Label

Jumaat, 23 Disember 2016

NOVEL IPT Bab1

Aqilah mengira sudah 8 bulan dia mendirikan rumah tangganya bersama Aqif, gambar semasa hari pernikahannya dibelek, diteliti dengan senyuman. Tangannya mengusap lembut sekeping gambar semasa dia mencium tangan si suami buat pertama kalinya. Terasa kasih dari Aqif sungguh bermakna buat dirinya, rasa bertuah memiliki seorang suami yang romantik dan sangat penyanyang. Aqif tidak membenarkan dia bekerja kerana suaminya sudah terlebih mampu untuk menyara keluarga, bibit‐bibit kemanisan dalam rumah tangga jauh lebih bahagia dari apa yang di gambarkan. Sekali lagi Aqilah tersenyum di hadapan album perkahwinannya. Talifon bimbit bedering mematikan lamunan Aqilah seketika.

“Kak Qilah! Assalamualaikum” kedengaran suara riang menyapa telinga.

“Waalaikummussalam, haih awk ni Qira, ha mimpi apa call akak ni” Aqilah tersenyum menjawab panggilan dari sahabat karibnya sewaktu menuntut di IPT.

“Alaaa tak boleh ke nak call akak” suara Qira kedengaran manja di talian.

“Ishh! Boleh je sayang, kat mana ni datanglah singgah rumah akak kalau ada kelapangan” ajak Aqilah.

“He..he..he, bukak la pintu Qira dah sampai” ujar Qira riang.

“Hah!?” Aqilah menduga pantas berlari anak menuju ke pintu lalu mengintai di sebalik tingkap, kelihatan Qira berdiri di hadapan rumahnya sambil melambai‐lambai tangan.

Aqilah menyambut kehadiran sahabat baiknya di hadapan pintu dengan wajah penuh dengan persoalan.

“Dah sampai bila kita nak bergayut dalam talifon?” gurau Aqilah memecahkan tawa keduanya.



“Iz mana kak?” soal Qira mencari kelibat Aqif.

“Kerja lah Qira, tapi biasa waktu macam ni dia dah balik” jawab Aqilah sambil melihat jam di tangan.

Waktu menunjukkan 7.00 malam kelibat suaminya mahupun kereta tidak kelihatan, Aqilah mula membuat riak wajah risau.

“Kejap lagi sampai lah tu” ujar Qira apabila melihat riak wajah Aqilah.

Aqilah hanya tersenyum tawar dihati tertanya‐tanya ke mana suaminya menyinggah, sekiranya bekerja lebih masa Aqif akan memaklumkan terlebih dahulu melalui aplikasi whatsapp seperti selalu dilakukan,tetapi dia tidak mendapat apa‐apa berita daripada suaminya selepas mematikan panggilan tengah hari tadi.

“Qira dari mana?” soal Aqilah cuba untuk menghilangkan keresahan menunggu.

“Haa..ni lah Qira nak bagitau, actually Qira tadi pergi interview dekat Mahkamah Jalan Duta, lepas interview tu singgah rumah akak ni ha” terang Qira dengan panjang lebar sambil tersenyum manja.

Qira sememangnya manja dengan Aqilah sejak dari zaman menuntut di IPT, disetiap semester semestinya Qira akan memilih satu bilik dengan Aqilah, mereka diibaratkan bagai isi dan kuku.

Mereka juga mendapat gelaran “The Twins” daripada mahasiswi kerana kelihatan sentiasa bersama.

“Oh, yeke? Jadi macam mana? Dapat tak kerja yang ditemu duga tu?” soal Aqilah riang.

“Doa‐doakan lah kak Qira dapat” Qira tersenyum dengan penuh harapan.

“Amin, moga dipermudahkan” Aqilah mengaminkan untuk sahabatnya

Qira sudah lama mendapat ijazah tetapi belum mendapat sebarang pekerjaan lagi yang bertandang.

“Amboi kak tengok album kahwin nampak, menggamit kenangan lalu ke?hihihi” Qira cuba mengusik apabila melihat gambar perkahwinan di atas meja. Aqilah hanya tersipu sipu malu.

Kedengaran bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah, mematikan gurauan mereka berdua.

“Suami kesayangan sudah pulang” Qira menyiku lengan Aqilah.

Aqilah membuka pintu dan menyambut kepulangan suaminya dengan senyuman dan tidak lupa untuk mengucup tangan Aqif.

“Lambat abang balik menyinggah kemana? Cantik tak tuannya” usik Aqilah dengan jelingan.

Aqif hanya tergelak kecil dengan gurauan isterinya yang tidak sudah‐sudah dengan cemburu buta.

“Tak ada lah sayang, abang…” Kata‐kata Aqif termati di situ apabila melihat kelibat Qira yang berada di ruang tamu.

“Hai , Iz “ Qira mengangkat tangan.

“Errr hai” balas Aqif sambil menjeling ke arah isterinya meminta penjelasan.

“Qira ni buat apa kat sini” gumam hati Aqif sendirian.

“Oh! Lupa sayang nak cakap kat abang, Qira ni baru je sampai, tiba‐tiba muncul” Aqilah tertawa kecil cuba menjelaskan kepada suaminya apabila melihat pandangan Aqif yang inginkan penjelasan.

“Ouh ya! Maaf abang lambat tadi abang singgah MPH kejap cari buku untuk sayang takut sayang bosan kat rumah” jelas Aqif sambil menyerahkan bungkusan kepada isterinya.

“Wahhh!! Terima kasih sayang” wajah Aqilah gembira menyambut bungkusan tersebut.

“Qira dah makan ke?” ramah Aqif.

“Belum lagi, lapar” manja Qira sambil mengusap perut dan memeluk lengan Aqilah.

“Lepas maghrib nanti kita semua keluar makan, aku nak mandi jap” Aqif berlalu menaiki tangga menuju ke bilik meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.

“Yes!! Iz belanja” sorak Qira gembira.

Aqilah hanya menggeleng kepala melihat telatah sahabatnya.

“Semayang!!” cubit Aqilah.

“Aaa cuti kak” jelas Qira

“Haa cuti sokmo mu” gelak Aqilah dalam loghat Kelantan.

Qira ditinggalkan terpinga‐pinga di ruang tamu melihat Aqilah menuju ke bilik untuk menunaikan solat maghrib. Qira melihat Aqilah menaiki anak tangga sambil mengukir senyuman, bukan senyuman yang biasa dilemparkan tetapi satu senyuman yang penuh misteri.

Kereta Honda Civic berwarna merah membelah jalan raya menuju ke destinasi restoran kegemaran Aqilah. Lagu Hidup Dalam Mati yang dinyanyikan oleh Syamel finalis Akademi Fantasia berkumandang di radio. Aqif menyanyi perlahan mengikut rentak muzik yang berkumandang.

“Ya tersedar kau hilang di hati” Qira berkata sendirian membuatkan Aqif dan Aqilah tersentak.

“Apa Qira? Cakap dengan siapa tu?” soal Aqilah pelik dengan tutur kata sahabatnya.

“Eh! Hihihi tak ada apa‐apa kak, Iz bawak kereta elok‐elok, pandang depan!” marah Qira apabila menyedari dirinya diperhati oleh Aqif melalui cermin tengah.

Aqif hanya tersenyum kambing apabila ditegur oleh Qira, secara tidak langsung ketam besi hinggap dilengan, Aqif hanya menoleh ke arah isterinya.

“Gatal ye” bisik Aqilah menjuihkan bibir.

Aqif hanya ketawa melihat telatah isterinya.

Restoran Ikan Bakar yang menjadi destinasi untuk menjamu selera. Mereka bertiga memilih tempat duduk yang jauh dari pelanggan lain supaya senang untuk bercerita. Aqif sedia maklum apabila isterinya berjumpa dengan sahabat karibnya, sudah pasti pelbagai cerita ingin dikongsi bersama dan pelbagai gosip‐gosip yang tidak pernah wujud dikaca televisyen mahupun keratan akhbar akan menjadi hangat apabila mereka berdua bersua.

“Jadi,Qira berapa hari kat Kuala Lumpur atau balik Kuantan terus malam ni?” soal Aqif menguak rambut ke belakang.

“Ha ah la Qira, akak lupa nak tanya” Aqilah mencelah.

“Tak tahu lagi lah kak, Iz, rasa macam nak jalan‐jalan dulu kat KL ni” jawab Qira menongkat dagu.

“Kene cari hotel la jawabnya”

Aqif dan Aqilah berpandangan tidak semena‐mena senyuman terukir dibibir isterinya sambil membesarkan mata ke arah Aqif. Aqif seperti memahami bahasa tubuh yang isterinya cuba sampaikan.

“Apa kata Qira duduk dengan akak je buat sementara waktu, nanti akak bawa Qira jalan‐jalan, boleh kan bang” ujar Aqilah sambil mengusap lembut lengan suaminya.

Tannggapan Aqif tepat sekali dan hanya tersenyum mendengar permintaan isterinya. Dia cukup mengenali isterinya lebih daripada Aqilah mengenali dirinya sendiri.

Aqif hanya mengangguk lemah tanda setuju, walaupun agak berat Aqif untuk bersetuju pada awalnya untuk Qira menumpang sekali, bukan disebabkan hal‐hal duniawi tetapi dikuathirkan jiran‐jiran akan berkata belakang hari.

“Bagus jugak kalau kau tumpang sekejap boleh teman akak kau ni kat rumah” Aqif menyokong
permintaan Aqilah tanpa dia sedari.

“Tapi…” Qira berkira‐kira untuk bersetuju dengan permintaan Aqilah.

“Tak de tapi tapi la aku tumbok mung” usik Aqilah dengan loghat Kelantan.

Tawa mereka pecah apabila mendengar Aqilah berkata sedemikian.

“Baiklah kak, terima kasih Iz” Qira tersipu malu.

“Dah lah makan dulu nanti‐nanti sambung” Aqif mengambil cebisan ikan bakar diletakkan di pinggan isterinya.

Tanpa dia sedari sepasang anak mata sedang memerhati kelakuan Aqif.

Mereka bertiga menikmati juadah makan malam di Restoran Ikan Bakar dengan diselangi tawa masing‐masing. Kehadiran Qira pada hari itu masih lagi menjadi tanda tanya di dalam fikiran Aqif tanpa dia sedari. Aqif tidak mengambil pusing apa yang terjah difikirannya, itu mungkin hanya godaan syaitan untuk dia berprasangka buruk terhadap sahabat baik isterinya malah menjadi sahabatnya juga sewaktu di IPT.

“Nanti sayang hantar la abang ke pejabat mulai esok” pinta Aqif menggenggam erat jari isterinya.

“Kenapa?” soal Aqilah mengerutkan dahi seolah‐olah cuba memahami maksud tersirat Aqif.

“Kan sayang nak jalan‐jalan dengan Qira, kereta kita satu je” Aqif ketawa kecil sambil tersenyum.

“Terima kasih bang, I love U so much” Aqilah memeluk erat lengan suaminya, terasa sebak, bahagia apabila memiliki suami yang sangat memahami.

Sepasang anak mata yang asyik memerhati terus memerhati kelakuan Aqif dan Aqilah tanpa mereka sedari.

“Amboiii!! Sweetnya korang hahah” tawa Qira menyedarkan Aqilah bahawa dia tidak berdua dengan Aqif.

Aqif hanya mencebik sambil membuang pandangan di sisi kanan restoran. Tidak semena-mena Aqif merenung tajam ke arah seseorang yang berada tidak jauh dari mereka, seolah‐olah merasakan dirinya diperhatikan oleh susuk tubuh tersebut.

“Kenapa bang?” soal Aqilah melihat suaminya menung di satu sudut.

“Tak ada apa itu macam…” Aqif terdiam apabila cuba mencari susuk tubuh tadi.

“Kenapa? Apa ? siapa ?” soal Aqilah bertalu‐talu melihat suaminya mengarahkan jari telunjuk di
kawasan yang tiada orang.

“Tak..tak ada apa” Aqif tertunduk sambil mengerutkan dahi.

Aqilah hanya memandang suaminya dengan seribu persoalan, lalu menggelengkan kepala.

“Abang penat sangat ni, jom la kita balik” senyum Aqilah.

Aqif hanya tersenyum tawar melihat isterinya, sempat dia mengerling ke arah Qira, kelihatan gadis itu hanya memandang mereka dengan pandangan kosong, sempat Qira mengerutkan dahi ke arah Aqif seolah‐olah memahami apa yang cuba disampaikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan