Seawal Bulan Januari 2013
Cahaya sang fajar menerangi ufuk sebelah timur. Villa Dejavu Indah Permai itu tersergam indah dipandangan mata. Sesungguhnya ia merupakan sebuah villa kediaman yang cantik. Malah landskap dan struktur binaan bangunan unik dan menarik. Sesuai sekali dengan nama yang diberikan" Villa Dejavu Indah Permai " yang sungguh mendamaikan.
Landskap laman Villa sentiasa dijaga rapi. Rumput‐rumput di halaman juga sentiasa dicantas pendek. Pokok‐pokok bunga hiasan pelbagai warna banyak ditanam menghiasi taman. Semuanya nampak kemas dan teliti. Sejuk mata memandang. Pasti pemilik Villa berkenaan mempunyai citarasa yang tinggi.
Alhamdulillah. Setiap ahli keluarga yang mendiami villa semuanya mempunyai sikap yang ramah dan baik kepada setiap pekerja. Mereka sekeluarga juga mudah mesra dan tidak sombong seperti kebanyakkan orang kaya dan kenamaan lain. Kerana sikap baik dan ramah itulah yang membuatkan pekerja sentiasa menghormati dan menyayangi mereka sekeluarga sebagai majikan.
Encik Mezahi sungguh bertuah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Dia sebagai sketua keluarga yang berwibawa telah mengemudi keluarga mereka dengan baik. Hubungan kekeluargaan sentiasa dipupuk dengan penuh kasih sayang.
Alhamdulillah... Sesungguhnya ALLAH Maha Adil kepada setiap hambanya yang sabar dengan setiap ujian yang diberikan. Setiap sesuatu musibah yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Apa yang berlaku itu adalah sebuah ujian untuk menguji ketaatan dan kesabaran. Akhirnya keluarga mereka menikmati kehidupan yang bahagia dan tenang setelah menempuh pelbagai suka dan duka sebelum ini.
Di dapur Villa Dejavu Indah Permai itu seawal pagi lagi kelihatan Mak Semah sedang sibuk menyiapkan hidangan sarapan pagi. Bau tumis bawang goreng begitu menusuk ke ruang rongga pernafasan. Resepi turun temurun keluarga Mak Semah begitu menyelerakan. Pasti enak rasanya.
Bau kopi yang sudah siap dibancuh menitipkan aroma kenikmatan ketika menjamah sarapan seawal pagi lagi. Sungguh menyelerakan dan mampu membangkitkan memori manis yang sungguh indah. Alhamdulillah.
Biasanya Mak Semah akan memasak lebih setiap hari. Itulah pesanan Tuan Mezahi kepadanya. Seingat mak Semah Tuan Mezahi pernah berpesan kepadanya dahulu agar kebajikan para pekerja sentiasa dijaga. Mengingat semua itu Mak Semah tersenyum sendiri. Dia akan sentiasa ingat pesan Tuan Besar Mezahi itu.
Dia berasa bertuah kerana mempunyai seorang majikan yang baik. Beliau juga seorang yang berrtimbang rasa dan amat prihatin kepada setiap pekerja. Para pekerja juga sangat senang dan amat menghormati tuan mereka sekeluarga.
Malah ketika para pekerja menghadapi masalah kewangan atau pun masalah yang lain majikan mereka itulah orang yang pertama sekali tampil ke hadapan untuk membantu.
Di luar rumah pada ketika ini di luar sana kelihatan beberapa orang pengawal keselamatan sedang bertugas. Budin, Hasyim dan Sahak nampaknya kelihatan selesa di pondok kawalan.
Shiff pagi seramai tiga orang. Mereka bergilir gilir melakukan rondaan.
Apa yang pasti ketika ini mereka juga turut sama terhidu bau tumis masakan yang menyengat dari arah dapur Villa tersebut. Bau enak masakan Mak Semah memang mengoda deria bau.
Rezeki Allah itu membuatkan mereka masing‐masing terasa, kecur air liur.
“Sabarlah wahai hati...!” Hasyim tiba‐tiba bersuara sambil menepuk perutnya yang boroi. Budin dan Sahat saling berpandangan. Kemudian tertawa terbahak‐bahak. Tercuit dengan lelucon rakan mereka itu.
"Tengah sabarlah ni. Tak lari gunung dikejar," ujar Sahak pula.
Melihat kedua‐dua rakan sekerjanya ketawa. Hasyim pun turut sama ketawa. Memang tabiatnya suka melawak untuk menghiburkan hati rakan sejawatnya yang lain.
"Bertuahnya kita dapat majikan sebaik ini. Gaji pun bagus. Masyuk..." ujar Budin pula.
Hasyim yang mengekek ketawa. Mengosok‐gosok perutnya meminta diisi dengan segera. Sekadar berlawak. Dia merasa senang begitu. Bagi Hasyim, perasaan ceria akan menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk bekerja.
Mereka semua, terutama sekali para pekerja di Villa Dejavu Indah Permai sebenarnya semua sudah sedia maklum dan tahu tentang rutin jadual kerja harian mereka. Ibarat sebuah peribahasa melayu, tidak akan lari gunung apabila dikejar. Tidak perlulah risau sangat kerana sarapan pagi itu tetap akan dinikmati mereka sekalian pekerja.
Apa yang dimasak oleh Mak Semah tadi pasti akan menjadi habuan untuk mereka juga akhirnya. Selain sarapan pagi waktu makan tengah hari dan malam juga turut disediakan. Jadi para pekerja tidak perlu risau dengan makan dan minum. Segalanya mencukupi.
Di halaman rumah Villa Dejavu Indah Permai terdapat sebuah taman yang sungguh cantik. Taman tersebut sentiasa dijaga rapi oleh Pak Abu suami kepada Mak Semah. Malah pak Abu selalu mencantas pokok‐pokok hiasan tersebut dengan baik sekali. Cukup masa dia akan mencantasnya agar sentiasa kemas dan cantik .
Hasil kerjanya itu terbukti berbaloi kerana setiap yang pernah berkunjung di Villa Indah itu berasa kagum dengan landskap yang rapi dengan bunga‐bungaannya yang cantik. Di sudut tengah pula terdapat sebuah astaka kecil yang didirikan sebagai tempat berehat ketika lapang.
Bagi pemilik Villa, halaman rumah yang luas sedemikian harus digunakan dengan sebaik-baiknya. Kegunaannya akan dimanfaatkan untuk majlis‐majlis tertentu. Jimat kos berbelanja luar. Tidak perlulah selalu mengadakan majlis‐majlis penting di hotel‐hotel.
Senireka struktur binaan Villa Dejavu Indah Permai juga amatlah unik dan berseni. Pembinaanya telah menelan kos yang agak besar. Semasa proses menyiapkannya apa yang pasti sentiasa memerlukan penyeliaan yang rapi. Jika diperhatikan betul‐betul konsep bangunan Villa banyak berkonsepkan gabungan seni binaan Mediterinen dan seni ukiran melayu. Semuanya direka khas yang melibatkan kepakaran beberapa orang pereka hiasan dalaman yang profesional. Lebih membanggakan semuanya bumiputera.
Villla Dejavu Indah permai ini dibina setinggi lima tingkat. Terdapat lebih sepuluh buah bilik tidur yang cukup selesa di Villa tersebut. Selain itu terdapat juga beberapa buah bilik yang dikhususkan untuk para tetamu yang datang berziarah.
Dua buah kolam mandi dibina satu dubahagian bawah area ground floor dan satu lagi di bahagian bumbung Villa. Kolam mandi yang cantik itu turut dilengkapi lanskap yang cantik seperti sebuah taman mini air terjun buatan. Tempat riadah ini merupakan ruang untuk keluarga bersantai dan beristirehat.
Kawalan ciri‐ciri keselamatan CCTV elektronik yang canggih juga dipasang di kawasan tertentu. Apa yang pastinya sistem keselamatan yang canggih itu digunakan untuk memantau setiap pergerakan para pegawal keselamatan dan juga para tetamu yang datang berkunjung .
Bagi Siti Narida aspek keselamatan adalah perkara utama yang paling dititik beratkan. Pengalaman yang lalu banyak mengajar mereka sekeluarga agar lebih berhati‐hati menjalani kehidupan seharian. Tidak mungkin mereka semua mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah pengajaran yang mereka terima sebelum ini dijadikan iktibar.
Pengajaran yang lampau itu tidak mungkin akan dapat dilupakan sampai bila‐bila. Ia adalah sebuah kenangan yang sangat menyedihkan apabila kenangan itu diimbau semula. Airmatanya tersayat pilu. Air mata jernih mula berkaca di kelopak mata. Kasihan anak‐anaknya yang terpaksa menanggung derita akibat kecelakaan itu. Cepat‐cepat kenangan lampau yang menjengah tadi ditepis jauh dari ingatannya. Sesuatu yang berlalu itu biarlah terus berlalu.
Sebak di dalam hati dipinggirkan terus.
Sesungguhnya melihat semua kebahagian dan kemewahan mereka yang melimpah ruah itu sudah pastinya tiada siapa pun yang akan mengetahui di sebalik kehidupan mereka pada hari ini pernah terselit cerita sedih. Bagaikan terbayang kembali bagaimana dia membesarkan kedua anaknya dalam keadaan kekurangan semasa masih berada di pulau yang serba serbi terasing suatu ketika dahulu. .
"Kasihan anak‐anakku". Bisik Siti Narida. Tetapi dia tetap redha akan setiap ketentuan ALLAH itu. Semua yang berlaku itu tetap mengandungi hikmah.
Alhamdulillah segala kesulitan itu telah berjaya diatasi dengan penuh kesabaran. Kuasa ALLAH
melebihi segala‐galanya. Setiap kesakitan tersebut demi menguji ketakwaan hambanya. Bagi Siti Narida dan keluarga lagi penawar jiwa itu adalah satu nikmat kebahagian yang sebenarnya. Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik tempat seorang hamba memohon doa. Sepuluh tahun di pulau berkenaan dan kemudian dengan izin Allah mereka berjaya juga keluar dari pulau berkenaan. Hanya tangisan dan doa sebagai tanda kesyukuran mengiringi kegembiraan ketika itu.
"Mama tak turun sarapan sekali ke?" suara Ahmad Farish mematikan lamunan Siti Narida,
"Errmm... Farish turun sarapan dulu ya. Mama nak tengok Alia kejap ni." Siti Narida mengusap rambut anak lelakinya itu. Dia kemudian segera mendapatkan Alia yang merengek manja.
"OK..." Ahmad Farish menganguk. Dia kemudian segera beredar menuruni tangga.
Pada pagi ini Ahmad Farish nampak segak sekali dengan pakaian seragam sekolahnya. Raut wajahnya juga kacak seperti bapanya Rezad. Sudah pasti apabila besar nanti dia akan mempunya raut wajah tampan seperti bapanya. Pasti akan ada ramai peminat.
Langkah kaki terus diatur menuruni anak tangga dengan berhati‐hati. Lantas kemudian terus menuju ke ruang meja makan. Kelihatan Mak Semah sedang sibuk mengemas.
"Asalamualaikum, selamat pagi Mak Semah...." Ahmad Farish memberi salam kepada Mak Semah.
"Walaikumalam... selamat pagi jugak. Segaknya Farish pagi ni, kacak sekali Mak Semah tengok..." Puji Mak Semah ikhlas.
"Terima kasih mak Semah..," Ahmad Farish tersenyum lebar.
“Farish makan la dulu, Mak Semah dah siapkan hidangan sarapan pagi kat atas meja tu.”
"Mak Semah jom makan sekali," pelawa Ahmad Farish sebaik sahaja duduk di kerusi meja makan. Kelihatan sarapan pagi telah siap terhidang di atas meja.
"Mak Semah masih ada kerja ni. Tuan muda Farish makanlah dulu ya..." Mak Semah menolak pelawaan Ahmad Farish dengan baik.
Dia mahu menjaga adab dan statusnya yang cuma pekerja. Tidak bagus rasanya kalau dia tidak menjaga batasannya. Dia bimbang, apa pula kata majikannya nanti.
"Farish tak biasa ler kalau duduk makan sorang‐sorang macam ni. Farish tak selera nanti..." rayu Ahmad Farish manja. Senyuman dihadiahkan tanda memujuk,
"Alahai ...tak sedap ke, nasi lemak sambal sotong yang Mak Semah masak tu..?" Ujar Mak Semah bertanya. Dia tidak mahu termakan pujukan. Kadangkala gelihati juga dibuatnya, melihat kerenah anak majikannya yang begitu manja sekali kepadanya. Takut pula hatinya cair dipujuk nanti.
"Mak Semah masak memang sedap. Macam ni, ermm... kalau mak Semah tak nak makan sama. Mak Semah temankan Farish duduk sama kat meja ni ajelah..." Rayu Ahmad Farish Adam.
"Ermmm... Farish.. Farish.. baiklah! Mak Semah hanya tolong temankan aje tau..." Mak Semah akhirnya mengalah dan duduk di sebelah Tuan Muda Ahmad Farish.
Lembut juga hatinya dek oleh pujukan anak majikannya itu. Di dalam hati, Mak Semah sempat memuji sikap terpuji anak majikannya itu, bertuah sungguh Cik Puan Siti Narida dan Rezad kerana mempunyai anak yang bijak seperti Ahmad Farish. Dari semenjak kecil lagi sudah diajar dengan budi pekerti yang baik...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan