Dia telah berkhidmat di sisi lelaki ini selama lebih dari 20 tahun. Separuh dari umurnya dan dia tidak tahu jika di masa hadapan dia akan terus berkhidmat di sisi tuan itu namun setiap hari dia akan memberikan sepenuh khidmatnya. Dia banyak terhutang budi dengan Orang Tua Heitai. Luarannya sahaja orang tua itu begitu. Kasar, dingin dan lebih suka bersendiri tetapi Takishima tahu lelaki itu banyak simpan luka dan parut yang dalam.
Di awal kariernya dia banyak tertanya‐tanya akan sikap Orang Tua Heitai yang banyak menjauhi Suri malah bersikap seakan‐akan tidak pernah mengambil kisah akan kebajikan gadis itu namun bila dia mengetahui yang majikannya ini berkeras ingin menjadikan Suri sebagai warisnya ini, persepsinya itu sedikit terhakis. Begitupun selepas mengetahui rahsia disebalik akan kekerasan Orang Tua Heitai menamai Suri sebagai waris meskipun menerima tentangan hebat daripada banyak pihak, rasa sanjung Takishima terhadap Orang Tua Heitai sedikit berkurangan.
“Aku dah sain semuanya Taki. Kau nak apa lagi?” soal lelaki tua itu.
Takishima genggam erat pad dan beberapa folder fail yang berada di dalam genggamannya. Berada di sisi Orang Tua Heitai, menjadi orang kanan yang paling dipercayai dalam rumah ini. Dia tidak sepatutnya meragui kredibiliti majikannya lagipula mempersoalkan setiap keputusan yang dibuat tetapi demi kebaikan pihak yang berada kini, dia harus bersuara.
“Kau tak puas hati dengan apa yang aku dah buat dekat Suri?” soal Orang Tua Heitai lagi melihatkan pekerjanya diam tidak berkata apa‐apa.
Takishima memandang kakinya yang berbalut stokin. Ini adalah kali kedua dia cuba berhadapan dengan majikannya, mempersoalkan keputusan yang telah dibuat.
Orang Tua Heitai cabut cermin mata membacanya. Wajahnya nampak kepenatan dan desah nafasnya juga berat dan perlahan. Kedua belah tangannya menongkat dagu. “Aku fikir kau takkan persoalankan hal ni tapi rupanya aku salah. Jadi, apa yang kau tak puas hati?”
Takishima tarik nafasnya. “Kenapa tuan buat Suri begitu? Tuan memang nak serahkan semua harta tuan dekat Makita?”
“Kenapa aku tak boleh buat begitu?” soalnya semula. “Dia juga anak aku. Sebahagian dari darah daging aku,” cakapnya. Intonasi suaranya mendatar seolah‐olah perkara ini tidak memberi apa‐apa makna padanya. Lansung bukan satu masalah besar untuknya.
“Tapi tuan tak pernah anggap Makita sebagai–” kata‐kata Takashima terhenti di situ. Bibirnya diketap.
“ –anak?” Orang Tua Heitai ketawa sinis. “Kalau dari cara aku layan dia memang aku tak pernah
anggap dia sebagai anak tetapi dia tetap anak aku. Begitu juga dengan Suri. Dia cucu aku,” jawabnya tegas. Mata memandang pembantu peribadinya dengan tajam. “Mungkin dua tiga tahun kebelakangan ni aku lebih lembut hati dengan Suri tetapi kau lupa satu perkara Taki.”
Takishima tidak berani melawan mata lelaki itu. Cukuplah lidahnya berani melontar bantahan, dia tidak berani mencari mimpi ngeri untuk tidur malamnya. “Apa dia tuan?”
“Kau lupa yang aku ni... lelaki yang tidak berhati perut.”
Baharu ini Takishima berani mengangkat wajahnya. Nada yang Orang Tua Heitai gunakan tadi buatkan dia tersentap. Malah wajah yang paparkan juga buatkan lidahnya kelu. Ianya ayat yang sama tetapi nadanya berbeza. Adakah dia tersalah mendengar atau tersilap melihat? 15 tahun lepas, ayat yang sama meniti di bibir lelaki tua itu tetapi kenapa petang ini, 15 tahun kemudiannya, ayat yang sama membawa maksud yang berbeza. “Tuan... sayang dia?”
Orang Tua Heitai hanya mengeluh berat. Matanya bergerak melihat foto yang terletak elok di atas mejanya. Dua wajah manis yang tersenyum bahagia kini hanya mampu dia lihat dalam foto itu. Perlahan dia ambil bingkai gambar itu dan terus merenungnya. “Bukan kerana wasiat ataupun kerana maruah aku tapi aku hanya inginkan yang terbaik untuk dia.”
SHAWN bergerak perlahan mendekati tubuh wanita yang sedang asyik melihat ke arah pemandangan luar dari tingkap ruang tamunya. Di tangannya ada sebuah novel dan di hidungnya terletak elok sepasang cermin mata membaca namun wanita itu hanya memegang bukunya dan terus hanyut dalam lautan fikiran.
“Shie,” tegurnya.
Wanita itu menoleh kemudian tersenyum nipis. “Shawn,” tegurnya semula. “Mari, duduk dengan makcik.” Emak saudaranya berganjak sedikit, memberi ruang untuk Shawn duduk walaupun kerusi yang didudukinya mempunyai ruang yang luas.
Shawn labuhkan punggungnya di sebelah Shie lantas memeluk bahu wanita itu. Dia sembamkan wajahnya pada bahu itu juga. Pagi tadi dia bangun dari tidur setelah dia mimpikan kedua ibu bapanya yang tersenyum sambil melambai ke arahnya. Ironinya, hatinya rasa tenang saat melihat wajah kedua‐dua ibu bapanya hilang dari pandangan sedikit demi sedikit. Aneh, dia tidak pernah berasa begitu tenang sejak insiden dua tahun lepas. Tidak sehingga dia akhirnya merelakan pemergian ibu bapanya.
Tangan Shie yang mengusap lembut kepalanya buatkan dia berasa lebih damai. Buatkan dia sedar yang dia masih lagi ada keluarga yang sudi menerima dan menemani dirinya. Dia tidak kesunyian. Dia tidak seperti Suri.
“Kamu pernah cuba telefon kawan‐kawan kamu?” soal wanita itu tiba‐tiba.
Mata Shawn celik perlahan‐lahan.
“Tak pernah sekalipun?” soalnya lagi.
Shawn ketap bibirnya. Selain Blake, dia tiada kawan‐kawan yang sejati. Yang mendekatinya tanpa mengharapkan sesuatu. Dia sedar dahulu dia anak orang senang. Dia tebar duit seperti duit itu hanya kertas dicop begitu sahaja. Duit itu mewujudkan ‘kawan’. Namun lepas apa yang terjadi... dia serik. Kerana duit tidak mampu beri dia nyawa ibu bapanya yang pergi. Ia tidak mampu wujudkan mereka sepertimana ‘kawan‐kawannya’.
“Kamu tahu tak yang mereka risau tentang kamu?”
Shawn mendengus. “Risau fasal sumber hiburan mereka,” perlinya. Tetapi sebenarnya dia takut jika mereka masih lagi hendak bersamanya. Kerana salama ini dia tidak pernah menganggap mereka lebih daripada kawan. Manusia yang dia cipta dengan harta supaya ada di sampingnya. Dia tidak pernah beritahu ketakutannya ini pada sesiapa pun. Rahsia yang dia simpan jauh dari pengetahuan orang lain termasuk Blake.
Tiba‐tiba pehanya dipukul kuat.
“Aouch!”
“Kenapa cakap macam tu? Macam mana Shawn tahu yang mereka tu jenis macam tu?” marah Shie.
Shawn hanya senyap. Dia biarkan emak saudaranya itu merenungnya. Tiada siapa akan dapat membaca apa yang bermain di dalam fikirannya. Walaupun dia terpaksa menipu, dia sanggup. Samaada dia luahkan atau tidak, hasilnya akan sama. Antara dia dan kawan‐kawannya dahulu, hubungan mereka telah putus.
Wanita itu kemudian mengeluh sambil membuka cermin mata membacanya. “Kalau begitu beritahu makcik, kenapa kamu beria nak kahwin dengan pewaris tu?”
Mendengarkan soalan Shie membuatkan Shawn tersentak kuat. “Shie! Ini lansung tak berkaitan!”
“Habis tu kenapa kamu tiba‐tiba bersetuju untuk terima menjadi pewaris syarikat pakcik kamu kalau bukan sebab syarat untuk kamu kahwini gadis tu ialah harta keluarga kita? Dua tahun lepas kamu minta pakcik untuk batalkan nama kamu dari menjadi pewaris dia sekarang kamu nak balik?”
“Jason dengan mulut dia tu,” rungut Shawn perlahan.
Semakin tajam pandangan mata emak saudaranya itu. “Dia suami makcik! Dan makcik berhak untuk tahu semua perkara yang berlaku dalam keluarga ni.” Suara Shie berubah kendur. Wajah Shawn ditarik menghadap wajahnya. Pandangan matanya lembut. Seperti melihat semula wajah yang hilang ditelan bumi. Shawn ketap bibirnya.
“Saya tahu apa yang saya buat, Shie. Saya cuma nak sokongan awak dan Jason, satu‐satunya keluarga yang saya ada sekarang ni...” rayu Shawn harapkan pengertian.
Wanita itu mengeluh kecil. Perlahan dia tarik tubuh teruna itu ke dalam pelukannya. “Makcik hanya nak yang terbaik untuk kamu. Kami percayakan kamu dan kami sayang kamu,” bisiknya dan terus mengusap belakang badan anak itu.
LAMA Suri merenung permukaan envelop bewarna coklat itu. Semenjak dia pulang dari rumah
datuknya, dia tidak pernah buka dan lihat semula isi dalam envelop itu. Selain dari isi kandungan kontrak yang mengganggu minda dan hatinya, persetujuan Shawn buatkan dia fikir banyak kali. Ya, dia akui dia tertarik dengan Shawn, dia sukakan lelaki itu dan dia mula jatuh cinta dengan sikap itu tetapi silap masa lalu jadikan dia lebih paranoia.
Dia tahu Shawn itu pewaris kepada syarikat gergasi di negara barat dengan aset berbillion-billion yang dia sendiri penat hendak mengira digit yang Takishima berikan padanya sehari selepas majlis makan malam syarikat tempoh hari. Itu belum lagi pegangan saham yang mereka pegang dalam syarikat datuknya. 5% adalah angka yang besar. Patutlah datuknya menyuruh dia pergi bersuai kenal dengan lelaki itu walaupun kesudahannya sekarang Orang Tua Heitai itu letak syarat‐syarat merepek untuk mereka penuhi jika hendak berkahwin.
Suri hela nafas berat. Bagaimana Shawn boleh turunkan tanda tangan dengan begitu senang sekali? Tanpa cuba untuk membuat tawaran lain? Apa yang lelaki itu fikirkan?
“Sebab saya memang nak kahwin dengan awak.”
Tidak semena‐mena pipinya bertukar warna. Sepantas itu juga dia geleng kepalanya. Membuang suara dan pandangan yang buatkan hatinya berdegup laju. Hanya kata‐kata seperti itu, dia sudah cair. Dia bukannya gadis yang mudah jatuh cinta. Dia bukannya gadis mudah. Dia bukannya geumsappa!
Pasti ada sebab kenapa Shawn pilih untuk mengahwininya. Yang pasti bukan kerana cinta. Jika ya, tidaklah Shawn tunjuk wajah sedih sewaktu dia ajukan soalan sensatif itu di menara kerajaan tempoh hari. Tidaklah Shawn bertindak pelik ketika mengambilnya tempoh hari.
Tidaklah Shawn berikan alasan yang mampu menutup mulutnya tempoh hari.
“We both have our own reasons. I’m sure you think hard enough as I do to make this marriage
happens, right?”
Suri tekup wajahnya. Memicit‐micit dahinya. Dia berasa pusing dengan semua yang sedang berlaku sekarang ini. Menyesal pula kerana dengan mudah tidak membalas kata‐kata Shawn waktu itu. Dia sememangnya mula jatuh cinta pada Shawn tetapi tidak semestinya dia akan mudah terima jika saat itu juga orang yang dia suka lamar dirinya. Tidak selagi lelaki itu juga cintakan dia semula.
Namun cinta tiada dalam kamus perkahwinan ini. Sebab kenapa dia tekad dengan perkahwinan ini juga bukan kerana cinta. Dia hanya menggunakan status Shawn untuk menutup mulut‐mulut keluarganya. Untuk melindungi keluarga yang dia ada. Jadi tidak perlulah dia berharap pada cinta. Tidak perlulah dia memeningkan kepala memikirkan sebab Shawn terima dirinya kerana dia ada perkara lain yang perlu dia runsingkan. Sbagai contohnya, klausa ketiga di dalam kontrak itu.
TANPA sedar Suri hela nafas panjang. Bahunya melurut dan wajahnya muram. Bersihkan meja pun seperti tiada semangat dan dia lebih banyak berangan. Klausa ketiga... Klausa ketiga... Klausa ketiga...
“Apa yang akak menungkan?” tegur Keith.
Suri pandang Keith yang berdiri di sebelahnya sedang menatang dulang berisi bekas minuman yang kosong dan pinggan kotor. Remaja itu tampak kacak dengan uniformnya itu ealaupun sekadar pakaian kerja kafe yang seragam yang biasa. Visornya pula hilang entah kemana.
“Akak asyik lap meja yang sama untuk lima minit. Bos pandang je akak dari tadi,” beritahu remaja itu yang kebiasaannya bekerja di bahagian dapur. Dia menjuih bibirnya ke aras atas di mana Fredrick sedang duduk di meja, mata tajam memandang ke arah mereka. Bila mata Suri bertembung dengan mata helang itu, Fredrick tunjuk dua jari kanannya ke arah Suri lalu dihalakan pula mata lelaki itu sendiri. Lansung tiada senyuman manis yang terselah di bibirnya.
Suri telan liurnya takut. Sememangnya Fiction ini miliknya, tetapi yang menguruskan kedai ini adalah Fredrick dan selagi dia tidak habis belajar, tiada maknya dia nak berangan untuk ambil alih kedai ini. Begitulah bentuk kata‐kata datuknya sebelum orang tua itu melabur dalam business plan‐nya. Jadi hendak atau tidak, dia tidak ubah seperti pekerja biasa di kedai ini. Dia pasti yang Fredrick dapat menghidu sesuatu selepas insiden dia dipanggil pulang cuti krismas tempoh hari. Entah‐entah sekarang lelaki itu berasa terancam kerana takut Suri akan rampas kerjanya. Begitu? Lantas, dia menundukkan kepalanya sedikit tanda akur. Takut juga ada.
“Saya rasa bos macam tak puas hati dengan akak sebab hari tu akak cuti lama sangat,” bisik Keith membuat andaian sendiri dan membelakangkan badannya dari pendangan mata Fredrick. “Apapun, macam mana cuti akak? Mesti seronok sebab dapat berehat lama.”
Suri tersengih hambar. Seronok ke jika setiap hari seperti menanti tiba hari final exam? Dia lebih rela bekerja 18 jam di bawah telunjuk jari Fredrick yang buatkan badannya seram sejuk sekarang ini.
“Lepas tu Abang Mizuno asyik cari akak je,” tambah remaja itu lagi seperti tiada niat untuk membawa dulang berisi pinggan kotor dan bekas minuman kosong itu ke dapur. Nasib tiada satu pelanggan pun saat itu. Malah remaja itu lebih rileks walaupun adanya si burung helang Fredrick di atas.
Dahi Suri berkerut. “Abang Jun?”
Keith mengaangguk pasti. Kemudian fokus mata remaja itu lari dari memandang ke arah luar tingkap kedai. Dia tersengih. “Masin mulut saya kak,” katanya dengan mata masih melekat melihat pelanggan yang masuk ke dalam kedai.
Kepala Suri tertoleh ke arah yang Keith maksudkan.
Jun berdiri di hadapan pintu masuk, tersenyum lebar, mata sepet, rambut tersikat kemas ke belakang dan tampak bergaya dengan pakaiannya seperti biasa. Mana‐mana manusia yang ergelar perempuan pasti akan menjerit sawan jika lelaki seperti Jun ini menjadi bintang di pentas seni. Lagikan pula setakat pekerja ofis di syarikat terkemuka, Lucy yang lembut hati pun boleh jadi ‘tsundere’.
“Selamat datang,” sambut Keith. Dia angkut dulang yang ditatangnya ke bahagian dapur meninggalkan Suri bersama Jun yang semakin menghampiri ke arah mereka.
“Lama kau cuti,” tegur Jun.
Suri seluk kain lap ke dalam poket apron. “Banyak benda yang nak kena urus. Abang nak pesan apa?” soalnya lantas berjalan menuju ke kaunter. Matanya automatik melingas mencari bayang Lucy yang rupanya berada di atas anak tangga di barisan rak‐rak buku.
Jun mencapai pergelangan tangan Suri, menahan dari gadis itu berjalan lebih laju. “Abang nak cakap sikit. Boleh?”
Suri tergamam. Dalam keadaan itu dia jadi panik bila dia dapat rasakan mata Lucy sedang terbakar dengan api cemburu dan jelingan maut dari Fredrick yang masih lagi setia memerhati gerak gerinya yang sudah serupa pembunuh upahan sahaja gayanya.
Perasan akan arah bola mata Suri yang tertoleh‐toleh ke arah atas, Jun mendongak dan menemui pandangan tajam Fredrick yang bertukar sinis bila matanya dan mata lelaki itu bertembung. “Fred, pinjam pekerja kau kejap. Nanti aku pulangkan dia balik,” laung Jun selamba.
Membulat mata Suri melihat perilaku Jun. “Abang Jun!”
“Okey tapi jangan lama sangat. Dia dah cuti lama nanti berapa je aku nak bayar dia?” Fredrick
berlulucon dalam nada yang dibuat‐buat.
Jun tersenyum geli hati. “Okey!” Dia berpaling memandang Suri lantas menarik gadis itu keluar dari kedai tanpa menunggu sesaat pun.
Lucy yang melihat yang mampu menggigit bibir.
“Jangan nak jealous Cik Renegard. Awak yang jual mahal sangat sebelum ni. Gigit jari je lah.
Sambung buat kerja,” laung Fredrick yang sedang menuruni anak tangga menuju ke aras
bawah. Wajahnya selamba dan suara penuh nada sindiran. Di hujung bibir lelaki itu teroles
senyum sinis.
Semakin tertekan Lucy rasakan bila dia diperolokan oleh pengurus kedainya. Dia merungus
geram. “Ish!”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan