cakap dengan aku betul‐betul. Kenapa kau sedih sangat ni?” Afiq cuba
mengawal hatinya kini. Perkara sebenar apakah Nuraini mahu tahu? Jangan‐jangan, dia sudah tahu yang Zamri…

“Zamri hidup lagi kan? Beritahu aku yang Zamri masih lagi hidupkan? Kalau betul, mana dia
sekarang Fiq? Aku nak jumpa dengan dia jugak,” sebak Nuraini menuturkan kehendaknya.

Sangkaan Afiq tepat sekali. Bagaimana Nuraini boleh tahu Zamri masih hidup? Bukankah orang‐orang yang terlebih dalam pembikinan ‘drama’ ini sudah berjanji untuk merahsiakan dari sesiapa saja? Hatinya penuh persoalan misteri.

“Apa yang kau merepek ni Ain? Kau ambil cerita daripada siapa ni?” Afiq cuba berlagak tanya
seperti dia tida tahu cerita.

“Kad ini yang ceritakan pada aku Fiq. Iyakan suami aku masih hidup lagi?” tanya Nuraini penuh
berharap agar Afiq dapat menjawab soalannya.

“Err… aku pun tak tahulah macam mana nak cakap Ain,” Afiq keliru. Tidak tahu sama ada mahu
membocorkan atau biarkan Nuraini terus mencari kebenarannya sendiri.

“Aku rayu sangat Fiq. Aku rindu sangat dekat Zam. Aku nak tebus dosa‐dosa lama aku,” ucap
Nuraini semakin lemah. Cuba menarik perhatian Afiq agar menolongnya untuk kali ini.

“Okey,okey aku tolong tapi jangan beritahu sesiapa yang aku beritahu pada kau okey,” putus Afiq bila melihatkan tubuh Nuraini sudah capai tahap memeluk kakinya separuh merayu.

“Aku janji aku tak beritahu sesiapa tapi tolonglah beritahu aku mana Zam tinggal,” Nuraini berjanji untuk tidak memberitahu sesiapa. Dia sudah tidak sabar melihat tindak‐tanduk Afiq seterusnya.

“Lebih baik kau cari dia dekat alamat ni. Dia tinggal dengan pak cik dia sekarang. Ingat, jangan 
beritahu yang aku bagi alamat ni. Kalau terpaksa, baru dedahkan,” kata Afiq sambil menulis sesuatu pada sekeping kertas. Perasaan bersalahnya mula timbul namun di sebabkan mahu mencantumkan pasangan ini. Dia teruskan saja niat baiknya itu.

“Terima kasih Fiq. Aku tak tahu nak balas macam mana jasa kau nanti,” kata Nuraini menghargai apa yang di berikan Afiq untuk mencari suaminya.

“Tak perlulah. Kau juga berhak bahagia bersama dia. Aku harap lepas ni, jangan jarakkan hubungan korang berdua. Susah kita nak salahkan sesiapa buat masa sekarang. Sebab semuanya ada kesilapan masing‐masing. Cubalah untuk berdamai selepas ni. Aku tak nak kau dengan Zam terseksa lagi dengan penipuan ni. Aku harap kau faham ya,” panjang lebar Afiq menasihati. Moga Nuraini terima dengan apa yang mereka lakukan untuk dia dan juga kebaikan Zamri sendiri.

“Baiklah. Aku akan cuba Fiq,” ujar Nuraini tersenyum manis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan