Pagi itu Shawn sedar dari tidurnya dengan mimpi aneh lagi. Dia pada waktu itu berada di tengah bandar, di sebuah kafe yang bernama Fredrick ﴾bukankah itu nama pengurus Fiction?﴿. Tengah hari itu dia hanya duduk di luar kafe sambil menikmati teh susu, seorang diri melayan diri yang untuk kesekiankalinya berasa penat dengan diri yang berpegang pada janji ﴾yang sepatutnya adalah perkara yang bagus.﴿ Duduk pada satu tempat buatkan mindanya tumpul dan dia teringin sekali melakukan sesuatu yang luar biasa, seperti mengembara ke negara orang ataupun melawat kepulauan Brynn di mana salah satunya berada beberapa puluh ribu kilometer di atas kota negeri Darmadin.
Dengan hanya menaiki kapal udara, penduduk dari kepulauan dapat berhubung dengan penduduk dari negeri‐negeri bawah naungan kerajaan Neon. Juga sebaliknya. Kebanyakan penduduk di Kepulauan Brynn ialah para bangsawan, para menteri, pekerja istana ﴾polis, doktor, kerani, pegawai elit; pengawal peribadi﴿ dan para pedagang. Penduduk di negeri-negeri bawah naungan juga ada yang datang dari golongan yang dinyatakan tadi ﴾salah seorangnya ialah keluarganya, datang dari golongan menteri dan kemudiannya jatuh darjat menjadi pedagang selepas insiden sumpahan setia﴿ juga golongan biasa yang terdiri seperti nelayan, petani, pengembala, guru dan sebagainya.
Ekor matanya menangkap sebuah kapal udara yang ingin mendarat di pelabuhan 200 meter dari tempat duduknya. Dia hirup tehnya. Berangan sahajalah yang dia mampu setakat ini. Hendak jejakkan kaki ke kafe ini pun memerlukan perasaan bosan dan menyampah terhadap Anita ﴾siapa?﴿ yang melampau. Penat menyudahkan kerja di pejabat dia larikan perhatiannya ke sini dan melihat langit. Mendongak dari sini lebih memberikan pandangan yang jelas dari tingkap pejabatnya yang terlindung dengan pokok‐pokok besar dan tua.
Burung berterbangan. Bebas mencari hala tuju. Dalam kawanan itu terdapat seekor burung yang jatuh dengan kadar yang laju.
“Itu... bukan burung,” bisiknya. Dia mengecilkan matanya. Semakin hampir ‘sesuatu’ itu jatuh mendekati tanah, semakin jelas akan ‘sesuatu’ itu. Ianya tubuh manusia. Pantas dia berdiri. Ada orang jatuh dari langit. Dari langit! Dia pantas berlari ke arah kemungkinan tubuh itu akan mendarat.
Bila tubuh itu berada searas ketinggian dengan menara jam loceng yang berada di tengah bandar, semakin ramai yang menyedari akan tubuh yang menjunam itu. Keadaan mula panik dan ada yang menjerit histeria.
‘Boom!’ Tubuh itu jatuh menghempas ke atas timbunan tilam yang disusun di belakang lori tilam ﴾kebetulan yang luar biasa﴿ dan terpelanting ke atas laluan pejalan kaki. Dia melajukan langkahnya mendekati tubuh manusia yang jatuh dari langit. Baharu sahaja dia berdoa akan sesuatu yang luar biasa dan tuhan makbulkan untuknya sesuatu yang luar biasa.
Baharu sahaja dia ingin melutut di sebelah tubuh itu, badannya berhenti bergerak secara tiba-tiba. Badannya keras dan lidahnya kaku. Ini bukannya seorang perempuan! Marahnya pada diri sendiri. Lantas dia melutut dan memeriksa nafas lelaki itu. Beberapa orang yang berkerumun mula berbisik‐bisik akan asal usul lelaki yang jatuh dari langit. Ada yang mengatakan ianya jatuh dari menara jam dan tiada siapa dapat membangkang walaupun mungkin ada yang memikirkan yang lelaki ini datangnya dari Kepulauan Brynn. Dia menampar‐nampar wajah lelaki itu. Sungguh cengkung dan kurus. Nampak seperti mayat. Dia tidak yakin yang lelaki ini boleh terselamat selepas jatuh begitu tinggi dengan badan kurus kerimping begini. Dia nampak nama yang tersemat pada baju lelaki itu. Benjamin.
“Encik Benjamin!”
“Shawn!”
Panggilan keras Annie Rose mengembalikan dia pada rialitinya. Terkebil‐kebil dia melihat gadis itu yang memakai swaeternya dengan bersahaja sambil memegang mug kesayangannya dengan wajah yang berkerut‐kerut. “Bangunlah sleepy head!”
Shawn garu belakang kepalanya. Dia lihat sekelilingnya. Cuba memproses dia berada di mana dan bagaimana Annie Rose boleh berada di hadapan matanya dengan pakaiannya. Ini rumahnya.
“Sedar dah ke? Mamai lagi?” tegur Annie rose. Gadis itu berlalu ke dapur.
Shawn menghempaskan badannya pada bahu sofa. Badannya sakit. Semalaman dia tidur di atas sofa dan badannya mengigil sejuk. Nampaknya dia hanya tidur dengan pakaian semalam tanpa menukar apa‐apa.
“I’ve got two bad – er, nope. One bad news and one good news. Which one do you want to hear first?” tawar Annie Rose yang duduk di bangku pada meja bar. Di atas meja terdapat pinggan berisi habuk roti bakar dan separuh habis sunny side eggs. Memang gadis itu buat seperti rumah sendiri.
“Which is important?” soalnya masih lagi cuba memproses kejadian semalam.
Annie rose bermain dengan angin di dalam pipinya. Menggerak‐gerakkan bebola angin itu dengan penuh santai. “Good news? Awak dah bagi cincin tunang pada Suri ke?”
“What?!” Shawn duduk tegak. Sejak bila dia bagi cincin tunang pada Suri?
“Agak dah.” Annie Rose menggeleng kesal. “Media kecoh tengok cincin tunang dekat jari Suri masa pergi majlis Yuka semalam. Susahnya jadi dia, dapat tunang yang blockhead lepastu media buat dia ni macam tak ada perasaan,” komen Annie Rose sambil jarinya menyuap saki baki telurnya.
Shawn teringat semalam di dalam kereta yang Suri asyik memegang cincin di jari gadis itu. Entah‐entah cincin pemberian bekas tunangnya. Shawn masih lagi berasa cemburu bila mengingati akan hal itu.
“Well, nasib baik dia pandai dan buat‐buat cincin tu, cincin tunang kalau tidak lagi gila paparazi ni hentam dia. Nampak macam cincin lama. Mak dia punya ke?” soal Annie Rose dengan harapan Shawn tahu jawapannya namun dia tahu tiada apa yang boleh diharapkan dari lelaki itu. Jelas terang lagi nyata yang Shawn memang tidak tahu apa‐apa. Dia mengeleuh kesal.
“Bad news, you and I cought up in a bad scandal. They got our picture and crazily publisize our scandalous relationship. Yay. Horaaay.” Dalam nada monotone dan penuh sarkastik gadis itu menyampaikan berita tersebut lalu mengemas pinggan yang digunakan. “I really need to get out of here before the media find me. I’ve call Raymond to pick me up and go back to New York before everything went berserk. I’ll clear up my part and you clear up your part. Oh, I hope Hiromi don’t get mad at me,” bebel gadis itu sambil membasuh pinggan dan kuali dan segala apa yang ada di dalam sinki. Di wajahnya terlukis riak serba salah dan bimbang dengan apa yang bakal berlaku selepas ini.
Bila Annie Rose kata begitu, Shawn mengetap bibirnya. Dia terfikirkan Suri yang menyergahnya malam semalam. Gadis itu nampak apa yang dia buat pada Annie Rose dan hatinya berat dengan segala rasa yang dia tidak faham. Memang patut pun Annie Rose panggilnya dungu.
Sehingga cincin tunang pun dia masih tidak berikan pada Suri dan gadis itu senyap‐senyap tolong jaga imejnya. Dia sayangkan Suri. Dia baharu sedarinya semalam dan dia tidak mahu gadis itu semakin membencinya. Dia sudah berkelakuan bodoh semalam dan semua itu didorong dengan perasaan yang bercampur aduk dengan perasaannya terhadap Suri dan Annie rose.
“I’m sorry Annie,” ujarnya seperti anak kecil setiap kali dia buat kesalahan dan Annie akan membantunya walaupun setaip kali dia sudah rosakkan barang kesukaan gadis itu sewaktu dia kecil‐kecil dahulu.
Annie Rose tidak menjawab sebaliknya merenungnya dengan wajah simpati. “I should have known how you felt, Shawn. I should be the one who said that.” Dia berjalan dan duduk di sebelah Shawn. “What happend last night, was not a mistake. It’s a step to make you a better lover. Cherish her because I know you’re not alone in this.” Di akhir kata dia tersenyum manis.
Senyuman yang sering dia beri setiap kali Shawn berasa hilang semangat.
Shawn cuba ukir senyum. Dia gementar dan dia was‐was dengan masa depannya. Dia tidak sanggup kehilangan Suri. Dia tidak mahu rasanya lagi. Cukuplah di dalam mimpi, dia ditinggalkan Allisa yang seiras Suri berkali‐kali kerana sikapnya yang tidak matang dan terburu‐buru. Dia masih lagi tidak faham kenapa dia asyik bermimpi perkara‐perkara sebegini tetapi apa yang dia tahu, dia bersyukur dengan mimpi‐mimpi itu. Dari situ, dia sedar yang dia harus cepat buat sesuatu sebelum pisang berbuah dua kali.
Loceng rumahnya berbunyi.
Annie Rose bangun. “That must be Raymond,” ujarnya. Raymond, pembantu peibadinya menepati masa untuk mengutipnya di kondominium tempat Shawn tinggal selepas mereka berdua tidak tahu hendak menuju ke mana. Annie Rose datang ke sini dengan menumpang rumah Hiromi dan dari pengamatannya semalam, bukan sahaja Suri menerjah mereka tetapi Hiromi juga. Hendak pulang ke rumah datuk Shawn, rasa tidak enak pula. Jadi mereka putus untuk pulang ke kondominium ini. Dia tidur di dalam bilik Shawn dan Shawn tidur di luar. Di atas sofa.
“Thanks for the cloth and the food,” ucapnya sambil menuju ke pintu. Dress semalam sudah dia isikan ke dalam beg kertas dan dia sudah suruh Raymond ambil barang‐barangnya di rumah Hiromi.
“Baju tu saya nak balik.”
“Buruk siku!” Dia siku pinggang Shawn dan lelaki itu mengaduh.
Sebelum dia keluar, Shawn menahannya. “Sorry sebab tak dapat hantar awak ke airport but thank you for everything.”
Annie Rose pandang wajah Shawn. Sememangnya, budak lelaki kecil yang dia sering jaga dahulu sudah tiada. Yang berdiri di hadapannya ialah Shawn yang sudah dia tidak kenali lagi.
Dia senyum. “Just do your job well. Else, you gonna lose her,” cakapnya dan berlalu bersama Raymond yang sibuk melaporkan setiap aktiviti yang dia bakal lalui sebaik sahaja dia tiba di New York.
Shawn mengeluh kecil. Dia menutup pintu rumahnya. Banyak perkara yang dia perlu buat, pertama sekali dia harus menelefon datuknya. Memberitahu yang dia sudah pulang ke ruamhnya. Nasib baik malam semalam datuknya pergi memancing dengan Orang Tua Heitai, jadi dia rasa mungkin kurang sedikit beban dia untuk menjelaskan hal sebenar. Yang selebihnya, dia harus berdoa moga ia akan berjalan dengan baik.
“CIK MUDA?”
Suri mendongak kepalanya melihat Bianca berdiri di sisinya dengan wajahnya yang lansung tidak menunjukkan ekspressi. Suri tahu yang pengawalnya ingin menghalang niatnya untuk keluar dari rumah selepas hampir seharian dia demam juga dengan kekecohan berita mengenai kecurangan Shawn, tetapi dia hendak keluar dan hirup udara luar. Kakinya seperti ringan ingin membawa tubuhnya ke suatu arah yang dia tidak ketahui. Dia hulur senyum nipis.
Matanya masih lagi berasa kebas dan hidungnya baharu sahaja bersih dari tawanan lelehan cecair yang menyukarkan pernafasannya. “Saya okey Bianca. Jangan beritahu atuk. Saya boleh harapkan kebijaksanaan awakkan?” soalnya sambil mengenyit mata minta simpati.
Bianca mengeluh berat. “Tapi, saya rasa tak sedap.”
Suri unjuk jari telunjuknya pada wajah Bianca. Wajahnya garang. “Saya tak nak dengar intuition mengarut tu. Malapetaka kalau percaya sangat! Saya pergi dulu. Tata!” ucapnya dan berlari keluar, membiarkan Bianca terpinga‐pinga di muka pintu. Pengawalnya tidak akan berani melawannya. Harris juga. Mereka akan biarkan apa sahaja yang dia ingin buat biarpun mereka menghalangnya. Mungkin mereka faham apa yang dia sedang rasakan sekarang ini. Suri menggeleng.
Di muka pintu pagar, Suri pusing kiri dan kanan kepalanya, cuba mengesan jika ada kewujudan makhluk‐makhluk yang hendak menangkap setiap pergerakannya dari lensa kamera mereka.
Tiada. Bagus. Dia rendahkan topi bulu kambingnya. Hood sweaternya juga dibetulkan agar wajahnya betul‐betul tersembunyi dari mencuri pandangan pejalan kaki.
Dengan langkah senang, dia biarkan kakinya berjalan. Fikirannya melayang‐layang. Ini bukan pertama kali dia buat begini. Dahulu sewaktu dia berada di sekolah menengah, dia sering biarkan kakinya memilih jalan. Seringkali dia buat begitu dia akhirnya akan berhenti di sebuah–Sebuah apa? Suri lupa. Tetapi tempat itu dia sering pergi dan habiskan masanya.
Menghabiskan masa dengan berfikir akan setiap kemungkinan dalam hidupnya yang tidak mungkin akan berlaku. Sambil itu dia akan lihat bunga ceri yang sentiasa berkembang. Warna lembut yang membuai bila ditiup angin. Cuaca pasti akan berasa sentiasa sederhana. Dia tenang di situ. Dengan seekor arnab aktif di sisinya. Tiada apa yang lebih bermakna untuknya saat itu dari terus menghambakan diri pada rasa seksa yang tidak pernah habis.
Sakit bila ditinggalkan.
Sakit bila tidak menjadi seustu yang diinginkan.
Orang kata dia hanya satu kegagalan.
A war spoil.
Miza sering marahkan dia bila dia setiap kali berfikir begitu. ‘Kau buat tuhan sedih bila kau fikir begitu!’
Saat itu dia akan mula rasa bersalah. Dia hanya tahu merungut dan tidak bersyukur. Dan setiap kali dia mencuba menjadi lebih baik demi keluarga yang bencikan dia, demi orang yang dia tidak akan jumpa lagi, semua itu tiba‐tiba menjadi satu bala bencana dan dengan mesej kuat mengatakan yang dia tidak berusaha dengan kuat. Kata dia terlalu lemah dan perlu lebih berusaha untuk itu. Dia sudah cukup bersabar, sudah cukup menahan rasa malu, berkali‐kali buang rasa ingin mati tetapi ianya tetap tidak cukup untuk dirinya yang lemah.
“Awak terlalu lemah Suri.” Suara Hiromi. “Awak terlalu mencuba, terlalu tamak. Awak perasan tak yang awak lemah?”
Suri sapu air matanya yang tiba‐tiba mengalir. Kepala didongakkan ke arah langit. Kata‐kata Hiromi terlalu berbisa untuk dirinya tika ini. Cuba mengingati sama juga dengan cuba mencari ajal. Namun dalam kata‐kata Hiromi ada benarnya. Dia tamak sebenarnya. Terlalu tamak.
Kelakarnya, dia terima logik yang musuhnya katakan.
“Jom, saya hantar awak pulang.” Hiromi pandangnya tanpa menghulurkan sebarang jemari.
Tidak seperti Yurino. Tidak seperti Shawn. Suri sedar yang dia terlalu dimanjakan sehingga hatinya jadi terlalu gemuk dengan lemak‐lemak yang bernama tamak.
Malam itu dalam sejarah, dia pulang bersama dengan lawannya. Tiada kata mesra saling mereka tukarkan. Hanya aura dingin yang masing‐masing keluarkan. Berada dalam situasi ini bukan sesuatu yang dia waima Hiromi sekalipun dapat jangka. Dia buang pandang ke luar kereta. Sebaik sahaja mereka tiba dari aras bawah tanah tempat Hiromi parkir keretanya, Suri dapat lihat beberapa wartawan yang masih lagi berkhemah luar Hotel Q meskipun malam sudah menjelma.
Sedihnya menjadi wartawan. Terlalu dahaga.
“Jangan risau. Mereka takkan nampak kita,” ujar Hiromi perlahan.
Suri ketap bibirnya. “Kenapa awak tiba‐tiba baik sangat? Bukan kita sepatutnya musuh ke? Atau ini juga salah satu helah awak untuk kenakan saya lagi?” soalnya penuh rasa curiga.
Entah‐entah nanti Hiromi bawanya ke satu tempat yang dia lansung tidak boleh pulang.
Jualnya ke Thailand? Atau mungkin organnya akan diasingkan dan didagangkan ke China?
“Pernah dengar ‘keep your friends close but keep you enemies closer’?” soalnya dengan nada sarkastik. Matanya fokus ke jalan.
Suri mencebik. “Awak excel dalam keeping enemies closer,” sindirnya merujuk kepada setiap insiden yang memalukan pernah terjadi disebebkan oleh lelaki itu.
Hiromi ketawa kecil. Bersahaja dan rileks. “Terima kasih.”
“Saya tak puji awaklah!”
“Oh ye?”
“Saya sindir awaklah!”
“Kenapa?”
Geram pula Suri rasa. Hiromi ini orang panggil sebagai ‘airhead’. Lansung tiada kesedaran tentang keadaan! Dia peluk dirinya sendiri. Siapa sangka lawannya ialah seorang yang bodoh dan riang ria di sebalik muka besi yang sering dia tunjukkan itu. Dia intai sisi wajah lelaki itu.
Lembut dan mesra bila dilihat lebih dekat. Tiada apa yang menakutkan tentang wajah itu saat ini jika dibanding ketika mereka di hotel tadi. Yukano kata Hiromi berubah sebelum lelaki itu menjadi pelajar universiti. Adakah dulu Hiromi seorang yang periang dan lemah lembut?
“Apa yang awak tengah buat Suri?”
Suri tersentak. Cepat‐cepat dia palingkan wajahnya. Pipinya sedikit memerah, malu kerana ditangkap begitu. “Keeping my enemy closer,” jawab Suri jujur.
“Baguslah,” ujarnya lembut. “You learn fast.”
“Patut ke benda macam tu dipuji?”
Hiromi ketawa lagi. Seperti tadi. Bersahaja dan rileks. “Kan bagus kalau kita selalu begini. Awak boleh jadi adik yang menyenangkan setiap kali saya balik dari kerja.”
“Jangan nak berangan! Dan awak pakcik saya bukan abang saudara saya!”
Sekali lagi kata‐kata Suri disambut dengan ketawa ringan Hiromi. Suri berasa rimas. Bagaimana saudaranya itu boleh berasa begitu tenang dengannya? Lalu dia ajukan persoalan yang bermain di fikirannya. Melihatkan wajah Hiromi berubah, Suri berasa menyesal bertanya.
Jujurnya, dia suka dengan sifat saudaranya yang bodoh‐bodoh alang itu.
“Saya jarang macam tu. Selalunya saya seperti yang awak lihat sebelum ini,” jawab lelaki itu dalam nada tegas dengan rupa yang menakutkan itu. Mata tajam seperti helang hendak membaham mangsa bila tiba masanya. “Awak mungkin tak ingat tapi saya selalu jaga awak dulu.”
Kenyataan itu buatkan Suri terkejut. “Awak ada jaga?”
Hujung bibir Hiromi tersenyum nipis. “Selepas ibu awak tinggalkan keluarga Nomiya, abang saya yang juga merupakan bakal tunang ibu awak waktu itu, dipilih menjadi bakal waris tampuk kepimpinan Nomiya. Walaupun dia berat hati untuk terima waktu itu tetapi dia ambil juga kerana dia sayangkan ibu awak dan dia fikir bila suatu hari nanti ibu awak kembali, dia dapat beri pada ibu awak. Siapa sangka, lima tahun kemudian, awak dan ibu awak muncul di muka pintu dan abang saya dengan hati gembira terima kehadiran ibu awak dan awak ke rumah agam. Ketika itu saya masih 13 dan awak budak yang pasif. Namun sentiasa cuba berusaha untuk ceriakan hati ibu awak yang semakin hari semakin sakit. Saya pula cuba untuk menjadi abang atau lebih tepat ‘pakcik’ yang terbaik untuk budak sekecil awak tetapi seminggu selepas ibu awak pergi, abang saya bunuh dirinya sendiri.”
Suri menunduk. Dia tidak tahu hendak beri riaksi apa. Dia tidak pernah terfikir untuk mengetahui lebih lagi tentang orang‐orang di sekeliling ibunya. Orang‐orang seperti Hiromi dan abangnya.
“Dah tentulah selepas itu saya tiada sebab untuk selalu ke rumah besar. Saya hanya dari cabang keluarga dan dari hari ke sehari saya lihat awak membesar dan hati saya sakit sebab saya tak mampu buat apa‐apa untuk awak. Saya hanya seorang dewasa yang tiada apa‐apa pertalian pada awak hanya saudara jauh.” Hiromi berhenti bercakap. Dia lirik matanya memandang Suri yang tertunduk menukur jemari tangan dan kaki jika terkelihatan.
“Sampai situ sahaja!” ujarnya ceria.
“Hah?” Suri tahu pasti ada lagi pada cerita Hiromi. Ianya kedengaran tergantung dan tidak pasti akan hala tuju cerita sebenar itu. Dia kebingungan. “Ada lagikan sebenarnya? Akak Yukano cakap – ”
Suri tidak jadi meyambung. Patutkah dia katakan akan hal itu?
“Yuka cakap apa?”
Suri menggeleng pantas. Dia tahu Hiromi sudah tersenyum‐senyum. Perangai bodoh‐bodoh
alang itu sudah kembali. Lansung tiada konsistensi pada perangainya! Dia berfikir. Ada
baiknya, sebelum Hiromi berubah menjadi sesuatu yang menakutkan lagi, hendaknya dia tukar
topik segera! Masa‐masa begini Yurino adalah yang terhandal yang dia kenali dalam bahagian
ini.
“Apa jadi dekat mereka agaknya?”
“Mereka?”
Adakah ini topik yang bersesuaian untuk dia tukar kepada. Fe’ilnya lebih kurang sama sahaja.
“Ryuuji dan Cik Somers.”
“Oh. Mereka okey sahaja. Annie pandai kendali suasana,” ujarnya tenang. Tiada nada cemburu
tersirat padanya. Bagaimana dia boleh buat begitu?
“Awak tak rasa... cemburu ke tengok mereka tadi? Confidencenya, untuk seorang lelaki yang
beri tunang dia pada lawan yang tinggi levelnya,” sindir Suri. Begitupun suaranya kecil sahaja
yang keluar.
Riak Hiromi masih tenang. Tiada garis‐garis menakutkan seperti yang Suri jangkakan. Lelaki itu
hela nafas ringan. “Kalau awak tahu apa yang awak nak, benda macam tu takkan jadi satu
gangguan buat awak dan Suri... Apa yang berlaku antara Annie dengan Shawn, bukan apa
yang saya yang rancangkan. Itu kerja tuhan,” jawabnya dengan pemikiran yang matang
bersesuaian dengan umur lelaki itu yang baharu sahaja mencecah 28 tahun. Kereta yang
dipandu berhenti di hadapan pagar belakang rumah. “Saya tak berani nak parkir depan rumah,
takut atuk awak nampak pula cucu dia lepak dengan musuh dia,” katanya dalam nada jenaka.
Suri tergamam. Jadi apa yang berlaku tadi bukan rancangan Hiromi sebaliknya sesuatu yang
tiada antara mereka boleh kawal. Tindakan Shawn juga... Nampaknya tidak guna juga lelaki itu
gunakan dia kerana Shawn masih tidak dapat lupakan cinta pertamanya. Setiap apa yang
mereka lakukan sebelum ini tidak bawa apa‐apa kesan pada Shawn. Memikirkan itu buatkan
badannya menggeletar. Tanpa sedar tangannya menggenggam kuat hujung skirt dress‐nya.
Sekali lagi pandangan matanya kabur.
Hiromi pusingkan badannya menghadap Suri. Tangan yang melekap di stereng tadi kini
beralih ke pipinya. Menyapu air matanya yang mengalir. Satu keluhan kecil terbit di bibirnya.
“Don’t make wild assumption Suri. What we see doesn’t mean what are really meant. You love
him, don’t you?”
Suri ketap bibirnya kuat. “Tapi semua tu tak guna. Saya kena kahwin sebelum musim bunga
kalau tak saya akan hilang semua benda yang saya sayang... Semua ni salah awak!” marahnya.
Dia ambil tas tangannya. Dia sudah sedia untuk keluar dari perut kerata bila Hiromi tarik
tangannya.
“Let me give you a worthy advice,” katanya dengan suara yang tegas. Pandangan mata yang
tajam dan tiada senyum senang yang Suri lihat tadi. “Hati kena tahu apa yang lebih penting
pada diri sendiri. Saya panggil awak tamak sebab awak nak puaskan hati semua orang
sedangkan hati semua orang hanya boleh dipuaskan oleh diri sendiri. Bukan senang hendak
menjadi seorang yang diharapkan bila kita tak tahu apa kepentingan kita.”
Sebaik sahaja Hiromi habis bercakap, dia lepaskan tangan Suri dan biarkan gadis itu keluar dari
kereta.
Sebelum Hiromi beredar, lelaki itu turunkan tingkap tempat duduk Suri tadi. “Homework for
you. Cerita saya tadi ada kaitan dengan ayah awak. Selamat malam.”
Sekali lagi Suri tergamam dengan tindakan Hiromi. Beginikah caranya seorang musuh melayan
seorang musuh? Dengan memberi nasihat? Suri tidak faham dan dia keliru namun dia kekal
membalas salam Hiromi tadi. “Se... lamat malam.”
Hiromi pergi dengan kepulan wap angin sejuk dan panas, mengembalikan dia pada rialiti yang
dia kini berjalan tanpa arah tujuan. Suri berhenti melangkah. Jalan yang dia berada kini seperti
dia selalu lalui tetapi tidak tahu dia berada di mana. Dia lihat kirinya kemudian kanannya pula.
Kepalanya terarah pada satu lot kecil tanah terbiar. Di situ sepatutnya ada...
Ada apa? Rumah? Di tengah‐tengah antara dua bangunan kedai yang tinggi sepatutnya ada
rumah?
Merepek.
Dia intai jam tangannya dan mulutnya terbentuk ‘O’ besar. Dia harus segera pulang sebelum
datuknya pulang dahulu. Jika tidak habislah Bianca dan Harris nanti. Pantas dia memusingkan
badannya dan mula berlari. Bila dia terjumpa dengan pemilik kedai berdekatan, dia
bertanyakan arah. Bagaimana dia boleh berjalan berpuluh meter jauh dari rumah tanpa
sebarang insiden? Dia sememangnya bernasib baik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan