ALUNAN lagu sentimental yang sedang berkumandang di ruang makan restoran eksklusif Istana Bambu itu memang mengasyikkan. Cuaca malam yang mula dingin semakin cantik disinar kerlipan neon di sekitar restoran mewah itu. Ramai juga pelanggan yang sedang menikmati makan malam. Di satu sudut yang agak lengang, Datuk Zulkifli baru selesai menikmati juadah makan malam. Sarah Aqilah pula duduk mendepaninya. Masih ada lagi makanan yang berbaki di pinggan.
“Mengapa tak dihabiskan?”
“Errmm … dah tak larat Datuk. Kenyang sangat.”
“Sikit saja lagi tu.”
Hanya segaris senyuman muncul di bibir Sarah Aqilah. Sejak beberapa hari ini, tekaknya memang kurang berselera. Kesihatannya semakin bertambah baik namun traumanya bila berdepan dengan Rezal Haiqal masih bersisa. Mengingatkan lelaki itu, mimpi ngeri seakan berulang kembali.
“Qilah okey tak?”
“Err … Alhamdulillah. Macam yang Datuk lihat sekarang.”
“Iyalah … I tengok you macam tak ada selera saja malam ni.”
“Tak adalah Datuk. Qilah okey cuma rasa kurang selesa sikit sebab dah lama tak keluar bersama. Banyak pulak mata yang memandang.”
“Pasal tu janganlah younak kesahkan sangat. Pedulikan saja.”
“Segan juga Datuk.”
“Pekakkan telinga dan butakan mata. Habis cerita!”
“Tak biasalah Datuk.”
“Tak biasalah nak kena biasakan. Suatu hari nanti you akan tetap jadi milik I.”
Bagaikan luruh jantung Sarah Aqilah apabila Datuk Zulkifli menuturkan kata‐katanya itu. Hingga saat ini, impian dan harapan lelaki itu tetap ada untuk dirinya. Semakin lama semakin berat penderitaan jiwa yang ditanggungnya. Dia benar‐benar tenggelam punca. Pening kepalanya memikirkan soal hajat Datuk Zulkifli itu. Sampai bilakah dia dapat bertahan dan menepis segala keinginan lelaki itu? Yang indah di hadapan mata tidak sama yang pahit bersarang di hatinya. Jiwanya menyerah dalam pasrah!
“Kalau dah jodoh tak ke mana Datuk.”
“I dah tak sanggup menanti lagi.”
“Sabarlah Datuk. Hari bahagia itu pasti tiba.”
“Tapi bila masanya?”
Sarah Aqilah memejam mata. Apa yang harus dijawab untuk soalan itu. Buntu juga fikirannya. Jawapannya tadi menemukan soalan yang memerangkap dirinya sendiri. Pandai sungguh lelaki ini bermain kata‐kata, desisnya sendirian dalam hati. Setiap alasannya ada sahaja jawapan yang muncul. Dia cuba mengelak namun akhirnya dia terjerat sendiri. Menyedari Sarah Aqilah seperti tidak selesa dengan soalan‐soalan yang ditanya, Datuk Zulkifli cuba mengubah topik perbualan.
“Err … badan you sakit lagi tak?”
“Beransur pulih Datuk. Macam manapun Qilah masih trauma bila jalan seorang‐seorang.”
“Okey. Lain kali bila berjalan pasti utamakan keselamatan. Ingat tu!”
“Perkara dah nak jadi Datuk.”
“Nasib baik you tak ada apa‐apa.”
“Mana Qilah nak sangka. Tiba‐tiba saja perkara tu berlaku.”
“Malang memang tak berbau. Betullah kata orang dulu‐dulu.”
“Iya Datuk. Tak ada siapa yang nak sakitkan?”
“Ermm … memang nasib you baik. Cuma cedera sikit.”
Alasan demi alasan cuba diungkapkan oleh Sarah Aqilah. Sehingga saat itu, apa sahaja yang diberitahu, Datuk Zulkifli memang percaya bulat‐bulat. Sedikit pun tidak ada rasa curiga malah berlebihan pula simpatinya. Membuatkan hati Datuk Zulkifli tertawan memang mudah namun untuk menuntut dia menunaikan janji, Sarah Aqilah perlu banyak bersabar. Memikirkan masalah yang dihadapi, dia mesti bertahan. Kolar baju yang agak lebar yang di pakai oleh Sarah Aqilah malam itu sedikit sebanyak dapat menutup kesan melecet di lehernya. Semuanya angkara kesan rentapan kuat seutas rantai oleh Rezal Haiqal tempoh hari. Mengenang semula kejadian itu, terasa lagi ngilu sakitnya.
“You kenapa? I nampak gelisah.”
“Err … entahlah Datuk.”
“Ermm … ada apa‐apa yang mengganggu you? Cuba bagi tahu I…”
“Qilah rasa macam tak sedap hati saja malam ni.”
“You okey tak ni?”
“Qilah okey. Datuk jangan bimbang.”
Datuk Zulkifli merenung tajam mata Sarah Aqilah. Renungannya membuatkan Sarah Aqilah menjadi serba salah. Tidak sanggup dia membalas lama‐lama renungan itu. Dia menjadi malu sendiri. Manakala tangan kanan Datuk Zulkifli mula merayap menangkap tangan Sarah Aqilah yang masih melekap di atas meja. Sarah Aqilah nampak terkejut dengan perlakuan itu. Ingin ditarik tangannya itu ke belakang namun tangan lelaki itu lebih pantas menyambar jari jemarinya. Degup jantungnya kembali bergetar kencang.
“You macam tak suka saja? I ada buat salahkah?”
“Bukan macam tu Datuk. Qilah sebenarnya yang rasa bersalah sebab belum dapat menunaikan hasrat Datuk. Qilah benar‐benar minta maaf.”
“I pun tak sepatutnya untuk memaksa you.”
“Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Datuk fahamkan?”
“I faham tapi tak mahulah you sedih‐sedih macam ni.”
“Biasalah Datuk. Sedih‐sedih ni kan permainan orang perempuan.”
“You kena tabah. You kena kuat!”
“Terima kasih Datuk kerana memahami. Qilah benar‐benar terharu.”
“Sudahlah tu. Masalah you nanti I akan selesaikan cuma I nak youbagi masa sikit lagi pada I. Janji Iakan tunaikan.”
“Tak tahu macam mana nak ucap terima kasih pada Datuk. Memang Qilah terharu sangat-sangat.”
“Sudahlah … I tak nak dengar lagi pasal tu. I ada surprise untuk you.”
“Surprise? Ada apa Datuk?”
“Pejamkan mata you.”
Pejamkan mata? Terkejut juga Sarah Aqilah apabila Datuk Zulkifli memintanya berbuat sedemikian. Tertanya‐tanya juga di hatinya apa yang hendak dilakukan oleh lelaki itu?
Ditahankan juga sedikit debar di dadanya. Dia akur akan permintaan Datuk Zulkifli itu. Sementara itu, Datuk Zulkifli mengeluarkan satu kotak kecil dari kocek bajunya. Dibukanya kotak itu lalu diletakkan digenggaman Sarah Aqilah. Tangannya turut menggenggam erat jari jemari yang halus itu. Sarah Aqilah terpaksa menahan debar.
“Sekarang you boleh buka mata.”
“Apa ni Datuk?”
“Bukalah. I tahu you tentu suka.”
Kotak kecil itu dibuka. Memang dia tidak menjangkakan pemberian hadiah itu untuknya. Seutas rantai emas masih melekat dalam pandangannya. Dia nampak terharu.
“Errmm … terima kasih Datuk. Apa saja yang Datuk beri memang Qilah suka.”
“Apa saja?”
“Apa saja Datuk. Syukur sangat‐sangat dan Qilah tak pernah dihargai macam ni.”
“Dah lama jiwa I rasa kosong. I harap you sudi mengisi kekosongan itu. I harap sangat pada you.”
“Ermm … siapalah Qilah. Datuk buat Qilah makin terharu. Cuma Qilah saja yang belum dapat nak balas jasa baik Datuk. Maafkan Qilah…”
“Janganlah sedih‐sedih macam ni. Tujuan I bawa you makan ni nak ceriakan hati you. I memang ikhlas untuk you.”
Terdiam seketika Sarah Aqilah mendengar penjelasan itu. Dia sangat terharu dan tidak tahu macam mana hendak menyembunyikan rasa bersalahnya itu. Kalaulah lelaki itu tahu kisah sebenar di sebalik lakonannya itu sudah pasti meletop dunia dibuatnya. Mengapalah dia boleh terperangkap dalam lakonan yang akhirnya memerangkap dirinya sendiri? Terasa dirinya benar‐benar bodoh diperlakukan sebegitu oleh suaminya sendiri. Dia benar‐benar tertekan.
“Asyik masam dan sedih saja dari tadi I tengok. Bukankah malam ni kita sepatutnya enjoy? Senyumlah sikit…”
Sarah Aqilah paksakan sebuah senyuman di bibirnya. Namun nampak hambar. Fikirannya benar‐benar tidak tenang. Di kepalanya berserabut memikirkan macam‐macam hal. Di hatinya pula masih tertanya‐tanya apakah sebenarnya keputusan yang mesti diambil. Ingin sahaja ditamatkan sandiwara lakonannya itu. Datuk Zulkifli tetap setia menanti, sedangkan dia mula serik untuk bermain api. Mengenang Rezal Haiqal, jiwanya semakin terbakar.
“Hmm … macam itulah. Kan manis senyum macam tu!” lantas tangannya mencuit dagu Sarah Aqilah. Tidak sempat Sarah Aqilah mengelaknya.
“Ada‐ada saja Datuk ni. Malulah kat orang.”
“Alah … dia orang bukan tahu siapa kita. Dekat sini tak ada yang kenal I mahu pun you.”
“Iyalah Datuk … harap‐harap macam itulah.”
Namun di satu sudut yang agak terlindung di dalam restoran Istana Bambu itu, ada sepasang mata sedang galak menyaksikan apa sahaja yang berlaku. Setiap gerak dan geri Datuk Zulkifli dan Sarah Aqilah menjadi perhatian. Nampak bengis wajah lelaki itu. Rengusan nafasnya kuat.
Dia memang tidak senang hati melihatkan apa yang berlaku di hadapan matanya. Memang sengaja dia mengekori ke mana sahaja perginya Sarah Aqilah. Setiap perbuatan Datuk Zulkifli menyakitkan pandangan matanya. Hatinya turut menyulam rasa dendam dan amarah.
“Err … Qilah rasa nak balik dululah Datuk. Hari makin lewat ni.”
Datuk Zulkifli melihat jam tangannya. Lima minit lagi jarum akan berdetik menunjukkan pukul 11 malam. Matanya kemudian beralih kepada Sarah Aqilah.
“I hantarkan.”
“Tak apalah Datuk. Biar Qilah balik sendiri.”
“Dah lewat malam ni. Biarlah Iyang hantarkan.”
“Datuk jangan bimbang. Qilah naik teksi saja. Lagi pun Qilah dah janji dengan teksi yang sama supaya ambil Qilah di sini.”
“Errm … kalau macam itu baiklah. Cuma you hati‐hati sikit. Dah sampai apartmen nanti mesej I. Bimbang jugak nak lepaskan you seorang‐seorang ni.”
“InsyaAllah … tak ada apa‐apa.”
“Betul ni?”
“Qilah dah biasa Datuk. Percayalah.”
“Ermm … okeylah. You hati‐hati.”
“Baik Datuk … biar Qilah pergi dulu.”
“Take care sayang!”
Secara spontan juga, mata kiri Datuk Zulkifli dikenyit buat kekasih gelapnya itu. Sarah Aqilah membalasnya dengan senyuman manis di bibir. Dia mula tersipu‐sipu malu. Langkahnya terus diatur perlahan meninggalkan Datuk Zulkifli sendirian. Lapang dadanya setelah berakhirnya pertemuan malam itu. Lega juga perasaannya hendak melayan kerenah Datuk Zulkifli yang semakin miang itu. Tua‐tua keladi, semakin tua semakin menjadi.
“Eeiii … makin tua makin gatal!” renggusnya dalam hati.
Seperti yang dijanjikan, sebuah teksi datang menjemput Sarah Aqilah. Melihat sahaja plat teksi itu, dia menarik nafas lega. Teksi berhenti hampir dengan tempat Sarah Aqilah menunggu. Tanpa berfikir panjang, Sarah Aqilah terus membuka pintu teksi dan terus masuk ke dalam. Alangkah terkejutnya dia, Rezal Haiqal berada di sisinya. Dia mahu menjerit namun tangan kasar lelaki itu lebih pantas menekup mulutnya. Teksi terus meluncur laju apabila Rezal Haiqal memberi arahan kepada pemandunya supaya segera meninggalkan kawasan restoran Istana Bambu itu.
“Lepaslah! Abang buat apa kat sini?”
“Kau tanya aku? Sepatut aku yang tanya soalan tu pada kau!”
“Apa yang Qilah buat? Qilah keluar makan malam saja.”
“Makan malam? Makan sambil pegang‐pegang tangan. Ermm … elok sangatlah tu!”
“Abang jangan buat tuduhan yang bukan‐bukan.”
“Aku belum buta lagi tau! Ohhh … dah pandai nak menipu!”
Marah sungguh Rezal Haiqal ketika itu. Sarah Aqilah terpaksa menahan malu terutama kepada pemandu teksi. Dia tidak menyangka pula Rezal Haiqal sanggup mengintip gerak gerinya malam itu. Geram sungguh hatinya. Marahnya memang melebihi takat suhu mendidih. Lelaki itu memang tidak pernah puas untuk menyakitkan hatinya.
“Selama hari ini siapa yang mengajar Qilah menipu? Siapa abang?”
“Kau nak salahkan aku pulak!”
“Memang abang yang salah! Qilah tak akan maafkan abang!”
“Dah berani menjawab sekarang. Dah habis cakap?”
“Abang tak pernah nak faham perasaan Qilah. Abang buat Qilah macam boneka. Bila suka abang sayang, bila marah terus buang!”
“Itu kau yang kata. Bukan aku!”
“Sampai hati abang!”
Tersenyum Rezal Haiqal apabila mendengar rintihan Sarah Aqilah. Air mata mula turun membasahi pipi Sarah Aqilah. Baginya, lelaki seperti Rezal Haiqal itu memang berjiwa binatang. Walaupun dia masih isterinya yang sah namun kasih dan sayang sudah tidak bererti lagi. Tiada rasa simpati dari lelaki itu malah semakin menebal perasaan bencinya.
“Aku nak duit!”
“Tak cukupkah apa yang Qilah dah bagi pada abang?”
“Sebab tak cukuplah aku cari kau. Aku tahu Datuk ada bagikan? Jangan cuba nak bagi apa‐apa alasan!”
Terbakar sungguh hati Sarah Aqilah. Memang lelaki ini sudah melampau! Dia mengeluarkan duit kertas bernilai seratus ringgit lalu disuakan kepada Rezal Haiqal. Sudah malas dia mahu melayan kerenah lelaki ini. Dengan pantas Rezal Haiqal menyambut duit itu.
“Tak kan banyak ni saja?”
“Abang nak berapa banyak lagi? Abang ingat Qilah kerja cap duitkah?”
“Itu aku tak mahu tahu! Aku nak duit, itu saja!”
Rezal Haiqal mula bertindak agresif. Sempat dia menarik beg tangan Sarah Aqilah. Pantas tangannya meraba dan menyelongkar isi kandungan beg itu. Sarah Aqilah tidak sempat buat apa‐apa. Dia tidak menyangka Rezal Haiqal akan bertindak sedemikian. Sepantas kilat tindakan lelaki itu.
“Yang ni apa?”
“Jangan abang! Itu saja yang Qilah ada…”
“Errmm … cantik rantai pemberian Datuk ni. Tentu mahalkan?”
“Tolonglah abang! Jangan buat Qilah macam ni.”
“Apa ada hal benda kecil macam ni. Nanti bolehlah minta yang lebih besar dari Datuk!”
“Abang!!!!”
Jeritan Sarah Aqilah memang tidak dipedulikan. Sampai di satu perhentian, Rezal Haiqal
meminta pemandu teksi menurunkannya. Walaupun pada awalnya memang dia sangat marah
apabila melihat kemesraan isterinya bersama Datuk Zulkifli namun semuanya itu sudah
dibuang jauh. Apa yang penting, segala yang dimahukan dari Sarah Aqilah sudah tergenggam
di tangannya. Duit dan rantai emas itu lebih penting dari segalanya.
“Nah ambil duit ni. Tolong hantar perempuan ini sampai ke apartmen Mentari Height.”
Pemandu teksi itu akur dengan arahan Rezal Haiqal. Kecut juga perutnya melihatkan air muka
lelaki yang agak bengis itu. Kemudian teksinya terus meluncur laju membelah pekat malam.
Sarah Aqilah hanya mampu menangis dan menangis. Tidak tertanggung dia menahan
kesedihan yang amat sangat. Segelap warna malam, memang masa hadapan bersama lelaki itu
semakin kelam. Biar cahaya bulan datang menyimbah, keputusannya tetap tidak akan berubah.
Biar sengsara yang bakal menerjah, dia akan terus tabah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan