Label

Sabtu, 19 November 2016

NOVEL Di Sebalik Talian Bab1

Bunyi hujan turun kedengaran, memecah kesunyian di sekitar tempat saya bekerja, sekaligus mengatasi bunyi deringan telefon yang tidak berhenti sepanjang masa. Maklumlah, kerja sebagai operator memang akan dengar bunyi “ring‐ring” itu setiap masa. Malam pun tidak kurang juga beza daripada pagi. Asyik‐asyik dengar bunyi telefon. Bangun “ring‐ring”, tidur pun sampai termimpi‐mimpi bunyi itu.

Saya mengeluh kecil. Saya sekarang kerja syif malam, daripada pukul 8pm sampailah pukul
6am. Syif kami terbahagi kepada 3 bahagian: 6am‐1pm, 1pm‐8pm, dan 8pm‐6am. Syarat kerja sebagai operator terutamanya operator di hospital besar seperti Hospital Queen Elizabeth ini ialah bila sudah duduk di depan telefon dan komputer, tidak dibenarkan makan. Jadi kalau mahu mengelak daripada kena gastrik ke apa, kenalah makan awal‐awal. Nasib baik saya ini jenis yang tahan lapar, jadi saya tiada masalah dalam bab pasal makan ini.

Setiap syif ditempatkan 3‐4 operator, biasalah, hospital besar kan. Nampak sahaja banyak dan cukup tapi kesibukannya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Lebih‐lebih lagi kalau ada kes
kemalangan, habis satu bangunan digoncangkan dengan bunyi telefon yang tidak henti‐henti.

Saya sendiri telah bekerja sebagai operator hospital selama 2 tahun. Mahu kataenjoy tu taklah juga, tapi saya tidak juga rasa kronik sangat sampai saya mahu letak jawatan. Saya sudah pasrah awal‐awal dengan kerja ini, jadi mahu tidak mahu saya teruskan sahaja. Sebenarnya saya ini bekas graduan daripada Universiti Malaysia Sabah ﴾UMS﴿ dalam bidang sains sosial. Ya, pasti kamu rasa pelik kan, orang berijazah sains sosial kerja sebagai operator hospital kan?

Saya memang telah cuba cari kerja yang sesuai dengan ijazah saya tapi tiada hasil. Berbulan-bulan saya tanam anggur di rumah saya yang terletak di Kepayan, Sabah. Sampaikan mak saya dah bising‐bising dengan saya, tak dapat duduk senang tengok saya goyang kaki sahaja di rumah.

Setelah gagal mencari pekerjaan yang sesuai, akhirnya pada suatu hari saya nampak satu iklan kerja sebagai operator hospital. Saya sebenarnya mengambil masa seminggu samada saya mahu memohon atau tidak kerja itu. Seminggu kemudian, dengan berbekalkan ilmu yang tidak seberapa ini saya memberanikan diri untuk pergi ke HQE untuk temu duga. Tanpa disangka, esoknya saya telah dipanggil untuk mula bekerja serta‐merta memandangkan mereka memang sangat perlukan seorang operator masa itu. Jadi itulah kisah saya yang membawa saya ke masa sekarang ini.

Sejujurnya, sejak saya kerja, saya jarang sangat keluar dengan kawan‐kawan ﴾sebenarnya saya memang tiada kawan pun tapi saya saja tidak mahu mengaku﴿. Bukan apa, tapi kerja sebagai operator ini penat. Penat bercakap tak henti‐henti, penat melayan karenah si pemanggil, penat mahu bertengkar dengan mereka yang tidak pandai faham‐faham bahasa, penat kena marah pun ada juga. Biasanya para doktorlah yang kuat marah dengan kami si operator ini. Kalau mood saya masa tu tidak bagus, memang saya lawan saja marah mereka itu, apa saya peduli kalau yang si pemanggil itu pakar. Lagipun mereka bukannya kisah pun pasal kami yang low class ini.

Tetapi bukan semua pemanggil bersikap begitu. Ramai juga yang mesra, lembut orangnya.
Yang pemanggil begitulah yang selalu menyejukkan hati saya.

Paling saya tidak dapat lupakan ialah satu panggilan yang saya terima beberapa minggu yang lalu. Masa itu saya syif malam, saya tidak cukup tidur jadi saya memang terlelap setiap dua tiga minit. Tiba‐tiba bunyi deringan telefon mengejutkan saya daripada mimpi saya itu. Rasa nak hempas telefon pun ada tapi nanti saya juga yang kena keluarkan duit untuk bayar ganti rugi.

Saya mengeluh sambil dalam fikiran saya ajukan soalan yang sama: Siapa suruh mahu jadi
operator hospital?

“Hello, selamat petang, Hospital Queen, ada saya boleh bantu?” Saya ucapkan ayat keramat itu sambil menguap besar, saya tidak sedar saya berbuat demikian sehinggalah saya dengar suara ketawa di telinga saya. Saya mula rasa merah membara di pipi saya. Malu tahu tak?

“Sorry, sorry. Saya tidak bermaksud mahu ketawa,” ujar si pemanggil yang bersuara garau itu.

Atas sebab yang tidak diketahui, suara itu membuatkan jantung saya berdegup dengan
pantas. Pelik. Selama 2 tahun ini tidak pernah saya alami perasaan sebegini. Saya menelan air liur dan mengelipkan mata saya berkali‐kali.

“Kamu mahu minta sambung ke mana?” Saya bertanya dengan suara profesional.

”Minta sambung ke wadortho boleh?” Suara itu lagi. Tanpa disedari saya tersenyum lebar.

“Dengan siapa saya bercakap ini?” Soalan itu keluar daripada mulut saya sebelum saya sempat menghentikannya. Apakah.....? Saya ketuk kepala saya dengan tapak tangan saya, rasa bodoh sangat. Apakah relevannya saya bertanya siapa dia, tak berkaitan pun?

“Saya Dr. Stephen Marcus. MO surgery.” Fuh! Nasib baik dia tidak tengking saya. Hmm, nama cantik. Tak pernah dengar pun. Mesti doktor baru ini.

“Okay, tunggu sebentar ya,” jawab saya dengan suara yang berketar sedikit.

“Okay, terima kasih cik, lepas syif tidur dengan baik okey?” Tegur Dr. Stephen sebelum saya
sempat menyambungkan panggilan dia. Saya tersentap sejenak. Belum pernah seorang
pemanggil pun yang berkata sebegitu dengan saya. Tak pernah, okey? Saya rasa terharu
sangat dengan sikap Dr. Stephen yang bertimbang rasa itu, ada juga sedikit air mata muncul di celah mata saya tapi saya cepat‐cepat lap sebelum rakan sekerja saya perasan tentang itu.

Sejak hari itu entah mengapa suara garau Dr. Stephen itu selalu terngiang‐ngiang di fikiran
saya. Pernah beberapa kali saya mimpi akan suara itu. Memang tidak dapat saya jelaskan
perasaan itu. Saya tidak tahu sebab saya tidak dapat lupakan suara itu. Setiap kali dia kol di
talian yang saya urus, saya akan tergagap sebentar dan dia akan ketawa kecil dan sempat
mengusik saya sebelum dia mengatakan tujuan dia kol. Setiap kali panggilan itu berakhir saya akan tersengih‐sengih sampaikan rakan sekerja pandang saya semacam sahaja. Saya tidak beritahu mereka tentang itu atas sesuatu sebab. Saya rasa pengalaman ini sungguh istimewa yang saya tidak mahu kongsi kepada orang lain. Lagipun saya bukannya rapat sangat dengan mereka, jadi lebih baik saya simpan private life saya elok‐elok di fikiran saya.

Pernah beberapa kali saya rasa mahu sahaja siasat bagaimana rupa sebenar Dr. Stephen ini. Kalau saya cari di Facebook pun bukannya senang. Nama Stephen Marcus tu common okay. Takkanlah kamu expect saya naik ke wad surgeri dan tanya staf di sana tentang dia. Malu oh saya nanti! Terpaksalah saya hidup setiap hari dengan persoalan yang mungkin tidak akan terjawab sampai bila‐bila pun.

Lamunan saya tersentak dengan satu panggilan. Saya merungut keseorangan, mood down
pula dikacau.

“Selamat petang, HQE, ada apa saya boleh bantu?” Saya menutup mulut saya untuk mengelak daripada menguap terang‐terangan depan pemanggil.

“Hai cik adik, Dr. Stephen ni,” suara garau itu lagi! Saya hampir terlepas telefon itu daripada
genggaman saya. Nasib baik saya sempat pegang erat telefon itu, kalau tidak tambah lagi satu insiden memalukan saya di depan dia. Oh Tuhan, kenapakah dia beri saya effect sebegini? Saya hampir tidak dengar soalan dia yang seterusnya, “Siapa bah nama kamu ini?” Wah, loghat Sabah! Saya mati‐mati ingat dia ini orang Semenanjung atau Sarawak. Rasa impress dengan dia makin meluap‐luap pula.

Rasa dilema bercampur aduk di sanubari saya. Saya mahu bagitahu nama saya, tapi pada masa yang sama saya ini sedang bekerja dan perlu profesional. Tapi, Dr Stephen bah itu! Kamu rasa sampai hatikah saya untuk enggan menjawab persoalan dia yang innocent itu? Agak lama jugalah saya mendiamkan diri sampailah dia bercakap lagi, “Sorry cik adik, saya terlepas cakap pula. Okay, boleh sambungkan saya kepada H.O yang bernama Jeffrey Lim? Saya tiada nombor telefon dia. Saya mahu marah dia, dia menghilangkan diri. Tidak patut betul, haissssss.”

Saya hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Dia ini mesti masih tidak tahu lagi yang
HQE tidak ada senarai nombor telefon H.O ﴾house officer﴿. “Maaf Dr., kami di sini tiada senarai H.O oh. Dr. kena tanya staf atau H.O lain kalau macam ni.” Kenapalah dia ini comel sangat?

Sempat pula dia mengeluh dengan saya, rasa macam kami ni geng pula.

“Oh, tidak mengapalah. Terima kasih. Nampaknya saya kena cari seluruh hospital lah ini. Kesian saya. Okeylah, cik adik kamu jangan lupa makan lepas syif habis okey?” Jawab dia dengan suara lembut. Saya cuma tersenyum dan mengucapkan selamat tinggal dengan dia. Memang dia ini sangat lain daripada yang lain. Dia dahlahoncall, sempat lagi dia ambil berat terhadap saya. Saya menggelengkan kepala. Entah‐entah dia buat benda yang sama dengan operator yang lain kot? Jadi sudah‐sudahlah saya perasan itu. Saya kembali terlelap sepanjang malam itu. Nasib baik malam itu kira cool sahaja, jadi kurang panggilan dibuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan