Label

Ahad, 20 November 2016

CERPEN Cerita Cinta Kita

Aku dan kenangan
Semalam telah berlalu,
Yang tinggal hanya kenangan,
Aku,dia dan engkau,
Dalam cerita yang sama
Meneroka alam yang sama
Berlari di medan yang sama
Berasmara di layar yang sama.
Kemudian kami berlari
Mengngejar kehidupan yang datang
Kam jatuh kemudian kami bangun
Kami rebah kemudian kami bangkit,
Kami pasrah dan redha
Atas ketentuan takdir
Kerana kami pasti
Hidup,mati,jodoh dan rezeki
Adalah darinya.
Cerita cinta kita.

Bunyi hujan yg gemertap di bumbung seakan bunyi resah hatiku. Tiada kicauan burung ataupun bunyi unggas tatkala ini..yang ada hanyalah dengus sesak dari nafasku..kenangan yang ingin aku lupa namun tidak mampu itu seringkali menerjah kotak ingatan..aku lemas,sesak namun pasrah. Aduhai hati tabahlah engkau,kuatlah semangat demi sebuah kehidupan di alam fana ini. Walaupun onak duri dan ombak besar menganas akan aku tempuhi jua...

Hassan,nama yang tak asing dalam hidupku dari zaman kanak‐kanaku lagi sehingga aku meningkat remaja. Tatkala kecilku Hassan menjadi pelindungku kerana umurya tiga tahun lebih tua dariku.. Apatah lagi Hassan mempunyai tubuh badan yg agak besar dari kanak2 lain.

Rumaku dan rumah Hassan bersebelahan. Dialah teman aku main masak2,main galah panjang dan main teng‐teng. Seharian kami habiskan masa bermain bersama. Bila ada kerja sekolah kami akan buat bersama.

Masa berlalu begitu pantas. Remaja menjarakkan kami. Hukum islam melarang kami bersama seperti dulu,kerana kami bukan muhrim. Apatah lagi bapaku seorang imam di kg tempat aku tinggal. Aku semakin jarang bertemu Hassan. Aku sekadar mengikuti perkembangan hassan melalui ibu.



Keputusan sijil pelajaran Malaysia di umumkan hari ini. Entah kenapa hatiku berdebar kencang. Hassan pasti akan hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan. Aku yang berada di tingkatan tiga di sekolah yang sama dengan Hassan juga merasa tidak sabar untuk mengetahui keputusan peperiksaan Hassan. Malah bukan aku sahaja yang ternanti-nanti bahkan seluruh warga sekolah juga kerana Hassan adalah pelajar harapan sekolah.

Hassan juga adalah ketua pengawas di sekolah tersebut. Hassan seorang pelajar yang sangat
berwibawa dan menjadi kesayangan guru juga pelajar. Di sekolah Hassan menjadi igauan pelajar2 perempuan.Hari itu aku sendirian ke sekolah kerana ayah keluar kawasan,mengikuti kursus penyembelihan lembu di Johor baharu.selalunya ayah lah yang jadi pemanduku..

Aku telihat kelibat Hasaan,tapi perasaan malu yang kuat menghalang aku dari menegur Hassan..aku tau perasaan aku pada Hassan tidak dapat dapat di bohong..hatiku milik Hassan. Tapi aku tidak tahu hati Hassan milik siapa..

Waktu tamat persekolahan hari itu di adakan perhimpunan mengejut. Bagi memberi laluan Guru besar mengumumkan keputusan peperiksaan sijil pelajaran Malaysia. Hassan menjadi pelajar cemerlang dengan keputusan 10 A1. Dan ada tiga orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan juga mendapat keputusan yang sama. Aku merasa sangat gembira biarpun aku sekadar menjadi pemerhati dari kejauhan.

Aku pulang dari sekolah naik bas hari itu. Tanpa aku sedar rupanya Hassan juga berada di bas yang sama. Hassan menegurku. Bagai nak tercabut jantungku..

"hari ini ayah tak jemput ana balek sekolah"

"Tak" jawabku ringkas

"Ayah pergi mana"

"Kursus kat jb" jawabku lagi dalam getaran. Sejak aku bersekolah menengah inilah kali pertama aku dan Hassan bertegur sapa.

"Ana,marilah duduk sini.dah tak ada tempat kosong lagi dalam bas ni" Hassan mempelawaku.

Aku tidak dapat menolak kerana cuma itulah tempat duduk yang kosong.

"Ana,dah lama along nak sembang dengan ana, tapi tak pernah ada peluang. Along akan ke luar negara,nak kejar cita‐ cita along. Ana tunggu along balik ya. Ana janji dengan along jangan ada orang lain dalam hati ana. Sebab along nak duduk sorang2 dalam hati ana. Ana kena tunggu along sebab cuma ana yang ada dalam hati along."

Along adalah nama manja Hassan di rumah kerana dia anak sulung dari empat orang adek beradik. Aku tergamam tidak tahu nk jawab apa. Rupanya selama ini aku tidak bertepuk sebelah tangan.
Sampai di kampung kami turun bersama dan pulang kerumah jalan kaki bersama. Itulah saat yang paling indah dalam hidupku. Hatiku bernyanyi riang.

Burung camar di lautan
Terbang bebas di awan
Bersiul merdu
Berlagu rindu
Ingin sekali
Kupintal awan
Untuk ku ukir namamu
Ombak menjadi milikku
Tinggallah pantai menangis sayu..

Hassan akan keluar negara. Hari itu aku,ibu dan ayah kerumah Hassan menghadiri kenduri doa selamat. Aku hanya memerhati dari kejauhan walaupun terkadang mataku dan mata Hassan sesekali bertembung. Ada rasa yg tak dapat di gambarkan dengan kata2 setiap kali kami berpandangan kerana ada rasa yang mengalir di jiwa. Majlis berakhir dengan sedikit jamuan dan dalam kesempetan itu Hassan menemui aku yang sedang makan seorang di satu sudut rumah Hassan.Ibu dan ayah sebuk bersembang denagan ibu bapa Hassan.

"ana,janji ya jangan ada orng lain dalam hati ana. Tunggu sampai along habis belajar. Ana belajar betul2 capai cita2 ana..insha allah, Along akan balek dengan kejayaan untuk kita berdua. Doakan kejayàan along dan cinta kita. Along sayangkan ana terlalu sayang. Janji ya ana"

Aku cuma mampu mengganguk lesu. Air mata terumpah jua walaupun cuba ku tahan. Hassan menghulurkan sampul surat putih padaku. Aku ambil.

"Ana baca bila sampai rumah ya.simpan surat ini sebagai janji along"aku angguk lagi. Tiada bicara yang mampu aku lontarkan buat insan tersayang di depanku. Ibu memanggilku untuk balek. Hassan menghatar aku dengan pandangan kosong yang sayu dan hiba. Entah bila aku akan jumpa lagi...keluhku dalam hati..

Malam itu tidurku tak lena. Berulang kali aku baca surat Hassan.

Ana sayang,

Along nak pergi jauh. Esok along akan tinggalkan ana,ibu ayah dan adek beradik along. Along akan tinggalkan desa ini demi cita‐cita along. Along akan tinggalkan tempat permainan kita dulu yang along tak pernah lupa. Along terlalu sayangkan ana. Along berjanji akan setia pada janji along dan selesai tugas along sebagai pelajar along akan pulang dengan kejayaan dan along akan sunting ana menjadi suri hidup along. Ana jaga hati along yang along tinggalkan pada ana.. Jangan sesekali ana berpaling darinya....

Sekian dari along.

Mohamad Hassan

P/s...andai ada cinta sehebat cinta Muhamad kepada Khadijah begitulah jua cintaku padamu. Aku lipat surat Hassan. Aku simpan. Aku baca lagi aku simpan. Begitulah aku yang terperangkap dalam cinta di usia yang terlalu muda.

Masa berlalu pergi. Hassan masih berada di kejauhan. Bila cuti semester Hassan tidak pulang ketanah air. Dia berkerja sambilan di sana.

Aku semakin meningkat remaja. Wajah ibu yang aku warisi menjadi kegilaan remaja sebayaku di kampung dan di sekolah. Namun cinta Hassan mengatasi segalanya. Aku setia pada janji. Aku juga berharap begitu pada Hassan.

Keputusan peperisaan sijil peperiksaan Malaysiaku cemerlang yang melayakan aku di terima melanjutkan pelajaran di maktab perguruan Seri Kota di Kuala Lumpur. Aku menamatkan pengajian empat tahunku tanpa halangan. Alhamdulillah aku dah bergelar cikgu.. Cikgu Rozana Ismail...

Ayah bangga denganku. Aku anak yang mendengar kata. Menurut segala kata ayah. Ayah yang mahu aku jadi guru walaupun pada mulanya aku tak berminat menjadi warga pendidik. Atas nasihat ayah aku turutkan saja kehendak ayah.

Ibu kerumah ibu Hassan membantu ibu Hassan yang akan mengadakan majlis doa selamat untuk menyambut kepulangan Hassan. Tujuh tahun Hassan tak pulang ke kampung. Menurut ibu ,Hassan akan pulang pada esok hari. Malam itu tidurku tak lena..Rinduku pada Hassan tidak dapat terbendung lagi. Entah kenapa sejak dua tahun lepas tiada lagi surat penganti diri dari Hassan. Sepi dan terus menyepi Hassan dari hidupku.. Hassan sebuk barangkali..tugas seorang pelajar di tahun akhir adalah sangat mencabar kerana aku juga telah melaluinya.Aku buka surat Hassan. Aku baca,hatiku berbunga riang. Esok akan menjelma. Hassan akan pulang.

Macamana agaknya wajahnya sekarang..rindunyà pada senyumannya,pada pandagan matanya yang redup,pada tutur bicaranya yang sopan. “ahh mata tidurlah. Usah mengenang orang yang jauh”. Gesah dalam hati kecilku Hari yang di nanti dah tiba. Malam tu hujan renyai2. Ayah ku sebagai imam kampung membaca doa selamat untuk kepulangan Hassan di rumah keluarganya. Aku dan ibu menjadi tetamu pada majlis itu.

“Hassan belum sampai lagi”. bisik hati kecilku..ingin aku bertanya pada ibu Hassan terasa malu
la pula. Tak apa lah tunggu la sekejap lagi. Pasti Hassan akan muncul.

Tetamu mula bersurai tapi Hassan belum juga muncul. Hatiku gelisah bukan kepalang mengalahkan ibu Hassan pula aku ni. Ibunya pun tidak segelisah aku. Tenang aje ibu Hassan bersembang dengan ibuku. Ibu memimta diri untuk pulang walaupun aku belum mahu pulang. aku nak tunggu Hassan. bisikku dalam hati .lama dah aku tunggu saat ini. Tiba‐tiba ada teksi airport berhenti di halaman rumah Hassan.

Pintu teksi di buka. Hassan keluar. Gembiranya aku walaupun aku hanya mampu melihat dari kejauhan. Aku tidak menyambutnya kerana aku bukan siapa‐siapa di dalam keluarga ini. Aku cuma jiran sebelah rumah sahaja. Hassan memeluk ibunya,kemudian bapanya dan adik beadiknya. Suasana menjadi sayu sekali. Hassan agak kurus dan wajahnya yang penuh dengan jambang nampak tua dari umurnya. Hassan memandangku. Ada rasa getar di hatiku. Hassan tidak menyapaku,tidak bertanya pun khabar aku..setelah tujuh tahun tidak bertemu aku masakan dia tidak rindu padaku..bisik hati kecilku.

Aku berlari pulang kerumah. aku menangis semahu2nya. Sandiwara apakah yang sedang berlaku ini. Di mana janji2 mu dulu. Apakah ini balasan atas kesetiaan aku. Di mana salah dan silapku. Kenapa kau dustai aku. Air mataku tidak dapat di bendung. Mengalir deras bagai air hujan musim kemarau.

Malam itu aku tidak dapt melelapkan mata walau sepicing pun. Masih segar dalam ingatan Hassan memimpin tangan seorang perempun yang sedang mendukung bayi..siapakah perempuan itu...isterinya kah...aku tergamam bila di kenalkan padaku..

"Ana,kenalkan ini anisah isteri along" bagai letupan bom atom yg mengegar hirosima ku rasakan...aku terpana memandang perempuan itu... Aku menangis semahu2 nya sehingga ke esokan harinya aku terpaksa mengambil cuti sakit selama dua hari.

Ingin aku pergi darimu
Tapi aku tidak mampu
Ingin aku lupakanmu
Tapi aku rindu
Sandiwara ini
Terlalu sukar bagiku
Untuk terima segalanya
Untuk faham segalanya
Untuk mengerti segalanya
Terlalu sukar
Dan
Sukar sekali.....

Aku terima sepucuk surat yang di alamatkan kerumahku..perlahan aku buka..

Asalamualaikum ana.

Maafkan abang kernana merahsiakan perkara ini dari ana. Segalanya berlaku tanpa di rancang. Mungkin tika ini ana terlalu benci pada abang kerana mungkir janji. Bagaimanakah abang harus membayar balik segala kesetiaan ana pada abang..

Ana,

Jangan biarkan rasa benci bersarang di dada ana,itu tidak baik untuk kesihatan. Cukuplah biar abang yang tanggung beban dosa kerana mungkir janji...percaya lah ana..hingga saat ini kasih sayang dan cinta abang maseh untuh buat ana seorang. Itu abang tidak pernah mungkir janji.biarlah abang tulis kesah abang bagaimana semuanya ini bermula..

Ana,

Ingatkah ana pada anisah pelajar dari sekolah kita dulu yang sama2 mendapat peluang melanjutkan pelajaran bersama abang. Dialah yang kini menjadi isteri abang.

Semasa di luar negara anisah menjadi pelajar yang menjadi igauan pelajar senior. Dia lupa diri dan menerima kejutan budaya. tahun pertama kedua dan ketiga dia masih lagi menjadi pelajar.hidupnya tidak ubah seperti orang putih. Bertukar kekasih,ke kelab malam sudah menjadi rutin hidupnya. Masuk tahun ke empat hidupnya mula huruhara.kadang kekelas kadang tidak..pelajaran mula di abaikan. Akhirnya dia di buang universiti kerana sering gagal dalam ujian..hidupnya semakin liar. sudah tidak boleh di nasihati. Abang cuba juga cuba menasihatinya tapi di anggap sepi. Di maki hamun adalah. Satu hari tu abang berada di bilik tidak ke kelas. Abang mendapat satu panggilan dari kawan anisah katanya anisah menelan ubat tidur secara berlebihan. Dia di kejarkan ke hospital. Keadaan Anisah kritikal dan nyawanya dalam keadaan bahaya. Jika anisah sedar maka dia akan pulih jika dia tidak sedar besar kemungkinan anisah akan pergi buat selamanyà. Abang merasa bertanggungjawab kerana kami jauh dari keluarga. Abang jaga Anisah sepanjang Anisah koma selama seminggu.

Allah kabulkan doa abang. Akhirnya anisah sedar. Anisah cuba melarikan diri dari hospital. Abang pujuk. Abang janji akan bantu dia. Akhirnya anisah di benarkan keluar hospital. Apa yang memeranjatkan abang rupanya anisah mengandung anak luar nikah hasil hidup bersekedudukan dengan orang putih di sana. Mustahil orang putih tersebut nak bertangunggjawab. Anisah cuba menggugurkan kandungan.ini kali yang kedua kandungan anisah yang cuba di gugurkan tapi kali ini tak berjaya. Anisah nekad bunuh diri. Apalah yang mampu abang lakukan untuk seorang sahabat.. Abang terpaksa mengambil anisah menjadi isteri abang. itulah sedikit pengorbanan abang untuk menyelamatkan umat Muhammad. Dan sejak itu abang tidak lagi berjanji apa‐apa dengan ana. Abang rasa sangat bersalah dengan ana. Sebab itulah abang tidak lagi mengirim surat pada ana. Abang harap ana ampunkan abang. Jika ana sudi abang sanggup ambil ana sebagai isteri kedua abang. Itu janji abang pada anisah. Dia kena terima ana jika mahu abang terima dia.

Semoga dengan penjelasan abang ini ana mengampunkan dosa abang. Abang harap ana masih mahu berkawan dengan abang..

Yang mengharap,
Mohamad Hassan.

Laju airmataku mengalir. Rindu mengusai diri. Terhimpit oleh rasa bersalah dan benci. Aku beristifar panjang..kutadah tangan ke langit memohon Allah bukakan ruang untuk aku befikir dengan tenang,membuang rasa benci yang bersarang.

Minggu berganti bulan...bulan berganti tahun..permohonan aku melajutkan pelajaran ke luar negara untuk phdku di luluskan pehak kementerian.

Esok aku akan pergi... pergi tinggalkan kenangan, desa, ibu,ayah dan adek beradikku. Biarlah aku pergi untuk melupakan segalanya andai aku mampu..

Empat tahun aku berhempas pulas,menghabiskan kajianku akhirnya aku berjaya dengan cemerlang.aku semakin lupa usiaku semakin meningkat. Bukan tidak ada jejaka yang cuba mendekatiku...semuanya ku pandang sepi..tiada siapa yang dapat mengantikan cintaku pada Hassan.

Aku pulang ke negara tercinta. Di sambut ibu dan ayah serta adik beradikku dengan linangan airmata..bukan rasa gembira kerana aku dah pulang...

"kenapa semua sedih ni" soalku

"Maafkan emak ana,mak tak tau cerita ana dan Hassan" kata mak

"jauh sekali ana bawa diri...mak ingatkan ana dah tak nak balek ke tanah air"sedih sekali bicara ibu.

"kalau ibu tak terbaca surat2 dari along untuk ana smpai sekarang ibu tak tahu ana dan along pernah bercinta" aku tersenyum hambar.

Aku tiba di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Kampung yang aku tinggalkan tidak terasa asing bagiku. Aku rindu saat itu.

Sepanjang ketiadaanku Hassan sering bertemu ibu bertanyakan tentang aku. Ibu merasa ada sesuatu antara aku dan Hassan. Jika tidak masakan Hassan mengambil berat tentang aku. Ibu masuk ke bilik aku mencari sesuatu yang mengaitkan aku dengan Hassan. Ibu terjumpa kotak tempat aku menyimpan segala kenagan silam aku bersama Hassan. Dari situlah ibu tahu segalanya,kenapa aku sering menolak lamaran demi lamaran dan barulah ibu tahu kenapa aku membujang hingga kini. Ibu merasa ada sesuatu antara aku dan Hassan. Ibu Hassan pernah juga menyatakan hasrat untuk merisik aku sewaktu aku berada di maktab dulu tapi di tolak ibu...ibu kata biarlah ana habis belajar dulu...kalaulah ibu tahu ana dan Hassan ada hubungan cinta pasti ibu tak menolaknya...keluh ibu.. Aku tidak tahu menahu cerita itu. Ya hatiku telah ku ubati. Ubat hati ada lima.

Baca alquran dan maknanya
﴾Berserta tajwid﴿
Solat malam
Bersahabat dengan orang soleh/solehah
Perbanyakan puasa sunat
Perbanyakan zikir

Alhamdulillah.bila aku amalkannya...hilang rasa benci dan amarah yg membara. Aku masih lagi
berjaga seusai solat tahjud. Aku merenung sekujur tubuh yang terbaring lena..ku tatap wajahnya...aku rela walaupun seribu tahun menantimu abang.Bisikku dalam hati.... Hassan yang kehilangan isterinya empat tahun lalu akibat kancer servik kini menjadi miliku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan