Kereta proton Iswara itu terus meluncur laju menyelusuri jalan raya menuju ke pasar ikan utama di Bangunan Tamu Limbang. Ketika ini pemandunya tengah sibuk mencari parking yang sesuai untuk meletak kereta. Sudah dua kali dia berpusing‐pusing memandu keretanya di tempat yang sama di hadapan bangunan Tamu Limbang tersebut. Letih yang terasa membuatkannya mengeluh. Akhirnya dia mengalah jua. Biarlah. Lantaklah parking jauh pun tak apa. Dia sedikit berputus asa.
Pada pagi ini cuaca begitu cerah. Udara pun menyegarkan. Pak Osen akhirnya mengambil keputusan meletakkan keretanya di kawasan yang agak jauh sedikit dari kawasan bangunan Tamu Limbang tersebut. Tapak pasar malam lama yang sudah berpindah operasinya menjadi pilihannya.
Kawasan parking itu betul‐betul berhadapan dengan Purnama Hotel di seberang jalan. Di sebelah kiri hotel berkenaan kelihatan masjid Limbang yang tersergam indah. Kedudukan masjid Limbang tersebut pula berhadapan dengan sebuah stesen minyak Petronas dan Sekolah Rendah Melayu Pusat. Ketika ini cuma di sana sahaja tempat parking kereta yang belum penuh. Biasalah hari ini hari jumaat. Lagi pula hari ini, hari pertama bulan ramadhan untuk tahun 2010. Pasti ramai yang membeli barang keperluan untuk dimasak petang nanti di rumah.
Walaupun jam baru sahaja menunjukkan tepat jam 8.30 pagi, kelihatannya sudah ramai penduduk di Limbang yang turun ke pasar. Di Limbang hari jumaat adalah hari besar dan sungguh meriah. Pada ketika ini ramai peniaga yang datang dari ceruk rantau menjual barang-barang hasil kebun dan laut yang diperolehi mereka.
Selain itu pengunjung dari Brunei juga mengambil kesempatan untuk datang ke Limbang pada hari ini. Kesempatan itu digunakan oleh penduduk negara Brunei untuk datang beriadah Bagi penduduk Brunei Limbang adalah sebuah bandar syurga membeli belah. Barang‐barang boleh didapati murah di sini. Selain itu juga kesempatan yang ada digunakan untuk melawat saudara mara yang berada di Malaysia khususnya yang berada di Limbang. Mengikut sejarah pada suatu ketika dahulu Limbang adalah sebahagian daripada negara Brunei.
Pak Osen mengeluh lagi...! Kedudukan parking tersebut sebenarnya agak jauh. Pasti akan
membuatkannya berjalan lebih sedikit nanti. Menyesal juga kenapalah dia tidak memandu Vespanya sahaja. Salahnya juga. Nasi sudah menjadi bubur. Dia menyalahkan dirinya sendiri.
Enjin kereta telah pun dimatikan. Perlahan‐lahan Pak Osen keluar dari kereta. Tiba‐tiba ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Seekor anak kucing comot menghampirinya. Kesian pula melihat anak kucing itu berkeliaran begitu sahaja.
“Meow....” Anak kucing comot itu berbunyi manja. Pak Osen tidak jadi melangkah kaki. Serba salah jadinya apabila anak kucing itu cuba bermanja‐manja dengannya. Ahh... biarkan sahajalah. Apa yang penting dia harus menuju ke pasar ikan dengan segera.
“Pergi pasar ikan sinun... Kat sana banyak ikan gik. Banyak lagi rezeki ko kat sana..” Ujar Pak Osen lembut. Dia bertutur dalam bahasa melayu Sarawak.
“Meow... “ Anak kucing comot tersebut masih lagi mengiau lembut cuba bermanja dengannya.
Namun Pak Osen terus melangkah tidak memperdulikan anak kucing comot itu. Niatnya pada pagi ini hanyalah satu untuk mencari ikan segar di pasar. Selepas itu dia akan pulang. Lagi pula dia akan bertugas shiff petang. Hari hari pertama bulan puasa tahun 2010. Persiapan awal perlu dibuat.
Pasar Ikan Tamu Limbang...
Seawal pagi ini banyak ikan segar dijual di Tamu Limbang oleh para peraih ikan, malah para nelayan sendiri juga turut sama berjaja di pasar berkenaan. Pasar ikan di tebingan sungai Limbang itu sentiasa meriah. Malah tempat ruang niaga juga sentiasa bersih dan dijaga rapi. Semua ikan‐ikann yang dijual sentiasa segar. Itulah keistimewaannya.
Penduduk di Limbang kebanyakkannya terdiri daripada pelbagai suku etnik. Antara majoritinya ialah suku Kaum Kedayan dan Melayu Brunei. Selain itu terdapat juga kaum lain antaranya seperti kaum Iban, kaum Bisaya, Lunbawang. Tidak ketingalan juga kaum Cina dan Penan.
Pak Osen terus melangkah tenang. Wajahnya terpancar kegembiraan. Ikan yang diidamkan sudah berada di tangan. Kini dia menuju ke keretanya semula. Sepanjang perjalanan itu bau ikan tahai dan udang kering menusuk hidungnya. Banyak peniaga yang berjual ikan tahai nampaknya pada hari ini. Dia membeli sekilo ikan tahai untuk dijadikan stock bekalan. Ikan tahai sangat sedap jika dibuat sambal. Apa yang pasti Ikan tersebut hanya boleh didapati di Limbang dan Lawas sahaja. Meskipun ada ditempat lain dijual mungkin harganya mahal. Di kawasan Miri dan Kuching sahaja boleh mencecah Rm30 ke rm35.
“ Okey siap. Sekilo sajakah pak cik?” Tutur pemuda itu dalam bahasa kedayan. Suaranya lembut dan berhemah.
“Auk sekilo saja. Nda payah tah banyak‐banya. Cukup sudah ni. Banyak sudah barang makan di
rumah...” Jawab Pak Osen lembut. Dia juga sebenarnya fasih berbahasa kedayan. Walaupun
sebenarnya dia bukan berasal dari Limbang. Akan tetapi dia sudah lama menetap di Limbang.
Dua orang anaknya juga lahir dan membesar di sini. Hakiikatnya sudah lebih 30 tahun dia bertugas di Limbang sebagai angota polis PGA.
“Taima kasih ya.. Pakcik, datanglah lagi lain kali..?” Tutur pemuda itu ramah.
“Auk... Sama‐sama...” Pak Osen tersenyum. Senyuman itu baginya adalah satu sedekah.
Pengerat hubungan silaturahim sesama muslim.
Setelah membayar harga RM 10 untuk satu kilo ikan tahai itu Pak Osen pun beredar menuju ke
keretanya. Dia harus cepat. Pastinya isterinya ketika ini sedang menantinya di rumah. Mujur juga isterinya itu tidak bekerja pada hari ini. Ketika ini waktu sudah menunjukkan jam 9.00 pagi. Masih banyak masa lagi fikirnya di dalam hati. Namun dia ada kewajipan lain lagi. Hari ini hari jumaat dia perlu melaksanakan kewajipannya sebagai seorang muslim sejati. Masjid Limbang juga tidak jauh kedudukannya cuma di sebelah Hotel Purnama Limbang sahaja.
Masjid itu pula kedudukannya berhadapan dengan Stesen Minyak Petronas.
“Meoww...” Langkah Pak Osen terhenti lagi. Belum sempat di membuka pintu keretanya. Anak
kucing comot yang ditemuinya tadi itu mengiau beberapa kali. Seolah cuba berkomunikasi
dengannya. Apa yang peliknya anak kucing comot itu Cuma memandangnya dari jauh sahaja.
“Kesian juga anak kucing itu... " Bisiknya di dalam hati. Akan tetapi dia tidak dapat berbuat apa‐apa. Pada fikirannya kalau dia membawa kucing itu balik ke rumah sudah pasti isterinya akan bertanya. Serba salah juga dibuatnya. Sifat rasa mudah kasihan kian menebal di dalam hati. Sifat sayang kepada binatang itu satu persatu timbul menerjah di dalam hatinya. Anak kucing itu mengingatkannya kepada kucing kesayangannya dulu iaitu Tetey.., Namun kucingnya bernama Tetey itu sudah mati.
Pak Osen yang merasa serba salah terus membuka pintu keretanya sebelah penumpang. Dia
mengarahkan anak kucing comot itu segera masuk ke dalam kereta.
“Masuk ke dalam keta nun....” Ujar Pak Osen dalam Bahasa Melayu Sarawak.
Bagaikan memahami. Anak kucing comot itu segera mengikut perintah. Bijak juga anak kucing ini. Apabila disuruh masuk ia terus melompat masuk ke dalam kereta sambil duduk berdiam diri mencari keselesaan.
Sementara itu Pak Osen terus memandu keretanya menuju ke PGA Limbang.
“Meoww...” Anak kucing comot itu mengiau lagi. Agaknya dia mengucapkan terima kasih kepada Pak Osen yang sedang memandu kereta di sebelahnya. Sesungguhnya haiwan juga ada perasaan. Itulah Ammo anak kucing yang yang comot sewaktu ditemui dulu. Anak kucing comot itu sunguh bijak dan baik hati. Banyak lagi kisah tentangnya.
Kucing di Sebelah Rumah Yang Sombong..
Kisahnya amat menarik. Sebenarnya nama Ammo berdasarkan nama tempat dimana ia dijumpai oleh Pak Osen. Pangilan nama sebenar untuk AMMO ialah Tamu. Sungguh pelik tetapi itulah hakikat sebenar dalam kehidupan. Hubungan sifat kasih antara manusia dan haiwan peliharaan terjalin kemesraan.
Waktu begitu pantas berlalu. Setelah beberapa bulan Ammo kian meningkat dewasa. Tubuh badannya yang comot dulu juga semakin bersih malah bulunya sentiasa kemas dan harum. Perjalanan hidup remajanya juga masih panjang. Sikap Ammo yang baik hati dan mendengar kata sering membuat tuannya Pak Osen merasa senang dengan sikapnya.
Ketika meningkat kedewasaan. Suatu hari Ammo asyik memerhatikan kucing jiran di sebelah rumah tuannya. Seekor kucing betina berwarna hitam putih. Nama kucing itu ialah Panda. Namun sayangnya kucing bernama Panda itu seekor kucing yang terlalu sombong. Kesian Ammo... Dalam diam si Ammo itu tetap menaruh hati kepada si Panda yang sombong itu...
“Ammo pahal kau tok... ? Iboh diintai ilak pusak sombong sebelah ya. Pusak perasan cantik...” Ujar Eyza mengusap kepala Ammo lembut.
“Pelik Ammo tok...” Pusak perasan cantik ya juak yang nya suka... Eh sik berkenan ku.” Ujar Mak
Inah tergelak.
“Meowww...” Ammo seperti memahami tutur kata dua anak beranak tersebut.. Pasti di dalam hati Ammo berkata. Ada betul juga kata Mak Inah itu.
“Ye lah Mak... Ammo ya baik ilak. Adakah nya sanggup kelaie ngan pusak lain semata‐mata mok pertahankan si Panda. Nasib bait ku cepat hari ya. Tiga ekor pusak jantan lain cuba mengeronyoknya. Apa gik ku ambik la air dalam baldi simbah pusak lain ya..” Eyza geram menyuarakan ketidak puasan hatinya.
“Yalah tek... Heran juak. Kenaklah si Panda juak yang jadi pilihan? Sedangkan tek banyak gik pusak lain yang ada.” Mak Inah memeluk Ammo dan mengusap tubuh badannya.
“Meow... “ Ammo mengiau lembut. Berdiam diri dibelai tuannya.
Nurhalis yang diam sejak dari tadi hanya tersenyum. Dia memerhatikan Ammo yang duduk terenah dibelai Mak Inah. Agak manja juga kucing bernama Ammo itu.
Apa yang pasti Ammo adalah seekor kucing yang baik hati dan bijak. Pak Osen sangat
menyayanginya. Apa yang paling membanggakan Pak Osen kucingnya yang bernama Ammo itu manja dan baik hati sama seperti Tetey. Tiap kali subuh Ammo akan datang di kakinya seolah membangunkannya untuk solat subuh.
Mengingat itu semua air mata Pak Osen meleleh sedih mengenangkan Tetey yang telah mati.
Kematian Tetey begitu dirasai dulu.. Kehadiran Ammo pada hari pertama bulan ramdhan itu dulu amat bermakna.
Adik Ammo Na o Mei Si Pusak Parsi...
Beberapa bulan telah berlalu. Ammo juga semakin meningkat dewasa. Pak Osen akhirnya menerima juga pemberian Pak Zaidi iaitu seekor Kucing parsi. Nama kucing Parsi itu ialah Na O Mei. Kata Pak Zaidi ini adalah baka keturunan generasi kedua Abu. Kucing Parsi itu bernama Abu itu dulu kepunyaan Pak Osen tetapi dipinjamkan Pak Osen kepada Pakcik Zaidi untuk proses mengawan akan tetapi sayangnya Abu juga telah mati akibat sakit tidak berapa lama kemudian.
Badan Abu sungguh besar dan sikapnya juga sungguh manja dan miang. Kadangkala Mak Inah takut untuk memegang Abu. Cuma Pak Osen sahaja yang berani. Semua kucing lain yang erkeliaran di PGA limbang bertempiaran melarikan diri sebaik Abu keluar dari kandangnya. Mana tidaknya mereka takut dikejar Abu yang suka bermain nanti.
Apa yang paling melucukan pernah sekali ketika Abu dilepaskan dari kandang. Abu pernah berkelahi dengan beberapa ekor kucing lain di PGA Limbang. Semua kucing itu dikejarnya habis lari lintang pukang. Lawak betul pada masa itu. Melihat badan Abu yang sangat besar pastinya semua kucing lain menjadi takut.
Sebelum ini Pakcik Zaidi ada juga bertanya samaada Pak Osen mahu memelihara anak kucing parsi generasi pertama namun Pak Osen menolak. Katanya sudah cukup banyak kucing peliharaan.
Untuk kali kedua ini akhirnya Pak Osen tidak dapat menolak lagi. Oleh itu dia menerima sahaja
pemberian Pakcik Zaidi. Na o Mei pun dipelihara dengan sebaik‐baiknya. Bulu Na o Omei sungguh tebal. Ekor Na o Mei lentik. Warna bulunya berwarna putih dan hitam. Nama Na o Mei diberi kerana pada ketika itu di tv 3 popular dengan cerekarama slot Na O Mei... Pelik tapi benar.
Ammo yang pertama kali melihat Na O Mei. Menyapa lembut Omei. "Meowww...! Na O Mei yang berada di dalam kandang memonyokkan mukanya. Bulunya tegak meremang. Agaknya Na O Mei ketakutan.
“Jangan ganggu O Mei Ammo... Adik kau ya..” Ujar Pak Osen tegas. Seperti memahami kata Pak Osen Ammo beredar. Dari hari itu seperti memahami arahan Pak Osen Ammo sentiasa menjaga tingkah lakunya. Na O Mei sentiasa dijaga seperti adiknya.
Setelah Ammo beredar dari situ. Na O Mei bingkas bangun. Air dalam bekas diminumnya.
Agaknya tadi Ammo bertanya khabar sahaja. Dah makan ke.. dah minum... Eyza dan Nurhalis yang memerhatikan dari jauh membuat andaian. Pak Osen dan Mak Inah tergelak sama.
Pernah suatu hari ketika Na O Mei dimandikan oleh Pak Osen di luar rumah. Apalagi kucing jantan lain sibuk meninjau Na O Mei. Ketika itu Ammo ada di laman rumah. Ammo yang bersifat penyanyang dan perihatin segera mempertahankan Na O Mei. Kucing jantan lain yang memrhatikan Na O Mei segera diusir. Akibatnya berkeliaranlah kucing‐kucing jiran tersebut.
Cerita Pak Osen dan Mak Inah itu membuatkan Eyza dan Nurhalis ketawa. Baik juga Ammo kepada Na O Mei. Pelindung sejatilah katakan.
Namun ada sesuatu yang amat menyedihkan telah berlaku. Seperti kucing jantan lain apabila
menginjak kedewasaan. Ammo juga tidak terlepas mempunyai sikap yang sama seperti kucing‐kucing yang lain. Dia suka merayau namun kebaikkannya Ammo akan tetap pulang ke rumah juga tepat pada masanya.
Pada suatu hari itu. Ketika itu Ammo berjalan sekitar rumah jiran di bahagian block rumah paling belakang. Kisah sedih itu bermula di sana. Kasihan Ammo orang yang tidak berhati perut itu telah menyimbah Ammo dengan air panas. Badannya melecur separuh badan.
Sedihnya.
Mak Inah apabila mendapat cerita dari jiran sebelah rumah yang lain berasa sangat sedih. Patutlah Ammo tidak pulang ke rumah beberapa hari ini. Kejam betul jiran tersebut. Tidak berhati perut langsung.
Pak Osen yang mendapat tahu semua itu mencari Ammo bersungguh‐sungguh. Namun gagal
menemuinya.
Mengkut cerita Ammo di tuduh mencuri oleh jiran tersebut. Sedangkan yang sebenarnya bukan Ammo yang mencuri masuk ke dalam rumah jiran tersebut. Ketika itu Ammo hanya merayau sekeliling tempat berkenaan mengintai kucing betina lain.
Mak Inah yang berasa sedih merasa sesal dengan kejadian tersebut. Sampai hati jiran tersebut
bersikap kejam sedemikian. Sesungguhnya berdosa besar berbuat kejahatan terhadap binatang apalagi kucing. Semoga mereka yang bersifat kejam tersebut mendapat balasannya.
Ammo yang ditemui kembali kelihatannya menderita kesakitan. Bagaikan menitis air mata Pak Osen dan Mak Inah mengenangkan semua yang terjadi.
Badan Ammo yang melecur teruk terkena air panas dirawat oleh Mak Inah dengan sebaiknya.
Hampir seminggu Ammo tidak dibenarkan keluar rumah. Jikalau keluar sekalipun hanya
disuruh berkeliaran di halaman rumah.
Eyza dan Nurhalis apabila mengetahui perkara tersebut juga berasa marah yang amat sangat
dalam hati. Mereka adik beradik merasa sedih akan kejadian tersebut. Kejamnya jiran tersebut.
Semoga mereka insaf dan menerima balasan yang setimpal. Berdosa pada binatang pastinya
akan mendapt balasan yang setimpal.
Beberapa bulan kemudiannya meskipun Ammo telah sembuh semula. Namun sejak dari itu
kesihatan Ammo turut terjejas. Akhirnya pada suatu hari Ammo ditemui mati di dalam parit.
Kesian Ammo. Dia menderita kesakitan. Kulitnya juga berkudis. Pak Osen dan Mak Inah
menangis lagi mengenangkan semua yang terjadi. Merasa kesal dengan sikap sesetengah
manusia yang tidak berhati perut.
Apa yang paling menyedihkan. Ammo yang ditemui mati di dalam parit itu dibuang oleh jiran
sebelah rumah ke dalam tong sampah. Tidak berhati perut juga jiran sebelah tersebut.
Sedangkan mereka tahu kucing itu ialah Ammo. Pak Osen yang mengetahui semua itu
bergegas mendapatkan Ammo dan menguburkan Ammo sewajarnya. Kasihan Ammo...
Sedih hati Pak Osen... mengenang. Namun dia hanya mampu bersabar.
Janji Allah itu maha benar. Tidak berapa lama kemudian. Berek yang dihuni oleh jiran yang
berlaku kejam mencurahkan air panas ke badan Ammo itu menerima balasannya. Berek yang
didiaminya hangus terbakar. Kebakaran bermula disebabkan kecuaian anak‐anaknya sendiri
yang suka bermain mancis di dalam rumah.
Itulah kisah Ammo yang menyedihkan. Pengajarannya kita haruslah ada sifat mengasihani
binatang. Hakikatnya binatang juga punyai perasaan. Jangan sesekali bersikap kejam terhadap
kucing. Balasan orang yang bersikap kejam terhadap binatang akan mendapat balasan mereka
yang setimpal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan