DARI jendela kamar yang terbuka, Manissa merenung jauh ke dada langit malam. Di langit tidak berbintang; apa lagi cahaya bulan yang sudi menyimbah di halaman seperti malam sebelumnya. Sesekali terdengar bertalu‐talu bunyi burung tukang memecah sunyi malam.
Sesepi malam, jiwanya kembali gerhana. Ada persoalan demi persoalan bermain di fikiran. Satu‐persatu datang menuntut supaya dijelaskan jawapannya.
Reda seketika kisah derita Cindy; hadir pula cerita Luqman Adzlie. Tanpa sedar, Luqman Adzlie
telah mengundang satu tanggapan misteri kepadanya. Apa yang menjadi persoalan, siapakah sebenarnya lelaki yang bernama Luqman Adzlie itu? Wajah lelaki itu datang melayang mengapung di hadapan mata. Semakin lama dikenang, semakin tinggi keinginannya untuk terus mengenali lelaki itu. Biarpun lelaki itu diperkenalkan sebagai anak saudaranya oleh Mak Intan namun bukan semudah itu untuk Manissa untuk terus mempercayai kepada sembarangan lelaki. Ini tidak bermakna dia tidak perlu curiga kepada lelaki itu. Bukan semua lelaki boleh dipercayai. Lebih‐lebih lagi yang baru dikenali.
“Macam pernah jumpa tapi di mana?” Manissa melayan benaknya. “Pelanduk dua serupa kot! Mungkin jugak!” keluh Manissa melayan resah.
Peristiwa dia terkena percikan air lopak di jalanan sehinggalah membawa kepada simbahan air mop yang kotor itu bagaikan ada pertalian kisahnya. Mengingatkan peristiwa petang semalam, Manissa tersenyum sendirian. Bagaikan babak sebuah drama, aksi yang mencuit hatinya itu terkembang semula di layar ingatan. Jelas di pandangan mata, Luqman Adzlie amat terkejut apabila air simbahan itu jatuh tepat ke muka dan badannya.
“Kalau aku pun jika berada di tempatnya, memanglah terkejut beruk!” desis Manissa sendirian.
“Sekarang baru puas hati aku! Akhirnya dendam ini berbalas juga!” Manissa melayan kata hatinya dengan perasaan sangat bangga.
Dalam melayan momen itu, macam ada sedikit penyesalan mula tumbuh di hatinya. Rasa kasihan kepada pemuda itu terasa juga tetapi hendak buat macam mana, perkara itu sudahpun berlaku. Sambil memejam mata, fikirannya terus melayan mengingati kisah yang telah berlaku. Marah benar Luqman Adzlie apabila diperlakukan sebegitu.
“Mata dah tak nampak orangkah? Kalau rabun, pakailah cermin mata!” Luqman Adzlie mula
mengumpul bara amarah di dadanya. “Ayat copy and paste nampak! Macam pernah dengar ayat tu.” Manissa pantas menjawab.
“Tak kesahlah ayat apa‐apa pun!”
“Ada aku kesah? Siapa yang mulakan dulu?”
“Ini sudah melampau!”
“Nak pukul? Pukullah kalau berani!”
Luqman Adzlie hanya mampu terdiam. Terkedu juga hatinya mahu menyahut cabaran itu. Bukan dia tidak berani, tetapi apakan daya yang mencabarnya itu hanyalah seorang perempuan. Kalau lelaki, sudah lama dia bersinsing lengan. Matanya terus galak merenung anak gadis itu. Manissa mencebik bibir. Antara takut dengan tidak, Manissa memberanikan diri menghampiri Mak Intan. Datang semakin hampir ke arah lelaki yang sedang marah itu. Selagi Mak Intan ada di situ, dia tidak perlu takut. Lelaki itu tidak akan berani menyentuh, apa lagi jika mahu memukulnya.
“Betul ni?”
“Aku pun tak main‐main tau!”
“Nasib baik kamu perempuan. Kalau lelaki dah lama makan buku lima ni!” Luqman Adzlie menunjukkan genggaman penumbuknya kepada Manissa.
“Kau ingat aku takut dengan penumbuk kau tu! Aku pun adalah!” lantas Manissa mengacu-acukan
penumbuk kanannya kepada Luqman Adzlie.
Tersenyum Luqman Adzlie apabila melihat telatah Manissa bersama penumbuknya.
“Tolong Mak Su … takutnya!”
Sempat juga Luqman Adzlie mengusik Manissa. Mak Intan hanya menjadi pendengar setia perbalahan antara mereka berdua. Sengaja dia mendiamkan diri. Dia mahu mendengar apa butir bicara mereka berdua. Buat sementara waktu, dibiarkan sahaja perbalahan mulut antara Luqman Adzlie dan Manissa berlarutan.
“Eeeeiii…geramnya!” tukas Manissa.
Aksi bersahaja Manissa itu dipandang sepi oleh Luqman Adzlie. Sebaliknya sepasang mata bundar milik gadis itu menarik perhatiannya. Bagaikan ada satu kuasa magnet yang menarik pandangannya untuk melekat seketika di situ. Dadanya mula rasa berdebar‐debar. Semacam ada getaran menunda‐nunda membadai jiwa. Gelodak hatinya berkata‐kata; walaupun sedang marah, sisi matanya yang seakan‐akan kebiruan tetap memikat! Terpanah akan keindahan itu, amarah di dadanya semakin mengendur.
“Eeeiiii…seram!” usik Luqman Adzlie lagi.
“Errmm…memang setan!” jerit Manissa sambil melontarkan sebuah bantal kusyen yang kecil ke arah Luqman Adzlie.
Lontaran itu melayang tepat mengenai ke muka Luqman Adzlie. Memang Luqman tidak sempat mengelak. Berbinar juga pandangannya. Serta‐merta juga anganannya terlerai. Yang indah kembali samar, yang kusut semakin bersimpul. Manissa bercekak pinggang sambil senyum menyumbing. Seakan ada nada mahu mengejek lelaki itu.
“Padan muka!”
“Nasib baik kamu perempuan!”
“Beb … ada berani?”
Luqman Adzlie terus menahan sabar. Ada masa dan hari nanti, pasti berbalas dendam di hati, bisiknya sendirian. Hari itu memang sudah tertulis nasib malangnya. Walau macam mana pun, di hatinya masih tertanya‐tanya siapakah gerangan gadis itu? Kenapa dia bersama dengan Mak Su, ibu saudaranya itu. Apa kaitannya antara mereka berdua? Ingin dia bertanya kepada Mak Su tetapi terasa berat di hati. Mungkin dia perlukan satu masa dan hari yang sesuai.
Mak Intan sengaja batuk‐batuk kecil. Perlakuannya itu bagaikan mahu menarik perhatian Manissa dan Luqman Adzlie. Kehadirannya di situ bagaikan tidak ada jasadnya. Wujudnya di situ juga umpama sebatang kayu, tanpa siapa memperdulikan. Di wajahnya terpancar rasa bosan kerana lama menunggu. Sekarang baru dia jelas apa yang terjadi di antara mereka berdua. Rasa kelakar pun ada, mereka bercakaran seperti anjing bertemu kucing. Tanpa dipaksa, Mak Intan tersenyum sendirian.
“Kenapa Mak Su ni?” Luqman Adzlie nampak kehairanan apabila melihat gelagat emak saudaranya itu.
“Iyelah Mak Intan ni … ada kenangan mengusik jiwakah?”
“Bukan mengusik jiwa lagi ni … dah nak meracau ni!”
Ketukan di luar pintu bilik bertalu‐talu. Manissa tersentak dan semua ingatan terhadap Luqman Adzlie terhapus secara tiba‐tiba. Pandangannya menoleh ke arah datangnya ketukan itu. Dia bangun dari birai katil lantas menuju ke pintu untuk membukanya. Dia tahu, Mak Intan gerangan yang berada di sebalik pintu itu. Apabila pintu bilik terbuka, terpacul sesusuk tubuh tua Mak Intan sambil sebuah senyuman melekat di bibir.
“Nissa tak lapar lagikah? Sejuk dah makanan atas meja tu.”
“Err … lapar juga Mak Intan. Jom kita makan sama‐sama.”
“Aah … jomlah!”
Mereka berdua mula bergerak menuju ke meja makan. Tudung saji dibuka, masakan pucuk ubi lemak cili padi, sambal tumis dan ikan kembung goreng akan menjadi santapan mereka pada malam itu. Mak Intan sempat memerhatikan gelagat Manissa yang semacam kurang selesa pada malam itu.
“Nissa ada masalah … cuba cakap dengan Mak Intan,” Mak Intan memecah sepi ketika itu.
Serta‐merta pandangan Manissa tertancap ke arah Mak Intan. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk dia bertanyakan lebih lanjut tentang lelaki yang bernama Luqman Adzlie itu.
Setiap masa banyak persoalan yang bermain di mindanya. Fikirannya masih kuat untuk mencari jawapan, siapakah sebenarnya pemilik wajah yang sering bermain di mindanya ketika itu. Wajahnya saling tak tumpah dengan Azman Mikhael, lelaki yang ditemui di lantai tari Semarak Café beberapa bulan yang lalu. Ingatannya masih kuat mengingatkan pertemuaannya lewat malam itu. Cerita ini perlu dirungkaikan; getus hatinya.
“Tak ada apalah Mak Intan. Nissa teringatkan peristiwa yang berlaku sehari dua ni. Kelakar pun ada, kadang‐kadang buat Nissa terfikir‐fikir. Macam ada pertalian antara satu sama lain,” Kata‐kata Manissa mahu mengubah topik perbualan. Sedangkan apa yang diucapkan tidak selari dengan apa yang sedang bermain di fikirannya. Mak Intan tidak perlu tahu kisah itu tetapi peranannya amat diperlukan untuk merungkai persoalan ini. Manissa perlu berhati‐hati supaya misinya mendapat kerjasama yang sepatutnya daripada Mak Intan. Dia yakin, wanita itu boleh membantunya. Lakonannya perlu diteruskan.
“Nissa masih marahkan Luqman lagi?” soal Mak Intan, mula mengumpan persoalan demi persoalan.
“Nissa dah tak kisah pasal peristiwa tu. Awalnya memang Nissa marah sangat tapi bila dah tahu siapa lelaki itu, rasa bersalahlah pulak. Tak sangka Luqman itu anak saudara Mak Intan. Terasa malu pun ada. Ermm … entahlah Mak Intan.”
“Baguslah kalau dah macam itu. Senang hati Mak Intan bila mendengarnya. Dia tu memang baik budaknya, tak pernahlah Mak Intan tengok perangainya macam itu tempohari. Orang sedang marah, memang macam itu agaknya. Nissa pun apa kurangnya,” kata‐kata Mak Intan bagai memerli Manissa.
“Mak Intan … memang patut pun Nissa marah. Lelaki memang ada egonya. Nak minta maaf pun susah sangat. Dia ingat dia saja yang betul. Orang perempuan tak ada hati dan perasaankah? Mak Intan lagi banyak makan garam, tentu banyak pengalaman dan faham sikap orang lelaki ni. Betul tak?”
“Betullah tu Nissa. Orang muda jiwanya memang cepat terasa dan marah, cepat melenting. Kadang‐kadang itulah cara orang lelaki nak menarik perhatian kita. Lagi kita marah lagi tinggilah egonya. Mak Intan percaya, jauh di sudut hati mereka tetap ada nilai‐nilai hormat pada orang perempuan cuma tidak ditunjukkan dengan kata‐kata mahupun perasaan,”
Tersenyum Manissa mendengar penjelasan panjang lebar daripada Mak Intan. Ada benarnya juga kata‐katanya itu.
“Wah … tabik springlah pada Mak Intan!”
Semakin melebarlah senyuman Mak Intan apabila dipuji. Senyumnya sampai ke telinga.
“Nissa puji Mak Intan ni, ada apa‐apakah?”
“Err…tak ada apa‐apalah Mak Intan. Puji pun tak boleh?”
“Manalah tahu…,”
“Mak Intan jangan ingat yang bukan‐bukan. Nissa tak fikir apa‐apapun!”
“Mak Intan faham. Bukan Mak Intan tak pernah muda!”
“Tengok tu … Mak Intan yang fikir lain. Nissa pun ada citarasa Nissa sendirilah!”
“Tapi soal hati susah kita nak duga Nissa. Apa‐apa saja boleh berlaku. Apa kata orang, tak kenal maka tak cinta sebab cinta itu buta.”
“Dah … jangan Mak Intan nak mengarut. Kita bincang topik apa ni?”
Terkekeh‐kekeh Mak Intan ketawa. Sengaja dia mahu mengusik Manissa. Dia tidak mahu anak gadis bekas majikannya itu bermuram durja. Manissa menelan sahaja kata‐kata usikan daripada Mak Intan itu. Dia terpaksa banyak bersabar. Kerjasama daripada wanita itu amat diperlukan. Dia memberanikan diri untuk bertanyakan lebih lanjut tentang Luqman Adzlie. Apa sahaja yang diusik oleh Mak Intan akan ditelan demi misinya.
“Nissa nak tanya sikit pasal dia boleh?”
“Sukalah tu!” usikan Mak Intan kembali kepada Manissa.
“Tanya tak semestinya suka. Nissa serius ni!”
“Okeylah. Nak tanya apa?”
“Dia ada kembarkah?”
“Kembar? Kenapa Nissa tanya soalan ni?”
“Tak adalah Mak Intan. Nissa macam pernah tengok saja wajahnya sebelum ini. Tapi di mana tak ingatlah pulak.”
“Mungkin Nissa salah orang agaknya. Mungkin secara kebetulan orang yang Nissa lihat tu hampir sama. Luqman tu tak ada kembarnya, diakan anak saudara Mak Intan.”
“Tak tahulah kalau pelanduk dua serupa.”
“Dalam dunia ni bukankah kita tujuh orang yang seiras dengan kita. Mungkinlah dia salah seorangnya,”
“Iyelah Mak Intan. Mungkin jugak!”
Jawapan daripada Mak Intan semakin menguatkan ingatannya kepada lelaki yang bernama Azman Mikhael dan pemuda yang bernama Luqman Adzlie. Mungkin orang sama dan dia mesti lebih berhati‐hati kini.
“Dia sebenarnya kerja apa Mak Intan? Jarang nampak kelibatnya kat sini.”
“Entah … setahu Mak Intan dia kerja di Kuala Lumpur. Kerja dengan surat khabar.”
“Ohhh … wartawanlah tu. Patutlah pun.”
“Apa yang patut?”
Manissa membayangkan kembali wajah Azman Mikhael yang pernah ditemui dahulu. Katanya dia menjalankan perniagaan keluarga, sedangkan Luqman Adzlie adalah seorang wartawan. Perasaan curiga mula membenih di dadanya. Kalaulah benar mereka orang yang sama, memang patutlah telah berlaku penyamaran. Demi keselamatan, lebih‐lebih lagi untuk mendapatkan berita‐berita sensasi yang berlaku di kelab‐kelab malam. Persaan ingin tahu megenai peribadi Luqman Adzlie semakin bercambah subur.
“Patutlah jarang nampak dia kat kampung ni,” Manissa cuba menjawab pertanyaan Mak Intan.
“Dia tu baik orangnya. Nissa berkawanlah dengan dia. Mana tahu dia boleh membantu menyelesaikan masalah Nissa. Cuma nasihat Mak Intan, berkawan biarlah seadanya. Jangan lebih‐lebih pulak!”
“Apa maksud Mak Intan?”
Tidak sampai hati Mak Intan nak memberitahu Manissa yang Luqman Adzli sudah pun bertunang. Dia tidak mahu perkara itu membantutkan niat Manissa untuk berkenalan dan berkawan dengan anak saudaranya itu.
“Berkawan tak salah tapi jangan sampai menyayangi. Bahaya tu!”
“Errmm… Mak Intan ni ke situ pulak ingatnya. Nissa pun bukan senang nak jatuh hati pada sebarang lelaki. Berkawan pun belum, nak cerita pasal hati pulak. Mak Intan ni ada‐ada saja nak usik Nissa.”
“Iyelah … Mak Intan saja usik Nissa.”
“Nissa pun tak kesah, faham dah maksud Mak Intan tu.”
Selepas menikmati makan malam, mereka berkemas apa yang patut. Sisa‐sisa makanan dibersihkan. Pinggan mangkuk yang kotor dibawa ke sinki. Bagi Manissa, serba sedikit maklumat tentang Luqman Adzlie telah diperolehinya. Sama ada suka atau tidak, dia perlu berkawan dengan lelaki itu. Kemelut hidup yang sedang dihadapinya sekarang memerlukan seseorang untuk dikongsi. Buat masa ini, hanya Luqman Adzlie mungkin dapat membantunya.
Untuk mendekati lelaki itu, egonya juga terpaksa dibuang jauh‐jauh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan