Label

Isnin, 9 Januari 2017

NOVEL Luka Melukai Bab4

Pagi itu seperti kebiasaannya,Mayra menyediakan sarapan bersama ibu mertuanya,Puan Raissya. Sememangnya Puan Raissya yang handal memasak itu enggan menggunakan khidmat pembantu untuk menjadi sajian buat mereka seberanak.Tambah‐tambah lagi untuk dihidangkan pada sang suami tercinta,Encik Ayden.Pembantu hanya diupah untuk mengemas rumah sahaja secara part‐time.Usai menyiapkan teh panas,Puan Raissya mula membakar roti pulak.Pelbagai tips masakan diberikan oleh Puan Raissya terhadap Mayra satu‐satunya menantunya itu setakat ini.

“Berapa lama dah Atiqah kat oversea mama?”soal Mayra berkenaan satu‐satunya adik perempuan bongsu Anaz terhadap Puan Raissya sambil mengacau mushroom soup didalam periuk.Seperti yang Puan Raissya beritahu,dia hanya ada tiga orang anak.Anaz,Aizzat dan Atiqah.

“Dah dua tahun dah.Sekali sekala kalau time cuti sem dia baliklah,”jawab Puan Raissya sambil
menyusun garlic bread yang baru sahaja siap dibakar ke dalam pinggan.

“Mayra sayang Anaz?”terpacul soalan itu dari bibir Puan Raissya yang tiba‐tiba teringat akan anak bujangnya yang ketika itu sedang menonton ceramah pagi di ruangan santai keluarga.Mayra terkejut mendengar soalan itu.Terpaku sebentar.Tidak tahu untuk memberi jawapan apa.

“Ermm.. ”Mayra seolah kaku untuk bersuara.Dia terdiam,termenung seketika.



“Mayra,mama tahu,permulaan kamu berdua agak menyakitkan.Tapi,mama dapat rasakan Mayra adalah jodoh Anaz yang sebenar.Yang dah ditakdirkan sejak dulu lagi.Mama dapat rasakan yang Anaz sudah mula menyayangi Mayra.Mama harap,Mayra pun sayangkan Anaz ya,”luah Puan Raissya setelah sekian lama.

“InsyaAllah,ma..”ringkas Mayra membalas.Dalam diam,hatinya merasa serba salah mendengar
harapan Puan Raissya itu.

Mayra tidak pasti.Apakah dirinya sudah menyayangi Anaz atau tidak.Atau pun,adakah rasa yang ada ini demi tanggungjawab yang telah dijanjikan?Apakah segala tugasan yang dilaksanakannya terhadap Anaz benar‐benar kerana keikhlasan hatinya ataupun demi menebus kesalahannya terhadap Anaz semata?Mayra keliru.Bagaimana pula dengan Anaz?

Apakah benar dia sudah menyimpan rasa sayang pada Mayra?Hati Mayra tertanya‐tanya kerana Mayra jua tidak mahu menyimpan harapan yang tidak pasti.

*******

Mayra mengurutkan kaki Anaz sebagai salah satu terapi sampingan di rumah.Keadaan kakinya sudah semakin baik.Segala balutan dikakinya jua telah pun dibuka selain Anaz juga sudah mampu menggerakkan kakinya sedikit.Namun masih belum boleh berjalan semula.Usai habis mengurut, Mayra menyimpan minyak yang digunakannya berdekatan meja solek.

Anaz hanya tenang seperti biasa sambil tekun menghadap laptop.Pun begitu,Mayra tidak mahu kalah.Seperti Anaz yang tak pernah berenggang dengan computer ribanya,Mayra turut membuka lappynya pada hari itu.

“Aikk..Amboi..,”tegur Anaz sepatah saat melihat Mayra memasang notebooknya itu.

“Haishh..penat.Mayra pun nak release tension gak macam abang,”sahut Mayra pula.Mereka masing‐masing meletakkan notebook diatas peha beralaskan laptop cooling pad sambil kaki diluruskan diatas katil.

“Abang,Mayra nak kerja balik boleh?”luah Mayra sambil tangannya menekan keypad.Anaz senyap. Langsung tidak membalas pertanyaan itu.Entah kenapa,dia terasa berjauh hati mendengar pertanyaan Mayra itu.

“Apa facebook Mayra?”soal Anaz menukar topik tidak lama kemudian.

“Princess Mayra,”balas Mayra ringkas.

“Whatt??Princess?”Anaz membesarkan matanya bagaikan tak percaya sambil merenung Mayra.

“Tak yah lah nak terkejut sangat,”balas Mayra sinis sambil menjeling sedikit pada Anaz.

“Are you sure?Princess?”tanya Anaz lagi seolah‐oleh tidak mampu menerima kenyataan.

“Yes,I am a princess.But,don’t worry,just in my own world!”jawab Mayra pula geram.

“BHahahahaha..Tak boleh ke letak je Mayra Muhammad Nazrey?”terhambur ketawa Anaz. Sememangnya dia tak mampu untuk menghadam angan‐angan Mayra itu.Perutnya terasa bagai digeletek‐geletek saat itu.Tak sangka kuat berangan gak budak Mayra ni!

“Anaz Muhammad Ayden!Jangan buat Mayra macam ni boleh tak?”Mayra memanggil Anaz yang masih ketawa berdekah‐dekah terhadapnya dengan penuh rasa geram.Tiada sedikit pun senyuman yang terbit diwajahnya walaupun insan disebelahnya ketawa tanpa henti.Sebaliknya dia bengang dengan sikap Anaz yang tidak reti menjaga hatinya.

“Okay,okay.Mayra juga Princess dihati abang.Mayra kan isteri abang,”ujar Anaz dengan bait romantic seolah memujuk apabila ketawanya mula reda sambil mengusap rambut Mayra.Entah kenapa, hati Mayra yang tadinya panas terus sejuk dengan tindakan spontan Anaz itu.Terpaku sebentar dia ketika itu.Ada getaran dihatinya dengan sentuhan itu.Apakah itu yang dirasai oleh setiap pasangan yang bercinta selepas nikah?

“Banyak pulak yang kuat berangan nak jadi princess,”suara Anaz perlahan apabila facebook search mengeluarkan begitu banyak profile wanita yang menggunakan nama princess walaupun dia telah menaip nama fb isterinya, ‘Princess Mayra’.

“Haaa..mesti yang ni.Abang kenal isteri abang.Dah cepat accept.Abang dah add dah.” Anaz berkata ceria sambil mencuit lengan Mayra.

“Kejaplah.Mayra sedang chat dengan kawan ni.Lama dah tak borak ngan Fikah ni,”jawab Mayra yang kelihatan teruja berchatting dengan kawannya Afikah.

“Cepatlah,”desak Anaz.

“Yalah,yalah.”Mayra terus menekan notification friend request dan melihat nama yang muncul.Anaz Muhammad Ayden.Ok,Accept.Usai menerima Anaz sebagai rakan facebooknya,Mayra terus menyambung chatting bersama Afikah tanpa melihat profile fb jejaka yang merupakan suaminya itu.Suasana senyap seketika.Masing‐masing leka melayari internet.

“Siapa ni Mayra?”soal Anaz memecahkan kesunyian sambil membelek gambar yang diselongkarnya dari fb Mayra.Gambar yang diletakkan caption ‘chill out with my bae’ itu sememangnya sangat mengganggu ketenangan jiwa Anaz.Apa ke benda menatangnya ‘bae’ ni?sempat hati Anaz berbisik.Mayra meninjau ke laptop Anaz.

“Owh,bekas tunang Mayra,”jawab Mayra bersahaja apabila melihat gambarnya yang sedang duduk bersebelahan Zarel di Magnum CafĂ© IOI City Mall suatu ketika dahulu terpampang jelas di laptop Anaz.Mayra meneruskan aktivitinya melayari internet.Malas untuk dia mengenangkan peristiwa lepas.Yang ada pada fikiran dia,kelazatan menikmati ais krim magnum yang memang menjadi kegemarannya sekian lama.

“Bekas tunang?”

“Yes.”

“Macam mana boleh putus?”

“Dia curang abang.Alaaa.. biasalah lelaki,”balas Mayra acuh tak acuh.

“Ingat tak masa kita accident tu?Masa tu Mayra serabut sangat dengan kecurangan dia.That’s why tanpa sengaja,Mayra langgar abang.I’m so sorry abang,”cerita Mayra lagi sebak mengenangkan apa yang berlaku.Hampir sahaja air matanya tumpah mengingati perkara itu.Ia,itulah antara peristiwa paling pahit yang pernah dilaluinya.

Dan Anaz,dia ada mendengarnya dari mamanya,Puan Raissya.Kini Mayra jua telah menjelaskannnya sekali lagi pada Anaz.Jauh disudut hati,Anaz berasa kesal akan apa yang telah dilakukannya.Dia menyakiti hati insan yang sememangnya telah sakit ketika itu tanpa cuba mendengar penjelasan..Dan tanpa cuba memahami.

Dan kemudian dia memaksa jiwa yang sedang terluka itu untuk bertanggungjawab dengan kesalahan yang tidak disengajakan itu.Dan hasilnya,insan yang terluka itu semakin parah dilukai.Naluri Anaz mengatakan,Mayra masih lagi terluka akan perkara yang terjadi meskipun dia tidak meluahkannya kepada sesiapa.Untuk merawat dirinya yang telah terluka,dia rela melukai hati insan yang telah terluka itu.Luka melukai.

Jauh disudut hati,Anaz menyesal.Sangat menyesal.Alangkah indahnya kalau dia menerima tawaran Mayra dan mereka dapat berkenalan secara baik terlebih dahulu.

“Oh..Mesti dia still berharga lagi dalam hidup Mayra,kan.”Ada nada cemburu pada kata‐kata Anaz itu.Dia meneliti gambar itu dengan pandangan bercampur,geram dan meluat.

“Eh,taklah!Mayra dah move on,okay!”nafi Mayra.Entah apa yang nak dibelek sangat oleh Anaz pun Mayra tak tahu.Bukannya mereka berpegang tangan pun.Malahan kedudukan Mayra dan Zarel dalam gambar itu jua agak renggang.

Takkanlah insan yang tidak menyintai aku ini cemburu?Tak mungkinlah,fikir Mayra.

“Move on?”soal Anaz inginkan kepastian.

“Yes!”tegas Mayra pendek.

“Can you delete this picture?”arah Anaz bagaikan seorang Senior Manager tanpa dapat menahannya lagi.Baginya dia berhak memandangkan dirinya kini adalah suami Mayra yang sah!

Cemburu?Eh,taklah.Mana ada aku cemburu!Dah aku ni kan suami dia!nafi Anaz didalam hati.

“Kenapa?Bukannya duduk rapat pun abang.Alaa..gambar lamalah,”balas Mayra malas.Tangannya ligat menscroll beberapa barangan di online store.Mana tahu ada yang berkenan untuk dihabiskan duit.

“Mayra!Abang ni suami Mayra yang sah tahu tak?”Anaz mula berbicara soal hak pula.

Pulak dah..bisik hati Mayra.

“Okay,okay.Nanti Mayra deletelah.”

“Mayra sekarang!Delete it now!”Anaz tidak berpuas hati.

“Okay,okay,baiklah tuan putera,”jawab Mayra akur sambil membuka facebook semula.Mahunya sampai esok tak berhabisan kalau Mayra tak dengar permintaan Anaz itu.

Anaz tersenyum bahagia melihat gambar itu telah dipadamkan dari ruangan facebook Mayra.Dia meneruskan aktivitinya menjadi stalker Mayra pada ketika itu walaupun dia jarang sekali meluangkan masa untuk laman social pada kebiasaanya.Laman sosialnya sendiri pun dah berkurun tak update.

Mayra,Mayra..Yang penting kau dengar kata aku,bisik Anaz keriangan didalam hati gembira melihat Mayra patuh akan setiap perintahnya.Sebaris senyuman dan kerlingan manis dihadiahkan buat si isteri yang langsung tidak perasan akan keindahan hari yang dilalui sang suami tika itu bagai dunia dia yang punya.

******

Jam menunjukkan masa ke angka 2 pagi.Anaz menggosok‐gosok matanya apabila lenanya terganggu dengan bunyi esakan kecil.Apa ke bendanya bunyi tu pulak?fikir Anaz yang masih lagi mamai.Takkan hantu kot?bicara Anaz dalam hati.Tiba‐tiba darahnya terasa berderau.Peluh menitis di dahi meskipun dia berada didalam suasana sejuk aircond.

Kalau hantu pun buat apa aku nak takut?Semua tu makhluk Allah.Astagfirullahhalazim..Anaz beristighfar didalam hati sambil tangannya memetik lampu tidur disisi katil.Dia memandang sekeliling.Hinggalah ke arah sekujur tubuh yang sedang terbaring mengiring membelakangkannya. Dia meninjau disebalik bantal peluk yang menjadi penghadang antara mereka.Perlahan dia menyentuh bahu empunya badan.

“Mayra!”panggilnya mengejutkan insan yang hampir terjatuh dari katil itu akibat leka melayan
kesedihan dirinya.Di tangannya dia memegang handphone sambil membelek gambar seseorang.

“Ya abang,macam mana abang boleh bangun?”soal Mayra sambil menggosok air matanya
sedaya menyembunyikan tangisannya.Dia sedikit terkejut melihat Anaz yang tersedar saat dia
berada dalam lamunan kesedihannya.Handset ditangan diletakkan dimeja sisi.
“Kenapa tak tidur lagi?Kenapa menangis?Terkejut abang,”tanya Anaz demi merungkai
persoalan.Tak pasal‐pasal je dia berfikir yang bukan‐bukan sebentar
tadi.Haishh..,Mayra,Mayra..
“Mayra rindu ibu,”luah Mayra tanpa dapat menyembunyikan esak tangisnya lagi.
“Nasib baik bukan lelaki tu,”suara Anaz perlahan berbaur cemburu.Namun cepat‐cepat
disembunyikannya perasaan itu.
“Pergilah melawat ibu Mayra.Abang izinkan.Ada masa,bila abang lebih sihat,kita boleh melawat
sama‐sama,”ujar Anaz memberi peluang kepada Mayra.
“Boleh ke?”soal Mayra pula bagaikan tidak percaya sambil mengesat baki air mata yang masih
bersisa.
“Boleh..,”lembut Anaz menutur bicara mengizinkan si anak berjumpa ibunya.Tidak,dia tidak
pernah sekali menghalang Mayra untuk bertemu ahli keluarga Mayra.Dia tidak seteruk itu.
“Kalau Mayra tidur rumah ibu boleh?”tanya Mayra lagi membuat permintaan.Dah hampir dua
bulan dia tidak berjumpa dengan ibu kesayangannya,Puan Annur.Sesekali,terbit rasa rindu
yang menggunung dari seorang anak yang baru melangsungkan perkahwinan.Meskipun boleh
berbual dengan Puan Annur melalui panggilan telefon setiap hari,namun,itu masih belum
cukup buat Mayra mengubati kerinduannya.
“Okaylah boleh.Mayra tidurlah dua hari kat sana.”Anaz memberi tawaran.Sememangnya dia
faham perasaan Mayra dan tidak mahu Mayra berasa jauh dengan keluarganya mahupun
menyimpan rasa tertekan hidup bersama Anaz.Tidak lagi kini,setelah dia menyenangi hadirnya
Mayra disisinya.
“Macam mana dengan abang?”Mayra inginkan kepastian.
“Tak apa,mama dengan Encik Danish kan ada,”ujar Anaz merujuk kepada mamanya dan nurse
lelaki yang diupah mereka untuk turut memantau tahap kesihatannya.
“Dua hari?”soal Mayra lagi.
“Ya.”
“Macam mana kalau 4 hari?”Mayra tiba‐tiba bermain tawar‐menawar.Dia memandang wajah
Anaz dengan harapan menggunung.
“Amboi,ni yang orang kata dah bagi betis nak peha,”suara Anaz sedikit geram.Mayra hanya
membalas dengan senyuman simpul.
“Baiklah tuan puteri.Dah tidurlah,” Anaz mengizinkannya sambil merebahkan kembali
badannya diatas katil yang empuk.Lampu tidur ditutup kembali.Mayra akhirnya tersenyum
bahagia.Tak sabar untuk meninggalkan Anaz sendirianHehe.
Apakah Anaz akan akan jatuh sakit seperti Beast yang kehilangan Beauty?Naluri Mayra berkata
sendiri apabila dia secara tiba‐tiba teringat akan kisah dongeng ‘Beauty And The Beast’ yang
pernah ditontonnya suatu ketika dahulu dimana Beast telah jatuh sakit saat Beauty pulang ke
rumah ayahnya.Bezanya,Anaz sangat‐sangatlah handsome!Tak sabar nak tengok nanti,hati
Mayra berbual nakal memikirkan apa yang bakal terjadi.Segaris senyuman terbit dibibir
Mayra.Hmm..Rindunya kat ibu.Tak sabar nak jumpa ibu!Mayra melelapkan matanya dan tidur
dengan hati yang berbunga riang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan