RANCAK aku merangka cerita untuk novel baruku. Mindaku menjadi lancar tanpa dugaku. Kerana kak Senah jiran sebelahku yang merupakan tuan rumah yang kami sewa, kini novelku hampir siap. Aku cuma memerlukan penamatnya saja lagi.
Dalam aku sibuk menyiapkan novelku, Along datang ke sini. Seperti yang Ucu cakap Along bawa ayah dan mak bersamanya. Bukan itu saja Angah dengan Alang bersama suami masing-masing pun ikut serta. Riuh rendah rumah kami jadinya. Angah dengan Alang tu datang semata‐mata nak rasa nasi kandar di Penang ni saja.
‘’Wow! Kereta siapa yang Along sewa ni?’’ Ucu menyoal Along sebaik Along parkirkan keretanya di halaman rumah. Kereta proton saga yang sudah agak lama tapi masih nampak kukuh lagi.
‘’Adalah..’’ sepatah Along menjawab pertanyaan Ucu. Aku tak banyak soal, terus aku terpa mak dan ayah,lantas menyalami mereka berdua. Aku peluk dan cium mak. Rindunya aku dengan mereka berdua. Seketika kemudian sebuah kereta kancil pula berhenti di depan rumah kami.
Aku memandang kereta itu dengan penuh minat.
‘’Angah dengan Alang datang sekali ke?’’ aku masih menyoal walau sudah melihat Angah dan Alang bersama suami masing‐masing sudah keluar daripada kereta. Tidak menyangka sebenarnya, lebih‐lebih lagi bila masing‐masing tak datang dengan kereta sendiri.
‘’Kami datang sebab nak makan nasi kandar Penang ni saja, bukan sebab rindu dengan Ayang dan Ucu pun.’’ Tanpa sempat aku bertanya apa‐apa kepada mereka berdua, Angah terlebih dahulu membuka mulut. Aku cebirkan bibirku.
‘’Tak tanya pun!’’ aku sengaja membuka bunga‐bunga perbalahan. Sebenarnya aku suka sangat bila keluarga kami berkumpul begini. Paling aku suka bila mereka begitu memahami kerjayaku. Mereka tahu aku sedang menyamar sebagai orang miskin dan mereka pun datang dengan kereta yang sesuai dengan taraf aku di sini.
Kereta yang Along guna adalah Honda Civic. Entah mana Along dah sewa kereta Proton Saga tu? Ayah pula guna kereta Mercedes. Angah dan Alang berkongsi kereta kerana mereka berjiran. Mereka guna MPV. Tapi kereta kancil yang mereka naiki hari ini adalah kereta Angah waktu kecemasan bila Alang gunakan kereta MPV tu tanpa dia.
‘’Cantik rumah? Kemasnya rumah mereka.’’ Alang mula menyindir sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Aku mana ada masa nak mengemas pun. Harapkan Ucu, hmm..aku sibuk menaip, dia keluar meronda kampung.
‘’Of course la. Tengoklah rumah sapa. Rumah Ayang Mas merahkan.’’ aku tak mahu mengalah.
Jawab jangan tak jawab.
‘’Tikus ada tak? Jangan‐jangan ular pun dah buat sarang? ’’ Angah pula mencelah. Aku mencebik. Mula dah la tu. Alang dengan Angah kalau tak gaduh dengan aku memang tak syiok agaknya?
‘’Uihhh..pak rimau pun ada. Nak berkenalan ke?’’ aku terus menjawab. Ayah dengan mak hanya meronda dalam rumah sewa kami ni. Dalam meronda mak ringankan tangan mengemas apa yang patut. Aku hanya memerhatikan gelagat mak tanpa niat untuk melarang.
‘’Sarapan apa pagi tadi. Mak tengok periuk cuma ada satu saja. Kuali pun satu. Apa yang korang makan?’’ mak sudah mula menyoal. Aku tersengeh. Ucu lagi lebar sengehnya daripada aku, kemudian dia angkat ibu jari dan terbalikkannya.
‘’Kak Yang nak save budget. Kami makan mee meggi saja hari‐hari.’’ Ucu pecah rahsia kami berdua. Mak sudah membuntangkan matanya.
‘’Kalau macam tu jom balik dengan kami. Kalau dah pemalas sangat nak masak.’’ Mak sudah mula memberi arahan. Aku tak kisah kalau balik hari ini kerana novel aku sudah hampir tamat tapi sayang pula kerana aku membayar sewa rumah untuk tiga bulan. Masih berbaki sebulan setengah lagi. Sudah hampir dua bulan kami di Penang ini. Masuk bulan kedua aku sengaja bayar untuk tiga bulan sekaligus. Mana aku tahu novel aku kali ni cepat pula aku siapkan.
Semuanya gara‐gara cerita kak Senah.
‘’Shah dah bayar sewa untuk tiga bulan mak. Macam rugi saja kalau nak balik sekarang. Biarlah kami bercuti puas‐puas di sini dulu mak. Lagi pun, Ucu pun masih bercuti lagikan?’’ aku memujuk mak. Ucu membeliakkan matanya kepadaku.
‘’Alaa..kak Yang tu dah berkenan dengan abang Bangla di kilang tu mak, ayah sebab tu dia sayang nak tinggalkan tempat ni.’’ Ucu mencelah tiba‐tiba dan kata‐katanya mendapat respon daripada semua orang. Riuh pula rumah sewa kami dengan gelak ketawa. Aku saja yang berwajah masam.
‘’Ucu tu jealous, sebab dia dok tackle anak mami tak dapat‐dapat lagi.’’ aku membalas katakata Ucu.
‘’Kata nak mai sini, nak cari ilham? Ni dah macam pakat‐pakat nak cari jodoh saja?’’ ayah pula bertanya sambil tergelak perlahan. Aku hampiri ayah dan memegang lengan ayah.
‘’Bukanlah ayah. Kan Shah dah janji, novel seterusnya baru Shah carikan calon menantu untuk ayah. Along jangan jealous pula, kalau Ayang langkah bendul?’’ sambil lengan ayah aku pegang, mataku pula aku lirik ke arah Along yang sudah mencari tempat untuk duduk.
‘’Langkah sajalah bendul tu. Jangan langkah Along sudah.’’ Along buat ayat‐ayat pasrah lagi.
‘’Tak ada sofa ke rumah korang ni? Macam mana nak duduk bersila ni?’’ Alang mula tunjuk protes. Aku mencebik lagi. Macam berlagak sangat ayat‐ayat yang Alang suarakan tu.
‘’Nak buat macam mana, kami ni orang miskin tegar Alang. Tak nak menderma ke Alang? Boleh juga dapat bonus untuk akhirat. ‘’ dalam ayat pasrah aku pula, aku kenakan Alang.
Angah sudah tersengeh mendengar ayat‐ayatku. Bibirnya sudah terkumat kamit untuk berkata sesuatu.
‘’Mak kata duit royalti Ayang untuk novel terakhir Ayang tu dah sampai. Ribuan juga masuk. Miskin tegar ke tu?’’ sebaik Angah habis berkata‐kata aku pandang mak.
‘’Ye ke mak? Banyak sangat ke mak?’’ aku soal mak dengan rasa teruja. Mak mula selongkar beg tangannya dan menghulurkan sepucuk surat kepadaku. Aku menghampiri mak dan menarik mak supaya duduk bersila di tepiku. Aku membuka sampul surat dengan rakus.
Terbelalak seketika mataku memandang angka‐angka di dalamnya. Kalau macam ni aku kena sedekah banyak sikit untuk kak Senah sebelum aku balik Kuala Lumpur. Dia dah banyak membantu aku untuk menyiapkan novel terbaruku ini. Hmm..lepas ni aku nak ajak keluargaku keluar bershoping dan beli barang‐barang untuk kak Senah sekeluarga dan aku bercadang nak beli semua novel aku yang sudah berada di pasaran. Aku nak hadiahkan untuk kak Senah.
‘’Alhamdulillah. Semuanya ini rezeki daripada Allah. Berkat doa daripada mak dan ayah juga. Terima kasih mak, ayah, Along, Angah, Alang dan Ucuku tersayang. Lepas ni Shah belanja makan nasi kandar naa.’’ aku memandang semua wajah‐wajah kesayanganku yang sudah duduk bersila di atas tikar rumah sewa kami.
‘’Ehemmm..nama kami tak ada ke?’’ abang Idham bertanya. Dia dan abang Nas berwajah sayu.
Aku lebarkan senyuman melihat wajah kedua orang abang iparku itu.
‘’Oh..abang Am ambil bahagian Angah. Abang Nas ambil bahagian Alang. Alang dengan Angahkan tengah diet. Tak mahu makan nasi kandar tu?’’ aku sengaja mencari pasal lagi dengan Angah dan Alang. Kedua‐dua orang kakakku itu sudah mencebik ke arahku. Abang Idham dan abang Nas pula ketawa melihat wajah‐wajah isteri kesayangan mereka yang sudah cemberut.
‘’Tak apalah. Kita makan pasembor ya Angah. Dengar kata pasembor pun sodap.’’ Alang bersuara sambil memandang Angah. Bibirnya dimuncungkan sikit. Macam orang merajuk saja.
‘’Melelehlah liur cucu mak tu nanti.’’ mak mencelah perbualan kami. Angah tiba‐tiba mengusap perutnya. Aku terperasan sesuatu. Wajah Angah berubah ceria. Abang Am juga turut melebarkan senyumannya.
‘’Haa..Angah dah mengandung ke? Tahniah Angah. Bestnya, nak dapat anak saudara.’’ aku turut teruja mendengar berita ini.
‘’Alang macam mana? Tak follow ke?’’ aku menoleh pula ke arah Alang. Dia menjegilku.
‘’Tadi Ayang cakap rezeki tu daripada Allahkan? Biarlah Angah dulu yang dapat rezeki tu. Alang follow la pelan‐pelan. Kesian pula mak nak sambut cucu serentak nanti.’’ Alang memberi hujah yang aku rasakan agak bernas. Almaklumlah, nama suaminya pun abang Nas. Hihi,..
‘’Bila dengar Angah nak dapat baby. Ucu macam teringin saja.’’ Ucu yang hanya diam sejak tadi bersuara pula. Kami semua memandang serentak ke arahnya.
‘’Alah emak, kahwinkan Ucu..’’ Ucu menyanyi sambil bibirnya mekar dengan senyuman. Aku pandang Along yang hanya tayang wajah beku.
‘’Ucu! Langkah tembok rumah dulu kalau nak kahwin sebelum Along.’’ aku teringat kata‐kata Along sebelum ni, terus aku luahkannya. Mak, ayah, Angah dan Alang serta suami masingmasing ketawa mendengar ayat aku. Along dan Ucu hanya tersengeh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan