22 Ogos 2000, 7 pagi ﴾Selasa﴿
Fateh berlari‐lari anak keluar dari bilik air dan terus masuk ke dalam bilik. Tetesan air yang jujuh dari rambut basah Fateh melukis jejak‐jejak bulat di lantai koridor, dari bilik air hingga ke biliknya. Di tanganya digenggam kopiah yang tadi dipakainya. Masuk bilik, Fateh baling kopiah di tangannya ke atas katil dan terus gapai tuala dan menggosok‐gosok kasar rambutnya.
Setelah rambutnya dirasa sudah tidak berjejeh dengan air, dia sangkut tuala di pintu lokar dan melucutkan baju Melayu yang dipakainya. Tadi selesai solat subuh di surau, Fateh ke Dewan Selera dulu untuk makan sarapan. Kalau lama berkopiah, rambut selalunya berbekas: kalau ketayap lembik, rambut akan mengelepek. Kalau kopiah keras, rambut ikut bentuk kopiah.
Sebab itu dia basahkan rambut, bagi rambut lembut dan terbentuk semula. Rambutnya yang menggerbang akibat tadi digosok tuala, Fateh selat dengan jari‐jemari dan dibiarkan kering begitu saja. Nanti lepas kering, pandai‐pandailah rambutnya terletak dan terbelah sendiri.
Itulah untungnya rambut pendek!
Fateh capai botol deodoran, dan memulas buka tudung botol. Dia memandang Irwan yang sudah siap untuk ke kelas.
“Nak pergi dah, Wan? Dah makan?” Fateh menyelet‐nyelet bebola deodoran ke celah ketiak.
Ketiak terasa dingin, penangan mentol dalam rumusan larutan deodoran.
“Ha’ah. Aku pergi dulu, Fateh. Aku tak makan kot, tak lapar.” Irwan menyarung stokin putih sambil duduk di atas katil. Irwan tak ke surau tadi. Badan Irwan ada lebam‐lebam akibat dibelasah oleh senior tingkatan lima semalam.
Irwan sudah mahu membaiki hubungannya dengan Fateh. Geram dan dendamnya dimalukan dan dihina oleh pelajar‐pelajar senior semalam belum surut. Tapi dengan Fateh, lebih‐lebih lagi dengan Fateh, dia rasa dia tak patut mengelak diri daripada bercakap.
“Aku pergi dulu, Fateh.” Irwan mahu bertanya Fateh tidur di mana semalam, tapi tak jadi.
Selesai memakai stokin, Irwan berjalan keluar dari bilik. Dia ambil kasut di rak kasut dan menyarungnya sebelah demi sebelah.
Blok Al‐Ghazali terdiri daripada dua deret blok bangunan yang terlentang selari, menempatkan bilik‐bilik pelajar di sepanjang blok bangunan. Tandas ada di sebelah hujung, dibina serenjang dengan dua deret blok tadi, menghubungkan dua deret blok bilik yang saling bertentang. Dari atas, blok ini ibarat huruf U yang bersegi. Di tengah‐tengah perut huruf ‘U’ itu adalah tanah berumput, dibiar tiada berbumbung, dipacakkan besi‐besi ampaian bagi pelajar menyidai baju.
Tapi pagi ini besi‐besi penyidai nampaknya kosong, sebab baju‐baju sudah habis bertempek-tempek
di atas tanah akibat hujan lebat dan ribut semalam.
Irwan bangun, dan pergi terus ke kelas.
Fateh tersenyum besar. Nampaknya Irwan sudah mula mahu bercakap seperti biasa dengannya. Semalam, setelah agak lama dia teman Irwan dari luar bilik, dia ambil keputusan untuk tidur di bilik Fuad sahaja‐ bilik Fuad ada satu katil kosong, dia tinggal seorang. Dia tahu Irwan tak selak pintu bilik semalam, tapi biarlah. Dia mahu beri Irwan masa bersendiri. Fateh menyarung baju‐t seragam SYP berwarna coklat terang. Kaki baju disisip ke dalam seluar kepar kapas warna hitam yang dicerut tali pinggang. Di SYP, pakaian sekolahnya hanya baju‐t, bukan kemeja seperti di sekolah‐sekolah kebangsaan. Hanya Isnin saja mereka memakai baju kemeja bertali leher. Fateh pakai stokin, dan terus keluar sarung kasut di tepi rak, di luar bilik. Di luar, beberapa pelajar masih sibuk membela rambut di depan cermin besar di dinding asrama dengan sikat. Entah berapa kati gel ditaruk di kepala sampai keras kejung rambut masing-masing yang dibelah tengah seperti logo McDonald’s. Belahnya kelihatan tepat‐tepat di tengah kepala: entahlah macam mana mereka ukur.
Fateh senyum dan mengusap‐usap rambutnya, rambut pendek kan senang? Dia terus berjalan ke kelas.
Di kelas, mulut pelajar‐pelajar ibarat kuali yang sedang digoreng bertih. Semuanya bersembang soal Irwan dibelasah semalam. Tapi kali ini situasinya sungguh ketara berbeza.
Jika sebelum ini, jumhur pelajar membuli ﴾atau terlibat dalam menyokong pembulian﴿, kini telah wujud khilaf pendirian yang agak terbagi‐bagi. Boleh dikatakan separuh masih istiqamah dengan pendirian untuk terus membuli, tapi separuh lagi sudah mula dapat hidayah untuk mengasihani. Malah sudah nampak bibit‐bibit sesal yang mula terbit.
Fateh melihat‐lihat ke seluruh kelas. Tapi, Irwan tak ada?
Kelas pertama, kelas Geografi. Tapi Cikgu Madi tak datang. Dan tak ada pula cikgu ganti yang masuk. Jadi, kelas bebas mahu buat apa pun. Fateh keluar kelas, pergi mencari Irwan. Bukan macam Irwan kalau memonteng kelas. Seminggu lepas yang bagai neraka pun Irwan masih datang kelas lagi. Fateh berjalan‐jalan meninjau sekeliling. Di dalam fikirannya, dia mula terfikir‐fikir mahu melaporkan kes pembulian Irwan kepada cikgu. Kalau ikutkan hatinya, hari pertama lagi sudah dia laporkan, tapi bila dia suarakan kepada Irwan, Irwan malah melenting.
Irwan tak bagi Fateh bagitahu cikgu. Dia tak mahu ada cikgu tahu perihal pekerjaan ibunya. Jadi, Fateh tahan diri. Tapi, Fateh sekarang berfikir‐fikir untuk bagitahu juga kepada cikgu secara senyap‐senyap. Dan hari ini seperti masa yang sesuai untuk dia lakukannya.
Alang‐alang cari Irwan tak jumpa‐jumpa, Fateh terus melencong ke bilik guru. Dalam perjalanannya, dia terserempak Fuad.
“Hoi..Fateh. Kau nak pergi mana?”
“Bilik guru, ada hal kejap.” Fateh menjawab ala kadar. Tapi Fuad terus menghalangnya.
“Kenapa Irwan kena jumpa pengetua?”
Fateh terkejut. “Irwan jumpa pengetua? Buat apa?”
“Eh.. manalah aku tahu. Sebab tu aku tanya. Tadi, awal‐awal pagi masa aku tulis laporan asrama di pejabat, pengetua suruh aku panggil Irwan jumpa dia. Aku jumpa Irwan kat kelas. Dalam kelas kau tadi cuma ada dia dengan Bidin saja.”
Fateh kehairanan. Awal‐awal pagi begini, buat apa pengetua jumpa Irwan? Hati Fateh mula rasa tidak sedap.
“Kau roommate dia, takkan tak tahu?”
Fateh geleng.
Setelah bersembang sedikit sebanyak lagi dengan Fuad, mereka bersurai. Fuad terus ke kelasnya, dan Fateh masuk ke bilik guru. Dia terus mencari‐cari Cikgu Norli atau Cikgu Hamdan, atau mana‐mana cikgu yang memang kenal rapat dengan Irwan. Begitu, lebih senang untuk dia bercerita. Dia terus ke bilik ketua jabatan Matematik, tempat Cikgu Norli. Dia ketuk pintu tiga kali.
Lama tidak berjawab.
“Masuk!” Baru terdengar suara Cikgu Norli dari dalam bilik. Fateh memulas tombol pintu dan menolak daun pintu. Di dalam bilik, ada Cikgu Norli dan Cikgu Hamdan sekali. Cikgu Hamdan bersiap‐siap, lalu bangun dari kerusi dan keluar. Kedua‐duanya kelihatan serius. Entah apa yang baru mereka bincangkan.
Setelah Cikgu Hamdan betul‐betul telah keluar dari bilik dan menutup semula pintu, baru Cikgu Norli berkata, “Kenapa? Awak tak ada kelas ke?”
“Cikgu Madi tak ada cikgu.”
“Oh.. Cikgu Madi.. Dia...” Tiba‐tiba Cikgu Norli berhenti sambil memandang Fateh.
“Tak apalah. Duduk Fateh.” Tergantung tidak disambung. Fateh dipelawa duduk.
“Hah, ada apa datang cari saya?”
Fateh mengepal‐ngepal tangan. Debarnya merasuk, geletarnya menggila. Tapi dia sudah sedekat ini, takkan nak patah balik?
“Cikgu ada masa tak sekarang ni. Kalau tak lapang, saya.. saya boleh datang balik bila cikgu lapang. Saya nak cerita... er.. lapor pasal...” Tekaknya kering. Cakapnya terhenti seketika.
Memerah leliur dari celah pipi, dia cuba untuk membasahkan tekaknya agar dia dapat sambung bercakap.
“Fateh..” Cikgu Norli membantu. “Awak datang ni... nak cakap pasal Irwan, ke?”
Fateh terlongo. Cikgu Norli tahu kah? Atau dia sebenarnya maksudkan hal‐hal lain tentang Irwan? Pasal Olimpiat mungkin?
“Semalam petang, Asma datang cerita pada saya tentang pembulian Irwan. Dia cerita semuanya. Saya tak sangka sampai macam ni sekali perkara ni boleh jadi.”
Asma? Dalam banyak‐banyak orang, Fateh paling tak sangka Asma yang akan laporkan. Asma bukannya rapat pun dengan Irwan.
“Semalam saya rasa awak tahu pasal Irwan kena pukul, kan? Cikgu Hamdan hantar dia ke klinik semalam. Semalam Cikgu Hamdan telefon saya dan ceritakan kejadian semalam. Saya pun ceritalah juga semua yang Asma cerita pada saya.”
Fateh mengangguk‐angguk, mula faham akan segalanya.
“Jadi, kami datang awal‐awal ke pejabat tadi, nak jumpa pengetua. Kami nak laporkan hal ini kepada dia. Tapi..” Cikgu Norli terberhenti.
Tapi? Fateh tertanya‐tanya.
“Nampaknya pengetua ada kejutan lebih besar untuk kami.”
Debar yang merasuk. Geletar yang menggila.
“Ibu Irwan meninggal dunia Subuh tadi. Cikgu Madi sedang hantar Irwan balik rumah dia.”
Geletar berhenti, debar mati. Gamam menepu, mengapung waktu.
Fateh terbang darah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan