Label

Isnin, 19 Disember 2016

NOVEL Ps Cinta Itu Kamu Bab9

KOLAM renang yang tenang tiba‐tiba berkocak airnya bila Ridduan terjun ke dasar. Sudah dua kali dia menyelam untuk mencari sebutir cincin milik Hana, tidak dijumpai. Dia tidak tahu kenapa hatinya melonjak‐lonjak meminta mencari cincin itu. Dia terpaksa akur.

Gogal yang dipakai meneliti dasar kolam, mencari sesuatu yang bersinar. Hampir sejam dia
menyelam timbul, menyelam timbul, akhirnya dia mengalah sekali lagi. Dia masih tidak berjaya
menemui cincin Hana. Ridduan kecewa, keluar dari kolam dengan ganas untuk melepaskan perasaan kecewa. Air terpercik ke luar kolam.

“Ooo pocot mak hang.” Sofea lalu di tepi kolam melompat serta melatah akibat terkejut.

Dikesat skrit yang sedikit basah dari percikan air.

“Hoi! buta ke? Tak nampak ke ada orang lalu sini ke?” Sofea naik berang tanpa memandang ke
dalam kolam. Tubuhnya membongkok sibuk mengesat bahagian yang basah.

Ridduan naik ke darat dan mendekati Sofea “Maaf Cik Sofea. Saya memang tak nampak Cik Sofea tadi. Tapi saya tak buta lagi.” tuturnya lembut. Dia tidak mahu kata‐kata Sofea menambahkan sebal di hati.

Sofea seperti mengenali suara itu terus memandang wajah di depannya. Ridduan! “Mr. Ridduan... eh, tak apa... kalau Mr. Ridduan punya pasal, jatuh dalam kolam pun saya sanggup.”

Intonasinya berubah lembut dan tersenyum malu.



“Maaf ya.”

“Jangan la macam tu. Bukan Mr. Ridduan yang perlu minta maaf. Tapi, saya yang salah. Mulut ni tak ada insurans, suka‐suka cakap kasar pada guest. Maafkan saya Mr. Ridduan. Saya harap Mr. Ridduan tak ambil hati.” rayu Sofea dengan rasa bersalah.

Ridduan mencapai robe di kerusi rehat lantas memakainya. Dia meninggalkan Sofea tanpa sepatah kata. Langkahnya lemah. Masih kecewa tidak menemui cincin milik Hana. Bertambah malas dia nak melayan Sofea.

“Mr. Ridduan... sorry... sorry tau. saya tak sengaja.”

Laung Sofea yang tidak diendahkan.

“Aduh... mulut ni pun, suka buat hal tak kena time. Benci betul. Macam mana aku boleh tak pandang dia dulu. Kan dah melepas peluang keemasan.” Sofea mengomel sendiri lalu memukul‐mukul mulutnya sendiri. Wajahnya mencari‐cari kelibat Ridduan yang telah hilang.

Dalam perjalanan ke bilik, Ridduan ternampak Hana di dalam sebuah bilik bersama seorang 
housekeeping. Ridduan menyelinap masuk senyap‐senyap ke dalam bilik itu. Staf housekeeping sedar kehadiran Ridduan tersenyum pada mulanya. Bila dia memandang tubuh Ridduan yang hanya menutupi baju tuala, senyuman bertukar lucu.

“Hai,” sapa Ridduan perlahan kepada staf itu. Dalam masa yang sama juga, Ridduan memberi isyarat mata meminta staf itu keluar.

Staf itu menganggukkan kepalanya dan menurut arahan Ridduan tanpa kata.

“Kak, nak ke mana tu? Kak...” Hana memanggil staf itu tetapi tidak diendahkannya. Hana terkejut melihat Ridduan di dalam bilik itu. ‘Sejak bila pula mamat pelik ni ada dalam bilik. Ganggu ketenteraman aje...’ desis Hana.

Hana terperangkap. Nak larikan diri tak boleh. Dia perlu pastikan bilik honeymoon ini di setup
mengikut kehendak pelanggan. Bilik ini akan di daftar masuk malam itu juga. Pelanggan bilik ini juga telah membuat permintaan khas. Dia inginkan bilik hanya berlampu lilin serta candle light dinner di bilik. Jadi, Hana perlu memberi sepenuh perhatian pada bilik ini. Supaya guest dapat melakar malam pertama yang indah seperti yang diimpikan.

Hana memandang fail di tangannya semula. Tangannya bergerak‐gerak perlahan menulis sesuatu di situ. Hana cuba fokus pada kerjanya tanpa mengendahkan Ridduan yang sedang memerhatikan setiap gerak‐gerinya.

“Jadi, beginilah bilik bulan madu.”

Sama seperti biliknya cuma tiada wangian, lilin dan bunga‐bungaan. Kelihatan Tab mandi berisi air serta haruman wangian dan kelopak bunga. Di keliling tab mandi di susun lilin.

Ridduan duduk di atas katil yang ditaburi kelopak ros merah sambil membetulkan robe yang terselak di paha. Terdapat juga tiga kuntum bunga ros di situ. Ridduan mengambil sekuntum dan mencium. Bunga itu dihulurkan pada Hana.

“Mr. Ridduan. Please, jangan duduk di situ. Saya sedang jalankan tugas saya. Jadi lebih baik Mr.
Ridduan keluar daripada terus menyusahkan saya dan menambahkan kerja saya. Tolong keluar.” tegas Hana. Dia mencari kekuatan memandang tepat ke dalam anak mata Ridduan.

Wajahnya tiada sekumit senyuman. Serius... Hana menahan marah dengan wajah yang merah.

“Kalau saya tak nak, apa yang Hana boleh buat. Nak tarik saya keluar. Silakan.” Ridduan
menghulurkan kedua‐dua tangannya ke arah Hana. Dia sengaja cuba menduga kesabaran Hana. Makin seronok dapat mempermainkan Hana. Hilang stress yang dirasainya tadi.

Hana tidak pedulikan perbuatan Ridduan lagi. ‘Malas nak bergaduh dengan orang yang tak faham bahasa. Buang masa, buang tenaga. Lebih baik aku buat kerja cepat‐cepat sebelum bermacam‐macam akal mamat pelik ni keluar. Dahlah pakai robe aje. Tak malu.’ Hana mengomel di dalam hatinya.

Bunga ros merah dihulur Ridduan ditepis. Hana tunduk memandang fail kembali. Dia cuba fokus. Tapi fikirannya jauh menyimpang. Merasakan mereka berdua saja di dalam bilik buat jantungnya berdegup kencang. Perasaannya tidak dapat dikawal lagi. Dia segera mengorak langkah keluar dari bilik. Kejap lagi sambung... tapi, baru selangkah, dia tidak dapat mengimbangkan badannya. Kakinya tersangkut kaki Ridduan, lalu tersungkur menerpa arah Ridduan. Sekelip mata dia sudah berada di atas tubuh Ridduan. Wajah dia mencium dada Ridduan yang terselak. Serta merta dia angkat kepalanya. Hana menggelupur cuba untuk bangun.

“Lepaskan saya... lepaskan....” Jerit Hana.

“Sekejap... sekejap...”

Ridduan terbaring di bibir katil semakin tidak stabil bila Hana menggelupur. Dia memeluk pinggang Hana supaya mereka tidak jatuh. Tapi Hana meronta lebih kuat menyebabkan mereka berdua tergolek ke bawah. Hana jatuh di atas lantai. Kelapanya sempat dipegang Ridduan agar tidak terhentak. Kini Ridduan pula di atasnya.

Anak mata Ridduan berwarna coklat cair, sungguh menawan. Hana terpegun seketika. Kulit muka yang bersih serta putih menyerlahkan bibir Ridduan yang merah seperti buah yang ranum. Kacaknya. Sempat lagi hatinya memuji. Beberapa saat Hana hilang dari dunia nyata, akhirnya tersedar semula.

Lantas tubuh Ridduan ditolak sekuat hati. Dia berlari keluar meninggalkan Ridduan yang terbaring kaku.

Ridduan memikirkan apa sebenarnya yang dirasai ketika itu. Rasa yang tidak pernah wujud pada mana‐mana perempuan. Sedangkan dia telah berjumpa ramai perempuan. Rasa yang dia ingin melindungi perempuan itu, menyayangi dan disayangi oleh perempuan itu. Paling ketara pada hati yang tidak pernah henti berdebar‐debar setiap kali bertemu perempuan itu. Malah hatinya turut berbunga bahagia. Bahagia yang tidak pernah dirasai seumur hidupnya.

Semuanya kerana perempuan yang bernama Hana.

Hana berlari keluar bilik. Berhenti di sebatang pokok. Sebuah buaian kayu tergantung di situ. Lutut Hana lemah hingga terduduk ke tanah. Kepalanya pening. Dunia seperti berpusing-pusing.

Tangannya memegang buai itu supaya badannya tidak tumbang. Dia menarik nafas dalam beberapa kali. Mencari udara segar yang dapat melegakan dadanya yang sesak daripada kejadian tadi. Fikiran yang berkecamuk cuba dikawal.

“Abang... abang, maafkan Hana. Apa yang Hana telah buat di sini?” Hana bersuara kesal.

Adegan tadi buat Hana rasa bersalah menyelubungi diri. Bersalah pada Aman. Seorang perempuan yang telah bertunang tidak sepatutnya berada dalam keadaan tadi bersama seorang lelaki yang bukan tunangnya. Dengan Aman pun dia tidak pernah dalam keadaan begitu. Aman sedaya‐upaya menjaga tingkah lakunya. Aman juga pernah berkata yang dia tidak akan merosakkan orang yang disayanginya sebelum di ijab kabulkan. Hana mula sedar.

Ridduan sudah keterlaluan. Bukan saja telah mengganggu hidupnya tapi telah mengganggu 
perasaannya juga. Sedikit demi sedikit Ridduan menarik hatinya daripada Aman. Mulai sekarang dia tekad akan menjauhkan diri dari Ridduan sebelum keadaan menjadi lebih rumit.

SUASANA di restoran kembali tenang selepas waktu breakfast. Sekumpulan organisasi kerajaan berskala besar hadir membuat persidangan di resort itu.Hana perlu memastikan lunch bufferdi setup oleh manager Food & Baverage mengikut jumlah yang ditetapkan. Dia tidak mahu terdapat aduan mengatakan makanan tidak mencukupi. Bab makan tak boleh dibawa main. Cukup sensitif. Hana sedang berbincang dengan beberapa orang waitress.

Ridduan yang belum breakfast duduk di sebuah meja memerhatikan Hana. Wajahnya sugul. Cukup serabut. Malam tadi dia tidak dapat tidur, bila wajah Hana menghantui biliknya.

Perasaannya mula tertekan bila dia cuba melupakan Hana tetapi tidak boleh. Wajah Hana tetap datang terus mengganggunya sepanjang malam. Bila dia dapat melelapkan mata, Hana muncul dalam mimpinya pula. Pagi itu kepalanya berat, matanya bengkak, wajahnya kusam kerana serabut dengan Hana. Dia memikirkan kenapa tidak boleh lupakan Hana? Kenapa dia sering muncul? Kenapa dia tak nak pergi! Tapi tiada jawapan.

Seorang waitress datang kepada Ridduan untuk mengambil pesanan. Teruja... “Selamat pagi Mr. Ridduan. Hari ini Mr. Ridduan ingin memesan apa?” cuba beramah mesra. Selalunya Ridduan juga suka beramah mesra terlebih dahulu. Bertanya khabar sebelum memesan makanan.

Mata Ridduan masih melekat pada Hana. “Saya nak perempuan itu mengambil pesanan saya.”

Wajahnya serius. Tiada sekumit senyuman.

Waitress itu mengerling arah jari yang dituding Ridduan. “Ooo. Maaf Mr. Ridduan. Perempuan itu bukan waitress di sini. Dia Marketing Managerkita. Tak apa, saya pun boleh ambil pesanan untuk Mr. Ridduan.” cuba memujuk.

“Aku tak kira. Aku nak dia juga ambil pesanan!” intonasinya berubah kuat dan kasar tiba‐tiba.

Orang sekeliling termasuk Hana memandang arah Ridduan.

“Baik,” waitress terkejut lantas mengikut kehendak Ridduan. Dia tidak pernah lagi melihat Ridduan kasar begitu.

Waitress menyampaikan permintaan Ridduan kepada Hana. Buku menu dan buku pesanan dibawa Hana ke arah Ridduan. Hatinya dipaksa juga mengikut kemahuan Ridduan untuk mengelakkan berlaku kekecohan. Cukuplah suara tadi mengejutkan orang yang berada di sekeliling. ‘Lelaki itu bukan saja lelaki pelik, rupanya psiko juga’ bisik hati Hana.

“Selamat pagi. Mr. Ridduan ingin membuat pesanan?.” Hana menghulurkan buku menu tanpa
memandang Ridduan. Dia bersedia untuk menulis menu yang akan diminta. Hana ingin cepat-cepat
menyelesaikan tugasan itu.

“You,” ringkas.

“Sorry,” Hana mengerling Ridduan. Mata Ridduan memandangnya seperti ingin menelannya.

“I want you.”

“Sorry. I’m not for sale, Mr. Ridduan.” Hana geram. Ridduan betul‐betul menduganya pagi‐pagi ini.

“Just you,” Ridduan menekan suaranya dengan keras. Bermaksud, dia bukan main‐main. Dia
memang nak Hana. Supaya fikirannya kembali tenang. Setenang sebelum dia bertemu Hana.

Mengarut... Hana menarik nafas dalam. Dia tahu Ridduan ingin mempermainkannya lagi. Hana sudah cukup sabar selama ini. Sabarnya juga ada had. Ridduan betul‐betul ingin mencabar kesabarannya. Hana tidak mahu membuang masa. Banyak lagi kerja perlu dibuat dari terus melayan mamat pelik ni. Dia meninggalkan Ridduan. Selangkah Hana bergerak, Ridduan menarik tangan Hana. Hana menepis kasar. Dia tidak suka diperlakukan begitu. Apakan lagi di tempat awam. Ridduan betul‐betul tidak hormat dia sebagai pekerja di situ. Jadi, dia tidak akan hormat Ridduan lagi.

Ridduan menghentak meja kuat, bingkas bangun merenung Hana tajam. Orang sekeliling mula
memerhatikan mereka berdua.

“Mr. Ridduan! I’m working right now. Please dont’t distube me. I warn you!” sambil menuding jari di wajah Ridduan. Suaranya juga semakin keras. Muka Hana yang putih menjadi merah.

Menahan malu dan amarah pada Ridduan.

Ridduan memegang kedua belah tangan Hana, kuat.

“Lepaskan... saya cakap lepaskan...” Dia cuba melepaskan diri daripada genggaman Ridduan.

Tapi tidak berdaya. Hana kesakitan.

Orang yang berada di sekeliling mereka hanya menyaksikan pergelutan itu. Sofea yang mencari Hana terkejut menyaksikan adegan itu. Ridduan yang selama ini dikenali seorang yang baik, lembut percakapannya, mudah mesra dengan sesiapa saja, malah dengan makcik cleaner pun dia boleh gelak ketawa. Ridduan yang dikenalinya bukan seperti orang itu.

Bila genggaman Ridduan tidak sekuat tadi, Hana mengumpul tenaga menolak Ridduan sekuat hati. Tangan ditahan atas meja yang tidak stabil akhirnya Ridduan jatuh ke lantai.

“Enough Mr. Ridduan. Awak dah cukup memalukan saya hari ni. Saya tak nak tengok muka awak dan awak tolong jangan muncul depan saya. Jangan ganggu saya lagi. Saya benci awak. Ingat itu. I hate you Mr. Ridduan...” Tegas Hana. Walaupun dia bersuara perlahan agar tidak didengari orang sekeliling, tapi mampu didengari Ridduan. Dia menekan setiap kata‐kata yang diluahkan dengan tegas agar Ridduan faham apa yang dikatakan adalah muktamad.

Hana meninggalkan Ridduan yang masih terduduk di atas lantai. Di kala itu juga smartphone
berbunyi.

“Hello!” Kedengaran suara nyaring dari telefonnya hingga Ridduan terpaksa menjauhkan telefon dari pendengaran.

“Kau nak aku suruh orang heret kau balik atau kau nak balik sendiri. Kau nak duduk sana sampai bila? Sampai kau mati kat sana. Kalau itu yang kau nak, aku boleh tunaikan. Aku tak kira, aku nak kau balik sekarang. Kalau kau tak tunjuk muka sebelum malam ni aku bunuh kau.”

Talian dimatikan.

Ridduan tersedar ke alam nyata. Dek kerana terlalu fikirkan Hana, terkejar‐kejar Hana hingga dia terlupa kehidupan realitinya dan siapa dirinya sebenar. Bila teringatkan latar belakangnya dan pekerjaannya sebelum itu, dia tidak layak mengejar Hana. Dia sedar dia tidak mampu memberi kehidupan dan kebahagiaan yang tenang pada Hana. Dia hanya akan membahayakan Hana dan membawa Hana ke neraka sahaja. Memang sepatutnya Hana benci padanya. Jika Hana tahu tentang dirinya sebenar pasti Hana jijik dengannya. Dia patut melupakan Hana sepenuhnya mulai hari itu. Ridduan bingkas bangun meninggalkan perkarangan restoran tanpa menjamah makanan.

SOFEA mengejar Hana selepas melihat perbuatan Hana pada Ridduan. Dia pula tidak puas hati bila Ridduan diperlakukan begitu oleh Hana.

“Cik Hana... Cik Hana... tunggu...” laung Sofea. Tetapi tidak diendahkan Hana. “Cik Hana...
tunggu...” Dia memanggil lagi. Tangannya menarik tangan Hana agar berhenti.

“Cik Hana... kenapa buat Mr. Ridduan macam tu tadi?” Sofea sedikit marah.

Hana merenung wajah Sofea. Hatinya bertambah sebal. Sofea bukan nak membantu tapi
dipersalahkan lagi. Dia dah cukup malu dengan perbuatan Ridduan tadi. Patut ke dia berlembut lagi untuk orang macam Ridduan. Hadir tanpa di undang. Mengganggu hidup dan perasaannya. Hana yang tiada tempat meluahkan perasaan hanya pendam sendiri di dalam hati.

“Cik Hana!”

“Sofea, awak nampak apa yang dibuat dia tadikan. Walaupun dia reqular guestdi sini, dia tidak boleh suka‐suka memperkotak‐katikkan staf di sini dan saya tidak semestinya kena ikut semua kehendak dia. Saya tidak akan membiarkan dia menyentuh dan memalukan saya lagi.” Hana melepaskan geram.

“Betul... tapi Cik Hana tak boleh buat dia macam itu. Dia sebenarnya lebih dari seorang guest di sini untuk Cik Hana. Dia penyelamat Cik Hana. Cik Hana pun tahukan. Cik Hana kena banyak bersabar.”

“Bersabar? Memang saya bersabar selama ini. Tapi, sabar saya ada batasnya Sofea.”

“Cik Hana tak boleh marah dia. Cik Hana masih berhutang dengan dia” Sofea berlembut kembali.

“Hutang? Saya tiada apa‐apa hutang dengan dia!” Hana semakin geram dengan Sofea. Asyik
menyebelahi Ridduan. Tahulah Sofea sukakan Ridduan. Tapi, tidak dirinya. Dia benci lelaki itu.

Lelaki yang mengganggu ketenteramannya. Sedangkan dia datang ke sini untuk cari ketenangan. Jauh daripada masalah di Kuala Lumpur. Tapi Ridduan menambahkan masalahnya. Mencetus masalah di sini pula.

“Ya.. Cik Hana masih berhutang nyawa dengan dia. Dia yang selamatkan nyawa Cik Hana
tempoh hari. Dia yang berenang menyelamatkan Cik Hana daripada mati lemas. Cik Hana lupa
atau buat‐buat lupa? Cik Hana tahu ataupun tidak ni?”
“Apa yang apa cakapkan?” berdesing telinga Hana. Kata‐kata Sofea seperti tidak masuk akal.
Bukankah penjaga kolam yang menyelamatkan dia. Kenapa nama Ridduan yang dikaitkan.
Mengarut...
“Cik Hana tahu ataupun tidak ni? Kalau bukan kerana Mr. Ridduan, Cik Hana tak akan berada di
sini sekarang. Penjaga kolam tak ada ketika Cik Hana lemas. Saya takut sangat kalau Cik Hana
mati ketika itu. Nasib baik Mr. Ridduan ada. Dialah orang yang selamatkan Cik Hana. Cik Hana
sepatutnya berterima kasih padanya. Berlembut dengan dia bukan memarahi dia seperti tadi.”
Sofea memberitahu situasi sebenar. Cuba menyedarkan Hana. Bagi dia, Ridduan tidak patut
mendapat layanan seperti tadi. Hana sepatutnya melayan Ridduan dengan baik untuk
selamanya. Hutang nyawa, sampai bila‐bila takkan dapat dibayar.
Hana terkejut dengan pengakuan Sofea. ‘Betul ke Ridduan orang yang selamatkan dirinya?
Kenapa mesti dia?’ Hana tenggelam dalam lamunannya sendiri. Teringat kembali kejadian di
kolam itu. Dia betul‐betul tak ingat siapa yang menariknya ke darat.
“Cik Hana. Orang lama pernah bercakap, hutang darah dibalas darah, hutang nyawa dibalas
nyawa. Saya rasa sampai bila‐bila pun Cik Hana tidak mampu membalas pertolongan Mr.
Ridduan.” Sofea kecewa dengan Hana. Dia meninggalkan Hana yang terdiam kaku. Memberi
masa untuk Hana sedar akan kesalahannya dan menerima kebenaran yang mungkin tidak di
ketahuinya selama ini.
RIDDUAN yang tidak mandi dari pagi, terjun ke dalam kolam. Untuk menyegarkan dan
menyedarkan dirinya. Dia perlu lupakan Hana sebelum dia tenggelam dalam perasaannya
lebih dalam. Dia tekadkan hati. Hana bukan untuknya. Dirinya tidak layak untuk Hana. Dirinya
kotor. Dirinya jijik. Semua perkara buruk tentang dirinya, kehidupan kelamnya dipegang untuk
menjadi alasan kuat melupakan Hana.
Ridduan menyelam ke dasar. Ketika itu matanya terlihat sesuatu yang bersinar. Dia
mengambilnya lantas naik ke dasar. Sebutir cincin emas putih dipegang dan dibelek. Mungkin
ini cincin kepunyaan Hana teka Ridduan. Dia naik ke darat untuk bersiap pulang ke Kuala
Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan