“Tak tidur lagi?”
Hampir tersembur air dimulut Aqif apabila disergah. Qira hanya tersenyum melihat Aqif terperanjat.
“Kau ni terkejut aku” Aqif cuba mengawal diri dari melatah.
“Tak habis‐habis dengan latahan kau ni Iz, bila nak ok” sengih Qira cuba mengambil air di dalam peti sejuk.
Aqif memandang Qira pelik, baru dia perasan gadis itu tidak menutup kepalanya dengan kain, pertama kali dia melihat Qira tidak memakai tudung. Cantik, rambutnya lurus melepasi bahu. Bau wangi semerbak mungkin dari syampu rambut yang Qira gunakan.
“Oi!! Iz” tebak Qira apabila terasa diri diperhatikan.
“Kenapa kau ni” mengerut dahi.
Aqif tersentak sambil tersengih menampak kan barisan gigi yang putih.
“Kau tu ha tak pakai tudung kenapa” tegur Aqif sambil menunjuk ke arah kepala Qira.
Mata Qira terbeliak cuba memahami situasi. Tangannya meraba rambut, perlahan‐lahan Qira mengundur ke belakang sambil tersenyum‐senyum malu. Tangannya menyilang di belakang badan, fikiran berkira‐kira mahu lari ataupun habiskan minuman di dapur. Qira memilih untuk terus masuk ke dalam biliknya yang bersebelahan dengan dapur.
Aqif hanya ketawa kecil melihat gelagat Qira.
“Lupa mungkin” rungut Aqif sendirian.
Suasana kedengaran sepi, Aqif masih mengeluh sendirian. Aqif mengemas semula dapur ketika dia menggunakan sebentar tadi, dia merasakan ada mata memerhati pergerakannya, dia menoleh ke belakang tiada sesiapa. Tiba‐tiba kelibat itu melintasi belakangnya sepintas lalu.
“Sudah‐sudah la tu, aku tak takut pun kerja nak melintas je” geleng Aqif dengan usikan syaitan.
Sekali lagi kelibat itu melintas, bukan di belakangnya tetapi di hadapannya pula.
“Ishh! Kau ni” marah Aqif terkejut.
Dia mengambil sedikit garam dibacakan ayat‐ayat suci Al‐Quran, ditiup garam yang berada di dalam genggamanya lalu di tabur diseluruh laluan masuk rumahnya. Aqif tersenyum puas.
“Makanlah garam tu yekk!” sempat Aqif bergurau.
Aqif tidak dapat mengelak akan adanya hidupan lain di muka bumi Allah ini selain daripada manusia, ketebalan iman di dada yang menjadi penghalang dari terus disesatkan oleh makhluk itu, sepertimana perjanjiannya yang akan menyesatkan anak‐anak Adam.
Jam loceng berbunyi menandakan subuh, gelap bakal melabuhkan tirai di gantikan dengan cahaya matahari. Kelihatan Aqif sedang berada di atas sejadah.
“Kenapa abang tak kejutkan sayang?” soal Aqilah cuba bangun dari katil.
“Sayangkan cuti” senyum Aqif meneruskan bacaan wirid.
Aqilah hanya tersenyum melihat suaminya yang prihatin. Tuala dicapai, langkah longlai menuju ke kamar mandi, meskipun mata masih berat tetapi digagahkan juga bagi menyiapkan sarapan buat suami sebelum berangkat ke pejabat.
“Morning kak” suara Qira menyapa telinga Aqilah.
“Awal bangun?” soal Aqilah pelik melihat sarapan terhidang di atas meja. Dahinya berkerut.
“Sepanjang Qira menumpang disini, Qira akan meringankan beban akak di rumah” Qira bersemangat menampakkan barisan penghadang gigi.
Aqilah hanya tersenyum melihat sahabatnya di dapur.
“Terima kasih Qira” ucap Aqilah, muka pucat.
“Kenapa muka akak pucat ni?” soal Qira menyentuh dahi Aqilah kuathir sahabatnya demam.
“Tak ada apa‐apa, kak tu memang asal pagi je muka pucat asal malam je mimpi yang bukan-bukan” sapa Aqif yang muncul entah dari mana.
Aqif melabuhkan punggung disisi Aqilah sambil mengusap lembut bahu isterinya, dan mengucup ubun‐ubun Aqilah. Aqilah berasa diri disayangi. Qira hanya memerhati gelagat suami isteri itu hanya mengecilkan matanya untuk cuba memahami maksud Aqif.
Aqif memandang Qira sambil tergelak kecil.
“Tak yah nak buat muka la Qira oi!”
Qira masih kaku di hadapan mereka, masih lagi cuba untuk memahami maksud disebalik kata-kata Aqif.
“Nanti akak cerita” senyum Aqilah mematikan pandangan Qira.
“Baik! Mari kita sarapan” ajakan Qira selepas mendapat jawapan dari Aqilah.
“Kalau akak tak larat Qira boleh hanta Iz ke tempat kerja”
Suapan terhenti apabila mendengar permintaan Qira membuatkan Aqif menelan air liur, terasa perit. Setahu Aqif isterinya tidak akan membenarkan walaupun sahabat baiknya sendiri. Dia kenal benar dengan sikap cemburu buta isterinya sejak dari zaman IPT lagi.
“Boleh ke? tak menyusahkan Qira ke?” hampir terkeluar biji mata Aqif mendengar pertanyaan isterinya. Air diteguk laju.
“Boleh je akak, lagipun bukan jauh kan pejabat Iz” jawab Qira sambil memandang Aqif manja.
Aqif cuba mengelak dari bertentang mata dengan Qira.
“Tak apa sayang, abang naik teksi pun bole” ujar Aqif tidak mahu merisaukan isterinya.
“Tak apa lah sayang, Qira hantarkan abang ye, sayang rasa lenguh badan” Aqilah memicit belakang lehernya yang tiba‐tiba rasa tegang.
Aqif terpaksa akur dengan permintaan isterinya.
Kereta Honda Civic berwarna merah meluncur laju sesekali terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas. Suasana di dalam kereta sepi hanya kedengaran bunyi radio yang mencuit hati dari JOHARA pagi di Era.
“Semalam tu aku terlupa pakai tudung” Qira memulakan perbicaraan sebelah penumpang.
Aqif hanya membuang pandangan disisi tingkap dan cuma hanya mengangguk.
“Kau tak ada rasa apa‐apa kan semalam”
Persoalan Qira membuatkan Aqif ketawa.
“Nak rasa apa Qira oi” tawa Aqif.
“Tak ada apa lah” muncung Qira.
Sempat Aqif mengerling ke sebelah penumpang melihat riak wajah Qira yang mungkin malu dengan apa yang terjadi malam semalam.
“Releks lah chill la, aku bukan macam dulu” terang Aqif membuatkan Qira tersenyum.
“Jadi siapa yang kau nampak dekat restoran semalam” Qira mengubah perbualan.
Qira perasan akan perubahan wajah Aqif semasa di Restoran Ikan Bakar semalam.
“Dia ke?”
Persoalan Qira membuatkan Aqif mengeluh seketika. Dia mampu menidakkan apabila dengan rakan‐rakan lain, tapi dia tidak mampu untuk menidakkan dengan rakan‐rakan IPT yang sudah tahu akan sejarah lampaunya.
“Entahlah Qira, perasaan aku je kot semalam” tidak acuh menjawab.
Qira melemparkan pandangan di luar tingkap, melihat pokok seakan‐akan mengejar, sesekali kedengaran bunyi burung berkicau.
“Aku pun nampak macam dia semalam” balas Qira dengan nada perlahan.
Butiran yang keluar dari bibir Qira mampu membuatkan mereka kemalangan apabila Aqif secara tiba‐tiba menekan break kecemasan, kereta serta merta berhenti menyebabkan kereta lain menekan hon, marah dengan cara pemanduan Aqif yang boleh membawa kecelakaan.
“Apa ni Iz!! Sakitlah” marah Qira apabila kepalanya terhantuk di dashboard kereta.
“Apa…apa kau cakap tadi” soal Aqif mendapat kepastian.
“Ye!! Aku perasan juga semalam” Qira menggosok dahi, suara agak tinggi marah dengan pemanduan Aqif yang tiba‐tiba.
“Kenapa kau tak cakap semalam”ujar Aqif cuba membetulkan kedudukan yang mendorong dia kehadapan disebabkan break kecemasan.
“Aku tak nak runsingkan kak Qilah, kau pun tahu kan” Qira cuba mengemaskan bajunya.
Aqif hanya terdiam, meneruskan perjalanan sehingga ke pejabat. Sesampainya di pejabat dia menukar kedudukan dengan Qira sebagai pemandu sempat dipesan kepada Qira supaya berhati‐hati.
Melangkah masuk ke dalam ruang pejabat matanya terpandang rakan‐rakan pejabat seolah-olah berbisik dan memandang ke arahnya. Aqif mengerutkan dahi.
“Well..well..well buaya darat dah jadi buaya air” satu suara yang membuatkan Aqif menoleh.
Kelihatan Farah menyilang tahan sambil tersenyum.
Aqif hanya menggeleng kepalanya terus masuk ke pejabat. Farah turuti dari belakang tanpa dia sedari.
“Siapa perempuan yang hantar U tadi? Bukan isteri U kan? Perempuan simpanan?” soal Farah bertalu mampu merosakkan mood pagi Aqif.
“Farah, please don’t start” pinta Aqif tenang. Hatinya sudah mendidih dengan tuduhan yang Farah lemparkan terhadap dirinya.
“Just answer lah!..dalam pejabat bukan main baik luar pejabat pasang perempuan simpanan!” tebak Farah dengan nada geram kerana Aqif tidak pernah melayannya, sedangkan dia lagi cantik dan menarik berbanding minah bertudung yang dilihat sebentar tadi.
“Macam minah kampong!” sambungnya mendengus.
“Watch your sentence!” marah Aqif sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah Farah.
“What! Satu pejabat dah tahu U pasang perempuan simpanan hari ini” sengih Farah tanda memerli.
“Out from my office now!!” tengking Aqif tidak tahan dengan sikap Farah yang melulu.
Farah hanya mengangkat kening sempat dia menghadiahkan senyuman sinis kepada Aqif sebelum keluar dari bilik pembantu pengurus.
Aqif hanya melepaskan keluhan berat. Dia mencapai talifon bimbitnya membaca pesanan ringkas dari Qira menyatakan dia sudah selamat sampai tanpa sebarang calar di kereta. Aqif hanya tersenyum kelat memandangkan mood kerjanya sudah sampai ke lautan pacific gara-gara tomahan Farah sebentar tadi.
“Kau ok ke bro?” soal Syafiq yang tiba‐tiba muncul, mungkin baru selesai menghantar surat-surat
penting barangkali.
Jam dikerling disisi meja menandakan pukul 3.00 petang. Aqif hanya memerhati sekeliling dengan pandangan samar‐samar.
“Ya Allah aku tertido” gumam Aqif sendirian.
“Kau ok ke bro?” sekali lagi Syafiq bertanya mendapatkan kepastian.
“Ouh yah what? Ok ok, duduk lah” jawab Aqif mamai.
“Kenapa Syafiq?” sambil meraup wajahnya yang sembap disebabkan tertido.
“Da makan belum?” soal Syafiq melihat Aqif seperti tidak terurus.
Aqif hanya menggeleng lemah sambil menguap 2 3 kali.
“Kenapa ni Iz” soal Syafiq pelik dengan kelakuan Aqif hari ini.
“Hmm what?” soal Aqif mamai.
Syafiq hanya menggeleng kepala lalu beredar dari pejabat Aqif. Aqif hanya memandang Syafiq keluar dengan mata yang kuyu.
Tidak lama kemudian, satu pukulan air hebat singgah di muka Aqif membuatkan dia terperanjat terus berdiri dari kerusinya. Dikibas baju yang basah, cuba mengamati wajah yang melemparkan dia dengan air. Kelihatan Syafiq dihadapannya dengan riak muka serius.
“Aku ok” betak Aqif sambil meraup wajahnya yang basah.
“Kalau ok bagusnya” ujar Syafiq nada tegas. Tidak pernah sepanjang dia bekerja di Marina Holding’s melihat Aqif kusut dan tidak terurus seperti ini.
“If u want to share something, aku ada” sempat Syafiq meninggalkan pesanan sebelum keluar.
Aqif hanya menggangguk lemah.
KLCC menjadi pilihan pertama Aqilah membawa sahabat baiknya untuk berjalan‐jalan disekitar Kuala Lumpur, banyak lagi tempat yang menarik bakal Aqilah bawa tetapi dia cuba melengahkan masa supaya Qira tinggal dengannya lebih lama. Mereka berdua berjalan di Suria KLCC dimana tempat membeli belah dan juga mereka makan tegah hari di salah satu restoran di situ.
“Akak selalu datang sini?” soal Qira sambil memerhati sekeliling.
“Jarang, Iz tak suka katanya tempat indon” Aqilah ketawa kecil.
Qira mengganguk setuju dengan apa yang Aqif cuba sampaikan, dia memerhati sekeliling memang terdapat ramai yang terdiri dari bangsa Indonesia dan Bangladesh.
“Macam mana sejak berkahwin dengan Iz? Everything ok” soal Qira mengalih perbualan, tangannya cuba mengibas ngibas asap rokok yang berterbangan di udara.
“Alhamdulillah cuma sejak dua menjak ini akak ada mimpi yang pelik‐pelik” wajah Aqilah bertukar redup.
“Mimpi apa” soal Qira mengerut dahi.
Aqilah memandang Qira sebelum memulakan perbicaraan.
Semuanya bermula apabila Aqif dinaikkan pangkat sebagai Eksekutif dia Marina Holding’s, ketika itu usia perkahwinan mereka baru mencecah 4 bulan. Aqif menyampaikan berita gembira itu kepada isterinya akan tetapi sejak hari itu Aqilah diganggu dengan bermacam-macam mimpi yang menakutkan. Pernah suatu hari Aqilah bermimpi dia meratah daging suaminya sendiri hingga terburai isi perut. Disebabkan dia selalu bermimpi, apabila bangun di pagi hari badannya akan lemah dan wajahnya akan pucat. Aqilah dapat merasakan seperti dia berjalan sewaktu tidur, tetapi di nafikan oleh Aqif. Aqif selalu berpesan supaya membaca Ayatul Kursi sebelum tidur bagi mengelak gangguan‐gangguan yang ingin bergurau.
Walaupun keadaan begitu merunsingkan selepas 4 bulan mereka mendirikan rumah tangga tetapi keharmonian rumah tangga yang dicipta oleh Aqif langsung tidak menjadikan mimpi itu satu penghalang dalam hubungan mereka. Sering kali juga Aqilah mendengar suara‐suara halus yang berbisik tatkala di malam hari seperti berkata darah kau galang gantinya.
Panjang lebar Aqilah menceritakan kepada Qira, cukup membuatkan bulu roma gadis itu berdiri tegak. Qira menelan air liur semasa mendengar penjelasan dari Aqilah. Liurnya berasa perit untuk di telan.
“Takutnya kak” Qira memeluk lengan Aqilah.
“Macam tu lah Qira, sebab tu akak minta Qira tumpang lebih lama supaya akak tidak lah keseorangan dalam rumah tu” senyum Aqilah kelihatan tawar.
Tangan kanan diangkat melihat jam menunjukkan pukul 4.30 petang, Aqilah mengajak Qira untuk menjemput suaminya pulang. Mereka berjalan beriringan tanpa mereka sedari sepasang mata leka memerhati gerak geri mereka. Sesekali Qira menoleh kebelakang seperti ada yang memerhati, namun dia hanya membuang pandangan kosong apabila melihat ramai pendatang asing memenuhi kota raya Kuala Lumpur. Qira mendengus kecil.
“Kenapa?” soal Aqilah mendengar sahabatnya seperti mengeluh.
“Entahlah kak, tengok la ramai pendatang dari warganegara” rungut Qira.
“Biasa la politik” ayat‐ayat Aqilah yang pendek tapi mempunyai maksud yang mendalam.
Mereka berdua ketawa kecil.
“Tunggu perempuan simpanan pick up? Why not I je hantar U balik” suara Farah hentikan lamunan Aqif yang menunggu kehadiran isterinya.
“Its ok” balas Aqif tenang.
Farah masih berdiri dihadapan Aqif cuba mencari idea untuk memancing jejaka itu, tidak semena‐mena kereta Honda Civic berwarna merah berhenti diperkarangan pejabat Aqif, kelihatan Aqilah keluar dari tempat duduk pemandu beralih ke sebelah penumpang. Mata Farah terbeliak apabila melihat wanita yang menghantar Aqif pagi tadi bersama‐sama isterinya untuk menjemput Aqif pulang.
Aqif hanya tersenyum sinis melihat perubahan wajah Farah yang terkejut barangkali.
“Iz kahwin 2?” tanggapan Farah.
Farah ditinggalkan keseorangan dihadapan pejabat masih dibelengu dengan tanda tanya siapakah wanita itu.
Kereta Honda Civic merah berlalu pergi semakin lama hilang dari pandangan Farah, wanita itu masih kaku dihadapan pejabat. Lamunannya terhenti apabila ditegur oleh Min.
“Sudah lah cik Farah tak mahunya si Iz tu, tengoklah isteri bukan main cantik, putih, alim, solehah, jauh langit dari bumi cik Farah oi” sekawan itu hanya tergelak apabila memerli Farah di hadapan mereaka.
Farah hanya mengecilkan mata tanda geram dengan hamburan kata dari mereka.
“Habis tu siapa perempuan yang duduk di kerusi belakang” soal Farah kepada sekumpulan wanita yang memang tidak pernah menyenangi dirinya dari awal lagi.
“Lahh..cik Farah tak tengok ke gambar masa pernikahan Iz hari tu ? itu kan pengapit isterinya” ujar Akma menahan gelak melihat reaksi wajah Farah.
“Itulah mata lain kali letak kat mata, tengok dah terbuta hahah” sambung Rosma menyakitkan hati Farah.
Tawa mereka bertiga pecah melihat muka Farah yang merah dan tangan menggigil menahan marah.
“Oppss! Kami balik dulu ye Princess” sempat Min memerli sebelum hilang dari pandangan Farah.
Farah masih membatu di hadapan pejabat, terasa marahnya membuak‐buak terhadap 3 orang wanita itu.
“Tengoklah nanti korang” gumam Farah sendirian.
Mata Aqif fokus pada pemanduannya, dia tidak mahu kecuaian pagi tadi berulang disebabkan terlalu melayani perasaan. Aqilah memandang suaminya seperti ada yang tidak kena dengan suaminya kelihatan kusut seperti orang mati bini.
“Kenapa serabut sangat abang ni!” tegur Aqilah tegas.
Dia tidak suka melihat suaminya seperti orang yang tidak terurus. Qira memilih untuk diamkan diri di belakang meskipun dia tahu kekusutan melanda Aqif.
“Ha ah la kenapa ni serabainya rambut eee siapa ni” usik Aqif cuba mengambil hati isterinya.
Aqif tersenyum memandang wajah muram isterinya.
“Tak ada apa‐apa, sayang abang naik pangkat pembantu pengurus lupa nak bagi tahu” senyum Aqif kelihatan matanya sepet.
Aqilah membulatkan matanya teruja mendengar berita daripada suaminya sambil menadah tangan mengucapkan syukur kepada Maha Pencipta atas rezeki yang diberikan. Tetapi apabila dikerling suaminya di sebelah dia melihat Aqif kelihatan runsing dengan wajah yang serius, seperti ada yang tidak kena. Apakah kenaikan pangkat Aqif kali ini akan didatangi dengan pelbagai ujian yang lebih hebat dari apa menimpa mereka selama ini. Aqilah hanya menelan air liur redha sambil menggenggam jari suaminya sehinggakan Aqif merungut kesakitan kerana genggaman terlalu kuat. Dia memandang isterinya lalu melemparkan pandangan disisi tingkap.
“Kebahagian yang kesudahannya dengan kematian” Qira bercakap sendirian, tetapi telinga Aqif sempat menangkap butir kata Qira.
Aqif mengerling ke cermin tengah mengecilkan mata ke arah Qira, Qira hanya tersenyum menggeleng kepala, Aqif hanya mengangguk lemah.
Sudah seminggu Qira menetap di rumah Aqif dan Aqilah dan selama seminggu juga Aqilah tidak dihujani dengan mimpi‐mimpi buruk, perasaannya mungkin sudah tiada gangguan akan tetapi perasaan itu meleset sama sekali apabila jam menunjukkan 2.45 pagi pintu rumahnya diketuk bertalu‐talu membuatkan Aqilah terjaga dari tidur. Dia mengamati bunyi ketukan sekali lagi kedengaran, dihati kecil tertanya siapa yang datang waktu macam ini, tidak masuk akal. Dia cuba melelapkan mata kemudian dengar lagi ketukan kali ke 3 membingitkan suasana di dalam rumah. Aqif yang terkejut lalu bangun memandang isterinya untuk mencari jawapan siapa yang mengetuk pintu. Lalu dia tersenyum sendirian bila melihat isterinya mengangkat kepala juga mengharapkan jawapan darinya.
“Abang tengok kejap siapa” ujar Aqif menyelak selimut membaluti separuh badan.
Tangannya di rangkul Aqilah.
“Nak ikut” pinta Aqilah manja, kuathir terjadi apa‐apa kepada suaminya.
Aqif hanya mengangguk tanda setuju. Mereka menuruni anak tangga berhati‐hati, kelihatan Qira terpinga‐pinga dihadapan pintu bilik sambil mengesat‐ngesat mata, mungkin dia turut terganggu mendengar ketukan yang bertalu‐talu. Qira mengambil tuala berhampiran menutup kepalanya, lalu menuruti di belakang Aqilah. Perlahan‐lahan Aqif memusingkan tombol pintunya, angin yang sejuk menyapa pipinya.
“Siapa ketuk tak ada siapa pun” gumam Aqif perlahan memerhati sekeliling luar rumahnya.
“hihihi” satu suara berbisik di telinga Aqilah membuatkan dia menjerit kecil.
Aqif yang tidak mengerti apa‐apa cuba menenangkan isterinya yang sedang terduduk separuh badan menggigil menekup mulut.
“Saya…saya…saya dengar suara bang” laju air mata Aqilah keluar kerana ketakutan.
“Perasaan awak tu, tak ada apa jangan risau” jawab Aqif tenang sambil membantu isterinya untuk bangun,
“Qira bawa akak masuk bilik” pinta Aqif kepada Qira, apabila melihat Qira melopong ke arah satu sudut di dalam rumah.
“Qira!!” tebak Aqif mengerut dahi.
“Hah ok ok ok” jawab Qira kelam kabut.
Aqif memandang ke arah sudut yang menjadi perhatian Qira sebentar tadi.Kelihatan satu susuk tubuh manusia, bukan manusia tetapi satu susuk tubuh seolah‐olah terapung mempunyai sepasang mata yang tajam tidak berwarna sedang merenung ke arahnya.
“Kau lagi!!rumah aku bukan taman permainan nak main‐main ishh!” marah Aqif, Qira yang terperanjat hanya tergelak kecil mendengar butir bicara Aqif.
“Pelik‐pelik Iz ni tapi lucu jugak suami akak ni” Qira ketawa kecil melihat Aqilah hanya tersenyum.
Aqilah cukup mengenali diri Aqif yang sentiasa berlagak tenang.
Qira menuruni anak tangga dengan berhati‐hati setelah menghantar Aqilah ke dalam biliknya, dia melihat Aqif berdiri kaku dihadapan pintu.
“Kau tak rasa benda tadi tu…” Qira terdiam apabila melihat mata Aqif merenung tepat kewajahnya.
“Ke..napa?” soal Qira gagap apabila diri diperhatikan.
Aqif menundukkan pandangan lalu mengeluh kecil.
“Aku dah lama rasa macam ada yang tidak kena sejak aku berkahwin dengan Aqilah” luah Aqif kesal.
Kekesalannya terluah bukan kesal menjadikan Aqilah permaisuri hidupnya tetapi kesal dengan apa yang terjadi semenjak dia mendirikan rumah tangga.
“Kalaulah..” kata‐katanya terkunci apabila tangan Qira menyapu lembut bahunya.
“Yang sudah lepas jangan dikenang, makin dikenang makin rasa penyesalan Iz” ujar Qira sambil menghadiah satu senyuman lembut.
Walaupun tanpa sebarang make up di muka, Qira tetap ayu seperti Aqilah dengan senyuman
lembutnya, Aqif hanya tersenyum lalu cuba meleraikan sentuhan Qira dibahu dengan menganjak kehadapan sedikit.
Aqif berlalu masuk ke ruang tidur melihat isterinya berselimut likup satu badan sambil menggigil, Aqif akur dengan apa yang dirasai oleh isterinya, dan ketakutan yang melanda Aqilah.
“Sayang..” panggil Aqif lembut.
Aqilah diam suasana menjadi sepi seketika.
“abang akan cari jalan penyelesaian” ujar Aqif dengan nada kesal.
Tangan Aqif disentuh Aqilah, senyuman melirik dibibir Aqilah.
“Bukan salah abang” sayup kedengaran suara Aqilah disebalik selimut yang menutupi badan.
Air hangat menerjah pipi Aqif sungguh dia bersyukur memiliki seorang isteri seperti Aqilah. Aqif meleraikan pegangan isterinya menuju ke kamar mandi mengambil air wudhuk. Malam itu Aqif membuat solat hajat serta solat istikarah memohon petunjuk Allah di atas apa yang di alami oleh keluarganya.
Seusai dia menunaikan solat hajat dia memohon perlindungan buat isterinya, ketika Aqif
sedang kyusuk menadah tangan kelibat hitam melintasi hadapannya, membuatkan Aqif
tersentak lalu mendengar suara Aqilah menangis sayup‐sayup kedengaran.
“Aku tidak bersalah jangan ganggu aku” suara Aqilah tersekat‐sekat.
Aqif melihat isterinya berkeadaan begitu, dia membaca Ayatul Kursi dengan lantang sambil
menyentuh ubun‐ubun isterinya. Suara tangisan Aqilah makin lama, semakin reda. Aqilah
tenggelam didalam pelukan suaminya sehinggga subuh menjelma.
Seperti kebiasaan wajah Aqilah kelihatan pucat dan lesu seperti tidak bermaya. Aqif terpaksa
memohon cuti kecemasan kerana merisaukan keadaan isterinya di rumah. Biarpun Qira masih
ada untuk menemani isterinya tetapi tanggung jawab itu terletak di bahu suami. Pagi itu Aqif
menyediakan sarapan dibantu oleh Qira, Aqilah Cuma memerhati gerak geri mereka berdua di
ruang tamu dengan wajah yang masam tanpa senyuman.
“TANGG!!”. Aqif sedang sibuk di dapur dikejutkan dengan bunyi kaca berderai melulu ke ruang
tamu. Aqif melihat Aqilah cuba untuk mengutip kaca yang berteraburan dilantai.
“Sayang kenapa ni” wajah Aqif risau.
“Jatuhhhhhh” muncung Aqilah manja seperti kanak‐kanak.
“Tak apa Qira bersihkan” sapa Qira selepas melihat kaca bertaburan dilantai.
Mata Aqilah terus merenung tajam melihat Qira tiada senyuman terukir dibibir.
Qira hanya tersenyum tawar apabila melihat Aqilah memandangnya dengan wajah yang
menggerikan.
“Qira bersihkan, aku nak ambil medical kit, kaki akak berdarah tu kena kaca mungkin” arah Aqif
melihat darah yang mengalir di kaki isterinya.
Qira hanya mengangguk. Sedang Qira menyapu kaca di lantai dia terdengar Aqilah bercakap
sendirian di atas kerusi, kurang jelas Qira cuba untuk memahami setiap butir apa yang keluar
dari bibir Aqilah.
“Darah kau….darah kau gantinya…” Aqilah meracau sendirian dengan nada perlahan.
Qira melihat Aqilah duduk mencangkung di atas sofa sambil menggigit hujung jari telunjuknya
sehingga berdarah.
“Iz!!” laung Qira perlahan, kaget melihat keadaan Aqilah.
Aqif yang sedang sibuk mencari medical kit di dalam bilik stor keluar semula untuk melihat
keadaan Aqilah setelah namanya diseru Qira.
“Astagfirullah Qilah!!” Aqif mendapatkan isterinya yang sedang menggigit jari.
Tangan Aqilah dipenuhi darah kesan gigitan pada jari telunjuknya.
“Qira tolong ambil talifon aku dalam bilik” arah Aqif.
Tanpa membuang masa Qira berlari menuju ke dalam kamar tidur Aqif. Sebaik sahaja Qira
membuka pintu, satu angin kuat menerjah muka Qira, dingin. Qira tidak mengendahkan angin
tersebut dia mencapai talipon Aqif di atas meja kecil bersebelahan katil. Pantas Qira
mendapatkan Aqif diruang tamu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan