Label

Selasa, 3 Januari 2017

NOVEL Belantara Cinta Warisan Bab6

Malam yang cukup syahdu. Angin pula bertiup sepoi‐sepoi bahasa. Dari jauh kelihatan sebuah rumah banglo mewah yang cukup indah menanti di hadapan. Rezad segera memperlahankan keretanya dan berhenti di luar pagar. Dia melihat ada tertulis di papan tanda.. 'Villa Dejavu Indah Permai' agaknya itulah nama yang selayaknya untuk tempat kediaman secantik itu. Teka Rezad.

"Rumah ini ke? Besarnya rumah korang." Rezad terpegun.

Siti Narida memilih untuk berdiam diri. Dia tersenyum kemudian menekan hon kereta beberapa kali. Di pondok kawalan ersebut kelihatan beberapa orang pengawal sedang bertugas. Seorang pengawal kemudiannya berlari anak mendapatkan mereka berdua yang masih berada di dalam kereta.

Siti Narida memberi isyarat kepada pengawal tersebut agar mereka dibenarkan masuk.

Pengawal yang bertugas mengangguk tanda akur. Perempuan yang menekan hon tadi adalah majikan mereka cik puan di villa tersebut. Sebaik sahaja pintu pagar terbuka luas. Siti Narida mengarahkan Rezad memarkir keretanya di kawasan letak kereta yang disediakan.

Sebaik sahaja Rezad memasuki perkarangan rumah. Rezad memandang kiri dan kanan. Terus terang dia berasa kagum dengan ciri‐ciri unik banglo mewah kediaman Siti Narida itu. Dia agak gementar sewaktu mula‐mula melangkahkan kaki memasuki ruang tamu Villa indah berkenaan. Suasana mewah serba serbi eksklusif penuh gaya tersendiri itu menjadikan dirinya kadangkala rimas dan kecil sekali.



Sungguh mengkagumkan kediaman ini. Setiap ruang tertentu di kediaman tersebut dilengkap dengan alat kawalan keselamatan elektronik yang canggih dan sistematik. Tidak mungkin sesiapa pun yang berniat menceroboh mampu melepasi kawalan ketat sekuriti yang sentiasa terpasang.

“Saya dah maklumkan tadi kepada Pak Saad tentang kedatangan kita.”Tutur Siti Narida lembut. Sambil itu, anak matanya sempat mencuri pandang ke arah Rezad yang kini berada di hadapannya. Dia melihat Rezad kelihatan kekok.

Terasa lucu melihat gelagat lelaki itu.

“Pak Saad itu siapa”Rezad bertanya kerana kurang memahami maksud kata‐kata Siti Narida.

“Nantilah awak akan jumpa dia...” Terang Siti Narida. Mata mereka berdua bertentangan sekali lagi tanpa terduga. Senyuman cuba diukir. Namun Siti Narida pula yang terasa agak gugup apabila ditenung lama‐lama seperti itu. Lebih lagi ditatap lama‐lama oleh lelaki setampan Rezad.

Setelah Siti Narida mempersilakan Rezad duduk di sofa, dia meminta diri seketika untuk ke dapur. Dia mencari Mak Semah, dan tidak lama kemudian mereka berdua keluar dengan membawa sedulang minuman yang berisi kopi panas. Sedikit hidangan ala kadar juga dittipkan sama.

“Minumlah..,"pelawa Siti Narida lembut mempersilakan tetamu istimewanya itu.

"Thanks..." Rezad mengangguk.

“Silakan minum Tuan. Jemputlah ada sedikit kuih jemput‐jemput dan hirisan buah semangka aje...” ujar Mak Semah lembut, dia sempat menghadiahkan senyuman kepada Rezad.

Rezad teragak‐agak namun kemudian perlahan‐lahan mula menjamah dan menghirup kopi yang dihidangkan. Rezeki jangan ditolak fikirnya di dalam hati.

Siti Narida masih cuba menatap curi wajah Rezad tanpa disedari lelaki itu. Bagaikan ada sesuatu yang menarik perhatian Siti Narida, apabila memandang lelaki tampan itu. Hatinya berdebar‐debar setiap kali matanya menatap Rezad yang kini berada di hadapannya.

Walaupun sudah lama saling mengenali namun masih tiada ikatan antara mereka berdua. Namun yang pasti, hati mereka telah lama bersatu walaupun tiada pernah ada kata lafaz yang diungkapkan.

Sementara itu Pak Saad bergegas datang apabila diberitahu oleh Mail tadi tentang perihal Cik Puan Siti Narida mereka, yang meminta dirinya agar datang dengan segera.

“Asalamualaikum...” Pak Saad memberikan salam.

“Walaikumusalam...” .Rezad dan Siti Narida serentak menjawab salam pak Saad.

“Kenalkan ini Inspektor Rezad,” Siti Narida memperkenalkan Pak Saad kepada Rezad.

Rezad menghulurkan tangan bersalaman.

“Terima Kasih kerana menyelamatkan nyawa cik puan petang tadi. Begini sebenarnya saya arahan daripada Tuan Mezahi ya itu abang kepada cik puan kami," ujar Pak Saad lembut.

“Saya rasa encik Rezad pasti kenal benar kepada Tuan Mezahi?"

“Ya... Saya memang kenal Mezahi. Kenapa Pak Cik?” Rezad tertanya‐tanya.

Rezad hanya mampu mengagak kemungkinan ada sesuatu yang berserabut difikiran orang tua itu. Dia nampak sekali keberatan hendak menyampaikan apa yang difikirkan.

“Sebenarnya begini, Tuan Mezahi ada meninggalkan sepucuk surat kepada saya sebagai satu amanah. Tuan Mezahi mengamanahkan kepada saya agar memberikan surat berkenaan kepada encik Rezadil” Terang Pak Saad sambil menunjukkan satu sampul surat bewarna kuning ditangannya.

Rezad memandang Pak Saad dihadapannya. Sampul surat bewarna kuning diperhatikan. Rezad tertanya‐tanya kembali di dalam hati.

“Di mana Mezahi sekarang pakcik...?” Rezad cuba bertanya.

“Kami telah menempatkan Mezahi di Hospital beberapa hari yang lalu. Akan tetapi baru‐baru ini tuan
Mezahi telah menghilangkan diri dari hospital. Sampai sekarang masih tiada khabar berita.

Siti Narida tersentak. Jantungnya berdegup kencang. Berita yang baru saja didengarnya itu amat mengejutkan.

“Kami baru juga mengetahui perkara ini. Baru semalam tuan Mezahi didapati hilang dari Hospital. Pengawal peribadi Tuan Mezahi juga tidak menyedari. Akan tetapi pagi tadi Tuan ada call saya supaya mengambil sesuatu ini di dalam peti surat.”

Terang Pak Saad dengan perlahan.

Kata‐kata akhir Pak Saad itu membuatkan hati Siti Narida kembali tenteram. Sebagai adik tentunya dia berasa risau dengan keselamatan abangnya itu.

Rezad berfikir lagi . Apakah sebenarnya tujuan Mezahi? Dia sedang sakit. Akan tetapi kenapa pula
dia menghilangkan diri pada saat dan ketika ini? Apakah kehilangan Mezahi ada sangkut paut dengan kejadian tembak menembak pada sebelah petang tadi?

“Boleh saya tengok surat tu pak cik..?” Tiba‐tiba Rezad meminta surat yang dipegang oleh Pak Saad. Pada fikirannya, surat itu seperti menyimpan sesuatu rahsia yang penting.

“Boleh saya baca surat itu?” Rezad memandang Siti Narida dan Pak Saad juga Mak semah yang turut berada di situ sebaik sahaja surat itu bertukar ke tangannya.

“Bukalah... ”Siti Narida menganguk lemah. Dia juga sebenarnya berdebar‐debar menahan rasa. Dia juga ingin mengetahui apakah yang terkandung dalam surat berkenaan?

Siti Narida memerhatikan Rezad perlahan‐lahan membuka sampul surat itu dan membaca isi kandungannya. Dia sabar menanti dalam keresahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan