Label

Sabtu, 19 November 2016

CERPEN Kisah Misteri Kapak

"Tolong,Fariz.Please.I'm so sorry.I...I langsung tak ada niat nak bagi tahu sesiapa pun I
mengandung anak you.Tolong jangan buat I macam ni.You tak sayangkan anak kita ke?I'm
serious!I sayangkan you!"terpancar riak ketakutan pada wajah gebu milik Puteri Dayana.Tiada kata‐kata lagi yang dapat diungkapkan kerana semakin lama semakin agresif Fariz menarik kasar rambutnya.Tiada lagi belas kasihan oleh lelaki itu.Tiada lagi perkataan yang selalu diungkapkan kepada Dayana iaitu 'sayang'.Hanyalah perkataan yang terpancul dalam dirinya iaitu 'kau'!Baginya,teman wanitanya itu telah memusnahkan segalanya.

"Aku tak nak dengar lagi kau cakap apa‐apa pun.Kau diam!Jangan ganggu kerja aku!"kata Fariz sambil mengasah mata kapak dengan tekun.Kapak itu kelihatan boleh menyembelih gajah pun boleh.Inikan pula orang!

"Fariz!You nak buat apa dengan kapak tu?Jangan bunuh I.I sanggup buat apa je yang you
minta."pujuk Dayana.

"Oh...Macam tu ke?Dah,stop!Kau dah tak payah nak memekakkan telinga aku.Kerana kau,aku dibuang keluarga dan kerana kau juga aku dibuang kerja.Kalau kau tutup mulut,semua benda ni tak akan jadi.Kau faham?

"Yes,I know.My mistakes.Kita boleh bincangkan?"

Selepas beberapa minit itu,lelaki itu bingkas bangun lalu mengambil kapak itu.Hanya hilaian
tawa Fariz sahaja yang kedengaran di persekitaran hutan.Diperhatikan sahaja teman wanitanya memandangnya sayu sambil terkumat‐kamit membacakan sesuatu sebelum ajal
tiba.Dilemparkan sahaja senyuman sinis kepada perempuan itu.Sekejap lagi,perempuan
jahanam itu akan mampus buat selama‐lamanya!

Dalam masa beberapa minit sahaja,terpelanting kepala Dayana ke dalam sungai. Dikapaknya berkali‐kali sehingga lunyai empunya badan.Ada yang terputus jari,ada yang kaki hampir patah dan badan yang menjadi cebisan kecil.Terpercik darah jenis O pada muka Fariz.Dijilatnya berulan‐ulang kali.Dengan sepantas kilat,diguling‐gulingkannya potongan badan itu ke dalam lubang yang sudah diggali sebelum menculik Dayana.Hahahahaha!!!!




"Weihhh...Cantiknya tempat ni.Ini baru first time aku masuk hutan paling cantik.Sebelum ni,aku masuk tak adalah cantik sangat.Wahhhh..."lopong sahaja mulut Im.Kalau lopong lebih lama,confirm masuk lalat.Padan muka!

"Aah,cantikkan.Aku pun sama.Tapi kau ada bau bangkai tak?Macam darah kan?"tanya Haiqal.

"Mulut kau jangan macam bangkai sangat tau?Kita dalam hutan sekarang ini."balas Aman
mengigatkan rakannya yang selalu diperkatakan mulut memang macam longkang.

"Ala,kau relax la.Tapi,korang ada bau tak ni?Jom pergi cari arah bau ni.Aku ni jenis yang suka akan menyiasat suatu tu.Biasala,aku nak jadi macam cerita CSI tu.Apa tu...Crime Scene Investigation."Tiba‐tiba,suara garau seperti orang tua menegur mereka dari arah
belakang.Mereka terkesima sebentar Siapalah yang menegur mereka pula ni?Setahu hanya tiga orang je yang pergi daki bukit n.Siapa lagi seorang?Mereka dengan gagahnya menoleh belakang.Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 20‐an sedang memegang kambing dan kapak di tangannya tersenyum ke arah mereka.

"Korang cari siapa?"

"Kami tak cari siapa‐siapa. Cuma kami datang sini cuma nak daki bukit tu jer.Tapi,tiba‐tiba
kami ada bau macam darah."Celupar sungguh mulut Haiqal ni.

"Oh,saya rasa ni bau darah kambing.Saya baru sembelih kambing ni untuk santapan malam ni.Kalau korang tidak keberatan jomlah makan sama."pelawa lelaki tersebut dengan mesra.

####

"Tumpang tanya,abang ni asal mana?Sebab saya pelik,ada ke orang masih tinggal dalam
hutan.Cara percakapan abang pun macam orang KL jer."

"Oh...Saya memang asal KL.Saya tersesat baru 3 hari waktu saya nak buat projek untuk 'u'.Saya pun tak tahu mana kawan saya sekarang ni.

"Kami ni asal dari KL jugak.Saya,Haiqal,yang macam muka tak semengah ni nama dia Im pastu muka macam tak cukup bajet ni pulak macam penagih dadah pun ada nama dia Aman.Kami dari UIAM nak cari apa‐apa info.Tak apa,esok apa kata abang ikut kami daki bukit sekali pastu terus balik KL sebab kami ada map.Ha,ada satu lagi.Saya pelikla kenapa abang ni selalu sangat asah kapak.Setiap minit abang asah kapak.Abang nak buat apa dengan kapak.Kalau sembelih orang ni,confirm!"beritahu Haiqal dengan bersungguh‐sungguh.


"Wei,bangun.Bangun la.Haiqal tak ada.Aku dah cari dia kat sekitar sini tapi tak ada.Abang tu pun tak ada.Aku pelik la.Aku takutlah."kata Aiman mengejutkan Im.

"Kau biar betul?Dah cari betul‐betul dah?

"Dah!Tak ada jugak.Weiii...Abang tu dah balik lah."

"Bang,nampak Haiqal tak?Abang dari mana?Dengan bawa kapaknya ke hulu ke hilir.Seram
saya.Malam‐malam ni ada ke mangsa?"

"Abang tadi baru pergi memburu.Haiqal hilang?Dia pergi mana pulak?"

"Tak tau.Sebab tulah kitorang tanya.Jangan cakap abang pergi bunuh Haiqal.Sebab saya ada nampak kesan tompokan darah dekat kapak tu.Kalau abang dah dapat buruan,mana hasilnya? Muka abang pun macam ada kesan calitan je."

"Ha?!Mana ada...O...Oh...Tu....tu tadi ada anjing nak kejar abang.Abang terkena dia punya
kaki."balas lelaki itu dalam wajah yang bengis diselebungi ketakutan.

Beberapa jam kemudian...

"Woiii...Kau siapa?Tunjukkan muka kau.Jangan berselindung.Buka topeng kau tu!"keras suara Aman memanggil lelaki yang duduk membelakangi tubuh badannya.Manakan tidak kedua-dua pasang tangan dan kakinya serta Im diikat secara tergantung pada pokok.

"Best?Kau dah cari nasib.Dan kau dah cari mati.Jadi,rasakan.Hahahaha..."

"Tunjukkan muka kau!Aku tak kenal kau siapa?Kau siapaaaaaaa!!!!"jerkah Aman.Im hanya diam membisu kerana kerisauan takut diapa‐apakan.Bukan dia tidak kuat tetapi,di sebelahnya begitu banyak pisau,parang,hammer tetapi paling banyaknya kapak yang besar-besar.

Bukannya kecil.Pahit rasanya air liur ditelan oleh Im.Dicapainya ranting kayu bedekatan
dengan kedudukannya.Cepat‐cepat dia memotong tali yang mengikat dirinya.Dia hanya buat tidak tahu.Takut sikap lelaki itu lebih agresif.Sebaik‐baik sahaja lelaki itu menoleh ke
belakang,dia terus meluru dahulu ke arah Aman.Masa utuk dijadikan santapan malam
ni.Dipotong talinya dahulu untuk memudahkan kerjanya.Sebaik sahaja lelaki itu mengangkat kapaknya,Im cepat‐cepat menendang tubuh milik pemuda itu.Apa lagi.Dibalasnya berkali-kali.

Lelaki itu melibas kapak ke arah Im tetapi Aman menumbuk mukanya bertalu‐talu
sehinggakan tercampak kapaknya.Dengan lantas,kapak itu terkena wajah lelaki itu.Im dan
Aman berlari keluar bagi mengumpan lelaki itu.Akhirnya,mereka terjumpa juga jalan
keluar.Lima buah kereta peronda polis sedia dihadapan susur keluar hutan itu.Lelaki itu
ditangkap kerana membunuh.Im dan Aman dihantar ke hospital untuk mendapat pemeriksaan kerana muka Im terkeluar isinya sedikit manakala Aman pula patah sedikit pada tulang di lengan kirinya.Haiqal pula telah ditemui meninggal dunia kerana kesan kapak pada kepalanya amat teruk.

Kuala Lumpur‐Seorang wanita yang baru berusia 19 tahun bernama Puteri Dayana ditemui
mati dalam mengerikan ditanam di dalam lubang yang diggali oleh suspek Fariz Danial. Punca kematian ini adalah akibat perselisihan faham.Dan,disahkan Puteri Dayana mengandung.Sebelum ini pihak polis juga mencari indentiti suspek kerana dilaporkan ibu dan ayah mangsa menghubungi pihak polis atas kehilangan anak perempuan mereka dan mendapati mesej terakhir pada hari kehilangannya dihantar oleh Fariz Danial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan