Kejadian yang terjadi antara 19 hingga 21 Ogos 2000, sela Maghrib‐Isya ﴾Sabtu, Ahad dan Isnin﴿
Asma dan Irwan makin selesa. Sela masa Maghrib dan Isya’, mereka bersembang tentang macam‐macam perkara. Kini antara mereka, dinding janggal sudah tiada. Mereka boleh bergelak ketawa, bergurau senda dan membicarakan hal‐hal yang serius juga.
“Aku selalu bayangkan aku lah yang duduk dalam bilik bedah tu. Pisau di tangan kanan aku. Tangan akulah yang bedah dada pesakit. Aku lah yang mencari cacat cela jantung pesakit. Jantung dia, aku lah yang baiki. Nak buat apa? A atau B? Kalau A, dia mati. Kalau B, dia hidup. Dan aku lah orangnya yang menyelamatkan dia.”
Asma terpesona mendengar kesungguhan Irwan bercerita tentang salah satu siri novel Emergency Room yang dipegangnya itu. Impian Irwan sangat terperinci, dan apabila dia bercerita, dia seperti terbakar oleh impiannya itu. Ya, di SYP ini, ada beratus‐ratus pelajar yang sebut ‘doktor’ apabila ditanya tentang cita‐cita. Tapi tak ada yang ‘seingin’ Irwan.
“Kau tak kisah kawan dengan aku?” Pernah sekali terkeluar soalan itu dari mulut Irwan. Dia pelik juga, dalam ketika hampir semua pelajar lain memulau dan membulinya, Asma bahkan makin rapat dengannya.
“Aku ni Irwan, aku tak mudah percayakan mata dan telinga aku. Tapi kalau aku perlu pilih, antara kedua‐duanya, aku lebih percayakan apa yang aku tengok sendiri daripada apa yang aku dengar‐dengar.”
Semestinya jawapan itu membuatkan Irwan senyum sampai ke telinga. Asma juga sama. Kawan barunya itu benar‐benar menyelesakannya. “Ok, kalau macam tu, baru boleh aku panggil kau ‘kawan’.” Kata Irwan, masih tersenyum. “Tapi, kita kawan dalam perpustakaan sajalah. Di luar, kalau orang tahu kita berkawan, aku takut nanti dengan engkau‐engkau sekali kena buli sekali.”
Selama ini Irwan bertahan dengan segala pembulian, namun kini, dirinya menjadi lengai terhadap semua itu. Dia sudah tak kisah. Dia ada Asma, tempat dia berkongsi cerita, dan cita-cita. Asma memahaminya. Malah kini, Irwan sudah mula merasakan yang Asma adalah figura yang mampu mendatangkan rasa bahagia di hatinya hanya dengan memandang wajahnya.
Kenapa begitu?
Buat Asma juga, sela Maghrib‐Isya’ adalah waktu yang dinanti‐nantikannya. Irwan ibarat tempat rahsia yang paling ingin ditujunya setiap hari. Kenapa begitu?
Hari Isnin itu, Irwan menanti Asma seperti biasa. Sepanjang beberapa hari ini, lagu Sam Saimun
yang digemari Asma itu kerap bermain di kepala Irwan, tidak kira masa. Dia malah sudah terhafal bait‐bait lirik lagu itu. Dan kini, setiap butir seni kata dalam lagu itu mula mencanting warna‐warna makna di kepala Irwan. Dan cantingan warna‐warna makna itu menghasilkan suatu lukisan, dan lukisan itu adalah potret wajah Asma.
Irwan terdengar tapak kaki Asma memasuki perpustakaan. Irwan jadi berdebar. Ya, hari ini dia mahu memberitahu sesuatu kepada Asma. Dia sudah susun ayat dari semalam. Dia melihat Asma lebih daripada seorang kawan. Dia tahu dia bukan sesiapa, dan dia tak mengharapkan Asma untuk membalas apa‐apa. Irwan cuma mahu bagitahu perasaannya sahaja.
Asma tiba di pintu bilik tayangan, dan membuka lampu. Irwan sudah siap‐siap keluar dari rostrum dan berdiri di hadapan rostrum. Sebaik lampu menyala, Irwan dapat melihat wajah Asma, dan semerta bilik itu dihujani rasa bahagia. Asma cantik sangat malam itu. Wajah Asma menerbitkan bulan. Bulan yang bersembunyi dalam setiap jelingan Asma. Adakah Asma tahu, Irwan selalu memerhatikannya?
“Irwan, nah.” Asma menghulur bekas makanan yang dibungkusnya tadi di Dewan Selera. Irwan
terkejut daripada angannya, lalu tergesa‐gesa menggapai bekas makanan. Asma ketawa melihat Irwan yang agak cemerkap malam itu. Tawa Asma, sekali lagi memukau Irwan. Semua darahnya terasa seperti berkumpul di mukanya.
Di wajahmu ku lihat bulan, menerangi hati gelap rawan, biarkan daku mencari naungan, di wajah damai rupawan.
“Kau kenapa, Irwan?” Asma terus ketawa.
Irwan menggeleng‐gelengkan kepala, cuba merenjis lamunan yang membasahi fikirannya.
“Tak.. tak ada apa lah.” Kata Irwan terus membuka bekas makanan, dan memakannya.
Asma melihat Irwan makan di sebelahnya. Hari ini sudah Isnin, esok adalah hari terakhir mereka dapat jumpa seperti ini. Lepas ini, pasti susah.
“Kenapa tengok aku makan macam tu?” Tegur Irwan.
“Tak.. tak ada apa.” Asma pula yang cemerkap.
Rencana Irwan tergendala malam itu. Dia tidak dapat meluahkan apa yang dia ingin luahkan. Tiada apa yang menghalang, namun keberaniannya tidak cukup. Setiap kali dia mahu bercakap, dia jadi gagap, akhirnya dia lencongkan ke hal‐hal lain. Hai.. Esok sudah Selasa, pasti susah mereka ingin berjumpa sebegitu lagi.
Malam itu, tatkala perpustakaan dikunjungi pelajar‐pelajar lain, Asma dan Irwan sama‐sama termenung. Mereka duduk jauh, tapi menung mereka rupa‐rupanya berkisar akan hal yang sama.
##
Waktu prep malam telah tamat empat puluh minit yang sudah. Pelajar kebanyakannya sudah pulang ke asrama, ramai juga yang masih di dewan selera, menikmati minum malam sambil bersembang‐sembang. Hanya sedikit yang masih tinggal di kelas, bersiap‐sedia untuk pulang juga. Pukul 11.30 malam nanti sudah lights off. Irwan berjalan sendirian ke dewan selera. Entah kenapa, malam ini perutnya minta diisi dengan kudapan. Buat masa kini, cuma ada tiga perkara yang mengganggu fikirannya.
Pertama, ibunya sakit lagi. Walaupun ibunya menafikan semasa bercakap di dalam talian telefon ketika Irwan di telefon awam tadi, tapi dari suara saja dia sudah tahu. Dia mahu pulang segera, tapi, hari ini baru hari Selasa. Paling tidak, dia perlu tunggu sampai hari Jumaat lepas habis sesi kelas, baru boleh balik rumah. Sepanjang masa itu, pasti hatinya tidak akan tenang.
Kedua, dia perlu cepat‐cepat mencari tempat lain untuk ‘menyorok’ pada malam hari, kerana esok sepatutnya adalah malam terakhir dia boleh sembunyi di dalam perpustakaan, yang juga membawa kepada perkara ketiga: esok malam adalah malam terakhir dia dapat berjumpa Asma secara berdua, seperti yang telah dia lakukan sejak empat malam yang lepas sehinggalah tadi. Lepas ini, macam mana mereka dapat berjumpa dan bersembang secara berdua lagi?
Irwan memasuki dewan selera. Mujur kaunter makanan masih buka, dan makanan masih ada. Irwan mengambil dua biji kuih, dan terus menyumbatnya ke dalam mulut. Dia tak berniat untuk tinggal lama di dewan selera itu, sebab di situ masih ramai orang, dia tidak selesa. Irwan berjalan hendak keluar dari dewan selera, namun tiba‐tiba dia terlanggar bahu dengan sekumpulan pelajar. Irwan terjatuh terjelupuk di atas lantai. Irwan mengangkat muka.
Aduh. Dalam ramai‐ramai pelajar, kenapa harus mereka ini?
Empat orang senior tingkatan lima sedang berdiri di hadapan Irwan, memandangnya, semuanya dengan muka tidak puas hati. Keempat‐empatnya pula memang terkenal sebagai ‘pencetus masalah’ di sekolah ini.
Bala! Bala!
“Kau tak puas hati apa?” Salah seorang dari mereka mula bersuara, garau dan besar.
Irwan kecut perut. Hampir keempat‐empat senior di hadapannya itu berbadan tinggi dan tegap, cuma seorang sahaja yang tidak‐ itupun badannya besar dan gempal. Sedang dia, hanya budak lelaki yang baru di ambang baligh: pendek, kecil dan kurus keding. Dia hanya ibarat ikan bilis di hadapan jerung‐jerung.
“Bangun!” Seorang lagi menengking. Pelajar‐pelajar lain di dewan selera mula memandang ke arah mereka. Irwan tidak mahu melawan. Melawan dengan senior ﴾lebih‐lebih lagi senior tingkatan lima﴿, hanya akan membuat namanya busuk di kalangan seluruh pelajar tingkatan lima yang lain.
“Eh.. ini bukan anak pelacur ke?” Kata‐kata itu yang membuatkan kesabaran Irwan goyah.
Gelak tawa keempat‐empat mereka kini dirasakan ibarat petrol yang memarakkan rasa geram Irwan.
“Mak kau tengah buat apa?” Seorang dari mereka mendekati Irwan. “Bagi nombor mak kau kat aku.” Selepas perkataan itu, kesedaran dan kewarasan Irwan tiba‐tiba hilang.
Apabila dia mula sedar semula ﴾beberapa saat kemudian﴿, dia terasa sangat panas di kepalanya, lebih‐lebih lagi telinganya. Seluruh tubuhnya bergegar‐gegar. Dadanya turun naik. Sungguh, dia tidak sedar apa yang dia telah buat dalam beberapa saat itu. Namun, sebaik melihat kedudukannya yang sudah terkehadapan beberapa langkah dari tempat dia berdiri tadi, dan melihat ada kesan darah pada genggaman tangan kanan yang dikepal kemas, dan juga melihat salah seorang senior di depannya itu terbongkok memegang hidung sambil tiga yang lain melihat‐lihat rakan mereka yang terbongkok itu, semerta Irwan tahu, dia baru saja menempah bala!
Senior yang terbongkok itu bangun. Bibirnya diketap sampai menggigil. Matanya terbeliak memandang Irwan. Tidak bercakap banyak, keempat‐empat senior tadi terus menerkamnya. Betul‐betul di tengah dewan selera, sedang pelajar lain memerhatikan mereka, Irwan dibelasan tanpa belas kasihan.
Tumbukan. Tendangan. Pijakan. Hayunan. Hentakan. Apa yang tidak menimpa batang tubuhnya kini? Irwan mendengus menahan sakit. Dia tahu tiada apa yang dia boleh lakukan sekarang ini. Dia hanya mengkerekotkan tubuhnya agar segala tujahan ke atas batang tubuhnya dapat dikurangkan.
“Anak pelacur tak sedar diri!” Jerit salah seorang senior yang sedang membelasahnya.
“Kau balik rumah, kau tebuk mak sendiri ke weh!?”
“Kau masuk sekolah ni kau nak cari pelanggan mak sendiri?”
“Perangai setan! Aku jumpa mak kau memang siap dia!”
Irwan mengetap bibir. Sakit batang tubuhnya dibelasah sebegitu, apalah sangat hendak dibandingkan dengan pedih hatinya yang bagai dihiris‐hiris, disimbah garam dan cuka, dihina sebegitu. Lebih memedihkan apabila dia tidak mampu bangkit untuk mempertahankan maruah ibunya daripada diinjak‐injak begitu. Sepanjang hidupnya, inilah saat yang paling rendah dan hina yang pernah Irwan rasai. Hidungnya kembang‐kempis, bibirnya menggigil-gigil, bukan akibat menahan sakit, tetapi akibat menahan sebak di dadanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan