Label

Khamis, 5 Januari 2017

NOVEL Sehelai Nota Di Atas Meja Bab8

TELAH SEMINGGU BERLALU.....

Farah masih di Jepun,tujuan ayahnya memanggilnya pulang ke Penang adalah untuk menghantar Farah ke Jepun,di Jepun adalah salah satu tempat untuk mendalami lagi tentang penciptaan cat yang berteraskan sistem nano.. ini kerana ayahnya mahu membuka 1 lagi cawangan kecil iaitu kilang membuat cat.

Kilang kecil yang berpusat di Petaling Jaya telah dimonopoli sepenuhnya oleh Farah,kilang kecil itu diserahkan oleh ayahnya kepada dia berikutan kelebihan dalam perniagaan memang telah ada dalam diri Farah sejak kecil lagi.

Dan tidak sia sia Farah telah menghabiskan masa 4 tahun untuk belajar mendalami selok belok bisnes di sebuah universiti di Jerman.Di atas kepercayaan ayahnya,kilang di Petaling Jaya itu diserahkan pada Farah,dan Farah telah membuktikan akan kesungguhannya dalam menguruskan syarikat itu sehingga produk nya dikenali oleh beberapa syarikat perumahan yang telah menjadi pelanggan tetap kilangnya..

Selama seminggu di Jepun Farah semakin merindui Kzrul,antara mereka berdua hanya berhubung melalui masej dan perbualan telefon.kerinduan yang mencengkam di hati Farah adakala membuat Farah seperti mahu saja ditinggalkan tentang pembelajaran baru itu..tetapi atas dasar amanah dan hormat pada ayahnya Farah harus bertahan.Pengkrususannya akan habis selama sebulan.Jika dihitung melebihi besar lautan kerinduan yang sedang diharungi Farah pada Kzrul.



Selama seminggu jugalah penjaga kaunter dan pengawal yang mengawal pintu wad Hospital Putrajaya ditipu oleh Kzrul yang mengaku suami kepada Fifah.Jika tidak dibuat sebegitu sudah pasti Kzrul tidak di benarkan masuk,hanya waris terdekat sahaja yang dibenarkan.

Habis saja waktu kerja,Kzrul akan pulang ke rumah,makan dan bersolat maghrib dirumahnya..selesai urusannya dirumah Kzrul akan meluncur laju dengan motornya ke Hospital Putrajaya..Begitulah rutin Kzrul selama seminggu ,melawat Fifah seperti satu kewajipan padanya kini..namun Kzrul masih berhati hati juga takut keluarga Fifah atau kakitangan Hospital dapat menghidu akan aktivitinya..

hari ini hari Ahad,Kzrul baru selesai solat zohor.Dia pergi menghampiri bantal tidurnya,sekeping gambar ditepi bantal itu diambilnya,direnung dalam dalam,fikirannya mengimbau kisah lalu,kerinduan pada wajah itu terlalu mendera jiwanya,andai di izin Tuhan mahu saja diputarkan masa,dan hidup di dalam kenangan kenangan lalu yang akan dicorak menjadi sempurna..

"bipp..bipp..."

tone whatsap Kzrul berbunyi...lamunannya terhenti,Kzrul menyapu airmatanya yang berlinangan,hp nya di ambil...

‐" kakak dah sedar,kami semua ada di Hospital,kakak sedar pukul 1 tadi"‐

whatsap dari adik Fifah.Adik Fifah banyak memberi info tentang perkembangan Fifah pada Kzrul,cuma kadang kadang lambat sedikit,namun Kzrul tidak kisah,memadailah dia tau tentang tindak balas Fifah.

‐"tq"‐

Kzrul membalas.Kzrul tumpang gembira,hatinya seakan melonjak kegembiraan.Di capainya tshirt berkoler.bersiap siap untuk ke Hospital,dia hendak melihat Fifah,dia hendak mendengar suara manja itu,dia mahu melihat senyuman gadis yang berlesung pipit itu,dia amat rindukannya.

Enjen motor dihidupkan...dan terus memecut laju mengahala ke Putrajaya.

Hampir 15minit Kzrul telah hampir sampai ke Hospital,di rasakannya motornya terbuai buai,dia tahu mengapa motornya beraksi seperti itu,motornya diberhentikan,dia turun dan memerhatikan apa yang tidak kena pada motor itu,sangkaanya tepat,tayar belakang motornya kehabisan angin.bocor.

"hmmm,waktu waktu macam nilah ko nak buat perangai ye!!"

marah Kzrul pada motornya.

tapi itu semua tidak menjadi alasan,hatinya telah bersemangat untuk melihat Fifah,ditolak motornya hingga keparking.

Kzrul terus berlari masuk ke perkarangan lobi Hospital.

Dompetnya dibuka..Rm13.00 dan duit syiling 70sen..Dua biji buah epal yang dipegangnya berharga rm8.00.

"nasib aku lah hari ni weii,balik ni ku tolak je lah motor tu sampai rumah,nk tuka tiub pun duit tak cukup..hmm.."

hati Kzrul sendiri yang berkata kata.

Harga buah epal itu di bayarnya.Dia mahu Fifah makan buah epal ini,aku sendiri yang akan mengopek kulitnya nanti,itu sudah pasti..Kzrul tersenyum sendiri sambil meninggalkan kedai didalam Hospital itu,kedai yang mencekik darah dengan harga yang takmunasabah..

Kzrul terlalu sangat gembira dengan berita tentang Fifah yang telah sedar dari koma,duit yang boleh digunakan untuk menukar tiup motornya dikorbankan,dia rela menolak motor itu,dia rela berlenguh kaki hingga kerumah..yang pasti dia mahu lihat wajah cantik Fifah tersenyum sambil mengunyah buah epal yang dibelinya.

"tengok tu,semua dah tersenyum,semua dah gembira,selamat kembali ke alam nyata cik Afifah".

Doktor Hisyam melantangkan suaranya didalam bilik itu,bilik itu dihujani dengan ketawa dan gembira,airmata kegembiraan dari puan Malissa dan encik Rahman tak henti henti mengalir..

Fifah yang duduk dengan kedudukan kakinya berlunjur itu tersenyum,namun masih menahan kepedihan di pehanya yang telah dimasukkan besi.berkali kali pipinya dicium oleh puan Malissa,tanda kasih seorang ibu pada anaknya..

"oooo..Afifah ni anak manja emak rupanya"

doktor Hisyam mengusik Fifah,Fifah malu dengan usikan doktor kacak yang berdarah campuran bugis itu,Fifah tunduk malu dan tersenyum manja,doktor Hisyam semakin galak mengusik dan semakin lantang suaranya,semua yang ada dalam bilik itu seakan terhibur dengan jenaka dari doktor Hisyam..

Encik Rahman yang berdiri di sebelah doktor Hisyam mengengam tangan doktor itu,gengaman tanda terima kasih,gengaman tanda penghargaan yang tidak ternilai.

"terima kasih doktor,terima kasih banyak banyak"

encik Rahman memandang Hisyam dan mengucapkannya..

"tak perlulah ucap terima kasih,perkara kecik je semua ni Encik Rahman,apa yang penting cik Afifah sihat seperti biasa".. sambil membalas kata Encik Rahman sambil mata Doktor menjeling ke arah Fifah..

Encik Rahman berasa kagum dengan lelaki yang bergelar doktor ini,jasanya besar dalam menyembuhkan anaknya Fifah..

Doktor Hisyam yang berdiri tegak tadi semakin menjadi jadi membuat lawak yang tak berapa nak lawak tu,konon konon nak menarik perhatian seluruh ahli keluarga yang ada didalam bilik wad itu.dan rasa bangga doktor Hisyam semakin menjadi pabila suaranya sengaja dilantangkan,seolah Fifah yang baru sedar dari koma itu dia yang berikan nyawa yang baru... mata doktor Hisyam tak lepas pandang pada wajah Fifah,malah tiap kali Fifah cuba membalas pandang,doktor Hisyam lebih awal dulu melemparkan senyuman.doktor Hisyam seperti tahu gerak mata Fifah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan