Label

Jumaat, 18 November 2016

CERPEN Kisah Misteri Asrama Pemandu

"Ayah,jom pergi beli baju."rengek si kecil sambil menarik‐narik hujung lengan baju Encik
Bukhari.Mengada...

"Kalau nak pergi beli baju,adik kena ikut ayah pergi tempat kerja, tidur kat sana semalam
sebab malam ni ayah kena standbay ambulans."beritahu Encik Bukhari mengelus lembut
rambut anaknya yang berusia 14 tahun tetapi perangainya macam budak.Anaknya,Ani
tersenyum kepada ibunya,Puan Aina seolah‐olah mereka tahu apakah yang pernah terjadi di sana.

####

"Adik,jom tidur kat bilik ayah la.Sejuk."ajak Puan Aina sambil memeluk tubuh.Udara malam
yang nyaman serta air‐cond yang dipasang hampir mahu meletup sahaja kerana dipasang
terlalu kuat.Bukannya apa,harga air‐cond tu murah je.

"Tak naklah."ujar si kecil.Ligat sahaja mata Ani memerhati keadaan di dalam bilik
ayahnya.Ayahnya pernah bercerita bahawa bilik ayahnya sahaja yang paling 'keras' antara bilik kawan‐kawannya.Lagipun,ibunya bercerita lagi,sewaktu ibu dan ayahnya tidur dalam bilik itu,ibunya tiba‐tiba terjaga lalu ternampak sebatang tubuh hitam di sebelah loker
ayahnya.Ayahnya pula sedang menghisap rokok.Susun atur dalam asrama itu cukup
menyenangkan.Kemudahan perkakas dapur yang lengkap sesuai untuk para pemandu yang bekerja lewat malam,lantai yang sentiasa bersih,katil dua tingkat yang banyak serta foto‐foto kenangan di situ juga tersergam indah.Puan Aina tiba‐tiba berasa pelik kerana selepas pukul 1 pagi bermacam‐macam bunyi kedengaran seperti ada 'orang' seret meja,bunyi 'orang' berjalan macam gergasi dan bunyi pam tandas walaupun tiada siapa yang menggunakannya di hadapan anaknya sendiri.

Mujurlah anaknya langsung tidak dapat mengagak apakah bunyi itu kerana Ani asyik bermain game 'Criminal Case'.Puan Aina sahaja yang perasan.Tetapi dibuat endah tak endah sahaja.

Ibunya mengajak anaknya tidur di katil dua tingkat di ruang tamu manakala ayahnya tidur di
katil dua tingkat juga tapi berdekatan dengan dapur.Ayahnya beritahu jika ayahnya tidak
berasa selesa tidur di situ,dia akan tidur di dalam biliknya sendiri.Ani hanya mengikut sahaja
kerana matanya sudah kuyu.Semasa sampai,dia tidak berasa mengantuk lagi kerana petang itu,dia sudah tidur di rumah.Ibu dan ayahnya sahaja yang dapat tidur dengan nyenyak.Tiba-tiba, Ani lekas mengejutkan ibunya yang sedang mengigau di sebelahnya. Ayahnya berada di dalam bilik.

"Hishhh...ibu rasa macam nak balik sekarang je.Jom pergi dekat ayah."

"Kenapa?"anaknya menanyakan soalan.

"Yela...takkan nak cerita sekarang kot."Jadi,akhirnya mereka tertidur sehingga keesokan
hari.Tepat jam 5.30 pagi,Encik Sulaiman kawan pemandu Encik Bukhari sampai.Mereka amat bersyukur kerana ada orang juga yang datang.Tidaklah mereka takut sangat.Pagi‐pagi lagi keluarga Encik Bukhari pulang ke rumah.Semasa dalam pemanduan,mereka ternampak kelibat 'puntianak' melintas betul‐betul di hadapan mereka.Mereka hanya berdiam diri.Kelu lidah!Petang itu,mereka berbual‐bual tentang kejadian semalam.

"Ibu tak nak lagi jejak kaki kat situ.Itu adalah kali pertama dan kali terakhir kat situ.Yang ibu
mengigau tu sebenarnya time tu ibu tak tidur pun,sebab ibu kena 'tindih'.Kan banyak bunyi-bunyi tu.Takkan tak dengar kot.Ustaz cakap kalau dengar bunyi 'orang' seret meja ke apa atau 'orang' main guli tapi tak ada siapa pun.Sah!'Benda' tu.ujar Puan Aina dengan bersungguh-sungguh.

Encik Bukhari memberitahu jika dia tidak berasa selesa tidur di luar,dia tidur di dalam
kerana tidak selesa 'dihimpit'.Kawannya ayahnya juga tidak berani kerana takut 'dikacau'.Jika tiada orang dalam asrama itu,dia akan tidur di pondok pengawal.Ani hanya terkejut kerana kejadian bunyi pelik itu dirasai olehnya sendiri.

Jadi,malam ni malam Jumaat,anda mahu mencuba nasib???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan