JAM di dinding sudah pun menunjukkan jam sembilan malam. Angin yang bertiup nipis
berjaya meloloskan dirinya dicelah‐celah bingkai jendela seperti sedang bersiul menyeru
namaku. Emak yang keluar dari petang tadi belum pulang‐pulang. Lauk makan malam sudah aku sediakan. Aku tiada selera makan. Selalunya emak akan pulang jika sudah lewat‐lewat begini. Emak sudah tua. Tak larat berjalan jauh‐jauh jika pergi ke mana‐mana. Harap‐harap emak baik‐baik sahaja.
Tiba‐tiba pintu rumah diketuk perlahan. Aku yang sedar mulai bangun menuju ke arah pintu.
Lantai rumahku yang sudah usang berkeriut apabila dipijak. Jika tersalah langkah, boleh
terperelus jatuh ke tanah. Mujurlah aku sudah cekap. 25 tahun aku tinggal di rumah tersebut.
Sejak rumah itu penuh dengan manusia sehingga hanya tinggal aku dengan emak sahaja.
Setelah sampai di muka pintu, aku menyeka selak pintu yang sudah buruk. Kemudian aku tarik daun pintu perlahan‐lahan. Tetapi aku kaget sebentar. Tiada orang. Aku mula merapati muka pintu untuk melihat keadaan luar rumah. Juga senyap sunyi dengan kehadiran manusia.
Shriuhhh!!! Aku yang terkejut dengan bunyi itu melompat ke bawah rumah seperti kucing yang dipijak ekor. Dengan kelam kabut aku mencari punca bunyi tadi yang datangnya dari tepi tangga.
“Emak! Emak buat apa kat situ? Terperanjat Ayim.” Sergahku yang melihat emak sedang
membasuh kaki. Emak yang memandang aku tidak berkata apa. Dia hanya tersengeh sehingga menampakkan giginya yang rongak.
“Emak pergi mana? Ayim tunggu emak dari petang tadi lagi. Kenapa baju emak penuh dengan tanah dan pasir ni?” Kataku kepada emak lagi. Emak seperti baru sudah menggali kubur.
Dengan peluh yang melekat di bajunya. Tetapi emak seperti biasa. Tidak berkata apa. Dia
hanya memandangku sambil tersenyum mesra. Emak memang begitu. Jarang bercakap. Emak memang pendiam sejak dari dahulu. Bercakap pun hanya sepatah dua. Selebihnya hanya tersenyum mesra.
“Ayim dah sediakan makanan untuk emak. Nanti kita makan sama‐sama. Ayim pun belum
makan lagi. Mari sini Ayim dukung emak naik ke atas rumah.” Aku memang sudah biasa
mendukung emak. Emak pun bertubuh kecil. Dia sudah tua. Yang tinggal hanya tulang dengan kulit sahaja. Biasalah orang tua‐tua.
Aku yang merapati emak mula merangkul belakangnya. Lalu aku mengangkat pelipat kaki
yang kecil itu. Emak pula memaut leherku dari belakang. Dia hanya diam dan memandang
sunyi wajahku. Aku perasan. Sengaja tidak mahu memandang wajahnya semula. Selesai aku mendukungnya, langkah menaiki tangga mula aku atur cermat. Emak masih memandang wajahku sayu. Tidak tergamak pula aku untuk tidak membalas pandangan emak. Lalu aku berpaling melihat emak. Kemudian emak tersenyum padaku.
“Kenapa emak tengok Ayim begitu? Ayim ada buat salah dengan emak kah? Kalau Ayim
berdosa, emak tolonglah maafkan Ayim. Ayim tak mahu tanggung dosa besar disebabkan
kemarahan emak pada Ayim.” Tubir mataku yang tidak dapat menahan sebak mengalirkan air mata. Hiba hatiku melihat emak yang sudah tua. Rinduku pada emak bukan kepalang. Sambil menangis, aku mendaki anak‐anak tangga kayu tua yang sudah berlumut itu.
Sesampainya aku di atas rumah. Emak melepaskan tangannya dari memaut leherku. Aku tahu, itu adalah isyaratnya untuk menyuruhku melepaskan dia berjalan sendiri. Jika diikutkan hati, aku rela mendukungnya ke mana sahaja seperti yang telah dia lakukan sewaktu aku masih kecil dahulu. Jikalau emak sanggup menggendong aku ke sana, ke mari. Ke hulu ke hilir.
Masakan aku terlalu ralat untuk berbuat demikian.
Emak yang aku lepaskan berjalan perlahan‐lahan menuju meja makan. Terbongkok‐bongkok menandakan bahawa emak sudah lanjut tua. Langkahnya pula kecil‐kecil. Maka lambatlah emak sampai di meja makan tersebut. Walaupun emak tidak mengelak kayu‐kayu reput pada lantai rumah, namun emak tidak pernah terperelus jatuh ke tanah. Kerana emak tubuhnya ringan. Yang tinggal hanya tulang dan kulit yang berkerak kerana tua. Emak, jika Ayim ada wang untuk membaiki rumah kita. Pasti Ayim akan bina sebuah rumah batu bertingkat tiga.
Emak boleh tinggal selesa di dalamnya. Bolehlah Ayim berkahwin jika ada rumah sebesar itu. Rumah ini seperti reban ayam. Tiada perempuan yang sanggup tinggal di sini kecuali emak. Kerana itulah Ayim sayangkan emak.
Emak yang mampir di meja makan menarik kerusi untuknya duduk. Aku yang hilang sebentar dalam lamunan bergegas merapati emak. Namun langkahku masih cermat. Jika tidak, pasti celaka menimpa. Setibanya aku di meja makan, tudung salji yang menutupi jamuan untuk emak segera dibuka. Emak yang melihat jamuan tersebut tersenyum‐senyum pada mulanya.
Senyuman tersebut tidak lama kerana emak mula terkekek‐kekek halus ketawa. Kebiasaan
emak memang begitu. Setiap kali aku sediakan jamuan, emak akan mula berkelakuan pelik.
Lalu aku hidangkan jamuan berupa ayam panggang, pulut kuning, telur rebus, bertih jagung, dan darah ayam hitam. Ketika aku berbuat demikian, aku perasan bahawa mata emak mula membelingas memandang kiri dan kanan.
Kekekan kecil emak aku dengar masih belum berhenti. Mungkin emak terlalu gembira kerana hari ini aku menyediakan jamuan yang lebih dari kebiasaannya. Hari yang aku sendiri tidak jelas dengan perasaanku sendiri. Walaupun emak terkekek‐kekek ketawa. Namun hatiku sebenarnya sayu. Sayu mengingatkan emak yang bakal kuhantar pergi. Tanpa aku sedar, air mataku mulai gugur. Emak yang sedang lahap menjamah jamuannya langsung tidak menghiraukan aku. Emak punya nafsu yang buas. Darah ayam hitam yang aku tuangkan ke dalam mangkuk diambil dan dihirupnya gopoh. Sehingga mengalir lalu mengotori baju. Emak yang puas menghirup darah ayam hitam dari bekas mangkuk itu kemudiannya menyeringai dan mengilai kuat.
Pastinya ngilaian emak pada malam ini akan menggemparkan seluruh isi kampung. Yang tidur pasti akan bangkit. Anak‐anak kecil pasti akan menggigil ketakutan mencari ibu masing-masing.
Terimalah hakikat bahawa malam ini merupakan malam yang akan meninggalkan
sejarah kepada seluruh penduduk kampung. Pasti hari ini akan diingati mereka sehingga mati. Jika mereka semua sudah mati sekalipun, pasti anak‐anak mereka akan menceritakan kejadian hari ini kepada cucu‐cucu mereka pula. Kisah ini seterusnya akan diingati sebagai sebuah sejarah hitam di dalam kampung ini selagi orang ramai masih mempercayainya.
Mungkin sudah tiba masanya pada malam ini. Aku harus bertindak walaupun hakikatnya pahit untuk kutelan. Telapak tanganku mula aku genggam dan kubuka. Bersedia untuk bertindak pada bila‐bila masa sahaja. Menunggu tibanya kesempatan untuk mengambil langkah pertama. Tetapi aku harus sabar. Aku juga perlu mengumpulkan segala kekuatan untuk melakukannya. Biarpun tampak mudah, namun amat sukar bagiku pada hakikatnya. Kerana tindakkan aku melibatkan hal‐hal kebatinan dan kekuatan mental. Jika emosiku tidak teguh, mungkin perkara buruk yang lebih dahsyat akan berlaku.
Pang!!! Mangkuk yang berisi darah ayam hitam pecah di lantai setelah aku melepaskan sebuah penampar yang kuat pada sebelah kanan pipi saka emak. Darah ayam hitam berkecamuk di atas lantai. Dia yang keasyikan sedang melanggah darah terpaku seketika. Bola matanya yang bundar memandang tepat pada mataku.
“Ayim tak baik buat emak begitu.” Saka emak yang beberapa saat terpaku melihatku, berkata demikian. Diam sebentar. Sambil memandang, dia terkekek‐kekek kecil sendirian.
Ustaz Syukri sepatutnya sudah keluar dari persembunyian pada ketika ini. Dadaku mula
berdegup dengan laju dan semakin kencang. Masakan Ustaz Syukri sudah melarikan diri
setelah melihat peristiwa hilaian emak sebentar tadi. Aku yang kaku pada zahirnya mula resah.
Tekakku sudah kering dan perit dek nafas yang berombak gila. Dimana Ustaz Syukri? Keluarlah cepat. Ujarku dalam hati.
Tiba‐tiba kekekan halus saka emak berhenti. Entah mengapa. Dia memandang sesuatu.
Sesuatu yang berdiri tepat di belakang badanku. Pandangannya kulihat tajam. Urat‐urat merah di matanya semakin bercambah‐cambah. Kemudian pecah sehingga melelehkan darah dari tubir matanya yang bengkak. Aku yang hanya beberapa kaki dari saka emak hanya diam tercegat. Dengan amat perlahan, ekor telingaku dapat menangkap suara Ustaz Syukri sedang membaca sesuatu. Tidak dapat aku jelaskan secara terperinci. Hanya desiran bunyi dari bibir Ustaz Syukri yang dapat aku pastikan.
Saka emak yang tadi memandang ke arah belakangku mula bangun. Lagaknya sangat kuat
setelah dijamu dengan segala jamuan khurafat. Dengan pantas, kerusi tempatnya duduk tadi ditendang kuat. Terpelanting sehingga mengenai daun pintu. Desiran kumat‐kumit Ustaz Syukri masih kedengaran perlahan di belakangku. Sangat tenang menghadapi saka emak yang cuba menunjukkan kekuatannya tadi.
“Aku minta kau putuskan segala hubungan dengan budak ini.” Kata Ustaz Syukri secara
berterus terang kepada saka emak.
“Ngak! Ngapain harus aku ninggalin anak ini?
“Kerana bukan Ayim yang buat perjanjian dengan engkau pada asalnya. Seharusnya engkau pergi ketika emaknya meninggal dahulu.”
“Memang! Malah datuknya dahulu patri janji sama aku. Datuknya meninggal. Malah aku ngak perlu ninggalin ibunya dulu. Aku jaga semuanya.” Kata saka emak yang cuba bermain dengan emosi. Aku yang berada di tengah‐tengah kaku membisu. Sayu melihat darah yang mengalir dari tubir matanya yang pilu. Suaranya ikhlas menceritakan kesetiaanya bersama keluargaku.
Aku keliru.
Ustaz Syukri yang melihat saka emak seperti degil meninggalkan aku mula mengatur langkah. Dia yang aku lihat tenang cuba menundukkan saka emak yang berdiri kaku. Dia seperti mahu menyembelih saka yang sudah setia dengan keluargaku sejak berpuluh‐puluh tahun dahulu.
Menjaga dan melindungi kebun di belakang kawasan rumah. Tidak. Aku tidak boleh biarkan
Ustaz Syukri menyembelih saka setia itu dengan sebegitu mudah. Saka itu saka warisan emak padaku. Peninggalan arwah datukku dahulu!
Aku dengan perlahan mencapai sebilah pisau yang berada berhampiran dengan tempat
dudukku. Aku raba perlahan‐lahan meja tersebut supaya tidak disedari sesiapa sehingga
hujung jari telunjukku menyentuh pemegang bilah pisau tadi. Lalu aku genggam dan
kuhayunkan dengan laju pisau tersebut lalu merodok perut Ustaz Syukri. Dengan kuat, kutekan dan kupulas‐pulas genggamanku sehingga Ustaz Syukri jatuh melutut. Lantas aku tekan ke bawah pisau tersebut lalu terburailah isi perutnya. Ustaz Syukri yang putus nyawa tersembam jatuh dalam keadaan tertiarap.
Saka emak yang melihat kejadian itu menyeringai dengan penuh nafsu. Perlahan‐lahan dia
datang padaku lantas memeluk batang tubuhku yang lencun dengan darah panas manusia.
Lidahnya terjelir lalu menjilat‐jilat leherku yang basah dengan darah merah Ustaz Syukri sambil mengusap‐usap rambutku. Emak, Ayim sayang emak. Ayim jaga warisan kita. Warisan yang setia dengan kita begitu lama. Setia dengan dosa yang berbungkap dalam syahdu makna.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan