SELEPAS menghantar Mia Salmi ke lapangan terbang di Sepang, Manissa meneruskan perjalanannya ke ibu kota Kuala Lumpur. Jam di tangannya sudah menghampiri 12.30 tengahari. Pergerakan kenderaan menuju ke Jalan Ampang semakin sesak. Semua bergerak perlahan. Hon berbunyi di sana sini. Keadaan semakin tidak tenteram. Setelah sekian lama berada dalam suasana perkampungan yang damai, Manissa mulai rasa rimas.
“Hiss … teruknya!”
Kuala Lumpur tidak pernah aman. Nadinya sentiasa berdenyut tidak kira siang mahupun malam. Siang dan malamnya sentiasa hidup. Semuanya kena bergerak pantas, jika tidak akan ketinggalan. Manissa semakin bosan. Biarpun ada alat hawa dingin berfungsi dengan baik, udara di dalam kereta tetap membahang. Suara DJ radio yang sedang berceloteh tidak menarik perhatiannya. Otaknya turut sesak dengan celoteh yang panjang. Diputarkan punat radio kereta. Aman seketika telinganya.
“Terima kasih banyak‐banyak Kak Nissa. Banyak jasa akak pada Mia dan keluarga.”
“Sikit saja tu. Akak tak kesah pun.”
“Akak baik sangat. Untung kalau siapa yang dapat…”
“Oiitt… ke situ pulak perginya. Siapalah yang nak kan akak ni?”
“Akak cantik, akak up to date!”
“Dah…jangan nak mengarut Mia. Akak sedar siapa diri akak.”
“Betul…kalau Mia ada abang memang dah bagi kat akak.”
“Abang? Mia cakap apa ni? Luqman tu siapa?”
“Oppps!!!!”
Mia Salmi menekup mulutnya. Apa yang sudah dicakapkan ini? Dia mula mengagak Manissa sudah salah anggapan. Memanglah Luqman Adzlie satu‐satu abang kandungnya. Cuma hati Alongnya itu sudah menjadi milik orang. Rahsia itu perlu disimpan kemas. Manissa masih lagi tertanya‐tanya. Siapa sebenarnya Luqman Adzlie? Senyuman Mia Salmi yang semakin meleret terus meninggalkan tanda tanya di benaknya. Ingatannya mula terbang mencari raut wajah Luqman Adzlie.
“Tak ada apa‐apalah kak. Mia gurau saja.”
“Biar betul! Mia tak main‐mainkan?”
“Mia tanya sikit boleh?”
“Apa dia?”
“Akak suka abang Luqmankan?”
“Soalan mengarut. Kenapa fikir sampai situ? Mia tak habis‐habis nak kenakan akak ya!”
“Akak nampak comel bila marah!”
Comelkah dia? Tersenyum Manissa bila mengingatkan semula telatah Mia Salmi sebentar tadi. Sebelum terbang ke negeri di bawah bayu, sempat dia mengusiknya. Manissa tidaklah ambil hati sangat. Dia tahu Mia Salmi Cuma bergurau dengannya. Bila difikir‐fikirkan semula, memang dadanya berdebar setiap kali berdepan dengan Luqman Adzlie. Petanda itu membuatkan dia kembali bertanya‐tanya. Tiba‐tiba terdengar bunyi hon kuat menerjah cuping telinganya. Dia mengelamun rupanya.
‘Alamak…apa yang aku fikir ni?’ tukasnya dalam hati.
Pedal minyak ditekan perlahan dan keretanya terus meluncur ke hadapan. Ingatan terhadap Mia Salmi mahu Luqman Adzlie mati seketika. Tumpuan harus diberikan kepada kenderaan yang masih bersesak‐sesak di hadapannya. Kebetulan waktu itu ramai yang keluar pejabat, mungkin ada yang mahu mencari makan. Apa‐apapun, Kuala Lumpur memang tidak pernah sepi.
Sampai sahaja di kawasan parkir Hospital Ampang Puteri jam sudah menunjukkan pukul 2.45 petang. Masih belum terlewat lagi masa yang dijanjikan dengan Luqman Adzlie semalam. Menurut Luqman Adzlie, hari ini dia sudah dibenarkan keluar dari hospital. Memang dia tidak sabar hendak pulang ke rumah setelah hampir dua minggu berkampung di situ. Bila terlalu lama, rasa bosan mula mengawal perasaannya. Manissa mencari ruang untuk meletakkan kereta namun kawasan parkir semuanya penuh. Manissa terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk mendapatkan parkirnya.
Dari kawasan parkir, Manissa bergegas menuju ke wad yang menempatkan Luqman Adzlie. Tentu Luqman Adzlie sedang menunggunya. Langkah kakinya semakin pantas menuju ke arah lif di lobi hospital. Ramai juga orang yang mahu menggunakan lif itu. Oleh kerana hospital pakar ini adalah milik swasta maka memang tidak ada limit waktu untuk melawat pesakit.
Lainlah hospital kerajaan, waktu melawatnya memang terhad. Pintu lif terbuka, mulalah orang ramai segera masuk ke dalam. Manissa juga berbuat sedemikian. Butang lif tingkat 5 ditekan. Sampai di tingkat 5, pintu lif terbuka. Manissa segera keluar menuju ke wad yang menempatkan Luqman Adzlie.
Sampai di pintu wad, matanya terus memandang ke arah katil yang kebiasaanya menempatkan Luqman Adzlie. Pandangannya nyata kosong. Tiada bayang orang yang dicarinya di situ.
Segera dia menghampiri katil tersebut. Memang pasti penghuninya sudah pun tidak ada. Bantal dan kain cadar tersusun kemas di atas katil. Almari sisi juga nampak bersih. Sebentar kemudian lalu seorang jururawat. Manissa cuba mencari jawapan pada soalan yang belum ternoktah.
“Mana perginya pesakit di katil ni?”
“Encik Luqmankah? Ermm … dia dah keluar sebentar tadi.”
“Dah keluar?”
“Rasanya dia masih ada di farmasi…ambil ubat.”
“Ohh… terima kasih. Saya pergi dulu.”
Manissa segera bergegas ke arah lif semula. Setelah menapak beberapa langkah, dia berpusing semula kepada jururawat tadi. Dia nampak kelam kabut.
“Err…farmasi tu kat mana?”
“Ambil lif turun ke lobi…lepas tu pergi arah kanan. Jalan terus sampai ke hujung. Nanti nampaklah farmasi tak jauh dari situ.”
“Okey…terima kasih sekali lagi.”
Sekali lagi Manissa bergegas ke lif. Kebetulan pada masa itu pintu lif baru sahaja tertutup dan dia tidak sempat untuk masuk ke dalam. Lampu di luar lif sedang menunjukkan lif itu sedang menuju ke aras bawah. Manissa menekan‐nekan lagi butang lif. Perasaan resah mulai menguasai dirinya. Dia takut tidak sempat untuk bertemu dengan Luqman Adzlie. Dia tidak mahu dituduh sebagai orang yang mungkir janji. Kalau tidak disebabkan keadaan sesak semasa hendak datang ke situ, sudah pasti sampainya lebih awal. Begitu juga keadaan ruang parkir yang penuh. ‘Sepatutnya lebih banyak ruang parkir disediakan untuk pelawat di hospital pakar itu,’ getus hatinya menahan sabar.
“Nak ke tingkat mana cik?” soal seorang jururawat yang baik hati kepada Manissa.
“Err…lobi. Terima kasih.”
“Okey. Sama‐sama.”
Terbuka sahaja pintu lif di bahagian lobi hospital, Manissa segera meluru keluar. Dia bergerak ke arah kanan sehingga ke hujung bangunan. Dari jauh memang nampak tulisan ‘FARMASI’.
Lega rasa hati Manissa apabila langkah kakinya bertindak ke arah yang betul. Dia amat berharap Luqman Adzlie masih berada di situ. Hayunan kakinya semakin pantas. Sampai di bahagian farmasi, dia melihat ramai orang di situ yang sedang menunggu giliran masing-masing. Matanya melilau mencari kelibat Luqman Adzlie. Sekali lagi, pandangannya hampa.
Satu anak nafas dilepaskan. Memang dia benar‐benar hampa. Dia mengambil tempat pada sebuah kerusi yang kosong. Dilepaskan lelahnya seketika. Penat juga badannya apabila berjalan pantas. Sekali lagi, satu persatu wajah‐wajah yang ada di sekitar ruang menunggu itu diperhatikan. Memang pasti Luqman Adzlie tidak ada di situ.
“Mana pulak perginya mamat ni? Nak balik pun tak menyempat‐nyempat. Tunggulah kejap kita sampai. Kalau tak janji lainlah. Ermm…geramnya!” sungutnya antara dengar tidak.
“Dah lama sampai awak?” satu suara menegur Manissa. Segera Manissa menoleh kea rah datangnya suara itu. ‘Alamak! Dia dengarkah apa yang aku kata?’ hatinya berbisik, dan dia serba salah.
“Ehhh…ingat awak dah balik. Awak pergi mana? Puas saya cari!”
“Maaflah awak…kan saya ada ni. Saya tunggu awaklah.”
Bertentang mata dengan Luqman Adzlie, jiwanya mula lemas. Renungan lelaki itu mencairkan kemarahannya. Kalau tadi memang dia geram sangat apabila tidak nampak kelibat Luqman Adzlie. Penat dan lama menunggu tadi mula menerbitkan rasa marah. Namun apabila lelaki itu muncul secara tiba‐tiba di hadapan matanya, semua perasaan itu hilang. Nafasnya seakan terhenti. Berada di sisi lelaki itu, kata‐katanya juga seakan hilang. Nanarnya jiwa saat itu.
“Awak marah saya?”
“Ehhh…tak adalah. Geram saja!”
“Nak kena minta maafkah?”
“Nak bergurau pun biarlah bertempat!”
“Awak nampak comel bila marah!”
“Awak!!!!”
Ayat yang sama berputar kembali di ingatannya. Ucapan yang sama turut dilontarkan oleh Mia Salmi pagi tadi. Kali ini Luqman Adzlie pula mengulangi ayat yang sama. ‘Comelkah aku?’ berkata‐kata Manissa kepada dirinya sendiri. Rasa terharu atas pujian itu disimpan ketat dalam hati. Malu juga dirinya apabila dipuji sebegitu. Luqman Adzlie berdiri dengan tongkat yang menyangga ketiak kanannya sambil tersenyum lebar.
“Awak tak nampak…mana awak tahu!”
“Sudahlah…malas nak layan awak. Dah selesai belum?”
“Apa yang selesai…apa yang belum?”
“Tengok tu…masih nak main‐main lagi.”
“Dahlah awak. Suka nak tengok kecomelan awak bila awak marah.”
“Bencilah macam ni!”
Manissa bangun lalu melangkah meninggalkan Luqman Adzlie. Lagaknya seperti orang merajuk. Macam orang bercinta lagaknya mereka berdua. Sedangkan hubungan mereka tidak lebih sebagai kawan. Perasaan itu datang secara tiba‐tiba. Dia cepat menjadi malu apabila berhadapan dengan Luqman Adzlie. Mengapa dia harus bersikap sebegitu sedangkan lelaki itu hanya bergurau dengannya? Atau diakah yang terlalu sensitif? Entahlah, dia bagaikan tidak sanggup berhadapan lama‐lama memandang mata lelaki itu.
“Awakkkk…tunggulah saya!”
Langkah kaki Manissa terhenti. Dia menoleh melihat Luqman Adzlie yang terkial‐kial untuk berjalan. Timbul pula rasa kasihan di hatinya. Dia mengatur langkah semula ke arah lelaki itu.
“Lain kali kalau awak perli‐perli, saya tak nak tolong awak!”
“Janganlah marah. Nanti kena jual!”
“Tak marah…geram saja!”
“Senyumlah sikit. Saya sakit ni.”
“Apa kaitan sakit awak dengan senyum saya?”
“Senyum awak menyembuhkan sakit saya!”
“Hiss…tak kuasa nak layan awak. Tak habis‐habis nak usik saya!”
Luqman Adzlie tersenyum lagi. Suka benarnya hatinya hari itu dapat menyakat Manissa. Tiba-tiba sahaja perasaannya tertarik dengan sikap gadis itu. Bagi dirinya, memang perkara biasa kalau seorang lelaki menyukai seorang wanita. Kalau dulu dia pernah membenci Manissa namun kini rasa itu semakin menipis. Perhatian dan pertolongan yang dihulurkan membuatkan Luqman Adzlie semakin ikhlas mahu berkawan. Dia mahu lebih lagi mengenali hati budinya.
Dia terpaksa menahan sabar apabila Manissa semakin jauh meninggalkan dirinya di belakang. Kali ini dia tidak marah malah satu harapan mula tumbuh di dalam dadanya. Semangatnya untuk kembali pulih semakin kuat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan