Imbas kembali..
Ziela mendekati setelah terpandang kelibat Maizura yang baru keluar dari bangunan MZ Holding. Dihampiri Maizura yang berjalan sendirian menuju ke sebuah kedai makan.
“Zura!?” Ziela menjerit kecil. Langkah dilajukan ke arah Maizura yang kelihatan terkejut.
Maizura mengamati wanita yang sedang menuju ke arahnya. Tampak begitu bergaya dengan skirt pendek dan kot dengan warna yang sama. Lama dia mengamati sebelum dia turut menjerit kecil.
“Ziela? My God! Tak sangka dapat jumpa you kat sini.”
Maizura saling berpelukan dengan Ziela, teman sewaktu di London dulu. Mereka benar‐benar
gembira kerana dapat bertemu lagi setelah sekian lama.
“Apa khabar? Lama kita tak jumpa ya,” Maizura nyata gembira dengan pertemuan itu.
“Baik. You pulak macamana?” soal Ziela sambil mengamati Maizura.
“Sihat, Alhamdulillah. Eh! Nak ke mana ni? Jom kita lunch sama‐sama,” ajak Maizura.
Ziela cepat bersetuju. Mereka menuju ke sebuah restoren yang dikunjungi ramai memandangkan waktu itu adalah waktu makan tengahari bagi kakitangan pejabat. Punggung segera dilabuhkan di sebuah meja yang masih kosong.
“You buat apa sekarang?” tanya Maizura setelah minuman yang mereka pesan sampai ke meja.
Teh O ais limau di depan disedut perlahan melegakan kehausan. Ziela turut menyedut air laici.
“I kerja kat area sini jugak. Baru dua minggu. Tapi tak sangka dapat jumpa you kat sini. I lupa yang syarikat papa Amir ada kat bangunan sana,” beritahu Ziela.
“You ada janji dengan sesiapa ke? I mengganggu ke?” tanya Maizura pula.
“Tak mengganggunya. I memang ada janji nak lunch dengan kawan. Kejap lagi sampailah kot. Alah... you pun kenal dengan dia,” balas Ziela.
“I kenal? Siapa?”
“Tunggu ajelah. Eh! Amir apa khabar sekarang? Dah lama tak jumpa dia. Eh! You dengan Amir
mesti dah kawin, kan?” Ziela menduga.
Maizura tersenyum lebar mendengar soalan itu. Lantas dia terkenangkan suaminya yang sedang menghadiri seminar di Langkawi. Juga terkenangkan teman lamanya, Diana yang ketika itu berada di Perth.
“Amir sihat. Emm... baru dua tahun kita orang kawin. Since kita pulang ke Malaysia. I ada hantar
event jemput you datang masa kita orang kawin. Tak dapat ke?”
“Tak ada pulak. Emm... maybe I tak perasan. It’s okay. Lagipun masa tu I ada kat UK dengan
Shawn.”
“Eh! You still dengan dia sampai sekarang ke?” tanya Maizura ceria. Dia juga terkenangkan Shawn, teman lelaki Ziela sewaktu di Kent dahulu.
“Dua tahun dulu memang ya tapi sekarang dah break. He has a new girlfriend,” mendatar suara Ziela mengatakan perkara itu.
“Iye ke? I’m sorry to hear that.”
“Its okay. Dahlah. Tak payahlah nak fikir pasal dia lagi. Kita ambil makanan dulu. You ambil dulu
biar I tunggu meja. Takut kena kebas orang,” Ziela bersuara perlahan seakan berbisik. Maizura hanya ketawa kecil.
Setelah mengambil makanan, mereka menjamu selera sambil berbual‐bual. Ziela masih ternanti‐nanti kemunculan temannya. Berkali‐kali juga dia membuat panggilan.
“Eh! Lupa pulak Inak tanya, Amir tak turun lunch ke?” tanya Ziela. Terdetik rasa kecewa di hati
terkenangkan Amir yang sudah menjadi milik Maizura.
Ziela akui dia juga salah kerana tidak pernah cuba untuk mendekati Amir ketika di Kent dahulu. Jika ingin dibandingkan dengan Maizura, ternyata dia lebih cantik. Tapi Ziela hairan. Entah apa kelebihan yang ada pada Maizura sehingga membuatkan Amir tergila‐gilakan wanita itu.
Begitu juga dengan Zaidi. Lelaki itu sanggup bersendirian sampai sekarang hanya kerana tidak dapat memiliki Maizura.
“Amir tak ada kat KL. Dia ke Langkawi attend seminar.”
“Oh! Iye ke? Eh! Anak you dah berapa?”
“Belum ada. Tak ada rezeki lagi.”
“Emm... iye ke? Tak apalah, you just keep try,” balas Ziela.
“Iyelah. Pandailah you bagi nasihat. You pulak bila nak kawin?”
“I? Entahlah. Belum jumpa yang berkenan di hati.”
“Atau you masih ingatkan Shawn?”
“Emm... maybe.”
Sedang asyik mereka menjamu selera, satu suara kedengaran menyapa. Ziela kelihatan begitu
gembira. Berlainan dengan Maizura yang agak terkejut melihat kemunculan Zaidi.
“Hey! Zura pun ada? Tak sangka dapat jumpa you lagi.”
Zaidi melabuhkan punggung di sebelah Ziela. Sungguh dia tidak menyangka dapat bertemu dengan Maizura lagi.
“Eh! You all pernah jumpa ke? Oh ya Zura. Inilah kawan yang I maksudkan tadi. You kenal kan? I pun dah lama tak jumpa dengan Zaidi. Sejak dia graduate dulu.”
Maizura sekadar mengangguk menjawab soalan Ziela. Seleranya mati tiba‐tiba dengan kemunculan lelaki yang tak pernah disangkakan. Hati Maizura mula berdetik rasa risau. Risau kalau‐kalau pertemuan yang tak disengajakan itu sampai ke pengetahuan Amir. Maizura tahu Amir benar‐benar tidak suka jika dia bertemu dengan Zaidi.
“Emm... tak rugi I drive sampai ke sini. Tak sangka dapat jumpa Zura. Emm... Amir tak lunch sama ke?”
Zaidi tak melarikan pandangan. Tetap pada wajah Maizura yang selama ini terukir di hati tersemat di jiwa. Maizura yang menyedari pandangan Zaidi mula tak senang duduk.
“Amir tak ada. Dia kat langkawi attend seminar,” beritahu Ziela sebelum sempat Maizura menjawab. Lalu Maizura hanya mengangguk mengiyakan.
“Oh. Iye ke?”
Setelah pelayan datang, Zaidi memesan segelas teh O ais. Dia kemudian menuju ke meja yang
menghidangkan makanan secara buffet untuk mengambil makanan tengahari.
Mereka berbual‐bual sambil menikmati makan tengahari. Banyak perkara diceritakan lebih-lebih
lagi tentang kenangan lalu. Zaidi yang benar‐benar gembira kerana dapat bertemu Maizura buat kali kedua tidak putus‐putus tersenyum.
Maizura pula melayan perbualan mereka seadanya. Tiada apa yang perlu ditakutkan jika pertemuan itu diketahui Amir. Ketika itu dia bukannya berduaan dengan Zaidi tapi bertiga. Ziela ada sama. Lagipun dia tak ada apa‐apa hubungan dengan Zaidi melainkan sebagai kawan lama. Dia kini sudah menjadi milik Amir sepenuhnya. Jiwa dan raga.
Selesai makan, Zaidi memesan pencuci mulut. Jam menunjukkan pukul dua petang. Maizura sudah berniat untuk kembali ke pejabat.
“Excuse me. Dah lewat ni. I think I kena balik office sekarang,” kata Maizura lalu bangun dari kerusi yang diduduki.
“Eh! You dah nak balik office? Emm... boleh tunggu I sekejap. I nak ke toilet. Just two minute,
please,” pinta Ziela mempamerkan muka kasihan.
“Emm... okeylah. Cepat sikit ya. I nak kena pergi site dengan my father in‐law lepas ni,” kata
Maizura lalu kembali duduk. Ziela tersenyum lebar sambil menunjukkan dua jemari.
Ziela ke tandas yang terdapat di restoren itu. Tiga minit kemudian dia kembali ke meja. Setelah Zaidi membuat bayaran untuk harga makan tengahari mereka bertiga, mereka keluar dari restoren untuk kembali ke pejabat masing‐masing.
Selesai makan tengahari, Amiruddin kembali ke bilik. Perjumpaan seterusnya akan diadakan pada pukul lima petang selepas tea‐break.
Masa yang ada akan digunakan dia berehat di bilik. Badan sudah terasa lenguh kerana duduk terlalu lama ketika seminar berlangsung.
Selesai mandi dan solat Zohor, Amir menuju ke balkoni untuk menikmati angin laut. Dia melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia. Telefon bimbit di tangan dihidupkan. Sewaktu seminar berlangsung, peserta tidak dibenarkan mengguna atau mengaktifkan telefon kerana tidak mahu mengganggu sesi yang diadakan.
Amir tersenyum sendirian mendengar tiga kali ton menandakan tiga SMS memasuki telefon.
SMS pertama dari Maizura, bertanya bila dia akan pulang ke KL. Amir segera membalas SMS
tersebut.
Amir teringatkan isterinya yang sudah tiga hari ditinggalkan. Amir memujuk hati yang
kerinduan. Esok dia akan kembali ke KL selepas makan tengahari. Esok merupakan hari terakhir
seminar.
Amir tersentak setelah membuka SMS kedua. Dari satu private number. Dia amat terkejut
melihat paparan di skrin telefon. Paparan suasana makan tengahari di sebuah restoren. Wajah
Maizura jelas kelihatan. Sedang berbual‐bual dengan seorang lelaki. Berderau darah
Amiruddin melihat senyuman Zaidi yang meleret hingga ke pipi.
Amir kenal suasana di restoren tersebut. Sebuah restoren yang biasa dikunjungi bersama
Maizura untuk makan tengahari. Restoren berdekatan pejabat. Persoalannya, kenapa Zaidi ada
di situ? Adakah Zaidi sengaja datang menemui Maizura? Atau pertemuan antara mereka hanya
satu kebetulan?
Amir menghembus nafas kasar. Pantas jemarinya mendail nombor telefon Maizura. Seketika
kemudian dia menamatkan panggilan. Telefon Maizura tidak aktif.
Amarah dan cemburu Amir kian berkobar. Tertanya‐tanya sendiri adakah Maizura masih
bersama Zaidi? Amir segera menelefon ke pejabat bertanyakan tentang Maizura. Sarah,
setiausaha isterinya memaklumkan Maizura melawat tapak projek bersama Dato’ Mokhtar.
Amir kembali merasa lega. Amir tahu Maizura. Amir kenal isterinya itu. Maizura tidak akan
sesekali mengkhianati dia. Jadi itu bermakna Zaidi yang mencari isterinya. Dan kebetulan pula
pada waktu itu dia tiada di KL.
Amir berdengus kencang. Amarahnya kembali membuak‐buak. Marah pada Zaidi yang
dianggap sengaja mencari nahas.
Sebelum masuk ke dewan seminar, Amir sekali lagi menelefon Maizura. Agak lama dia
menunggu sebelum suara lunak manja isterinya singgah di pendengaran.
“Abang... maaflah. Abang call Zura tadi, ya? Zura tak perasan telefon mati. Lupa nak charge.
Emm... Zura dah dapat mesej dari abang. Abang nak Zura jemput abang kat airport ke?” ceria
suara Maizura setelah menerima panggilan dari suaminya. Ketika itu dia sedang berkemas
untuk pulang.
“Emm... tak apalah. Abang boleh ambil teksi. Zura sihat?” tanya Amir.
Mendengar suara Maizura membuatkan amarahnya terus hilang. Bagaikan api yang marak
disiram salju. Itulah kelebihan Maizura. Suara yang lunak dan manja itu boleh menceriakan
hatinya.
“Zura sihat. Abang dah makan? Emm... ada perjumpaan lagi ke?”
“Emm... lima minit lagi. Abang baru ambil tea‐break. Zura makan apa tengahari tadi?” Amir
sengaja bertanya. Ingin melihat kejujuran isterinya.
Mendengar soalan itu Maizura tiba‐tiba merasa gugup namun dikawal jua.
“Zura makan biasa aje. Emm... esok abang dah balik. Nanti kita jumpa kat rumah, ya. Zura kena
letak phone dulu. Papa dah tunggu Zura tu,” beritahu Maizura.
Dia merasa lega kerana tidak perlu bercerita panjang tentang pertemuan dengan Ziela
sewaktu makan tengahari tadi. Sungguhpun begitu dia tetap akan memberitahu Amir apabila
suaminya pulang.
“Iyelah. Emm... kereta tak siap lagi ke?”
“Belum. Mungkin lusa baru siap,” beritahu Maizura.
Amir mengangguk sendirian. Keretanya masih berada di bengkel untuk diservis kerana
mengalami masalah enjin.
“Okeylah. Abang pun dah nak masuk bilik seminar ni. Jaga diri baik‐baik ya. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Amir mematikan talian. Hati mula terbit rasa sangsi kerana Maizura langsung tidak menyebut
tentang pertemuan dengan Zaidi. Mungkin waktu yang terhad membuatkan isterinya tidak
sempat bercerita. Atau mungkin Maizura tidak mahu bercerita kerana beranggapan dia tidak
tahu.
Amir mengeluh lagi. Bergalau!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan