Heboh bila sebuah rumah sewa yang didiami student U jadi tumpuan jiran tetangga. Puncanya disebabkan salah seorang student itu histeria. Student perempuan pulak tu!
Kawan serumah yang seramai 2 orang tu menggigil tengok perempuan yang histeria tu meracau‐racau terjerit‐jerit. Satu taman dengar suara yang bisa merindingkan bulu roma. Ada kala kedengaran seperti menghilai. Sudahlah ketika itu remang‐remang senja mula kelihatan. Masing‐masing tak berani masuk ke dalam rumah sewa itu. Hanya terjengah‐jengah dari luar pagar.
Setelah seketika melolong dan meracau, gadis itu rebah tak sedarkan diri. Melihat sahabat
yang sudah terlentang di tengah‐tengah ruang tamu, 2 orang sekawan itu tak berani
mendekat. orang kata, kalau sorang dah kena histeria... jaga‐jaga! benda halus ni akan
mengganggu sesiapa saja yang berhampiran sampai histeria juga. benda yang kita tak pernah nampak, akan muncul makhluk hodoh menyeringai nampak gigi taring berdarah depan mata.
"Err... kita jirus Ina dengan air. mesti dia sedar balik," cadang Aini yang kesian melihat Ina tak sedarkan diri di atas lantai.
"Kalau dia sedar lepas tu histeria semula macam mana? Nanti dia cekik kita!" Ros menggeleng kepala tak setuju.
"Ya Allah... macam mana nak buat ni? Bangunlah, Ina. Kenapa kau boleh histeri pulak ni? Kau nampak apa? Ya Allah..." Aini seperti nak menangis. Dia melilaukan pandangan ke setiap segenap sudut rumah. Riak takut tergambar di wajahnya. Macam‐macam rupa bayangan yang menakutkan menerpa ke fikiran.
Ros memeluk Aini. Dia juga takut sebenarnya. Dari tadi tubuhnya menggeletar. Jantung
berdegup macam nak pecahkan dada. Dia turut meliarkan pandangan ke setiap sudut rumah sewa mereka. Inilah kali pertama mereka mengalami situasi begini.
"Kita minta tolong orang pulihkan Ina. Yang pandai bab‐bab ilmu ghaib ni." Ros pula terfikir
nak minta bantuan.
"Nak minta tolong siapa? Kita dahlah tak kenal orang. Kita baru je pindah rumah ni bulan
lepas. Kalaulah aku tahu rumah ni berpuaka, aku tak ingin nak duduk kat sini," gumam Aini.
Bertimpa‐timpa rasa menyesal.
"Assalamualaikum..."
Mendengar suara dari luar rumah, bergegas Ros dan Aini keluar. Lega apabila melihat seorang lelaki yang berjubah dan berkopiah muncul di situ. Mengikut perkiraan mereka, pasti lelaki itu seorang ustaz. Mereka menjawab salam lelaki itu.
"Saya dengar, ada yang histeria dalam rumah ni." Lelaki itu berbicara dengan sopan.
Serentak Ros dan Aini mengangguk.
"Kawan saya histeria tadi. Sekarang dia dah pengsan. Ada kat ruang tamu tu, ustaz." Aini
memberitahu.
Mendengar kata‐kata Aini, lelaki itu terdiam. Dari ekor mata dia memandang ke satu arah
dengan tajam.
Ros dan Aini memerhatikan tingkah lelaki itu. Dari pandangan lelaki itu bagaikan ternampak
sesuatu yang menyeramkan ketika ini. Makin berdiri bulu roma mereka. Dibiarkan saja lelaki itu kemudian melangkah masuk. Di luar pagar masih ramai yang terjenguk‐jenguk nak tahu apa yang berlaku.
Lelaki itu kelihatan terkumat‐kamit membaca sesuatu yang tak didengari mereka. Sambil
membaca, matanya meliar ke siling rumah. Tak lama kemudian lelaki itu melutut di tepi Ina
yang masih tak sedarkan diri. Lelaki itu tunduk ke tepi telinga Ina. Mulut masih terkumat‐kamit.
Terkejut Ros dan Aini sampai melompat ke belakang dengan mata terbeliak bila melihat Ina
sudah sedar, bangun dan duduk berlunjur.
Lelaki itu memandang Ros dan Aini sambil mengukir senyum. "Alhamdulillah... semuanya dah selamat." Lantas dia keluar dari rumah sewa itu.
Ros dan Aini terus menerpa Ina.
"Kau okey ke, Ina? Apa jadi dengan kau ni?" Aini betul‐betul risau.
Ina mengangguk‐angguk. Kelihatan dia seperti berfikir.
"Macam mana kau boleh histeria ni, Ina? Kau nampak apa‐apa ke?" soal Aini lagi.
Ina menggeleng. "Aku stress agaknya. Assignment banyak sangat nak kena buat. Aku rasa
penat kot."
Aini dan Ros fikir, mungkin Ina tak nak berterus terang. Sebab risau kalau mereka takut nak
tinggal di rumah sewa itu lagi.
"Hebat betul ustaz tu. Sekejap je kau dah sedar. Dah tak histeria. Dia baca apa kat kau, Ina?"
Ros kagum sungguh dengan lelaki tadi. Teroikat dia dibuatnya.
Ina mengingat semula. "Kat telinga aku dia bisik... Yusuf Taiyoob. Yusuf Taiyoob. Baru aku
sedar yang Ramadan hari Isnin ni. Aku tak tempah baju raya lagiii...!!!"
Mendadak Aini dan Ros berdiri bercekak pinggang. Kembang kempis hidung mereka menahan marah.
Mengekek Ina gelak. ekekekekekkeee....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan