SYAFIKA AZIERA terus menahan sebak di dada. Melihatkan keadaan Luqman Adzlie ketika itu, rasa kasihan dan marah datang seiring. Kasihan apabila tunangannya itu terpaksa menahan kesakitan akibat kemalangan. Rasa marah turut terbit kerana dia tidak diberitahu tentang kemalangan yang menimpa Luqman Adzlie. Syafika Aziera duduk di birai katil menghadap Luqman Adzlie yang duduk menyandar di kepala katil.
“Sampai hati Man tak bagi tahu Fika! Kalau Fika tak terserempak dengan Kimie pagi tadi, memang sampai sudah Fika tak tahu.”
“Bukannya teruk sangat. Cuma patah kaki dan luka‐luka sikit.”
“Benda yang serius macam ni pun Man nak main‐main. Tak tahulah kalau Fika memang tak penting bagi Man?”
“Kenapa Fika fikir sampai macam tu sekali? Man kalau boleh tak nak menyusahkan Fika.”
“Tak gunalah Fika jadi tunangan Man kalau tak boleh nak tanggung masalah bersama. Nanti orang ingat Fika memang tak ada tanggungjawab. Tak ada rasa simpati dan entah apa‐apa lagi. Mulut orang bukan mudah nak tutup!”
“Itu kata orang. Biarlah apa dia orang nak kata.”
“Man cakap senanglah. Fika yang mendengarnya macam mana?”
“Pekakkan telinga, habis cerita!”
Syafika Aziera bangun lalu menuju ke jendela bercermin. Pandangannya lepas ke arah bangunan‐bangunan tinggi yang berceracak sekitar ibu kota. Sebak di dadanya semakin menunda‐nunda. Apa sahaja yang terbuku di hati mahu sahaja dilepaskan supaya Luqman Adzlie mendengarnya.
“Man tahu tak? Fika sekarang ni sedih sangat‐sangat. Macam rasa tak dihargai.”
Seketika suasana di dalam bilik wad itu sepi. Luqman Adzlie turut terdiam untuk mencari kata-kata. Dia cuba mengambil tongkat penahan ketiak yang tersandar tidak jauh dari kepala katil. Dia cuba berdiri dengan menggunakan tongkat itu. Perlahan‐lahan dia bangun dan mula bergerak ke arah Syafika Aziera. Gadis yang ada di hadapannya terus diam melayan fikiran. Di matanya mula nampak berkaca.
“Kenapa ni sayang?”
Sayang? Syafika Aziera memang rasa alergik bila mendengar perkataan itu. Lama sungguh rasanya dia tidak mendengar perkataan itu diucapkan kepadanya. Baginya perkataan yang diucapkan oleh lelaki itu belum dapat menyejuk kembali hatinya. Jiwanya memang benar-benar sudah terluka. Baginya, Luqman Adzlie memang tidak serius dalam membina perhubungan itu. Segalanya nampak berubah. Perbezaan antara dahulu dan sekarang memang sangat nyata. Dia memilih untuk berdiam dari bersuara.
“Masih marahkan Man? Okey … Man minta maaf. Maaflah kalau Man salah.”
Syafika Aziera terus mendiamkan diri. Dibiarkan Luqman Adzlie bercakap sendirian. Memang dia mahu tunangannya itu bertanggungjawab kepada dirinya. Bukan dia tidak percaya tetapi mahu lelaki itu ambil berat dan serius tentang perhubungan mereka. Perasaannya perlu dibelai, kasihnya perlu dibaja. Sayangnya tidak pernah kurang tetapi sengaja tidak ditunjukkan. Sebagai lelaki, dia mahu Luqman Adzlie memahami semua situasi itu.
“Kenapa Fika diam? Man benar‐benar mahu minta maaf ni.”
“Senang sajakan orang lelaki ni, rasa salah minta maaf.”
“Habis Fika nak Man buat apa lagi? Nak melutut tak mampu Man, sakit kaki ni!” tukas Luqman Adzlie dengan gaya berseloroh.
“Itulah orang lelaki, kita serius dia main‐main pulak!”
“Alah rilekslah. Lama tak gurau dengan sayang abang ni.”
“Sudah … Fika serius ni. Jangan nak sakitkan lagi hati Fika. Selama hari ini pun memang Fika berendam air mata. Dah tak larat air mata ni nak keluar.”
“Iyelah … Man akui kesilapan Man. Fika nak Man buat apa lagi?”
Syafika Aziera beranjak sedikit dari kedudukannya. Dia seakan merajuk. Wajahnya nampak sebal. Jiwanya masih tidak tenang. Perasaannya sentiasa mahu memberontak. Puas sudah dia menahan sabar. Fikirannya terus bercelaru.
“Kalau Fika diam macam ni susahlah Man.”
“Memangkan … Fika memang dah susahkan Man!”
“Bukan itu maksud Man. Atau memang Fika dah tak percayakan Man?”
“Bukan soal percaya atau tidak Man. Cuma Fika rasa Man semakin jauh. Jauh perginya dari hati Fika.”
“Apa yang Fika merepek ni? Hati dan perasaan Man sikit pun tak pernah berubah. Cuma keadaan dan masa yang kurang mengizinkan. Fika tolonglah faham tanggungjawab Man.”
“Fika saja nak faham perasaan Man. Perasaan Fika sikit pun Man tak jaga. Bukan wang ringgit atau harta benda yang Fika minta, cuma kasih dan sayang. Itu saja … salahkah Fika?”
Terkedu juga Luqman Adzlie hendak menjawab soalan itu. Kaki dan anggota badannya memang sudahlah sakit, kini Syafika Aziera pula membawa penyakit lain pula. Sesak nafasnya melayan karenah dan kehendak tunangannya itu. Baginya, gadis ini terlalu sensitif. Betullah kata orang tua, dalam tempoh bertunang memang banyak dugaannya. Teringat pula dia pada pesanan ibunya selepas majlis pertunangannya dahulu.
“Along kenalah banyak bersabar. Dalam masa bertunang ni macam‐macam dugaan boleh berlaku. Masing‐masing kenalah jaga hubungan ini sebaik‐baiknya. Kena saling memahami,” Mak Som mengingatkan anak terunanya itu.
“Baiklah mak. Along akan cuba buat yang terbaik. Semuanya untuk keluarga kita jugakan.”
“Kena jujur dan ikhlas antara satu sama lain. Sangat penting tu, Along kena ingat.”
“Terima kasih mak. InsyaAllah, Along akan ingat segala pesan mak. Janganlah bimbang, tahulah Along jaga perhubungan ini nanti,”
“Alhamdulillah, lega hati mak bila dengar cakap Along ni.”
“Percayakan Along, mak. InsyaAllah.”
“Iya … mak memang percayakan Along.”
Syafika Aziera menoleh ke arah Luqman Adzlie. Dia nampak lelaki itu sedang termenung. Tidak senang hati bila dia melihat keadaan itu. Apakah kata‐katanya tadi telah mengguris perasaan Luqman Adzlie? Kalau begitu keadaannya, dia memang rasa sangat puas hati. Selama hari ini dia yang selalu mengalah. Kali ini dia mahu lelaki itu pula mengambil gilirannya. Biar dia rasa apa yang pernah dia rasa sebelum ini. Memang sakit menanggung rindu kalau insan yang disayangi menyepi diri.
Wajah Luqman Adzlie nampak hampa. Penat berdiri, dia kembali ke birai katil. Berbicara dengan Syafika Aziera, dia perlu banyak bersabar. Itulah yang pernah dijanjikan dengan ibunya dahulu. Dia masih ingat lagi, dalam tempoh pertunangan memang banyak dugaannya. Kalau tunangannya itu menjadi api, dia seharusnya menjadi air. Dia juga kena berfikir mengikut pertimbangan fikiran, bukan mengikut hawa nafsu. Perhubungan yang dibina atas dasar cinta dan suka sama suka itu seharusnya menuju ke puncak bahagia ke akhirnya. Syafika Aziera datang mendekati Luqman Adzlie.
“Kenapa Man diam?”
“Man rasa itu lebih baik dari kita terus bersengketa.”
“Tak betulkah apa yang Fika cakapkan? Man ingat Fika sukakah keadaan macam ini?”
“Entahlah … Man pun kadang‐kadang buntu. Macam‐macam perkara nak ingat.”
“Fika lagi buntu Man. Tak tahu kenapa perasaan tu selalu datang dalam diri. Tak ada niat Fika nak sakitkan hati Man.”
“Kalau Fika dah mula faham, baguslah.”
Perasaan Syafika Aziera mulai kendur. Dipaksakan dirinya supaya boleh bertenang ketika itu. Dia tahu keadaan Luqman Adzlie yang masih belum sembuh itu perlu difikirkan juga. Dia juga tidak mahu Luqman Adzlie semakin tertekan dengan masalah hubungan mereka atas faktor kesihatannya. Sejambak bunga mawar merah di sudut katil itu mula menarik perhatian Syafika Aziera.
“Ermm … mak Fika tahu tak ni?” Luqman Adzlie cuba mengubah topik perbualan. Terasa sesak nafasnya jika berterusan melayan soal hati tunangannya itu.
“Tak tahu. Memang Fika tak bagi tahu mak mahu pun ayah. Fika tak mahu dia orang bimbang dan susah hati.”
“Ohh … tak apalah. Betul jugak kata Fika tu.”
“Cantik bunga mawar ni?” ujar Syafika Aziera menukar tajuk perbualan yang lain pula. Kini giliran Luqman Adzlie menepis soalan yang agak remeh itu.
“Err … aah cantik. Kawan‐kawan dari pejabat yang hantar,” Luqman Adzlie memberi alasan.
Sedangkan dia sendiri tidak tahu siapakah gerangan insan di sebalik jambangan bunga mawar itu. Misterinya masih belum terungkai.
“Man okey tak sekarang ini?”
“Macam yang Fika tengok. Macam inilah keadaannya.”
“Bila agak‐agaknya boleh keluar hospital?”
“Err … tak tahu lagi. Man sedang tunggu laporan dari doktor pakar. Kalau nak ikutkan, memang dah boleh keluar. Mungkin sehari dua ni, tak tahulah.”
“Tapi Man kena cuti lagikan? Tak kan nak kerja dalam keadaan macam ni?”
“Nampaknya kena rehat kat kampung dulu. Mungkin sebulan atau dua bulan bergantung kepada perkembangan kaki yang sakit ni. Harap boleh cepat baik.”
“Fika harap macam itu jugak.”
“Sayang jugak Fika kat Man ya!”
“Man saja yang tak sayang pada Fika. Selalu buat Fika berendam dengan air mata.” Nadanya macam orang sedang merajuk. Sahaja dia mahu menarik kembali perhatian Luqman Adzlie.
“Fika tahukah apa yang ada kat hati Man ni?”
“Man tanyalah diri tu sendiri. Kalau tak sayang, Fika tak datang cari Man…”
Luqman Adzlie merenung Syafika Aziera. Tiba‐tiba Luqman Adzlie nampak resah dan gelisah. Ada sesuatu yang menjadi tanda tanya di fikirannya. Syafika Aziera juga nampak pelik melihat gelagat tunangnya itu. Kenapa Luqman Adzlie nampak tidak selesa? Adakah kata‐katanya telah mengguris perasaan bakal imamnya itu?
“Kenapa Man? Ada apa tak kena dengan Fika?”
“Memang ada. Memang Man rasa sedikit musykil.”
“Musykil? Tak faham Fika.”
Luqman Adzlie menghulurkan tangannya. Tanpa dipaksa Syafika Aziera menyambut tangan lelaki itu. Luqman Adzlie mencengkam kuat jari jemari Syafika Aziera.
“Peliklah Man ni.”
“Man lagi pelik.”
“Kenapa ni? Jangan buat Fika tertanya‐tanya. Dah tak larat otak ni nak memikirkannya. Penat dah rasanya.”
“Mana pergi cincin pertunangan kita? Tak nampak pun di jari Fika…”
Mendengar soalan itu, barulah Syafika Aziera memahami maksud Luqman Adzlie. Pantas dia meleraikan jari jemari yang bertaut itu. Dia mula serba salah. Seingatnya cincin pertunangan pemberian Luqman Adzlie berada dalam simpanan ibunya. Dia tidak menyangka soalan itu yang ditanya oleh Luqman Adzlie. Apakah alasan yang mahu dijelaskan? Memang salahnya juga meminta ibunya menyimpan cincin itu. Semuanya angkara marahkan lelaki itu semasa pertemuan terakhir mereka dahulu. Masa itu, hatinya memang cepat sangat tersentuh. Dia kecewa dengan alasan demi alasan yang diberikan oleh Luqman Adzlie.
“Err … Fika minta maaf. Fika ada sebab tak pakai cincin tu hari ini. Selalu memang Fika pakai.”
“Okey … apa pun alasannya, Man terima. Man tahu siapa Man di hati Fika.”
“Jangan cakap macam itu Man. Fika boleh jelaskan kalau Man mahu.”
“Tak perlu Fika. Man okey saja. Man tak perlukan sebarang penjelasan. Man pun tak ada niat nak panjangkan cerita pasal cincin tu. Terpulanglah pada Fika untuk jawab sendiri soalan itu.”
Perasaan Syafika Aziera kembali berkecamuk. Kalau dia berada di pihak Luqman Adzlie mungkin juga dia marah. Dia memang tidak ada niat untuk bertemu dengan Luqman Adzlie hari itu. Namun pertemuan dengan Hakimie pagi tadi, mengubah segalanya. Selepas menyelesaikan segala tugasnya, dia terus bergegas ke hospital untuk bertemu tunangannya itu. Soal cincin pertunangan itu sedikit pun tidak terlintas di hatinya. Sudah agak lama juga cincin tanda itu disimpan oleh ibunya. Itupun atas permintaannya sendiri.
“Man memang ikhlas dan cincin itu memang amat bermakna buat Man.”
“Fika pun ikhlas terima Man. Percayalah.”
“Cincin itu lambang cinta. Lambang kasih dan sayang Man!”
Syafika Aziera tahu Luqman Adzlie berkecil hati dengannya. Mungkin itu kesilapan yang dia sendiri tidak menyedarinya. Maklumlah pada masa itu tindakan yang dibuat dalam keadaan dia sedang marah. Jiwanya ketika itu tidak tenteram. Segala tindakan tidak mengikut pertimbangan akal fikiran. Perlahan‐lahan dia beransur menuju kembali ke tepi jendela. Ingin sahaja dilepaskan rasa bersalahnya itu ke ruang atmosfera di luar sana. Biar lapang segala yang menyesakkan dada.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan