HARI ini, Hana menghabiskan masa cutinya dalam bilik. Dia terbaring atas tilam empuk merehatkan badan yang telah penat bekerja tanpa henti. Malas keluar. Malas untuk bersemuka dengan Ridduan, Eric mahupun Izwan. Yang ada dalam hatinya sekarang adalah rindu pada tunangnya Aman.
Sejak Aman bersikap tidak acuh padanya dulu, rindu Hana tidak pernah terbalas. Tidak pernah lepas. Hasrat jumpa dengan Aman ibaratkan menunggu buah tak gugur.
Hana bermain‐main smartphone. Gambar Aman dan bersama dia ditatap. Tapi tak banyak pun. Tidak sampai sepuluh. Aman tidak gemar bergambar. Itu pun banyak gambar candid. Hana ketawa lucu melihat gelagat Aman dalam gambar. Rindunya semakin menebal. Dia membuat beberapa panggilan tapi tidak dijawab Aman. Sibuklah tu... Hana termenung jauh. Ketika itu teringat kembali kisahnya bertemu Aman buat kali pertama. Kenangan lama menerjah kembali.
Ketika itu Hana pelajar tahun ketiga di Universiti tempatan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Hari itu pinjaman baru kredit ke akaunnya. Duit yuran pendaftaran dipinjamkan oleh rakan karibnya perlu dibayar segera. Selalunya dia akan simpan duit yuran dari duit pinjaman semesta lepas. Oleh sebab dia tidak dapat menginap di asrama pada tahun ini, dia terpaksa menyewa bilik. Keseluruhan baki duit dibayar deposit bilik dulu.
Hana menumpang kereta rakan baiknya Fatin untuk ke kuliah. Mereka mengambil jurusan yang sama dan berkawan baik sejak tahun pertama lagi. Jadi, jadual kelas mereka kebanyakannya sama. Fatin duduk bersama keluarga, mengambil Hana di rumah sewanya.
Sebelum ke kuliah, dia meminta Fatin berhenti di sebuah mesin ATM berhadapan pintu masuk fakultinya.
Hana berbaris panjang. Biasalah, hari pertama pinjaman masuk ke bank, berpusu‐pusu pelajar keluarkan duit. Dia mengerling jam tangan yang dibeli di pasar malam dengan harga sepuluh ringgit. Masa masih panjang sebelum kuliah bermula. Dia sabar menunggu.
Hampir setengah jam menunggu akhirnya dia berjaya mengeluarkan duit. Hana masih mengira‐ngira ketika ke arah kereta. Cukup helaian duit lima puluh berjumlah seribu lima ratus ringgit. Sekarang dia boleh buat belanjawan perbelanjaan selama tiga bulan. Selebihnya dia akan ambil selepas tiga bulan nanti. Jika bajet lari, dia perlu berjimat‐jimat dalam masa tiga bulan juga. Dia perlu mendisiplinkan diri supaya dia tidak berada dalam kesusahan. Biar susah dahulu, senang kemudian. Lagi pun, jika dia berada dalam kesusahan, siapa yang akan membantunya. Dia hidup sebatang kata. Fatinlah manusia yang sering membantunya. Dia bersyukur ada teman rapat seperti Fatin yang tidak pernah berkira. Dia akan ingat segala budi baik Fatin.
Dompetnya disimpan, lantas masuk ke perut kereta Proton Iswara Aeroback berwarna merah. Dia duduk di atas riba seseorang, melompat keluar dari kereta. Rupanya Hana terduduk atas pangkuan seorang lelaki. Hana cemas.
“Hei.. awak siapa hah! Ini kereta kawan saya. Awak nak mencuri ya.” Hana memukul kuat dengan beg sandang yang digalas. Di dalam beg itu juga terdapat beberapa buah buku yang agak tebal.
Aman yang tidak sempat berkata apa‐apa, cuba mengelak setiap pukulan dari Hana.
Bagaimana pun tetap mengena. Dalam tidak sedar dompet Aman jatuh di kaki Hana. Jeritan Fatin membuatkan Hana berhenti memukul.
“Hana! Hana!.” jerit Fatin.
Hana berhenti memukul dan menoleh arah suara di belakangnya. Fatin berada dalam kereta membuka tingkapnya setelah melihat Hana bertindak ganas.
“Hana... kau buat apa tu? Aku di sini la.” Laung Fatin lagi.
Hana panik. Dia melihat Aman kembali dan cuba memberi senyuman paling manis untuk menutup malu yang teramat sangat. Ikutkan hati mahu saja dia melarikan diri masuk ke dalam kereta Fatin dan memecut laju meninggalkan lelaki itu. Tetapi kakinya tidak berdaya. Wajah Aman semakin bengis. Hana semakin cemas. Kepala lututnya juga sudah menggigil. Tanpa berfikir panjang, Hana segera mengambil dompet di kakinya dan lari masuk ke dalam kereta Fatin lalu dikunci. Aman mengejar Hana bagai ingin menerkamnya. Aman menghentak‐hentak tingkap sebelah Hana minta dibuka. Fatin memecut laju meninggalkan Aman dalam kemarahan.
Tidak sangka dia boleh terpedaya dengan jenis dan warna kereta yang sama. Aduh... malu tidak terhingga. Dahlah dia beria‐ria memukul lelaki tadi. Mesti sakit. Rasa bersalah menyelubungi diri. Dia juga tidak sempat memohon maaf. Mulutnya terkunci rapat dek kerana takut. Harap dia tidak berjumpa lagi dengan lelaki itu di kampus. Biarlah itu kali pertama dan terakhir. Dia berdoa berulang kali dalam hati.
Fatin meletakkan keretanya di tempat letak kereta berdekatan kuliahnya. Tiba‐tiba beg sandang Hana direntap kuat dari belakang. Dia hampir terjatuh.
“Awak ni memang selalu buat macam ni ya. Mula‐mula seperti tidak sengaja duduk di atas saya, kemudian awak pukul saya hingga dompet saya jatuh dan awak melarikan diri bersama dompet saya. Awak menggunakan muka awak yang lembut dan senyuman manis awak tu, untuk memukau orang. Bagus taktik awak ni. Taktik baru ya...”
“Apa awak cakapkan ni. Saya tak faham. Saya betul‐betul tersilap. Saya ingatkan itu kereta kawan saya. Saya betul‐betul minta maaf. Saya bukan sengaja. Saya minta maaf.” Jelas Hana lagi. Kali ini dia tidak membuang masa untuk memohon maaf atas kesalahannya tadi. Memang salah dia.
“Tak faham atau buat‐buat tak faham. Awak dah terperangkap dan sekarang awak dah tertangkap. Lebih baik awak mengaku sekarang. Tak perlu nak berdolak‐dalik lagi.” Tegas Aman. Dia tidak akan kasi chance lagi. Perempuan seperti dia patut diajar.
“Betul saya tak faham. Saya bukan sengaja nak duduk atas awak dan pukul awak tadi. Saya betul‐betul ingat awak seorang perompak. Sebab itu saya pukul awak kuat‐kuat. Saya minta maaf.”
“Siapa perompak? Kau tu yang pencuri!” Tengking Aman kuat.
Hana terperanjat. Badannya bergetar seperti kena renjatan. Begitu juga Fatin.
“Kau ni kenapa? Dia dah minta maaf pun dah cukup baik. Lagi pun, dia dah mengaku kesalahan dia. Sudahlah. Apa lagi yang kau tak puas hati? Takkan kau nak pukul dia, baru kau puas hati. Tak malu ke bergaduh dengan perempuan.” Fatin pula naik berang. Kemarahannya seperti disuntik akibat terkejut dengan tengkingan Aman.
“Kau diam... aku cakap dengan dia. Bukan dengan kau. Atau kau pun rakan subahat dia ni?”
“Kau yang patut diam. Mentang‐mentang kami perempuan, suka‐suka kau nak jerkah kami sesuka hati. Jantan jenis apa kau ni. Bukan besar pun kesalahan dia ni. Macamlah dia dah pukul kau sampai patah tangan. Aku tengok kau ni elok aje lagi, boleh berdiri tegak sambil memekik-mekik.”
Dia terdiam bila Hana memegang tangannya. Fatin menjeling tajam. Tidak puas hati. Geram betul dengan lelaki di depannya itu.
“Aku bukan nak gaduh tapi aku nak balik dompet aku yang kawan kau dah curi. Pulangkan. Senang sajakan.” Suara Aman sedikit reda.
“Dompet? Saya tak ambil dompet awak. Betul...” Hana membuka beg sandang dan mencaricari.
“Yang ada hanya...” Hana tidak meneruskan kata‐katanya bila beg kecil yang tidak dikenalinya ada di dalam beg sandangnya. Dia mengeluarkannya.
Aman merentap kasar dari tangan Hana. “Ha... kan aku dah cakap. Kau ni memang pencuri.”
Sambil menayangkan dompet di depan muka Hana dan Fatin. Dia meneliti di setiap selit dompetnya agar tiada benda yang diambil Hana. Nasib semuanya cukup. Duitnya juga masih cukup dan teratur seperti tidak berusik.
“Saya minta maaf encik. Saya minta maaf. Saya betul‐betul tak ada niat nak mencuri. Tak ada niat nak ambil dompet encik. Saya tersilap ambil. Saya ingatkan dompet saya. Saya tak perasan dompet encik. Saya harap encik dapat maafkan saya. Saya betul‐betul minta maaf.” Hana merayu dan cuba jelaskan hal yang sebenar. Kedengaran ceritanya seperti tidak logik dan telah terbukti dompet itu ada di dalam beg sandangnya. Dia memang boleh dituduh mencuri. Tapi apa yang dikatakan semuanya betul. Memang dia tiada niat nak mencuri. Cuma tersilap ambil.
“Kau dah dapat dompet kau balik. Dia juga dah ceritakan hal yang sebenarnya. Sekarang terpulang pada kau nak percaya atau tidak. Dia dah tiada urusan dengan kau. Jom Hana... kita dah lewat ni.” Fatin menarik lengan Hana.
“Maafkan saya... maafkan saya.” Hana masih tertunduk‐tunduk seperti orang Jepun. Dia betul-betul
memohon maaf atas kesilapannya tadi.
“Kalau betul awak tak ada niat nak mencuri, awak perlu buktikan pada saya.”
Lantas Hana berhenti melangkah. Memandang Aman kembali. “Macam mana?”
“Hana...” Fatin tidak puas hati. Kenapa dia beria‐ria nak buktikan semua ni. Dah terang‐terang Hana dah pulangkan dompet yang menjadi punca salah faham itu.
“Awak kena belanja saya makan sebanyak tiga kali. Dalam jangka masa itu awak perlu yakinkan saya yang awak memang tak berniat nak mencuri dan buktikan yang awak seorang perempuan yang baik.”
“Kenapa tiga kali?” Hana bertanya pelik.
“Kau ni kenapa hah! Dia dah pulangkan dompet kau. Dah terang‐terang dia tak mencuri. Lagi pun dia dah terangkan hal yang sebenarnya. Yang kau nak ambil kesempatan atas kebaikan dia kenapa? Aku tahu, kau sendiri percaya yang dia tak mencuri. Nak bukti apa lagi. Kau nak buli dia ya!” Fatin naik berang kembali. Dia tidak dapat menahan perasaan amarahnya pada lelaki itu. Apa sebenarnya dia nak dari Hana. “Dah Hana. Jangan layan lelaki gila ni.” Sambung Fatin sambil menarik tangan Hana. Dia tidak mahu Hana ditipu lelaki seperti itu. Entah‐entah dia yang nak perangkap Hana.
“Fatin...” Hana cuba tenangkan Fatin. Dia tahu, Fatin seorang kawan yang baik. Fatin tidak akan membiarkan dirinya ditindas. Dulu, Fatin juga pernah bergaduh kerana nak selamatkan dia daripada terus dibuli senior. Teruk senior itu dibelasah sampai tidak berani nak buka mulut.
Fatin memegang tali pinggang hitam dalam taekwondo.
“Hana... tolonglah jangan layan dia.” Sekali lagi Fatin menarik Hana.
“Sebab apa tiga kali? Yang pertama, hukuman awak telah menuduh saya perompak. Yang kedua, hukuman awak memukul saya dan yang ketiga, sebab awak dah ambil dompet saya.” laung Aman.
Fatin tidak dapat menahan kemarahannya lagi meluru menghadap Aman.“Hei... entah‐entah kau yang sengaja biarkan dia ambil dompet kau. Kau nak perangkap diakan. Lepas tu kau beria‐ria kata dia yang bersalah sedangkan kau yang jahat.”
“Baik. Kita settle di balai. Aku buat report. Tengok siapa yang bersalah, siapa yang perangkap siapa dan siapa yang jahat.” Aman juga bertindak berani. Dia tidak mahu mengalah.
Hana berlari mendekati Aman. “Jangan encik. Baik... saya ikut permintaan encik itu.” Hana mengeluarkan buku nota kecil dan menulis nombor telefonnya. Keratan dikoyak di beri pada Aman. “Ini nombor telefon saya. Encik boleh hubungi saya untuk tuntut hukuman saya pada encik.”
“Hana!” Lantas Fatin mengambil kertas di tangan Aman tapi gagal. Aman lebih cekap mengelak. Kemudian Aman meninggalkan mereka terpinga‐pinga.
Hana akur dengan permintaan Aman kerana dia ingin menebus kesalahannya menuduh Aman sebagai perompak dan memukulnya serta ingin membuktikan dia bukan pencuri seperti sangkaan Aman.
Hana mengikut segala kehendak Aman. Sebanyak tiga kali pertemuan mereka, Aman membawa Hana ke restoran mewah. Habis duitnya hampir seribu ringgit. Tapi, untuk membuktikan dia tidak bersalah, dia ikutkan saja kehendak Aman. Akibatnya dia telah berbelanja lebih dari yang telah di rancang hingga terpaksa mengikat perut untuk memastikan segala tanggungan untuk pelajarannya mencukupi. Dia tidak berayah dan ibu untuk membantu, hanya bergantung pada duit pinjaman sahaja.
Hampir seminggu dia mengalas perut dengan mi segera dan roti kosong. Itu pun sekiranya dia benar‐benar lapar hingga badannya menggigil barulah dimakan. Dia lebih banyak minum air kosong saja. Dia perlu berusaha berjimat.
Pagi itu dia mula rasa tidak sihat dan lemah. Fatin pula tidak ke kampus. Dia terpaksa menapak ke perhentian bas untuk menaiki bas ke kampus. Ketika menunggu bas, pandangannya semakin kelam. Perlahan‐lahan dia rebah di situ. Beberapa orang pelajar membantu Hana.
Salah seorang mereka menahan kereta Aman. Dia berhenti bila terlihat seorang perempuan rebah di lantai. Dia keluar untuk membantu. Hana... segera didukung Hana dan masukkan ke dalam kereta lalu meluncur laju ke unit kecemasan di Hospital Universiti.
Fatin bergegas ke arah Aman. Dilayangkan tamparan padu di pipi Aman tapi tidak mengena. Tangan Aman lebih pantas menangkapnya. Kuat, hingga Fatin tidak mampu bergerak. “Ini semua salah kau. Kalau kau tak buat permintaan gila tu, Hana tak akan jadi macam ni. Kau tahu tak, sebab kau dia pengsan. Sebab nak buktikan yang dia tak bersalah pada kau hingga dia sanggup habiskan duit pinjaman pelajaran dia untuk belanja orang yang berhati busuk macam kau ni. Tapi dia sendiri terpaksa mengikat perut berhari‐hari, makan bila lapar untuk berjimat. ia lebih teruk dari orang miskin yang kais pagi makan pagi. Kau sebenarnya tahu tak, berdosa besar menganinya anak yatim piatu.”
Aman berdiri kaku. Dia mendengar setiap apa yang dikatakan Fatin. Mulutnya tidak mampu berkata lagi. Tidak mampu menepis kata‐kata Fatin. Dalam tiga kali temu janji itu, dia tidak pernah bertanyakan apa‐apa mengenai Hana. Yang dia tahu, dia ingin mengenakan Hana dengan menghabiskan duit Hana semaksimum yang mungkin. Dia nak hidup Hana susah.
Ternyata apa yang diharapkan menjadi. Dia berjaya susahkan Hana hingga jatuh sakit. Aman.. apa yang kau dah lakukan. Penyesalan melanda diri.
“Dia bukan seperti kau, dia bukan seperti aku yang hidup senang‐lenang dengan duit mak bapa. Dia hidup dengan serba‐serbi kekurangan. Dia gagahkan juga hidup mengejar segulung ijazah untuk mengubah tahap hidup dia. Kau sebagai bakal peguam yang ambil jurusan undang‐undang tahun akhir sepatutnya pandai membaca perwatakan orang, barulah kau tidak tersalah membela orang yang bersalah. Setakat Hana ini pun kau tak mampu membaca bagaimana orangnya, kehidupannya, macam mana kau nak membela orang yang betul?”Fatin terduduk di kerusi yang disediakan.
Aman masih mendiamkan diri duduk di sebelah Fatin.
“Kau tengok kasut dia. Kau tengok betul‐betul, kasut dia yang lusuh, kulit kasut yang merekah, tapak yang dah haus kerana bercatu duit untuk mengalas perut. Kasut itu yang dipakai sejak tahun pertama hingga sekarang.” Fatin menarik nafas dalam. Dia pula terasa sedih bila terkenangkan hidup Hana.
“Kau tengok pula beg sandang dia. Tiada jenama. Kalau kau tengok dengan mata halus, kau akan perasan beg sandang dia telah berlubang‐lubang dek kerana membawa buku yang berat. Kau fikirlah, sama ada dia salah atau kau yang salah. Kaukan lebih cerdik.”
Aman betul‐betul kesal dengan perbuatannya. Dia tidak mampu memandang Fatin yang merenung tajam arahnya. Matanya berpusat jauh pada Hana yang sedang menerima rawatan.
“Tolonglah. Sekali lagi aku mohon pada kau, jangan sakiti dia. Ini amaran bukan nasihat. Jika perkara sebegini terjadi lagi pada Hana, aku tak akan lepaskan kau mentah‐mentah.” Amaran Fatin yang cukup tegas. Dia harap Hana tidak disusahkan lagi oleh Aman. Kesian Hana yang dah cukup susah selama ini.
“Fatin...” panggil Hana selepas terima rawatan.
Fatin mendekati Hana. Diikuti Aman di belakang.
“Sudah la. Bukan salah dia pun.” Jelas Hana. Dia tahu, dari reaksi Fatin seperti memarahi Aman.
“Hana... dia perlu tahu sebab dia, kau jadi begini.”
“Tak perlu. Dia pun bukan siapa‐siapa dengan kita.” Lantas Hana memotong kata‐kata Fatin.
Dia tidak mahu kata‐kata Fatin buat Aman rasa bersalah dan kesian pada dirinya. Hana memandang Aman pula. “Maaf atas kekasaran kawan saya dan terima kasih membantu saya tadi. Saya rasa awak boleh pergi.” Hana mengetahui Aman yang hantarnya ke hospital dari seorang jururawat. Sebenarnya dia tidak mahu berjumpa Aman lagi. Selepas temu janji sebanyak tiga kali itu terlaksana, dia tiada hutang dengan Aman lagi dan kalau boleh dia tidak mahu ada kaitan lagi dengan Aman.
Tapi... apa yang diharapkan tidak menjadi. Sejak hari itu, setiap hari Aman muncul di depannya. Ada saja alasan yang dicipta Aman supaya dia tidak dapat mengelak dari Aman. Setiap kali itu juga Aman membawa bekalan makanan. Alasan ibunya yang memasak tidak mampu ditolak Hana. Lagipun masakan ibu Aman sangat sedap. Betul‐betul terasa seperti seorang ibu masakkan untuk anaknya. Hana yang tidak pernah makan masakan ibunya, rasa terharu, sedih dan gembira bercampur baur ketika makan. ‘Terima kasih beri saya peluang rasa seperti ada ibu’ itu yang selalu diucapkan Hana.
Setiap hari berjumpa dan makan bersama dalam diam menyemai bibit‐bibit cinta dalam hati mereka. Aman membawa Hana berjumpa ibunya. Pertama kali berjumpa, ibu Aman telah menyukainya dan sering kali meminta Aman membawa Hana berjumpa mereka.
Alam percintaan di zaman Universiti adalah kenangan paling manis buat Hana dan Aman. Ketika itu Aman seorang lelaki yang suka berlawak dan sering membuat Hana ketawa. Setiap kali berjumpa ada saja yang mencuit hatinya. Sejak itu juga Hana tidak pernah merasa sunyi.
Ditemani Aman ke mana saja dia pergi. Sentiasa bersamanya ketika gembira, sedih dan sakit. Aman pasti berada di sisinya tidak kira malam atau siang hingga Aman menyebut perkataan keramat itu.
“I love u, Hana.”
Itu kali pertama Hana mendengar Aman melafazkan, itu juga kali terakhir. Selepas itu Aman tidak pernah menyebut lagi. Hana harap dapat mendengari perkataan keramat itu dari Aman sekali lagi.
Selepas gradation Aman menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia. Itu cita‐cita Aman sejak kecil akhirnya tercapai. Sejak itu dia mula menjadi seorang yang serius dan fokus pada setiap tugas yang diberikan. Perwatakannya juga berubah. Aman tiada di sisi Hana lagi ketika diperlukan dan sentiasa membiarkan Hana menunggunya. Hana kembali sunyi dan sepi keseorangan.
Lamunan Hana terhenti bila telefon biliknya berbunyi. Nombor tidak dikenali. Dia mengerling jam, hampir sebelas malam. Telefon masih berbunyi, diangkatnya.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Hana tolong saya. Saya sakit. Boleh jumpa saya.” lemah suara itu.
“Siapa ni?” Hana tidak mengenali suara itu.
“Eric. Tolong saya. Kepala saya sakit. Mungkin migrain. Saya tak boleh bangun.”
“Mr. Eric... awak baring dulu. Pejamkan mata. Tenangkan fikiran. Jangan berfikir banyak. Kejap lagi saya datang bersama paramedik,” mendengar suara Eric lemah, Hana tidak keruan.
Sebelum keluar, Hana mengambil baju kardigan lalu di sarungnya. Hana melangkah laju ke arah Reception untuk dapat bantuan paramedik.
“HANA!” Laung Ridduan. Dia mendekati Hana. “Hana nak ke mana tengah‐tengah malam ni?”
Ridduan yang boleh melihat bilik Hana dari tingkap biliknya melihat Hana tergesa‐gesa keluar terus mengejar Hana.
“Mr. Eric. Dia call saya tadi. Dia cakap, dia migrain. Saya perlu tengok keadaan dia.” Hana semakin risau. Dia memandang vila yang terang‐benderang. Dia perlu segera ke sana. Jika apa‐apa berlaku pada tetamu VIP, penat dia nak menjawab dengan GM. Silap‐silap dia kena menghadap Datuk. Oh... tidak. Minta dijauhkan.
“Seorang diri”
“Hurmmm.. saya tak nak ganggu Sofea malam‐malam ni.”
“Biar saya teman awak.” Wajahnya berubah risau. Hatinya tidak sedap, seperti ada tak kena.
“Eh, tak perlulah. Ini tugas saya, biar saya yang settle” Dia tidak mahu kehadiran Ridduan ke vila itu mengeruhkan lagi keadaan.
“Kalau dia apa‐apakan awak bagaimana?”
“Dia tak akan apa‐apakan saya. Saya percaya pada dia. Mr. Eric bukan orang yang seperti awak sangkakan itu. Dia baik. Dia tak mungkin buat perkara buruk pada saya. Lagi pun, awak tak perlu sibuk urusan saya.” Hana terus melangkah meninggalkan Ridduan. Dia pergi ke reception untuk mendapat bantuan.
“Cik Hana, ada apa datang malam‐malam ni?”
“Saya perlukan doktor sekarang. Mr. Eric perlukan dia.” Nada cemas.
“Doktor? Doktor tak ada malam ni. Tadi ada seorang guest sakit perut yang teruk. Doktor kata mungkin dia kena Apendiks dan perlu dibedah segera. Doktor bawa guest ke tanah besar menaiki helikopter dalam jam lapan malam tadi.”
“Oh iya ke. Pembantu doktor?”
“Pembantu doktor cuti minggu ni. Dia tiada di sini.”
Hana mengeluh. “Okey... sekarang saya perlukan buggy. Saya perlu tengok dulu keadaan Mr.Eric bagaimana. Jika teruk saya kena beritahu GMdengan kadar segera.”
“Baik. Hah... itu buggy dah sampai. Tepat pada masanya.”
Hana segera menaiki buggy tanpa memandang pemandunya. Buggy mendaki bukit dengan berbekalkan cahaya lampu jalan yang samar‐samar. Buggy bergerak semakin perlahan. Tiba-tiba
membelok di sebuah simpang kecil menghala ke hutan. Lorong trek jungle trekking.
“Hei! Awak nak ke mana ni. Berhenti! Berhenti!.” Hana semakin cemas.
Dia ingin melompat tapi tangan kirinya dipegang kuat oleh pemandu itu. Hana meronta‐ronta supaya dilepaskan. Tangannya menepis topi pemandu itu.
“Izwan...” Wajah Izwan jelas kelihatan walaupun dalam gelap.
Hana menarik rambut serta mencucuk mata Izwan. Tangannya terlepas dari pegangan.. Serta-merta dia melompat dari buggy. Tubuhnya jatuh tergolek. Pinggang dan kakinya sakit. Tidak berdaya berdiri. Dia sedaya upaya merangkak untuk melarikan diri. Izwan sudah berhentikan buggy melangkah perlahan ke arah Hana.
“Hana... Hana sayang... nak ke mana tu. Come to papa.” Izwan bersuara manja.
Kakinya ditarik kuat. Hana menjerit. Jari‐jemarinya cuba mencengkam tanah. Pergelangan kakinya semakin sakit. Izwan memusingkan tubuh Hana menghadapnya dan menindih. Hana cuba menjerit, tangan Izwan lebih cekap menutup mulut Hana hingga sesak nafasnya. Hana meronta‐ronta cuba melepaskan diri tapi tidak berdaya melawan kudrat jantan itu.
“Kau berlagak dengan aku ya. Kau lebih memilih lelaki kaya dari aku. Kau lebihkan Eric dari aku. Sekarang mana dia? Mana dia? Dia tak mampu menyelamatkan kau. Di sini hanya ada aku dan kau. Tiada sesiapa yang dapat halang aku memiliki kau, Hana.” Izwan ketawa sinis lalu merentap baju Hana hingga terkoyak.
“Biar aku bawa kau ke alam bahagia,” Izwan meneruskan usahanya memperkosa Hana.
Bergenang air mata Hana. Semakin lama semakin deras. Dalam fikirannya hanya teringatkan
Ridduan. Jika Ridduan menemaninya tadi, tidaklah perkara begini berlaku. ‘Ridduan...
Ridduan... tolong Hana’ jerit dalam hatinya.
Wajah Izwan ditendang kuat hingga tercampak di tepi Hana. Ridduan segera membuka
sweater dan menyelubung tubuh Hana yang terdedah. Izwan ingin menumbuk, tersungkur bila
Ridduan menepis dan menolaknya kuat. Ridduan menghentak kakinya di belakang badan
Izwan hingga tidak berdaya untuk bangun. Di pusingkan tubuh Izwan ke depan pula. Kaki
Ridduan diangkat tinggi. Ingin memijak muka Izwan hingga pecah.
“Mr. Ridduan... cukup. Biarkan dia.” Dalam nada sedu sedan.
Kakinya diturunkan semula. Dia memandang tajam tubuh Izwan yang tidak berdaya lagi untuk
bangun. Ikutkan hati mahu saja dia patah‐patahkan tulang belulang Izwan. “Kita lapor pada
pihak atasan apa yang dia dah buat pada awak.” Tegas Ridduan.
“Jangan... tolong, saya malu.”
“Habis, awak nak biarkan dia terlepas begitu saja. Kalau awak tak ambil tindakan sekarang, dia
tidak akan takut. Dia akan terus‐menerus mengganggu awak lagi.”
“Jika kita laporkan pada pihak atasan, dia pasti dibuang kerja. Saya tak nak tutup periuk nasi
dia. Asal dia tidak ganggu saya lagi.”
Ridduan menarik rambut Izwan “Kau dengar tu. Hana cukup baik masih fikirkan periuk nasi
kau. Kalau ikutkan hati aku, jangan kata periuk nasi kau, lubang kubur kau aku tutupkan.
Ingat.... aku nampak kau muncul lagi di depan Hana, aku tidak teragak‐agak hapuskan kau dari
muka bumi ini. Faham!” tengking Ridduan sebagai amaran tegas. Lalu dia menolak muka Izwan
mencium bumi.
Ridduan memapah Hana menaiki buddy yang dibawanya. Nasib dia berjaya memujuk
receptionist untuk memberi pinjam buggy itu. Dia yang tidak sedap hati dan dapat rasakan sesuatu yang akan berlaku pada Hana, cuba mencari Hana mengikut jalan ke arah vila. Bila
terdengar jeritan Hana dari simpang sunyi gelap, dia segera ke sana. Jika tidak, pasti Hana
menjadi makanan syaitan itu.
Ketika menuruti bukit, Ridduan mendengar sedu sedan dari tangisan Hana yang belum
berakhir. Dari kerlingan matanya, kelihatan tubuh Hana menggigil. Dia menggenggam kuat
stereng yang dipegang. Garam hatinya pada Izwan. Saki hatinya melihat Hana dalam keadaan
begitu.
Sampai di depan bilik Hana, Ridduan memegang Hana untuk memapah masuk ke bilik tapi
ditolak Hana. Hana seperti orang ketakutan. Badannya bergoyang terketar‐ketar. Hana trauma.
“Hana. Saya Ridduan. Kawan awak. Awak kenal sayakan. Saya yang selamatkan awak tadi .Ingat
tak?” nada lembut cuba memujuk.
Hana menatap Ridduan lama kemudian menganggukkan kepalanya. Tangisannya juga semakin
perlahan.
Ridduan menghulurkan tangannya. “Biar saya bawa awak masuk ke bilik. Awak perlu berehat.
Saya akan pastikan bilik awak selamat. Malam ni saya akan berjaga di depan bilik awak, ya.
Saya akan pastikan tiada sesiapa mengganggu awak lagi.” Pujuk Ridduan dengan suara yang
lembut.
Hana menyambut tangan Ridduan. Dia cuba berdiri tapi tidak mampu. Kaki yang sakit
ditambah pula lututnya yang lemah buatkan dia tidak berdaya untuk berdiri. Lantas Ridduan
mendukung Hana masuk ke dalam bilik. Dibaringkan Hana di atas katil. Gebar ditarik menutup
seluruh tubuh Hana. Semua pintu dan tingkap dipastikan berkunci oleh Ridduan. Semua lampu
dipasang, dibiarkan bilik terang‐benderang supaya Hana tidak rasa takut.
Peti kecemasan yang penah merawatnya suatu ketika dulu diambil, kemudian duduk di
sebelah Hana. Parasetamol disuapkan pada mulut Hana berserta disuapkan air. Hana mungkin
demam.
Air panas ditadah dalam besen dan letakkan di kaki katil. Tuala kecil dicelup dan diperah.
Gebar diselak sedikit lalu dituam pergelangan kaki berulang kali. Minyak angin disapu dan
dibalut dengan pembalut luka supaya tidak masuk angin yang boleh menyebabkan sendi
membengkak. Jika bengkak, silap‐silap Hana tak boleh berjalan. Semua itu Ridduan belajar dari
Aleece yang selalu merawatnya ketika sakit dulu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan