Tan Sri Fahmi merenung tajam wajah anak dara tunggalnya. Ditatap dalam‐dalam, mencari riak yang sedang cuba disembunyikan. Namun, tidak ada apa‐apa yang terpapar. Sekali ini, Aira Syuhada begitu bijak menyembunyikan perasaan.
“Aira nak ikut ayah dengan mak pergi ke Jepun. Sori, sebab Aira menyusahkan ayah. Hari tu cakap tak nak ikut, sekarang Aira ubah keputusan pulak. Tapi, daripada tinggal sorang‐sorang kat rumah ni, baik Aira pergi, kan? Ayah belum batalkan tiket? Kan, ayah?”
Kata‐kata Aira itu tadi begitu memeranjatkan pasangan suami isteri itu. Sudah 5 hari mereka
berusaha memujuk anak dara mereka itu untuk bersama‐sama mereka pergi makan angin ke negara matahari terbit itu. Bagaimanapun, Aira keberatan hendak mengikut. Ada‐ada sahaja alasan yang diberi. Nampak berat benar hendak meninggalkan Malaysia, atau lebih tepat lagi, hendak meninggalkan Adhamnya. Kenapa berubah pendirian pula? Berkelahi lagi dengan buah hati dia ke?
Tan Sri dan isterinya saling berpandangan. Ada sesuatu yang masing‐masing tidak mengerti di sini. Ada sesuatu yang menjadi persoalan.
Puan Sri Idayu bertanya,“Tiba‐tiba aje kata nak ikut. Hari tu, beria‐ia menolak! Adham tahu ke ni?”
Aira mendengus kasar. Hati yang sedia sakit seolah‐olah mempunyai luka yang amat besar. Puan Sri sedang menaburkan garam pada luka itu, bukan membubuh ubat, sepertimana yang harus dilakukan oleh seorang doktor. Dia sedang kesakitan yang teramat. Namun, memikirkan yang ibunya tidak mengetahui apa‐apa pun, dia kembali mengumpul kekuatan. Dia tidak mahu dianggap anak manja yang bersikap keterlaluan. Tidak mahu mendengar ibu mahupun ayahnya menuduh dan menyangka yang bukan‐bukan.
“Apa masalah kamu kali ni, Aira Syuhada?”
Bulat mata Aira memandang wajah ayahnya. Soalan itu bagaikan memberitahu yang ayahnya tahu bahawa dia ada masalah. Ada konfrantasi dengan Adham. Jelas sangatkah kedukaan yang terpamer pada wajah? hati tertanya‐tanya.
“Kelahi lagi?” si ibu pulak menokok soalan.
Aira cuba menampilkan wajah yang bersahaja.
“Orang dah putuskan hubungan dengan dia.” Tuturnya dengan wajah tidak berperasaan.
Wajah ibu dan ayah jelas kelihatan amat terkejut.“Bila? Kenapa?”
Perlukah bercerita? Perlukah dia memberitahu tentang apa yang berlaku? Betapa hati terluka dengan perbuatan lelaki itu? Betapa sakit hatinya apabila Adham tidak langsung mengendahkan dia? Tidak mempercayai segala kata?
Wajah ibu dan ayah ditatap. Perlahan‐lahan, senyuman tersungging di bibir. Seolah‐olah dia
sedikitpun tidak terkesan dengan apa yang berlaku. Biar dia membohongi diri di hadapan ibubapanya, asal mereka tidak tahu tentang betapa kecewa hati dan perasaannya.
“Orang baru sedar yang orang dengan dia tu tak sesuailah, mak, ayah. Menyampahlah dia tu! Dahlah miskin, sombong pulak. Suka marah‐marah. Cakap dia aje yang betul. Cakap orang semua tak boleh pakai," ujarnya lantang. Sengaja meninggikan suaranya.
Tan Sri tersengih. "Macam tu, ya?"
Aira menghentak kaki, tidak berpuas hati dengan sikap ayahnya yang dirasakan sedang mengejek dia. "Yalah! Lagipun, Aira muda sangat lagi. Aira tak hendak fikirkan cinta. Aira nak belajar tinggi‐tinggi sampai tercapai hasrat nak jadi jurutera elektrik telekomunikasi. Kalau cintan cintun ni, silap‐silap nanti, dia ajak Aira kahwin? Eeii, tak boleh nak bayangkan hidup dengan dia. Buatnya dia ajak duduk di rumah dia? Aira boleh bayangkan betapa rimasnya Aira nanti dengan semua adik‐adik dia. Aira....”
Dia berhenti bercakap bila Tan Sri mengangkat tangan. Isyarat menyuruh dirinya diam.“Kamu atau dia yang putuskan?” tanya si ayah dengan dahi yang berkerut‐kerut.
Susah untuk Tan Sri Fahmi percaya apa yang baru Aira sampaikan. Macam tak logik, rasanya. Dia tahu sangat perangai anak perempuannya ini. Kekuatan dan kelemahannya. Yang pasti, anak gadisnya ini bukanlah seorang yang mudah menyerah kalah. Aira seorang yang cukup nekad dan yakin dengan keputusan yang dibuat. Aira yang tegas.
Tetapi, Aira itu tidak kelihatan sekarang. Aira yang di hadapannya ini seolah‐olah sudah berputus asa dengan hubungannya. Berputus asa dengan Adham Faiz!
“Aira...” balas Aira tegas.
“ Emak tak faham. Mak ingatkan hubungan korang dah semakin baik?” sampuk Puan Sri Idayu.
Aira bangun berdiri, berpura‐pura menguap. Seolah‐olah dia kebosanan.
“Tak boleh baik dah. Ini jalan yang terbaik untuk kami buat, mak.” Wajah ibu direnungi, mengharap kata‐kata yang terlontar dipercayai oleh ibu dan ayah. Dia menyambung, “ Okey, Aira nak masuk dalam bilik. Aira tak nak makan sebab tadi dah singgah di rumah mak cik Zai jumpa Noli. Mak cik masak sambal sotong dengan gulai ayam. Aira makan kat sana dengan dia orang. Ni, perut ni dah kenyang sangat dah.”
Dia tunduk, mendakap tubuh ibunya dan berbalas sentuhan di pipi. Perkara yng sama turut dibuat pada ayahnya. Dia kemudian menaiki anak tangga. Tidak ibu, mahupun ayahnya menyedari bahawa saat ini, air mata sedang menitis, menuruni pipi gebunya.
......................
Di KLIA, udara nyaman daripada pendingin hawa mula terasa. Di sekitaran, kelihatan orang ramai ke hulu, ke hilir, ada yang riuh berjenaka, ada yang tenang bercerita, ada yang tersenyum senang, ada juga yang menangis sedih. Pelbagai gelagat manusia menyambut ketibaan dan berpamit‐pamitan. KLIA adalah saksi kepada pertemuan dan perpisahan.
Aira Syuhada tenang duduk di atas kerusi. Sejak di dalam kereta lagi, dia tidak bersuara. Fikirannya sedang kalut. Jiwanya sedang kacau. Semakin dekat masa untuk bertolak, semakin tidak menentu hati berbicara. Semakin tidak tenang perasaannya. Walaupun pemergian cuma mengambil masa satu minggu, rasa payah benar untuk melangkah ke balai berlepas nanti.
“Aira?” Puan Sri memanggil entah untuk kali ke berapa.
Akhirnya, apabila dia tersedar barulah dia menoleh, memandang wajah ibu dengan penuh persoalan namun wajahnya sendiri tanpa perasaan.
“Kamu, kenapa? Macam tak mahu pergi aje?” Puan Sri Idayu bertanya tetapi sepasang mata
memandang wajah suami yang memerhati mereka.
Ada senyuman sinis menguntum di wajah Tan Sri Fahmi. Senyuman yang tidak dilihat Aira. Tan Sri kemudian melihat ke muka jam. Masa untuk berlepas ada 1 jam 30 minit lagi.
“Lambat!” dia bercakap sambil mengadap wajah isterinya.
“Alah, kejap lagi...”
Aira mengeluh. Ibubapanya begitu teruja untuk pergi bercuti ke Jepun. Senyuman mereka sentiasa berbalasan. Bagai tidak sabar‐sabar hendak makan angin di sana sedangkan Jepun bukanlah murah untuk dilawati.Biasanya ibu dan ayahnya amat berkira hendak membelanjakan wang tapi untuk ke Jepun, bukan main lagi keghairahan yang ditunjukkan mereka.
“Kami bulan madu di Kyoto, tahu! Ni, ayah janji nak bawak mak balik ke situ. Kawan ayah, Mr
Yamamoto dah tolong tempahkan bilik di hotel penginapan kami dulu,” ibunya memberitahu.
Aira rasa bersalah pula. Dia tahu, dia mengganggu rancangan percutian ayah dan ibunya. Dia tahu, dia mengganggu mereka. Ditambah lagi dengan sikap dinginnya....arghh, kenapalah dia terlalu mengikut kata hati? Kasihan ayah. Kasihan emak. Mereka hendak berseronok, dia pula ‘moody’ gilerrr....
'Semua ini kerana si Adham tu! Aku jadi macam orang gila pun disebabkan dia. Aku jadi tak
menentu ni bila ingatkan dia. Adham! Arghh, benci dia! Benci..... Rindu!! Uwaa....'
Hati membisik rindu di kala sepasang mata terbayang sosok lelaki itu. Mata sengaja dipejamkan agar bayangan lelaki itu mahu menjauh.
'Pergilah! Pergilah! Aku hendak melupakan kau! Aku hendak melupakan kau! Pergi! Pergi!'
“Maaf, Tan Sri. Terlambat pulak saya kali ini.”
‘Arghh, minta maaf konon! Awak tu memang lembap! Segala‐galanya ‘slow!’ S. L. O. W. ‘Slow’
tahu, tak!’ hati berbisik.
“Tak apa, Adham. Janji kamu sampai sebelum kami masuk ke dalam sana. Kamu naik apa tadi?”
suara ayahnya bertanya mula menghasikan kerutan di dahi Aira.
“Saya naik teksi.”
Perlahan‐lahan Aira membuka sepasang mata. Sepasang mata itu kemudian disapu dan diusap‐usap beberapa kali. Antara percaya dengan tidak, lelaki yang sedang berdiri di hadapannya, direnung. Mimpikah dia? Atau....Adham yang sedang mengigau?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan