Keriangan jelas terpamer di wajah Irina. Slip keputusan peperiksaan SPMnya ditenung seperti tidak percaya. Berkat usaha gigihnya selama ini, keputusan yang diperolehi begitu memberangsangkan. Irina memanjat kesyukuran pada yang Esa. Laila yang tiba – tiba muncul di sebelahnya dipeluk erat. Laila menyeringai kerana terkejut dengan perbuatan spontan rakannya itu.
“Alhamdulillah Laila! Aku dapat straight A’s plus!!” Pelukannya pada Laila dirungkaikan. Bersinar
– sinar anak mata Irina memandang Laila. Laila yang mendengar berita gembira itu menjerit kesukaan.
“Really?! Congrates Irina! You are such a brilliant girl!” Laila tumpang gembira.
“Thanks. Result kau pula macam mana?”
“Taklah segempak kau. Aku dapat 7A1, 1A2 dengan 2B3 je…” kendur sahaja suara Laila tatkala
memberitahu keputusannya kepada Irina.
“Tahniah Laila! Hebat apa result kau… sure mak dan ayah kau bangga dengan keputusan SPM kau!” bidas Irina. Laila tersenyum kelat. Dari jauh kelihatan Aizat dan Harris mendekati mereka.
“Tahniah Irina. Dengar dapat straight A’s plus daripada kawan – kawan…” Aizat membuka bicara. Irina tersenyum. Laila disebelahnya tersenyum sumbing apabila melihat Harris di sisi Aizat yang seperti tidak melihat kewujudannya.
“Terima kasih. Aizat macamana pulak?” Irina berbasa – basi. Segan apabila berita keputusannya yang cemerlang digembar – gemburkan. Baginya itu semua anugerah Ilahi.
“Biasa – biasa je. Tak sehebat Irina. 8A1 dan 2A2.” Jawab Aizat lembut. Mata Laila membulat.
Aizat juga bukan calang – calang orangnya. Hebat seperti Irina juga!
“Congrates Aizat! Awak pun dasyat juga. Tak jauh beza dengan saya jugak, still straight A’s.” Irina tersenyum.
“Berkat daripada Allah, Irina.” Bidas Aizat.
“Harris?” Laila memberanikan diri untuk bertanya. Harris yang melihat semua mata tertumpu padanya tidak dapat mengelak. Mahu atau tidak dia terpaksa menjawab pertanyaan Laila.
“8A1 2B3…” jawab Harris ringkas. Nampaknya Harris juga bergeliga otaknya walaupun luarannya nampak seperti tidak serius dan fokus di dalam kelas. Namun hasilnya nyata lebih baik daripada sesetengah pelajar biasa yang hanya menumpukan pada pelajaran semata –mata tanpa melibatkan diri dalam mana – mana aktiviti korikulum sekolah.
“So, shall we calebrate guys?” Laila bersorak. Lantas mereka yang lain memandang Laila.
“Asal tengok aku macam tu? Okay – okay I am not doing such an idiot thing again. Janji…” Laila mengangkat tangan seolah – olah berikrar. Dia tahu, kerana perkara yang lepas dirinya menjadi mangsa amarah rakan – rakannya itu terutamanya Irina.
“Okay. Tapi saya kena balik bagitahu Tok dan Tok Wan dulu. Tok Wan pun sebenarnya tunggu kat luar tu… dalam kereta.” Terang Irina.
“Then kita keluar terus lah. Naik kereta ayah saya. Saya drive hari ni, datang sini pun dengan Harris sekali.” Aizat pula memberi cadangan. Yang lain bersetuju.
“Kalau macam tu, saya bagitahu Tok Wan lah. Kesian pula dia tunggu lama di luar. Saya suruh balik tetap nak tunggu. Saya keluar kejap. Laila, ikut aku. Mak kau pesan suruh telefon dia kan? Dah call belum?” Irina mengingatkan.
“Sudah… lepas dapat result tadi aku terus call guna pondok telefon sana tu haa… aku cakap dengan dia aku nak keluar calebrate dengan kau. Memang dah niat pun…” Laila tersengih dengan penjelasan diberi. Pantas betul kalau bab nak merayap! Irina menggelengkan kepalanya.
Irina bergegas keluar daripada kawasan sekolah mendapatkan Tok Karim yang menunggu di dalam kereta. Bersinar – sinar mata lelaki tua itu Irina mengkhabarkan berita kejayaannya. Terus sahaja Tok Karim menadah tangan memanjat syukur pada Allah. Diusap kepala cucunya yang tersenyum gembira itu.
Irina meminta izin daripada Tok Karim untuk keluar menyambut kejayaan mereka bersama – sama rakan – rakannya di bandar Mersing. Diberitahunya mereka akan menaiki kereta Aizat. Tok Karim mengangguk. Dia tidak kisah kerana Irina memang jarang – jarang keluar ke bandar tanpa arah tujuan. Cucunya itu pandai membawa diri dan sentiasa meminta izinnya apabila mahu ke mana – mana.
Selepas bersalaman dengan Tok Karim, Irina bergegas semula ke perkarangan sekolah mendapatkan rakan – rakannya. Setelah itu, mereka bergerak bersama – sama menuju ke parkir kereta.
“Ada cadangan nak makan kat mana kali ni?” Harris meminta pendapat.
“KFC?” Laila menjawab. Irina mengangguk tanda setuju. Dia tidaklah secerewet mana perihal
makanan.
“Kau memang suka makan ayam eh Laila? Lama – lama aku tengok kau pun dah macam ayam.” Sela Harris.
“Banyak la kau punya ayam! Dah cepat lah gerak!” Laila menarik muncungnya apabila Harris menyakatnya begitu. Aizat dan Irina hanya tersenyum melihat tingkah kedua – dua rakan baik mereka itu. Tidak menunggu lama, Aizat memandu keretanya menuju ke bandar Mersing.
Setelah masing – masing selesai membayar harga makanan yang dipesan, mereka mencari tempat duduk yang sesuai untuk mereka berempat. Kebetulan, restoran itu lengang pada waktu begini, mudah bagi mereka untuk memilih tempat yang agak strategik untuk berbual –bual. Laila yang masih tidak berputus asa mahu memenangi hati Harris cepat sahaja mengambil tempat berhadapan Harris. Harris kelihatan tenang sahaja walaupun dia sebenarnya tidak berkenan dengan tingkah laku Laila yang agak lepas itu.
Sambil menikmati makanan yang dipesan, mereka berbual – bual tentang perancangan masa depan masing – masing. Irina dan Laila agak terkejut apabila Aizat mengkhabarkan dia sudah pun mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom dan akan bertolak ke sana pada bulan hadapan.
“Cepatnya? Result pun baru dapat kan?” soal Laila.
“Ayah aku dah uruskan semuanya. Guna forcast result daripada guru – guru berdasarkan peperiksaan percubaan SPM aku. Memang niat ayah aku nak hantar aku ke sana. Syukurlah sebab aku berjaya diterima walaupun gunakan result percubaan je.” Terang Aizat.
“Berapa tahun dekat London?” celah Irina.
“InsyaAllah kalau ikut schedule, lebih kurang enam tahun. Addition dengan buat foundation sekali. Tu yang lama.”
Harris pula tidak banyak soal. Mungkin dia sudah tahu kerana Aizat merupakan kawan baiknya. Harris lebih berminat untuk membelek – belek majalah yang dibelinya tadi.
“Wah!! Untung betul kau Aizat! Merasa nak bergelar doktor lepas ni… tapi cepatnya kau pergi. Sebulan lagi… So sekarang ni kita boleh buat parti perpisahan kau sekali la, Aizat.” bidas Laila.
“Hope we still contact each other. Sedih pulak rasa nak tinggalkan Malaysia.” Sayu sahaja suara Aizat.
Ya, dia berat mahu meninggalkan bumi Malaysia kerana hatinya sudah terpaut pada gadis di depan mata namun apakan daya demi cita – cita, rasa tersebut dipendamkan saja buat sementara waktu. Matanya tertumpu kepada Irina. Irina yang perasan Aizat merenungnya cepat – cepat mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Malu ditenung begitu.
Laila menghabiskan makanannya yang berbaki. Kemudian meminta diri untuk mencuci tangan. Ketiadaan Laila, Harris sempat mengerling Irina yang leka menyambung perbualannya bersama Aizat. Kejap – kejap Irina akan ketawa. Begitu juga dengan Aizat. Entah apa yang dibualkan, Harris malas mahu memasang telinga. Lagipun, dia tidak mahu mengganggu pasangan tersebut walaupun hatinya cemburu melihat kemesraan yang mulai terbit di antara mereka berdua.
Aizat yang perasan melihat Harris mendiamkan diri sejak tadi menepuk kuat belakang badan kawannya itu. Harris yang leka membelek majalah seperti mahu gugur jantungnya diperlakukan begitu.
“Wei…wei…ni apa main tepuk – tepuk belakang badan aku ni? Sakit la mangkuk!” Harris mengurut – urut belakangnya dengan tangan. Pijar! Irina yang melihat Harris berkerut – kerut menahan pedih tergelak kecil. Pelik juga dengan perangai Harris yang tidak banyak bercakap hari ini. Selalunya suara Harris saja yang sibuk mencelah orang bercakap sampai kadang kala menimbulkan geram di kalangan rakan – rakannya. Namun sikap selamba dan kelakar Harris sangat menghiburkan hati sesiapa sahaja terutamanya gadis – gadis sekolahnya.
“Jauh berangan?” Aizat menegur.
“Malas nak mengganggu…” Harris menjawab bersahaja. Matanya masih leka membelek – belek
majalah. Entah apa yang menarik minat Harris untuk menatap lama majalah tersebut berbanding berbual dengan mereka.
Laila sudah pun kembali ke meja semula. Irina terpaksa mengensot duduk di tempat Laila memandangkan Laila memintanya membuat begitu. Irina tanpa banyak soal hanya menurut. Bagi Irina tidak ada bezanya duduk di tempat Laila atau tempat asalnya tadi.
“Lepas ni kita nak ke mana? Ke Jeti Mersing nak? Kau tak pernah pergi sana lagi kan Irina?”
Laju saja pertanyaan Laila yang masih mahu berjalan – jalan. Yang lain hanya menurut lagipun masih banyak masa lagi untuk berjalan – jalan. Irina menggeleng. Sememangnya dia belum pernah menjejakkan kakinya di situ sejak tinggal bersama datuk dan neneknya di daerah Mersing itu. Lagipun dia bukanlah seorang yang kaki jalan. Selama ini dia hanya banyak duduk di rumah sahaja jika tidak ada aktiviti di sekolah. Paling tidak dia akan keluar bersama – sama mamanya.
“Macamana Irina? Nak tak?” Laila memandang Irina, dengan penuh mengharap.
“Okey lah.” Irina bersetuju.
Laila dan Aizat tersenyum. Nasib baik makcik ni nak pergi. Kalau tidak pandai – pandai kau la Aizat nak cari jalan!
Aizat memakirkan keretanya berhampiran dengan gerai – gerai yang berada di situ. Kawasan agak lengang memandangkan hari ini bukanlah hari minggu. Keluar sahaja dari pintu kereta, Laila terus mengajak mereka ke Dataran Pulau melihat pemandangan. Ada juga sekelompok pelancong asing daripada Korea sedang mengambil gambar di situ.
Pemandangan laut dari Dataran Pulau itu menambat hati Irina. Irina memang sukakan tempat sedemikian. Dia tidak suka suasana hiruk pikuk seperti di bandar – bandar besar. Jiwanya bukanlah di kota, dia sukakan tempat yang damai di mana tempat yang tidak mengejar kemewahan. Irina melayan perasaannya sendiri. Dia begitu asyik memerhatikan feri ‐ feri yang berulang – alik mengambil penumpang. Ada juga bot – bot yang baru pulang daripada menangkap ikan di laut.
Mersing kini bukanlah lagi sekadar perkampungan nelayan yang sunyi sebaliknya menjadi destinasi persinggahan yang semakin popular di kalangan pelancong dari luar dan dalam negara. Jeti Mersing juga merupakan terminal untuk para pelancong yang mahu ke pulau –pulau yang berhampiran seperti Pulau Tioman, Pulau Sibu dan Pulau Tengah. Kerja – kerja naik taraf di kawasan itu benar – benar memberi tuah kepada penduduk tempatan di mana mereka boleh mendapatkan sumber pendapatan lebih daripada aktiviti – aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan bagi para pelancong yang mengunjung di situ.
Melihat wajah Irina yang tenang dan leka memerhatikan laut, Aizat membisikkan sesuatu kepada Laila. Harris yang leka mengambil gambar – gambar menggunakan kamera telefon bimbitnya tidak mengendahkan mereka berdua. Laila mengangguk – angguk. Kemudian dia tersenyum. Sempat dia mengenyitkan mata kepada Aizat.
“Harris, jom teman aku beli keropok!” Laila terus sahaja menarik Harris yang sibuk mengambil gambar. Terkejut apabila Laila tiba – tiba menariknya pergi. Mahu membantah, malu kepada orang – orang di sekeliling mereka.
Sepeninggalan Laila dan Harris, Aizat menghampiri Irina. Tepukan di bahunya mengejutkan Irina yang terleka. Lantas Irina mengurut dada.
“Maaf…” Aizat menggosok kepalanya. Tidak sangka kerana dia membuatkan Irina terkejut sedemikian.
“It’s ok…” Irina senyum.
Angin sepoi – sepoi petang itu begitu mendamaikan. Irina yang tidak tahu mahu berbual apa dengan Aizat cuma mendiamkan diri. Aizat berdehem. Mata mereka saling bertaut apabila Irina berpaling melihat Aizat. Irina tertunduk malu.
“Irina…” Aizat memulakan bicara.
“Ya saya… kenapa?” Irina memandang Aizat. Menunggu apa yang ingin diperkatakan oleh Aizat.
“Saya… saya…” Aizat tergagap – gagap mahu menuturkan apa yang bermain di benak fikirannya. Seolah – olah terlalu sukar untuk menyusun kata – kata.
“Awak nak cakap apa sebenarnya Aizat?” Irina memintas percakapan Aizat yang dilihatnya tergagap – gagap mahu meneruskan bicara.
“Saya sebenarnya… err… Awak sanggup tunggu saya tak?” spontan Aizat merenung mata Irina meminta jawapan. Dia tahu selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan. Irina terkejut dengan permintaan Aizat tadi. Dia kaku seketika, tidak tahu apa yang mahu diperkatakan.
“Saya tahu permintaan saya buatkan awak terkejut. Tapi saya takut tak sempat nak berterus terang bila tamat pengajian saya nanti. Saya takut awak dah ada orang lain masa tu…” Aizat terhenti sejenak. Kemudian dia menyambung semula percakapannya.
“Saya betul – betul sukakan awak Irina…”
Pengakuan Aizat tadi benar – benar membuatkan Irina terkesima.
“Aizat… saya…”
“Saya tahu enam tahun bukan tempoh yang pendek. Saya serius dengan perasaan saya. Jujur saya katakan awaklah calon isteri saya.” Aizat menggenggam erat jari jemari Irina. Ya, dia pasti dengan perasaannya kini. Kerana itu, dia nekad untuk berterus terang kepada Irina.
Irina menarik kembali tangannya dari genggaman Aizat. Melihat reaksi Irina, hatinya sedikit hampa. Lama mereka berdiam diri melayani perasaan masing – masing.
“Aizat…” Aizat lantas menoleh ke arah Irina apabila namanya disebut.
“Saya akan tunggu…” Irina menjawab perlahan. Dia tertunduk, malu untuk memandang Aizat.
Aizat yang mendengar jawapan Irina bagaikan mimpi. Disangkanya Irina akan menolak permintaannya itu. Hatinya bersorak gembira. Dan Aizat berjanji, Irinalah bakal permata hatinya!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan