Enam tahun kemudian. Oktober, 2004.
Waktu belum tengah hari. Tebal hutan memayungi kecerahan, dan kabut yang belum habis terurai menjadikan suasana agak kelam dan sunyi. Alam liar yang bebas dan segar memaparkan kesyahduannya. Tiba‐tiba syahdu alam terlerai dihempuk salakan bertalu‐talu dan jeritan yang datang bersilih bersamanya. Seekor anjing menyalak galak sambil berlari kencang. Tubuhnya yang agak kecil mengelak dan mengelit segala tumbuhan meliar yang kecil dan besar, yang halus dan kasar. Di belakangnya, tidak sampai tiga depa, seorang lelaki yang agak rendah bangun tubuhnya tetapi tampak kemas dan sasa, sedang menghambat kencang juga, tetapi nampak betapa dia mengekalkan jaraknya supaya tidak terlalu hampir dengan anjing itu, dan tidak pula berusaha untuk memintas. Di belakangnya tersandang guni yang meleper, menampar‐nampar belakangnya harmoni dengan rentak larian berdebuk‐debak.
Sepucuk senapang patah erat di tangan kirinya.
Seperti anjing yang dihambatnya, lelaki berbadan kemas yang renek itu semacam tidak reti lelah. Dia dan anjing yang dihambatnya, sekata sahaja larian mereka, dek lajunya hambatan itu, nampak kaki orang dan anjing itu seolah‐olah tidak menjejak tanah lakunya. Seperti anjingnya juga, lelaki itu hanya berkaki ayam. Lelaki berkumis tebal, rambutnya melepasi telinga, sudah dua puluh minit menuruti perlakuan anjing yang meluru laju hingguk kepala di depannya.
Lompat, mengelit, mengelak, merempuh tumbuhan renek, memijak daun‐daun yang banyak, melenyek buah‐buahan yang sudah membusuk. Lelaki itu yang hanya memakai seluar separas lutut berpoket tampal dan bertutup di bahagian punggung dan tepi pahanya, dan baju lengan panjang yang berpoket kiri dan kanan, nampak percaya sungguh dengan anjing yang berlari kencang di depannya. Anjing itu semacam sudah menjadi radar kepadanya.
Sepuluh minit kemudian, anjing itu berhenti dengan tiba‐tiba. Melilau kepalanya dan menderam ganas. Dia tidak pula cuba menerkam mangsa yang dihambatnya, yang kelihatan dalam ketakutan yang amat dan kelelahan sungguh. Mulut menganga dan nafas keluar masuk dengan deras dan eras. Namun anjing itu tidak nampak akan menerkam. Ia menderam dalam nafas yang keras dan deras juga. Matanya menyorot ganas, dan deraman bertukar menjadi salakan. Nampak betapa seolah‐olah cuba mengendeng mangsa di depannya agar tidak mampu berpatah balik lagi. Si mangsa berdiri kaki menggetar, mata terbuka luas, kepala terhingguk‐hingguk seolah‐olah mahu menerobos deras jika terbuka peluang. Peluangnya sempit, ia dalam kesulitan besar. Di depannya kini ialah seekor anjing yang tengah galak menyalak, dan sesekali menderam mempamerkan gigi dan taring yang tajam, seolah‐olah memberikan amaran jika cuba lolos, mangsa di depannya akan digomol, dirobek dan dirabakkan dalam beberapa minit sahaja.
Sesekali binatang yang kira‐kira sebesar kucing cuma kakinya halus dan kuku terbelah dua itu berpaling ke kiri dan kanan sambil menundukkan kepada, seolah‐olah menganggar pula peluang jika ia melompat terus dan berenang ke dalam sungai yang membelakangi. Di depan ada anjing menayang taring, di belakangnya ada sungai mengalir perlahan, lebar sederhana, dalamnya separas dagu lelaki dewasa yang punya ketinggian normal. Anjing itu tidak berhenti menyalak, menderam dan sesekali mengacah‐mengacah. Nampak seolah‐olah, anjing itu belum bersedia untuk menerkam mangsanya yang nampak begitu mudah untuk ditewaskan, semacam masih menunggu lelaki misai tebal bertubuh kemas renek, yang belum muncul-muncul, walaupun jika dihitung jarak antara mereka ketika berlari susup‐sasap tadi tidak sampai pun tiga depa.
Binatang kecil sebesar kucing, cuma lebih tinggi, muka tirus, badan tidak berbulu lebat, dan kulitnya keperangan, kini bertukar lagak – ia melilau dan menundukkan kepalanya semacam mahu menanduk pula. Tiba‐tiba bingkas berpusing dan tangkas melompat, dan berdebur ke dalam sungai. Salakan anjing masih galak ketika mangsa sudah muncul di permukaan sungai yang alirnya tidak laju. Kepalanya yang kecil terhingguk‐hingguk memecah arus, ketika kakinya laju mengayuh untuk segera sampai ke tebing sebelah lagi. Kerna bukan fitrahnya dijadikan Tuhan untuk berenang laju, dalam keadaan terkapai‐kapai terlihat betapa dek arus yang menerjah tubuhnya yang kecil, arah renangannya jadi terpeweng, tidak tegak melintang sungai.
“Eiiyah, rezeki dah mari! Rezeki mari dalam air!”
Lelaki yang dari tadinya sedang mengemut batang rokok segera melontarkannya ke dalam sungai, kemudian dengan penuh waspada cuba berdiri dengan jala yang sudah dikirai di atas bahu dan bersedia untuk ditebar.
“Woi, Stopa! Deng pesan jangan guna jala! Kalau rabak naya!” seorang lelaki yang gelap kulitnya, berambut kerinting, hanya memakai singlet nipis berseluar trek, yang duduk memegang kemudi enjin sangkut, menjerit agak kuat.
“Aku boleh ganti! Mudah guna jala saja!” pemuda yang memakai t‐shirt lengan panjang warna gelap, bertopi baseball, sudah berdiri dengan stabil sekarang.
“Deng pesan guna sauk! Dia yang buat sauk tu. Guna saja. Jangan degil. Takat kena sembur tak apa. Kena penampar, demam kamu nanti. Jala itu dia punya jugak! Dia buat sendiri jugak!”
Ketika nampak pemuda itu masih berdegil, lelaki yang lebih berusia itu mula bertempik.
“Stopa, jangan degil! Deng suruh guna sauk. Dia nak tangkap hidup‐hidup. Dia nak bela yang ni! Guna jala boleh lemas! Kalau kamu nak ikut lagi lain kali, dengar cakap aku!”
Pemuda itu segera melurutkan jala daripada bahunya. Segera pula dia mengambil sauk.
@@@@@@@@@@
Ketika sudah terlalu hampir dengan bot enjin sangkut itu, kira‐kira dalam satu kaki lagi, barulah kelihatan binatang berkepala kecil yang sedang tercungap‐cungap berenang untuk melepaskan dirinya mahu segera sampai ke seberang, menyedari laluannya kebebasannya telah terhadang. Ketika kepalanya beralih haluan untuk melepaskan diri, ketika itu juga sauk mencelup ke dalam air. Dengan keras dan pantas terus terangkat tubuh kecil itu ke udara seketika, dan deras pula dicekup dengan guni ketika bedebuk di perut bot.
“Hati‐hati, Stopa! pelanduk jantan nih! Jaga‐jaga...bisa taring tu!” rakannya yang berkulit gelap memegang erat kemudi. Bot enjin sangkut yang tadinya menggigil‐gigil, teroleng‐oleng ketika Stopa cuba menekup kemas leher binatang kecil yang menggelepar di bawah guni. Stopa menyusup sebelah tangannya di bawah guni. Setelah terasa jarinya menyentuh kaki, dia segera mengeratkan cekaknya. Dilurutnya kedua‐dua kaki itu ke depan, dirapatkan dengan dua kaki yang lain. Dicekam kuat keempat‐empatnya. Kini tangan kiri Stopa pula menyusup di bawah guni dan mengcengkam bawah dagu makhluk kecil itu.
Rakannya yang lebih tua, berkulit gelap, kini mengepit kemudi dirusuk kanan. Tangan kirinya menarik guni yang menutup mangsa yang sudah terdiam kejang dicekak Stopa. Cekap sekali lelaki kerinting berkening lebat itu mengangakan mulut guni walaupun hanya dengan sebelah tangan. Stopa segera menyumbat si mangsa ke dalam guni. Dia menyimpul mati mulut guni dengan tali rapia.
“Ikat betul‐betul. Kalau terlepas, mampus kita! Boleh hangit telinga Deng Sakai maki. Dia penat‐penat hambat. Jangan buat mudah. Pelanduk ni, dia nak hidup‐hidup.”
Selepaskan pasti ikatannya tidak akan terungkai, Stopa membiarkann guni itu lepak di tengah-tengah
bot.
“Pak Daud, aku mahu rehat kejap. Deng dah mari, tolong kejut.” Stopa mengauk jala, dijatuhkan di belakangnya, dijadikan bantal.
@@@@@@@@@@
Ketika Stopa bersandar di haluan bot, guni itu menggelepar bertalu‐talu ke kiri dan kanan. Lantas dia melepakkan sebelah betisnya di atas guni yang galak melonjak. Stopa tersengih ketika terasa labu betisnya bergerak‐gerak sedikit semacam disondol. Dia membongkok sedikit. Giginya mengemam bibir bawah.
“Degil sungguh. Mahu diajar ini!”
Jarinya yang sudah bersedia untuk menjentik kepala mangsa dalam guni, terhenti. Dia semacam teringat sesuatu. Dia mendongak ke arah rakannya yang rambut kerinting berkulit gelap.
“Mana Deng?” serentak suara mereka terloncat dan bertembung. Stopa cepat pula memberikan susulan.
“Deng tak dok! Jalak tak dok jugak! Pak Daud, cepat ke tebing!”
“Bala nih! Deng doh kena balah ni!”
Pak Daud mengacip handel setengah rapat, kemudian menolaknya ke kanan.
“Stopa, kamu dengar apa‐apa?”
Pak Daud diam. Stopa pun diam. Masing‐masing saling berpandangan dalam kebisuan dan kejutan. Bunyi orang bertempik berkali‐kali sangat kuat dating dari arah tebing yang mereka tujui. Tempat Jalak Lenteng mengepung pelanduk yang kini lelah dan tewas di dalam guni.
Mereka kenal suara itu. Deng Sakai sedang bertempik gila‐gila!
@@@@@@@@@@
Tiada pokok besar atau renek yang berdekatan. Tiada pula batang yang tumbang di tebing sungai. Tiada akar yang menjalar masuk ke dalam air. Tiada apa‐apa untuk dijadikan tempat penambat tali bot. Stopa yang sudah terjun ke dalam air yang hanya paras lututnya, masih tercari‐cari apa‐apa jua yang boleh dijadikan tempat pengikat tali yang terjelir sekaki di tangannya. Akhirnya dia tarik bot dengan kuat sampai lajak ke atas pasir yang hanya luasnya hanya setengah depa. Stopa tahu betapa mudahnya bot itu boleh dihanyutkan jika ada ombak datang menerpa berkali‐kalai ke gigi air. Jika datang berkali‐kali, bot yang tersadai hanya suku bahagian sahaja haluannya di atas pasir akan terhanyut begitu sahaja.
Dalam Stopa menggaru kepala masih mencari apa‐apa yang sesuai untuk dijadikan pengikat tali bot, masih tengah menghitung congak pilihan yang paling baik perlu diambilnya, Pak Daud sudah berdebur ke dalam air. Lelaki rambut kerinting berkulit gelap itu bergegas naik ke atas tebing tanpa bertutur sepatah kata pun. Tidak sampai lima minit dia kembali dengan sebatang dahan hampir sebesar lengan, panjang kira‐kira enam kaki yang sudah diricik habis daun-daunnya.
Yang tinggal di bahagian hujungnya, membentuk huruf ‘Y’. Pak Daud melompat di atas pasir, dan segera melangkah ke gigi air, kemudian dicacaknya batang kayu itu dengan kuat dan deras ke dalam air yang menjadi keruh tiba‐tiba dek tusukan itu. Sambil mengikat tali bot ke batang lurus yang sengaja tidak di paras habis hujungnya, tinggal ranting sebesar ibu jari menjadikannya semacam huruf ‘Y’ terteleng, tanpa berpaling kepada Stopa, dalam nada separa memerintah separa menyindir separa menderam Pak Daud memecahkan kesucian.
“Ambil guni tu. Jangan biar dalam perahu. Dalam hutan ni, kena hati‐hati. Takut ada orang intai kita. Aku bimbang pelanduk ni ada penjaga. Entah‐entah memang orang sini punya!"
Stopa berkerut dahi. Dia mahu tanya, tapi Pak Daud sudah menduga.
"Bunian! Aku takut pelanduk ni hok orang bunian bela! Dalam hutan tebal macam ni, macam-macam
boleh jadi. Kita kena hati‐hati. Kita tak tahu apa jadi kepada Deng Sakai. Anjingnya jugak dah tak menyalak dah. Entah‐entah betul sungguh kita dah tangkap pelanduk bunian! Kalau betul, kita kena serah balik! Deng Sakai tak pernah buat tabiat macam ni! Tak pernah dia lesap macam ni!”
Kali ini Stopa tidak berkata apa‐apa. Dalam keadaan sebegini, dia mahu akur sahaja dengan apa jua kata Pak Daud. Pertamanya kerana Pak Daud lebih tua daripada dia. Keduanya kerana selain Deng Sakai, lelaki gelap rambut kerinting di depannya sekarang jatuh nombor dua sebagai lelaki paling handal di kampungnya memburu pelanduk di Hutan Belara dan bukit-bukau di sekitarnya.
@@@@@@@@@@
Pak Daud tergamam. Bukan terkedu melihat Deng Sakai. Dia mati langkah kerana tidak menduga berdepan dengan kejutan yang menggugat keberaniannya. Matanya berkalih antara Deng Sakai dengan sesusuk tubuh lain yang mukanya terlindung kerana rambut yang mengurai melurut turun semunya dek dagunya sudah tertekap ke dada.
“Deng? Deng Sakai!”
Pak Daud berpaling ke arah Deng Sakai dan cepat pula membuang pandangan ke arah sesusuk tubuh yang dagunya melekap ke dada. Deng Sakai tidak mengendah. Dia yang bercongok dengan senapang patah tersandang di belakangnya, sedang menghisap rokok daun. Tangan kirinya tengah memegang ulu golok yang sudah banyak kali ditikam ke tanah.
Sudah lumat tanah di depannya ditikam berkali‐kali. Jalak Lenteng yang tadinya hanya lepak kepala di atas kaki sendiri yang berlunjur silang, bingkas berdiri, dan menyalak cepat empat kali seperti menyapa kemunculan orang yang dikenali. Stopa yang sejak tadi hanya mengekori bontot Pak Daud, bergegas ingin berdiri seiring.
“Deng, siapa ni? Apa dah jadi?”
Kini Stopa sudah terlajak. Guni yang disandangnya sudah terbiar di atas tanah. Semacam ada kuasa magnet, tanpa menghiraukan Pak Daud atau Deng Sakai, dia sudah merapati kurang dua kaki daripada tubuh yang terikat di sebatang pokok rendang dan agak besar. Tak sampai dua pemeluk, tetapi tidak pula kurang dari sepemeluk. Ukur lilit batangnya tidak tersampai sepemeluk lelaki dewasa.
Jalak Lenteng yang masih tegak berdiri di sama paras bahu Deng Sakai mula nanar. Kepalanya mendongak dan menjengah kiri‐kanan tidak menentu. Kakinya juga tidak tinggal diam. Bersilang gelisahnya, semacam mahu segera melompat dan menerpa ke arah Stopa. Matanya yang merah tajam memerhatikan guni yang sudah baring di tanah. Jalak Lenteng menderam dalam. Deng Sakai menepuk‐nepuk dua tiga kali tubuh anjingnya itu. Semacam sudah mendapat permisi, segera Jalak Lenteng menerpa ke arah guni yang kini bergerak‐gerak deras dek gelisah makhluk di dalamnya.
“Biarkan. Dia nak main‐main saja. Nak lepaskan geram!”
Deng Sakai memberikan isyarat dengan menggoyangkan mata goloknya ke arah guni yang bergerak‐gerak makin galak seakan‐akan mahu meloncat lari. Dia bos di situ. Tiada siapa yang berani menyanggah. Manusia dan haiwan serupa. Patuh kepada pemburu yang terkenal handal dan gedebe.
Stopa dan Pak Daud saling berpandangan. Dalam kepala simpang‐siur musykil. Tapi tiada keberanian diloncatkan apa‐apa soalan. Takut dijerkah tanpa belas jika silap atur ayat. Deng Sakai buat‐buat tak nampak gelagat mereka. Tapi dia dapat meneka teka‐teki yang selirat dalam kepala orang berdua itu.
Dia pun menarik nafas dalam‐dalam. Kemudian angguk‐angguk kecil. Seolah‐olah imbasan peristiwa itu sudah tertayang dan tersusun rapi. Tunggu mulutnya saja tuturkan pemula.
Pak Daud dan Stopa diam macam batu yang jatuh ke selut. Bahkan Jalak Lenteng pun turut jadi tunggul dan membisu!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan