“Dah siap?” soal Adham kepada Udin dan Akub yang sedang enak meneguk air milo ais. Udin tersedak mendengar sergahan Abang Ngahnya. Dia lantas mengangguk, tanpa sempat hendak bersuara. Akub pula segera mencampakkan bungkusan yang hanya tinggal ketulan kecil ais‐ais, ke dalam tong sampah.
“Kalau macam tu, jom kita balik!” Ajak Adham, lantas berlalu mendapatkan motosikalnya. Dia
menyuruh Udin mendahuluinya, kerana malam ini giliran Udin untuk mengayuh basikal sementara Akub pula membonceng motosikal bersama‐sama dengannya.
Begitulah keadaannya pada setiap malam. Udin dan Akub akan bergilir‐gilir menunggang basikal untuk membantu abang mereka di gerai burger milik Adham Faiz yang sudah beroperasi selama hampir dua tahun. Adham hanya memberi mereka kelonggaran untuk tidak membantunya kalau kedua‐dua beradik kembar itu sedang menduduki peperiksaan. Pun begitu, kerana menyedari hakikat bahawa mereka bukan orang senang yang hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur ini, Udin dan Akub tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menolong Adham. Mereka sedar, jika hendak dibandingkan diri mereka dengan Adham, pengorbanan mereka terlalu kecil.
Sejak ayah mereka meninggal dunia tiga tahun dahulu, Adham telah mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga walaupun sebenarnya, mereka masih ada seorang lagi abang, Abang Long Hamdan namanya. Bagaimanapun, Abang Long sudah lama memencilkan diri daripada mereka, tidak pernah diketahui khabar berita tentangnya, sejak dia berumahtangga.
Walaupun terkenal dengan sifat garangnya, Adham Faizlah tempat kesemua adik‐beradik mereka bergantung harap. Walau hanya bekerja sebagai seorang mekanik dengan upah bekerja yang tidak seberapa di kedai Uncle Tony, Adham Faiz akan memastikan bahawa makan, pakai, atau duit belanja sekolah adik‐adik sentiasa ada. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Bidang Kejuruteraan Automatif daripada Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor ini sudah puas ke hulu ke hilir mencari peluang kerja yang bersesuaian dengan ijazah yang dimiliki namun sehingga hari ini, selepas dua tahun, Adham Faiz masih gagal mendapatnya. Memilih kerja? Tidak juga! Cuma, ada kisah silam yang menyebabkan dia tidak diterima bekerja. Ada orang yang menggunakan kuasa dan kekayaan untuk menghalang dia mendapat kerja!
Ah, tidak usah difikir! Adham sedar, semua yang berlaku ada hikmahnya. Lagipula, Allah belum
hendak memberi rezeki kerja kepadanya lagi. Dia juga faham bahawa semua yang terjadi atas
keizinan Yang Esa. Jadi, dia tidak punya sebab dan alasan untuk berkeluh kesah. Dia redha. Mungkin, dia ditakdirkan untuk membuka bisnes, bukan bekerja di bawah telunjuk orang!
Suasana agak lengang malam ini walaupun kesunyian di Kuala Lumpur tidaklah sama dengan
kesunyian di kampung. Kalau di kampung saat ini, yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik
berdendang‐dendang tetapi, di bandar besar ini, kereta masih banyak yang lalu lalang ketika jarum pendek jam sudah di angka dua pagi.
Dari kedai Mamak Maidin yang terletak di Pandan Indah, mereka terpaksa mengambil masa
kira‐kira 25 minit untuk sampai ke rumah yang terletak di Kg Pandan Dalam. Ibu mereka, Puan
Mahani tidak membenarkan mereka mengambil jalan pintas yang menyusuri rumah‐rumah orang di sebuah kawasan setinggan, jadi Adham dan adik‐adiknya terpaksa patuh kepada pesanan itu. Kerana itu, setiap malam, mereka akan menaiki flyover dan menuruninya lalu membelok ke kanan untuk melalui Taman Cempaka, sebelum masuk ke Lorong C9, di mana rumah kampung mereka berada.
Ketika membelok turun dari flyover untuk ke Taman Cempaka itulah, Akub mencuit pinggang
abangnya.
“Angah, angah nampak tak kat seberang jalan tadi tu? Kereta tu kononnya macam rosak tapi
kan Akub rasa macam ada yang tak kenalah! Kalau rosak, takkanlah lampu dibiarkan menyala,
kan?” Akub bercakap agak kuat supaya suaranya dapat didengari oleh Adham Faiz.
“Kan dah pukul dua pagi ni, tentulah tuan punya kereta tu kena pasang lampu bila dia berhenti
di tepi jalan! Jalan tu kan gelap sikit? Kalau tak pasang lampu nanti ada pulak yang tak nampak
lalu menyondol kereta tu. Tak ke naya?” Balas Adham Faiz pula.
“Tapi, ngah, Akub rasa tak sedap hatilah! Angah tak perasan ke di depan kereta tu tadi ada
motor? Pastu, ada orang atas motor tu! Sah, ngah! Dia tengah tunggu kawan dia yang mungkin tengah ugut tuan punya kereta tu!” Akub mula resah.
“Nak pergi tengok ke, Kub? Alah, Angah rasa malaslah pulak. Letih ni!” desah Adham perlahan
namun masih mampu didengari adiknya.
Sesungguhnya, Adham merasa terlalu letih. Hatinya ingin cepat sampai ke rumah supaya dia
dapat membersihkan diri dan terus tidur. Hendak makan pun, dia tidak mahu walaupun perutnya berkeriut minta diisi.
“Tapi, dulu, angah jugak yang cakap yang kita mesti hidup tolong menolong, tak boleh pentingkan diri sendiri. Buatnya tuan kereta tu mati, nanti kita berdua akan dihantui rasa bersalah, angah. Sebab kita tak pergi bantu diorang tu. Kesian!” balas Akub beria‐ia.
‘Aduhai, masa inilah pulak si Akub ni ingat semua nasihat aku pada dia dulu!’ gumam Adham
sendirian. Mahu tidak mahu, dia terpaksa membuat U‐turn, untuk ke Jalan Cempaka 7. Dari
situ, dia menghalakan motosikal ke arah di mana sebuah kereta Proton Perdana berwarna
hitam berada di bahu jalan. Di hadapan kereta itu ada sebuah motosikal Yamaha diletakkan
dalam keadaan mencurigakan. Enjin motosikal itu masih hidup dan seorang lelaki duduk,
bagaikan seorang penunggang yang menanti pemboncengnya.
‘Betul cakap Akub, memang nampak pelik aje ni!” desis di hati Adham Faiz.
“Akub, Abang Ngah nak berhenti depan motor tu. Kamu turun dan tanya apa budak atas motor tu buat, biar Abang Ngah pergi dekat kereta tu. Kalau ada kawan dia kat dalam, insya‐Allah, naiklah penumbuk ni nanti kat muka dia!” Adham Faiz mengatur strategi.
Mereka turun untuk menghampiri kereta itu namun pemuda di atas motor itu bersuara keras,
“Hei, nak ke mana tu? Jangan menyibuk! Baik kamu pergi sebelum,”
Akub yang melihat isyarat mata abangnya terus sahaja menggunakan kemahiran silat cekak yang dipelajari untuk menekan halkum lelaki itu dan mengilas tangan lelaki itu ke belakang. Melihat adik yang sudah berjaya mengawal keadaan, Adham pantas menerjah ke arah kereta, dan setelah membuka pintu terus sahaja menarik tubuh lelaki yang leka dalam cubaan merompak si pemilik kereta di tempat duduk belakang. Sambil itu, dia juga dapat melihat keadaan pemandu yang pengsan mungkin akibat dipukul dengan benda keras di kepala.
“Encik call 999. Insya‐Allah, kejap lagi polis sampailah tu.” Arahnya kepada lelaki yang kelihatan
seperti sedang kebingungan.
Adham Faiz terus sahaja menarik tubuh lelaki perompak itu keluar dan menumbuk muka lelaki
itu.
“Kau tak ada kerja, ya? Dah tak ada kerja halal yang kau boleh buat, itu yang kau nak merompak tu?” Marahnya sambil menumbuk muka lelaki itu untuk kali kedua. Lelaki itu cuba membalas namun Adham sudah bersedia untuk mengelak kaki lelaki itu yang cuba menendangnya. Dalam masa sama, Akub, walaupun baru berusia 16 tahun dan bertubuh kurus, telah berjaya menarik kawan perompak itu dan menolak tubuhnya untuk jatuh di atas tubuh lelaki yang kini menjadi tawanan Adham.
Adham terus memarahi kedua‐duanya, “Korang berdua ni tak takut pada Tuhan ke? Dah
berapa lama jadi perompak ni? Dah berapa lama bagi anak bini korang makan duit haram?”
Kedua‐dua lelaki itu saling berpandangan sebelum menundukkan wajah.
“Weh, abang aku tanya tu, korang jawab ajelah! Ke, korang nak kena buku lima kami lagi?”
Akub mula bising.
“Maaf, bang. Sebenarnya, ini kali pertama kami buat kerja ni!” salah seorang lelaki itu memberitahu.
Adham menggelengkan kepala.
“Tak sedih ke korang bagi makan anak bini dengan duit haram? Korang tahu tak yang sesuap
nasi anak korang makan dengan duit merompak ni boleh buat hati anak korang jadi hitam
selama 44 hari? Ini bukan aku cakap, tahu? Ini pesanan bapak aku pada aku! Sekarang aku
pulak pesan pada kau!” Sambil membebel, tangan kedua‐dua lelaki itu diangkat. “Ni, tangan ni
masih kuat lagi! Bukannya cacat pun! Di Kuala Lumpur ni, banyak kerja kosong yang halal.
Pergilah cari! Kalau ikhlas cara korang mintak kerja, tak siapa akan menolak, tahu!”
Lelaki yang diselamatkan tadi sudahpun keluar daripada kereta. Sedikit sebanyak, dia telah
mendengar omelan Adham Faiz kepada perompak‐perompak itu. Dia berasa kagum dengan
Adham Faiz. Kelihatannya, seperti seorang yang berilmu. Malah kata nasihatnya tadi menunjukkan kematangan. Dia suka....
Bila terpandang lelaki yang terselamat, Adham Faiz segera bertanya, “Encik dah telefon polis?”
Lelaki itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya membuat Adham mengerutkan dahi.
Sungguh tidak difahami erti senyuman itu.
“Lepaskan mereka, nak! Kali ini, biarlah kita lepaskan saja. Mungkin mereka ni terdesak agaknya.” Pinta lelaki itu kepada Adham Faiz dan adiknya. Permintaan yang membuat dua beradik itu saling berpandangan.
“Tapi?”
Akub cuba berkata sesuatu namun terdiam bila lelaki itu tersenyum kepadanya dan membalas,
“Tak apa! Biarkan dia orang pergi.”
Apa lagi yang dapat Adham Faiz dan Akub lakukan selain menurut kemahuan lelaki kaya itu?
Begitupun, mereka begitu berhati‐hati melakukannya, bimbang juga, manalah tahu entahentah
kedua‐dua penjahat itu ada pisau atau pistol. Tentulah akan haru biru keadaannya nanti!
Ketika kedua‐dua lelaki itu ingin bergerak ke arah motosikal Yamaha yang masih hidup enjinnya, lelaki tua itu menahan mereka. “Kejap!” katanya.
Tentu sahaja lelaki‐lelaki itu bimbang. Tadi hendak dilepaskan kini mereka dihalang dari pergi
pula namun bila lelaki kaya itu menghulurkan not RM100 setiap seorang, masing‐masing terpegun.
“Ambil ni! Dan, ingat pesan abang tu tadi. Gunakan tulang empat kerat kamu untuk mencari
rezeki yang halal. Faham?”
Lelaki‐lelaki itu mengangguk. Dalam hati terdetik rasa kesal kerana mengikut nafsu dalam membuat satu tindakan yang bodoh. Bagaimana jikalau tadi mereka dihantar ke balai polis?
Hmm, alamat tidur dalam lokaplah malam ini. Kerana bimbang kalau‐kalau lelaki ini berubah
fikiran, kedua‐dua penjahat itu bergegas ke arah motosikal mereka dan terus sahaja memecut
meninggalkan kawasan itu.
Adham segera mendapatkan pemandu kereta itu yang sudahpun tersedar.
“Pak cik okey ke?” tanya dia kepada si pemandu yang sedang mengurut‐urut pangkal leher dan tengkuk. Lelaki itu mengangguk sambil memandang ke arah tuannya.
“Tan Sri tak apa‐apa?” tanya dia.
‘Mak aii, Tan Sri rupa‐rupanya.’ bisik hati Adham.
“Alhamdulillah, mujur anak muda dua orang ni sampai cepat. Dia orang yang tolong kita tadi.”
Tan Sri menjawab sambil tersenyum lagi.
‘Murah senyum orang tua ni!’ hati Adham berbisik lagi.
“Saya tak buat apa‐apa pun tadi, Tan Sri.” Adham merendah diri.
Tan Sri ketawa pula. “Awak ni..., kan tadi awak dah bagi tazkirah pada dua orang tu?
Mudah-mudahan, dia ingat pesanan awak tadi dan mahu berubah, mahu berusaha mencari rezeki
yang halal, betul tak?” usiknya.
Adham ketawa. Sedikit sebanyak rasa kagum hadir kerana lelaki bergelar Tan Sri ini yang pada
awalnya tadi ditanggapi sebagai seorang yang sombong, sebenarnya tidak. Tidaklah dia menyesal membantu tadi. Dia menyenangi perawakan Tan Sri yang tenang. Dia menyenangi perbuatan Tan Sri yang sanggup melepaskan penjahat‐penjahat itu pergi begitu sahaja walaupun tadi di lehernya, lelaki yang seorang itu menghunuskan pisau untuk mengugut.
“Apa kata, saya belanja awak berdua minum? Mahu?” ajak Tan Sri.
Adham Faiz menggelengkan kepala. “Maaf, Tan Sri. Saya mengantuk sangat ni. Dalam kepala
saya ni, dah nampak bantal aje dah!” katanya, menolak pelawaan lelaki itu.
“Baru balik kerjalah ni?” Pandangan mata Tan Sri beralih‐alih di antara kedua‐dua beradik itu.
Adham segera menghulurkan tangannya untuk bersalam. “Baru balik berniaga. Saya jual burger
depan Kedai Mamak Maidin di Pandan Indah. Nama saya Adham Faiz. Ini adik saya, Ahmad
Yaakub.” Dia memberitahu tulus. Adham tidak malu mengaku dirinya si penjual burger mahupun dia seorang mekanik. Bagi dirinya, apa yang dilakukan itu tidak sekali‐kali menjatuhkan maruahnya sebagai seorang bergelar mahasiswa. Sekurang‐kurangnya, dia bukan seorang penganggur.
“Malam berniaga. Siang?” Selidik Tan Sri lagi.
“Oh...saya kerja mekanik kat kedai Uncle Tony, di Seri Gombak.”
“Patutlah! Dari tadi saya rasa macam pernah jumpa kamu, rupa‐rupanya kamu kerja di kedai Tony. Kamu tak cam saya agaknya? Saya ni salah sorang pelanggan tetap taukeh Cina tu!” Tan Sri memberitahu.
Adham Faiz tersengih. “Maaflah, Tan Sri. Saya tak perasanlah pulak!” balasnya.
Tan Sri menepuk‐nepuk belakang badan Adham Faiz sambil berkata, “Tak apalah, Adham.
Nampaknya kamu pun letih sangat ni. Lain kali kita sembang lagi, okey. Ini kad saya. Ada apa-apa
nak mintak tolong, call aje. Kalau saya boleh tolong, insya‐Allah, saya tolong.”
Adham menyambut huluran kad daripada Tan Sri. Dia memerhati sahaja lelaki itu menyuruh
pemandunya duduk di sebelah sambil Tan Sri sendiri mengambil alih tempat duduk si pemandu.
‘Seorang yang prihatin.’ hatinya memuji.
Seketika kemudian, hon berbunyi dan kereta Proton Perdana itu perlahan‐lahan bergerak
meninggalkan mereka dua beradik di tepi jalan.
“Ada jugak orang kaya yang baik macam Tan Sri tu, ya, Angah?” Akub memancing reaksi abangnya. Sengaja menduga kerana dia tahu bahawa abangnya amat membenci orang kaya.
Mungkin masih dihantui dengan peristiwa yang berlaku beberapa tahun dahulu.
“Tan Sri ni satu dalam ramai‐ramai, Akub! Dah, jom kita balik atau kamu nak tidur kat sini?”
Adham segera melangkah ke arah motosikalnya.
Akub ketawa. ‘Angah, angah! Ada ke patut suruh aku tidur di tepi jalan ni?’ gumamnya.
Puan Mahani masih berjaga ketika mereka dua beradik sampai di rumah. Adham Faiz segera melihat jam.
‘Ya Allah, dah pukul 3.15 pagi. Mesti mak susah hati tu,’ keluh Adham Faiz. Rasa bersalah
menghantui diri. Selalunya, mereka tiga beradik akan sampai paling lewat pukul dua setengah
tapi, malam ini, argh, tentu ibunya sudah tidak senang duduk agaknya.
Kekadang, dia tidak faham dengan sikap ibunya. Sudah berkali‐kali dipesan supaya tidak
menunggu dia pulang tetapi setiap malam, ibunya masih begitu. Setia menanti sehinggalah
Adham Faiz, Udin dan Akub tidur. Alahai emak... terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan
untuk mereka adik beradik. Terlalu banyak!
“Kenapa lambat sangat ni, Am? Kamu ke mana? Si Udin tu dah lama sampai, dah tidur dah
pun. Yang kamu berdua ni kenapa pulak? Tayar motor pancit ke?”
Bertubi‐tubi soalan dikemukakan. Wajah risau jelas di pandangan mata kedua‐dua orang anak
lelakinya.
“Kita orang jadi hero malam ni, mak. Tadi, kami selamatkan sorang pak cik ni daripada kena
rompak. Jenuh jugak nak kalahkan orang jahat tu. Lukalah jugak badan kita orang sebab penjahat tu pakai pisau. Tapi, kan, anak‐anak mak ni, biasalah, sorang ada tali pinggang hitam Tae Kwan Do. Yang sorang lagi ahli Silat Cekak, mana boleh kalah, kan? Tercengang‐cengang Tan Sri yang kami selamatkan tu tengok kami, mak! Siap tepuk tangan lagi...”
Adham Faiz ketawa besar melihat gaya Akub bercerita. Dia menggeleng‐gelengkan kepala.
‘Akub, Akub! Kalau pasal kelentong, bagi kat dia,’ gumamnya sambil berlalu, mencapai tuala untuk ke bilik air.
“Kamu tipu mak, ya, Kub?” Puan Mahani sudah memulas telinga anak jantannya. Dia tahu anaknya hanya mempermainkan dirinya namun sebagai seorang ibu yang prihatin, dia masih juga mencari‐cari kesan lebam di tangan Akub.
Akub terjerit‐jerit kecil, “Adoi! Mak, janganlah pulas telinga! Sakit! Adoi!”
Puan Mahani segera melepaskan. “Suka sangat main‐main. Dah, turun ke dapur tu. Mak dah buatkan air teh untuk kamu. Nasi dah mak panaskan pun. Mak buat masak lemak cili api ikan tongkol tadi. Pergi makan!” perintahnya.
Mendengar ada masak lemak cili api ikan tongkol, Akub terus sahaja meluru ke dapur. Lauk
kegemaran mereka adik beradik tu. Apa lagi, dia terus sahaja membubuh nasi ke dalam pinggan lalu makan dengan gelojohnya.
“Akub! Cuba makan pelan‐pelan. Berapa kali mak nak pesan ni?” tegur si ibu. Akub hanya tersengih.
Adham Faiz sudah selesai mandi. Dia mengatur langkah untuk pergi bersolat ketika ibunya bertanya,
“Tak nak makan dulu, Am?”
Walau letih, walau tersangatlah penatnya, demi melihat wajah ibu yang menahan kantuk menanti kepulangannya saban malam itu, Adham segera menyangkut tuala lalu kembali ke meja makan.
“Wah, sedapnya! Patutlah makan tak ajak Angah.” Usiknya pada Akub yang tersengih. Segera
dicapai pinggan nasi yang ibunya hulurkan. Nasi disuap perlahan‐lahan. Sambil makan, dia bercerita kejadian sebenar yang berlaku tadi. Begitulah selalunya. Adham senang berbual‐bual dengan ibunya kerana di waktu dinihari inilah sahaja dia berpeluang melakukannya.
“Kata Udin, kamu marah anak dara orang kat gerai burger tadi!”
Adham mengeluh. Dia menyesal kerana tidak menyuruh adik‐adiknya berjanji untuk tidak
membuka cerita tentang itu kepada ibu mereka.
Melihat Adham diam, Puan Mahani tahu bahawa anaknya tidak suka cerita itu diberitahu kepadanya. Tetapi, sebagai seorang ibu dia ingin menasihati, cuma mungkin, sekarang bukan waktunya. Anaknya ini sudah terlalu letih. Biarlah dia tidur setelah seharian penat bekerja.
“Pergilah tidur, Am. Kamu pun dah letih sangat, kan. Esok‐esok ajelah kita sembang pasal
budak perempuan tu.”
Adham Faiz menarik nafas lega. Dia segera bangun untuk ke bilik air. Selepas memberus gigi, dia mengambil air sembahyang untuk bersolat. Usai solat, dia terus membaringkan diri di atas toto yang sudah siap dibentang, di sebelah Akub dan Udin. Tidak lama kemudian, bunyi dengkuran halusnya mengisi ruang.
Puan Mahani tersenyum. Satu keistimewaan kaum lelaki, fikirnya, ialah mudah benar lena. Letak kepala sahaja, terus berdengkur. Tubuh anak diselimuti sebelum dia masuk ke dalam bilik bagi mengisi sedikit lagi baki masa yang dia ada sebelum bangun untuk menyediakan sarapan kepada anak‐anak yang lain pula, yang hendak ke sekolah tidak lama lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan