Label

Rabu, 7 Disember 2016

NOVEL Kasih Yang Terindah Bab38

RESTOREN yang agak luas dan selesa itu sibuk dengan pelanggan walaupun waktu makan tengahari sudah lama berlalu. Pekerja‐pekerjanya kelihatan tidak cukup tangan melayan pelanggan. Azman juga belum sempat menemui adik iparnya yang berkunjung kerana terpaksa membantu. Dia hanya sempat melambai mempelawa adik iparnya itu yang datang bersama seorang gadis masuk ke dalam ruang restoren.

“Wah! Ramai betul orang datang ke sini, ya. Mesti banyak untung yang abang ipar kau dapat. Eh! Siapa nama abang ipar kau tu?”

Arianna yang pertama kali melihat kekalutan dan kesibukan di ruang restoren hampir terkehel leher melihat pelanggan yang berpusu‐pusu datang dan pergi. Dia dan Marlisa mengambil tempat di sebuah meja yang baru dikosongkan. Terletak sedikit tersorok. Restoren itu mengamalkan konsep ‘open air’ membuatkan pelanggan lebih selesa.

“Abang Azman. Kalau kau nak tahu ini belum betul‐betul sibuk. Ada waktu yang lebih sibuk lagi tau,” Lisa memandang Arianna. Jus tembikai susu yang dipesan disedut separuh gelas.

Menghilangkan dahaga yang terasa.

“Really? Masa bila?” tanya Arianna berminat.

“Masa Kak Yati minta Abang Azman masak macam‐macam lauk untuk dia. Tak cukup tangan abang ipar aku tu dibuatnya. Kesian pulak aku tengok,” beritahu Marlisa sambil tersengih.



“Iye ke? Tapi aku rasa itu kes lain. Itu permintaan dari seorang isteri lebih‐lebih lagi isteri yang 
sedang mengandung. Memanglah tak cukup tangan jadinya. Tambah pula yang memasak tu cuma sorang dan yang tukang tengok serta tukang rasa tu ramai. Betul tak?” Arianna menjongket kening.

“Iye... tepat sekali!” akui Lisa.

“Penat juga kerja kat restoren ni, ya?” Arianna kembali kepada topik yang sama. Nampak benar dia amat berminat dalam bidang itu.

Lisa terus menyedut air di dalam gelas. Mata acap kali memandang ke arah luar restoren, mencari kelibat teman lelakinya.

“Ish! Mahunya tak penat. Setakat penat badan tu tak kisah sangat. Tapi ditambah dengan penat otak sebab kerja ni berkait dengan orang. Hati orang ni bukan senang nak dijaga tau,” bernas kata‐kata Lisa. Arianna mengangguk mengiyakan semua itu.

“Ish! mana pulak mamat ni? Lambat betul. Aku dah lapar sangat ni,” rungut Marlisa tetap menjengah ke luar.

“Sabarlah. Jalan jam kot.”

Azman menghampiri mereka berdua. Senyuman lebar sentiasa terukir di bibir walau badan merasa penat.

“Hi ladies! Sorry ya tak dapat nak layan. Tak sangka ramai pulak customer hari ni,” Azman
melabuhkan punggung di kerusi sebelah Marlisa. Keluhan kasar kedengaran dilepaskan.

“It’s okay, bang. Small matter. Lisa sebenarnya lebih kesian tengok abang. Tak cukup tangan nak layan pelanggan. Pekerja kurang ke?”

“Iye. Semalam tiga orang pekerja abang resign. Nak sambung belajar. Itu yang susah kalau ambil pekerja lepasan sekolah. Semuanya tak kekal sebab mereka masih nak sambung belajar” beritahu Azman. Dia segera meneguk air kosong yang baru dihantar pekerjanya. Lega dirasakan tekak yang kehausan.

“Apasal abang tak ambil pekerja umur dua puluh satu tahun ke atas. I mean yang tak mungkin akan resign untuk sambung belajar. Boleh bekerja secara tetap,” Arianna tiba‐tiba menyoal.

“Payah. Kategori yang cik maksudkan tu... err... siapa nama?”

“Arianna. Lupa pulak nak kenalkan dengan abang. Ini kawan Lisa, Arianna anak uncle Mokhtar,”
sampuk Marlisa. Dia sebenarnya lupa untuk memperkenalkan mereka berdua kerana lebih ternanti‐nantikan Norman.

“Iya, saya Arianna,” Arianna menyambut huluran Azaman.

“Nama abang, Azman. Tak sangka abang dapat berkenalan dengan Cik Arianna,”

“Rianna aje, bang. Tak payah nak bercik‐cik. Buang karan,” celah Lisa membetulkan ayat abang
iparnya.

“Iye. Betul tu,” angguk Arianna mengiyakan.

“Okeylah Rianna. Emm... sambung tentang tadi. Betul apa yang Rianna kata tu. Tapi masalahnya kebanyakan orang muda bukan nak kerja kat tempat macam ni. Panas, bising, sibuk. Gaji pulak tak seberapa. Kalau untung lebih dapatlah lebih. Kalau tak, tak adalah gaji tambah. Budak‐budak zaman sekarang lebih suka kerja dalam air‐cond walaupun gaji ciput. Janji tak panas dan tak letih,” jelas Azman panjang lebar.

Arianna terangguk‐angguk. Azman berkalih pada Lisa yang asyik memandang ke luar restoren.

“Ada janji dengan Norman ke?” soal Azman membuatkan Lisa tersentak. Dia tersenyum nipis
menutup rasa malu.

“Iye, bang. Janji nak makan sama‐sama tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung,” beritahu Lisa sebal.

“Emm... Lisa dah order?”

“Belum. Err... ingat nak order special menu dari abang,” kata Lisa teragak‐agak sambil menggigit telunjuk. Takut kalau‐kalau permintaan dia tak dapat ditunaikan.

“No problem. Berapa orang? Nanti abang masak something different untuk Lisa dan kawan-kawan.
Itu pun sebab pelanggan dah kurang. Kalau tidak, tak dapatlah abang nak penuhi permintaan Lisa.”

“Ha’ah. Iye,” Lisa sekadar tersengih.

“Berapa orang?”

Arianna sekadar menjadi pendengar. Dia juga sudah tak sabar untuk merasa masakan abang ipar Lisa. Juga tak sabar untuk berkenalan dengan Norman, teman lelaki Lisa yang merupakan peguam syarikatnya.

“Tak tahu pulak Lisa kot‐kot Norman bawa kawan dia. Err... Hah! Itu pun dia. Hampeh betul!”

Marlisa bangkit dari kerusi lalu melambai setelah terpandang kelibat Norman memasuki ruang
restoren bersama seorang lelaki. Arianna turut memandang ke arah yang dimaksudkan. Dua orang lelaki menghampiri mereka. Serta‐merta air muka Arianna berubah.

“Hai... sorry lambat. Jalan jam,” Norman terus memberitahu alasan setelah tiba di meja.

Dia bersalaman dengan Azman. Fariez turut berbuat demikian sedangkan dia begitu terkejut setelah terpandang Arianna di depan Marlisa.

“Tak apalah. Asalkan sampai jugak,” ujar Lisa.

“Okey, dah sampai dah. Abang masuk masak dulu,” Azman bangun dari kerusi.

“Special menu?” duga Norman seakan tahu.

“Of course. For celebrate something. Maybe.” sahut Lisa. Azman hanya tersenyum lalu menuju ke ruang dapur.

“Sayang, come. Lisa kenalkan dengan kawan Lisa. But I hope you akan kenal sendiri.”

Marlisa menarik lengan Norman. Arianna berusaha tenang begitu juga Fariez. Sedangkan gejolak perasaan mereka tiada siapa yang tahu.

“Arianna, kenalkan inilah Norman, boyfriend aku. Amacam? Hensem tak?” Lisa terlentok manja di bahu Norman.

“You, meet my friend, Arianna.”

“Hai. Saya Norman,” Norman menghulurkan tangan.

“Hai. Saya Arianna,” Arianna menyambut huluran itu sambil tersenyum lebar. Berusaha mengawal wajah yang tegang.

“You kenal tak?” Lisa memandang Norman.

“I don’t think so but nama tu macam familiar aje,” Norman mengusap dagu. Cuba mengingati
sesuatu. Mata tetap memandang gadis di depannya itu.

“Memang you tak pernah jumpa. But I think you can guest.”

“I’m trying. Emm.. Arianna? Emm... Wait. Arianna Dato’ Mokhtar? CEO MZ Holding? My client?”

Norman sudah dapat meneka. Lisa bersorak riang. Arianna hanya mengangguk.

“Oh! Tak sangka saya dapat kenal dengan anak Dato’ Mokhtar akhirnya. Dah lama saya tak jumpa Dato’. Dato’ apa khabar sekarang?”

“Sihat, Alhamdulillah.”

“Emm... Memang saya ada terniat nak ke MZ untuk berkenalan dengan CEO barunya. Tapi tak
sangka dapat kenal kat sini. Tak sangka Cik Arianna ni kawan Lisa.”

“Of course,” Lisa mencelah. Arianna tetap juga dengan senyuman.

“And then kenalkan, ini Fariez. Kawan Norman masa kat UK dulu. Don’t worry. Dia orang melayu. Mix. Kalau kau nak fall in love dengan dia pun just go ahead. Setahu aku Fariez ni masih single. Aku dulu pun nyaris juga tapi mujur Norman lebih hensem.”

Lisa memperkenalkan Fariez yang hanya berdiri memerhati. Arianna mengukir senyum kepada
lelaki itu. Lelaki yang amat dikenali.

“Riez, meet my friend. Arianna.”

“Hi... nice to meet you,” Fariez menghulurkan tangan.

“Me too,” Arianna berusaha tenang sedangkan hati bergelora.

“Riez, are you still single?” soal Lisa tiba‐tiba.

“Aa... emm...”

“Aik! Macam tak boleh jawab je. You dah ada girlfriend?” soal Lisa tidak percaya.

“Well...” Fariez tak mampu untuk berkata‐kata. Hanya terus memandang Arianna.

“I though you still single. Ingat nak kenenkan dengan kawan I ni.”

“Kalau macam tu I akan cuba,” Fariez tersenyum manis.

“Hey! Why don’t we have a sit? Takkan nak berborak sambil berdiri aje,” Norman mencelah.

“Of course. Please,” sambung Lisa.

Mereka berempat melabuhkan punggung di kerusi. Lisa langsung tidak berenggang dari Norman dan Arianna di sebelah Fariez.

“Tak sangka betul saya. Akhirnya dapat juga kenal dengan CEO baru MZ. What a small world.
Rupanya Cik Arianna ni kawan Lisa.”

Arianna tersenyum nipis. Langsung tidak memandang lelaki di sisi. Arianna sebenarnya terlalu
terkejut. Diaduk perasaan malu yang berbaur rindu. Benar kata Norman. What a small world. Tak sangka pula Fariez merupakan teman Norman, teman lelaki Lisa.

“Just call me Rianna, please,” pinta Arianna.

“Of course and just call me, Norman. Simple for both of us.”

“Dato’ buat apa sekarang? Duduk kat rumah aje?”

“Macam tulah. Papa sekarang ada kat Mekah. Buat umrah,” beritahu Arianna.

“Iye ke? Alhamdulillah. Lama juga saya tak jumpa Dato’. Riez, kalau kau nak tahu Arianna ni dah jadi salah seorang bussiness woman yang berjaya kat KL ni. Since dia take over MZ, salah sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia. Dah jadi CEO syarikat besar. Bertuah siapa yang dapat jadi husband dia,” Norman mengalihkan kata‐kata pada Fariez yang sejak tadi hanya membisu.

Fariez mengangguk sambil tersenyum. Pandangan tak lepas memandang Arianna yang benar-benar
telah berubah cara ketrampilan. Semakin ayu setelah bertudung litup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan