Selepas makan petang itu, mereka berpisah dan Suri meneruskan harinya dengan kerja sambilannya di Fiction. Harinya berjalan dengan lancar. Hatinya juga bernyanyi irama riang. Bertemu dengan Yahagi Kyoshi bukan sesuatu yang akan mempengaruhi harinya walaupun di fikirannya banyak tanda soal yang terapung‐apung menunggu dijawab pada masa akan datang. Tentang kes Yukano Amanda datang ke Fiction, juga telah dia selesaikan tanpa perlu membongkarkan identitinya. Apa lagi yang boleh menduga harinya melainkan...
Yurino yang tiba‐tiba berada di dalam rumahnya malam itu tanpa dia ketahui.
“Aku pergi tidur kat rumah Bianca,” cakap Suri bila dia nampak susuk tubuh Yurino yang menyendeng di kabinet dapur, melihat Miza masak untuk makan lewat malam.
“Suri nanti!” jerit Yurino. Dia kejar belakang Suri dan sempat menangkap pergelangan gadis itu sebelum membuka pintu rumah untuk keluar. “Saya datang sekejap je. Lewat malam nanti saya balik.”
“Ini dah lewat malam Yuri. Pukul 11.” Suri unjuk jam dinding yang melekat di koridor. Dia tarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Dia bergerak ke bilik tidurnya dan tinggalkan Yurino tercengang di situ. Miza hanya mengintai di ambang pintu dapur.
Yurino pandang Miza dengan wajah mintak simpati dan gadis itu hanya menjungkit bahu dan kembali semula ke dapur. Jelas terpamer di wajahnya walaupun dia tidak mengatakan yang ‘kau cari masalah, kau selesai sendiri.’ Yurino mendengus kuat dan berlalu ke ruang tamu dan mengambil sesuatu.
Di dalam bilik, Suri campak beg sandangnya ke penjuru bilik dan dia mencabut ikatan rambutnya. Dengan perasaan geram dia sikat rambutnya. Satu ketukan halus kedengaran dan dia biarkan tidak berjawab. Sekali lagi pintu biliknya diketuk. Dan lagi. Akhirnya wajah Yurino tersembul juga di balik pintu dan Suri lansung tidak berpaling. Hanya melihat dari bias cerminnya. “Nak apa Yuri?”
Yurino mengesot separuh badannya masuk ke dalam bilik. Separuh lagi di balik pintu.
Wajahnya tertunduk menukur lantai. “Pertama sekali,” ujarnya lalu mengangkat wajah, bertentang mata dengan Suri walaupun melalui cermin wajah. “Saya minta maaf bagi pihak Da Um tentang apa yang dah berlaku tempoh hari. Saya juga minta maaf sebab saya tak dapat nak kawal perasaan saya hari tu.”
Suri letak sikat rambutnya. “Baguslah kalau awak tahu apa kesalahan awak. Jadi boleh awak tinggalkan saya – ”
“Saya taknak hubungan kita jadi macam ni, Suri!” potong Yurino. Suaranya tegas.
Suri pusing badannya. Wajahnya tegang. “Jadi awak nak hubungan kita jadi macam mana? Jadi macam sebelum ni? Atau masa awak tinggalkan saya dulu? Bukankan? Sebabnya tiada satu hubungan pun yang sesuai dengan kita. Antara kita tiada apa lagi yang boleh dibaiki!” marahnya. Dari mana datangnya tenaga marahnya? Sedangkan sepanjang hari ini dia baik‐baik sahaja. Dia okey sahaja. Tiada apa yang lebih baik dari sekadar berjumpa semula dengan bapa kandung dan anggap semuanya baik.
Tidak.
Tiada apa yang baik sebenarnya. Dia cuba tipu dirinya sendiri. Mendengarkan setiap patah kata yang keluar dari bibir Kiyoshi umpama pisau belati yang menoreh hatinya dan bila dia lihat wajah Yurino, dia jadi lebih sakit hati.
Kenapa semua yang dia sayang sepenuh hati mesti tinggalkan dia dan cari dia semula seperti dia ini beg kitar semula? Ada masa dia ini berguna bila dalam keadaan terdesak dan bila talinya patah, buang dia macam itu sahaja? Apa salah dia? Dia tidak pilih untuk lahir begini. Dia tidak pilih untuk menjadi beban orang lain.
Tindakan Yurino melutut di hadapan Suri, membuatkan gadis itu terdiri. Mata terbeliak memandang susuk lelaki yang dia pernah cintai. Kepala, bahu dan segala yang suatu ketika dahulu dia lihat tegak dengan keyakinan kini melurut jatuh bersama‐sama lutut yang melutut di hadapannya.
“Saya minta maaf Suri. Saya minta maaf. Maafkan segala kesalahan saya. Mungkin dulu awak dapat halang saya dari melutut, tapi sekarang ini sahaja penyelesaian yang ada. Saya masih sayang awak Suri. I really am. Tapi saya tak minta kita ulangi kisah cinta kita. Saya tahu saya salah. Tapi saya tak nak awak buat saya macam ni. Saya tahu saya tak bagus untuk awak. Saya dah hina maruah awak. Untuk itu saya minta untuk tebus kesalahan saya dengan maafkan saya. Awaklah satu‐satunya perkara baik yang pernah berlaku dalam hidup saya. Kerana awak, saya jumpa kawan yang setia, saya kenal siapa saya dan saya tak sanggup biarkan diri saya terus begini dan terus menanggung sesal. Suri, maafkan saya. Maafkan saya.” Sayu suara itu merayu dan Suri dapat lihat sinar yang mengalir sepanjang tulang hidung itu dan jatuh di atas lantainya.
Dia tergamam. Apa yang telah dia buat sehingga dia tergamak biarkan seorang lelaki yang sering menjaganya dahulu, yang selalu mempertahankan dirinya dari dihina, penuh dengan kayikanan dan kebanggaan, kini melutut di hadapannya? Sedangkan marahnya datang dari sisa kemarahannya terhadap bapa kandungnya. Dia membongkok lalu mengangkat badan Yurino. Tangannya menggeletar. Bukan kerana berat badan lelaki itu tetapi kerana dia telah merosakkan maruah seorang lelaki. Dia pandang wajah itu.
“Awak menangis...” Dia sapu air mata yang masih bersisa. “Saya yang patutnya menangis. Awak nampak buruk. Oh Yuri...” Hujung katanya, nafasnya menggeletar keluar dari rongga membuatkan ayat‐ayatnya juga menggeletar menyebutkan nama Yurino.
“Saya minta maaf,” ucap Yurino lagi dan Suri dapat rasa pipi itu hangat di bawah kulit tangannya. “Dan saya nak awak tahu yang saya akan putuskan pertunangan saya dengan Da Um.” Tenang suara itu mengumumkan sesuatu yang sepatutnya menggetarkan.
Sekali lagi mata Suri terbeliak luas. Mulutnya ternganga sedikit. “Betul ke yang saya dengar ni?”
Yurino mengangguk.
Tiba‐tiba dia rasa dunianya berputar sekejap. Nafasnya jadi pendek. Dia perlu duduk. Dia perlu duduk. Dia tarik Yurino duduk sekali di sisinya, di birai katil. “Awak pasti? Macam mana dengan mak awak? Saya tak rasa dia akan suka dengan hal ni, lagi‐lagi adik saudara saya.”
Yurino tidak pandang wajahnya. Mata merenung ke arah lantai tetapi isinya ralit. Kosong dan jauh. “Saya tak kisah. Untuk sekali, saya nak buat apa yang saya nak. Even, keputusan untuk bertunang dengan awak dulu adalah permintaan emak saya sebelum saya jatuh cinta dengan awak. Jadi kali ni saya nekad. Kalau mereka nak potong allowance saya pun, potonglah. Saya dah pindah semua duit simpanan saya ke akaun baru. Saya dah cari rumah sewa dan saya dah cari kerja baru. Saya nak pergi jauh dari sini. Biar mereka tak dapat cari saya dan arah‐arah hidup saya macam saya ni tak ada azam.”
Untuk seketika, Suri akui, melihat Yurino berubah begini, menjadi lebih matang dan sedikit bertanggungjawab, membuatkan dia terdiam. Dia tidak pernah rasa begitu kecil dan kebudak-budakkan sehingga saat ini yang selama ini dia percaya Yurino lebih kebudak‐budakkan dari dia. Cinta buatkan seseorang membesar.
“Saya percaya awak mampu lakukannya Yuri dan saya minta maaf tentang tadi. Tindakan saya didorongi oleh emosi,” ucapnya lalu memandang sisi wajah Yurino. Lelaki itu berpaling dan tersenyum.
“Kawan?” Dia hulur jemari kanannya.
Jari‐jari panjang yang mengharapkan sambut tangan dari Suri, dia pandang dengan kening yang saling bertaut dan kembali pandang wajah yang menunggu balasannya. “Sebelum tu, kita kena buat adjustment sikit,” umumnya.
Kening Yurino terjongket, mengedutkan dahinya.
“Bila kita adress diri kita. 'Awak' dan 'saya'... Let’s drop it.”
“Maknanya awak nak kita saling kurang ajar macam dulu?”
Suri angguk. “Jujur, saya lagi suka hubungan kita yang macam dulu. Kau‐aku, aku‐kau. Extra cursed words. Macam apa yang awak guna dengan Miza. Itu lebih bagus.”
Yurino ketap bibirnya. “Lebih familiar,” komennya selepas berfikir sekejap, nadanya seperti senang dengan permintaan itu.
“Lagi satu!” Suri berdeham sedikit dan tarik nafasnya sedikit. “No more hugs.”
“Oh come on Suri. Takkan saya – ”
“Aku,” potong Suri membetulkan kata ganti nama yang Yurino gunakan.
Yurino buat muka dan menyambung. “Takkan aku tak peluk kau seorang sedangkan aku peluk yang lain. Kekok nanti. No. No,” tolaknya dengan pergerakan yang besar. Tangan dan wajah menggeleng tidak bersetuju dengan permintaan Suri.
Suri bercekak pinggang. “Oh kau faham maksud aku dengan ‘no hugs’ Yuri. Bila aku terlibat dalam pelukan kau, kau selalunya melebih‐lebih! Jangan buat macam aku tak kenal kau,” tegurnya. Lidahnya berasa sedikit asing menggunakan kata ganti nama diri yang pertama sepertimana dia cuba berubah untuk gunakan kata nama diri ‘saya dan awak’ di awal pertunangan mereka dahulu.
Wajah Yurino cemberut macam katak puru. Dia lepaskan dengusan berat. “Fine. But a light hugs is okay.” Dia masih meminta kelonggaran dan Suri tetap dengan pendiriannya. “I give up! Berlawan dengan kau, tak pernah menang.”
Suri tersenyum lebar lalu menghulur jarinya tanda persahabatan yang baharu mereka jalinkan dan Yurino sambutnya dengan muka tidak puas hati tetapi Suri tahu yang Yurino tahu ini yang terbaik buat mereka. Bukan sekadar kata kawan di mulut seperti mereka lakukan sebelum ini tetapi kawan yang tahu di mana batas dan janji.
“Okey, masuk bab kedua pula. Aku bawakan kau ni.” Lelaki itu bangun dan ambil sebuah beg kertas yang tersorok di daun pintu yang terbuka sedikit itu. Tidak dia perasankan kehadiran beg kertas itu tadi sehingga Yurino letaknya di atas peha Suri.
Suri intai isi dalam beg itu dan jumpa sehelai cocktail dress yang bewarna hijau mint yang diperbuat daripada kain satin dan lace. Dengan pandangan keliru, matanya jatuh pada baju itu dan pada wajah Yurino silih berganti.
“Hadiah dari saya – maksud saya – argh!” Nampaknya Yurino pun bersusah payah untuk membetulkan bahasa lidahnya. “Aku nak kau pakai baju ni masa majlis kakak aku.”
“Kenapa?”
“Ambik aje lah. Hadiah perpisahan. Miza pun dapat juga walaupun dia taknak pergi, aku belikan juga.”
Suri lihat baju itu yang datang bersama dengan penyangkutnya dan tertera jenamanya di situ. D&G. “Kau nak suruh aku bayar ke apa?” soalnya sekadar gurauan.
“Pfft. Tak payah kisah,” jawabnya dalam nada yang sama kemudian dia cepat‐cepat ambil penyangkut baju itu dari tangan Suri.
“Thank you,” ikhlas Suri ucapkan. “Jadi bila kau nak bagitahu emak kau perkara mengejutkan tu?”
“Lepas kakak aku kahwin,” beritahunya dan menyambung, “dia dah cukup terkejut dengan berita kakak aku hamil jadi aku nak biar dia enjoy dengan huru‐hara kakak aku dah buat lepas tu aku sambung pulak.” Dia sengih kambing. “Well, dia tak pernah suka pun dengan Da Um.
Dia hanya melekat kat perempuan tu sebab dia yakin yang Makita akan jadi waris. Makita tu bagus – sebenarnya taklah bagus mana, maksud aku PR dia bagus cuma dia tu banyak guna benda‐benda, kau faham maksud aku kan? Apa yang aku tak yakin ialah orang kanan dia, Hiromi. Aku dapat rasa yang bila Makita dah naik, dia akan tikam belakang pakcik tu.” Yurino menggeletar tidak suka.
“Lagipula, dia akan ada masa majlis tu nanti dan dia bawak tunang dia. Nak menunjuk. Kau tak pernah jumpa lagikan tunang dia? Aku nak kau hati‐hati masa kat majlis. Okey?”
Wajah Suri berubah muram. Dia tidak tahu apa yang Hiromi nak daripadanya tetapi dia harus tabahkan diri dan kuatkan semangat! “Okey.”
“Haa, malunya.” Yurino membenamkan wajahnya pada telapak tangannya. “Boleh pulak aku nangis depan kau! Adoiii, jatuh saham aku.”
Suri ketawa kecil. “Jangan risau. Aku seorang je yang tahu dan aku takkan bagitahu Miza.”
Lagi wajah itu panik. “Kalau Miza tahu, kiamat dunia macho aku. Mulut perempuan tu macam puaka. Janji tau.”
Tiba‐tiba wajah Miza tersembul di balik pintu. “Kauorang, sorry kacau.”
Suri tidak tahu sudah berapa lama Miza menyorok di situ, dia harap yang sahabatnya tidak dengar akan janjinya pada Yurino sebentar tadi. Jika tidak, maaflah Yurino, Suri tidak dapat berbuat apa‐apa. “Kenapa Miza?” soalnya lembut.
“Ada orang nak jumpa kau,” beritahu sahabatnya.
Suri terbangun. Dia lihat jam ayamnya yang duduk di atas meja sisi katilnya. Pukul 12 malam.
“Siapa?”
“Dia nak kau pergi kat tingkap sebab dia tak nak masuk.”
Dengan perasaan aneh, Suri pergi juga ke tepi tingkapnya dan di hadapan rumahnya, berdiri seorang lelaki di dalam baju sweater dan jeans biru, kepala mendongak ke arah biliknya bersama senyuman manis yang mencairkan hati Suri. “Ryuuji.”
Lelaki itu melambai dan Suri balasnya dengan gembira. Semua rasa marah dan sedih yang tadi berkumpul di dalam hatinya cair bersama‐sama hatinya yang mencair tadi. Dia cuba buka tingkap biliknya tetapi Shawn menghalang.
‘Awak okey? Saya cuba call awak, tapi awak tak angkat. Sebab tu saya kat sini,’ kata lelaki itu dalam bahasa isyarat yang tunggang tebalik. Ajaibnya Suri faham walaupun tunggang terbalik.
Suri ketawa kecil. Lantas dia buat tanda okey dan lelaki itu tersenyum lega sehingga tiba‐tiba senyuman itu mati. Kemudian dia angkat jemarinya dan tarik hood menutup kepala. Dia berlalu pergi tanpa menunggu balasannya. Suri dilanda kekeliruan.
“Nampaknya ada orang jealous.”
Suri berpaling. Matanya buntang melihat Yurino berdiri di sebelahnya dengan senyuman tidak bersalah. “GENJI ****$%#*﴾﴿##%@&&&*^%****!!!!”
MINGGU PERSEDIAAN PEPERIKSAAN tiba dan hampir seminggu, sangat sukar untuk dia terserempak dengan Suri. Ataupun lebih tepat, dia lega dia tidak berjumpa dengan gadis itu.
Kenapa? Dia tidak tahu. Sedangkan pada malam itu, hatinya macam kuda liar. Berlari laju, selaju kakinya membuka langkah ingin segera cepat sampai ke rumah teres tersebut dan mengetahui bagaimana keadaan gadis itu. Tetapi semua itu hancur selepas dia lihat figura Yurino berdiri di samping Suri, di dalam bilik gadis itu pada pukul 12 malam. Seperti bom granite, hatinya meletup dengan satu perasaan yang dia sukar untuk gambarkan. Walaupun kemudiannya Suri acap kali cuba menelefonnya, dia tetap enggan untuk angkat dan menerima apa yang dia telah nampak.
Malam itu dia bermimpi. Mimpi yang dia tidak pernah mimpikan dan sesuatu yang dia tidak pernah jangka. Dia berada di muka pintu, berpakaian serba hitam dan formal. Bertali leher rama‐rama hitam dan tali lehernya tergantung longgar. Di bahunya, tangan seorang lelaki yang mabuk dan telah menggunakan seluruh tenaganya untuk menampung berat tersebut walaupun dia dibantu seorang gadis yang berpakaian cantik dengan wajah disolek cantik.
Perhatiannya terganggu bila dia dengar laungan seorang lelaki yang berada lima meter di hadapannya sedang memeluk tubuh seorang gadis sambil cuba mengucup‐ngucup pipi gadis itu. “Oh Adella sayangku!”
Berpusu‐pusu beberapa orang yang berpakaian serba biru gelap dengan apron mendekati pasangan tersebut, cuba memisahkan lelaki yang kelihatan seperti sedang mabuk dari terus berkelakuan sedemikian pada isterinya ﴾macam mana dia tahu pun, dia tidak ketahui﴿. Namun dia tidak boleh leka, lelaki yang dia cuba tampung itu pun bukan boleh dibiarkan begitu sahaja. Sekejap‐kejap lelaki itu akan cuba menolaknya dan gadis di sebelah kanan lelaki tersebut dan kemudian lelaki itu hilang fokus, memaksa dia cepat‐cepat untuk sambut tubuh lelaki tersebut. Kenapalah dia boleh mimpikan perkara tidak senang seperti ini?
“Allisa!”
Mendengarkan nama itu berdengung di tepi telinganya, menarik kepalanya terus ke arah tangga yang terbentang di tengah‐tengah lobi, nampak megah dan mewah. Di tengah tangga tersebut berdiri seorang gadis kurus dengan tinggi sederhana, berambut pendek dan hanya berpakaian jubah tidur yang dilitupi dengan shawl. Tangannya terlepas bebas dari terus memegang tubuh lelaki yang mabuk itu, memaksa gadis yang menampung tubuh itu seorang.
Mata gadis yang bernama Allisa itu membulat lantas berlari mendapatkan pasangan adik beradik itu ﴾macam mana dia tuhu yang ini juga, dia tetap tidak ketahui﴿. Wajah Allisa tergambar riak risau melihat keadaan lelaki tersebut sebelum melihat kearahnya sekilas.
“Kenapa ni?”
“Saya geram betul dengan dia ni. Dah tahu tak boleh tahan alkohol, nak minum jugak!” marah si adik sambil menolak‐nolak bahu abangnya. Allisa yang melihat aksi itu terus menegah. “Dia minum berapa banyak?”
“Ah! Sayang saya ada kat sinilah! Lisa awak tahu tak betapa saya rindukan awak! Awak suka sangat buat saya macam ni... Awak tak sayang saya?” lelaki itu bercakap dalam mabuk.
Shawn tidak faham, kenapa dia tetap berdiri di samping mereka dengan perasaan yang membuak‐buak dan menyakitkan ini. Seperti kakinya dilekat dengan gam kayu pada lantai ini.
Badannya keras. Dia benci situasi ini. Dia benci perasaan ini.
Lelaki yang dipautnya itu tadi berdeham‐deham membawa Shawn kembali dari terus melayan jiwa yang sedang bermain dengannya . “Wahai Allisa Leann Reed, saya... Juliane Kraigh Graham sangat mencintai awak sepenuh jiwa dan raga saya. Awak tak cintakan saya? Awak tak mahu kahwini saya?”
“Abang!” Adik Juliane sudah naik angin. “...teruk betullah dia ni!”
Daniel terpana. Betulkah telinga yang dia dengar ini? Tiba‐tiba jantungnya berhenti berdegup seketika. Lemas. Dia lemas. Juliane masih bermadah lagi walaupun dalam mamai mabuknya namun begitu Shawn tidak dapat memproses satu patah perkataan pun kerana dia sendiri sedang cuba memikirkan rentak jiwanya. Ada sesuatu yang tidak kena dengan mimpinya ini.
Ianya terlalu nyata untuk dia fikir ini hanya illusi tidurnya. Begitupun dia tetap tidak bolehbangun dari tidur saat matanya menangkap tubuh Juliane yang rebah dalam pelukan Allisa. Lagi dia jadi panasaran. Dia lihat adik Juliane sudah berlari mendapatkan mereka dan dia dengan hati yang berat menuju ke arah mereka.
“All awak tak apa‐apa?” soal gadis itu cemas. Dia cuba untuk mengangkat Juliane namun dia sendiri pun tidak terdaya. “Maaf All, abang dia minum dua gelas je tapi... All?!”
Semakin gila jiwa Shawn jadinya. Hatinya jadi sempit. Seksanya. Kenapa dia jadi cemburu
melihat Allisa menangis dalam pelukan Juliane. Dia tersentap. Cemburu? Dia guna perkataan
cemburukah tadi? Dia lansung tidak dapat mewaraskan akalnya saat itu bila tubuhnya
bergerak dengan sendiri, mengangkat tubuh Juliane dari terus menghempap tubuh keding
Allisa. “Awak tak apa‐apa?” Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan kedengaran begitu
tenang sedangkan jiwa dia sedang bergelora hebat.
Gadis itu tidak membalas dan hanya mengangguk selepas dibantu oleh sahabatnya ﴾jika betul
apa yang dia dapat rasakan﴿. Mereka berbual sebentar dan meminta abangnya segara dihantar
ke bilik lantas berlalu ke bilik. Tugas dia? Dia separa menyeret tubuh berat Juliane mendaki
tangga. Dia lansung tidak faham kenapa dalam mimpi ini dia budiman sangat! Mana hilang
pembantu rumah saat dia perlukan tangan satu lagi untuk menyokong tubuh hamba tuhan
yang satu ini.
Beban yang dia tampung menjadi ringan. Allisa cuba menampung separuh berat Juliane
dengan mata yang masih berair. Baru kini dia dapat melihat jelas wajah Allisa. Perkara yang
paling penting, kening kiri yang berparut. Hanya seorang sahaja dalam dunia ini yang dia
kenali mempunyai parut sebegitu. Tidak lain dan tidak bukan ianya Suri.
Dan segalanya cerah pada dunianya. Dia sedar dari tidurnya dengan lampu bilik yang tidak
tertutup, baju yang tidak bertukar malah tertidur di atas kerusi belajarnya, menghadap skrin
laptop yang sudah lama dalam mood sleep. Shawn raup wajahnya. Selepas mimpi itu, dia
lansung tidak dapat menyambung tidur. Telefon pintarnya dihidupkan dan gadjet itu
berbunyi‐bunyi. Notis panggilan tidak berjawab, notis peti suara, beberapa pesanan ringkas
dan setiap darinya dia dengar dan baca. Semuanya datang dari Suri. Memberitahu yang Shawn
sudah salah faham dan meminta maaf. Dia rasa berasalah. Mengetahui yang semua ini tidak
patutnya berlaku. Dia tiada apa‐apa hak keatas Suri untuk dia berasa cemburu. Ya, dia
cemburu, disedarkan dari mimpi yang perasaan sakit itu ialah cemburu. Akan tetapi, dia tetap
tidak dapat dari mengelak dari rasa begitu. Mungkin kerana dia rasa berhak kerana Suri ialah
tunang dia, bakal isterinya.
Dengan itu, sepanjang minggu persiapan peperiksaan dia akan cuba untuk elak dari
bertembung, bercakap dan bertentang dengan pemilik mata misteri itu. Selagi hatinya tidak
bersih dari rasa cemburu itu, dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan Suri. Dia malu tetapi
pada masa yang sama dia rindukan gadis itu. Sangat‐sangat.
“Cu?”
Shawn angkat wajahnya dari mangkuk nasi. Riak bimbang terlukis di wajah datuknya. “Ya?”
“Kenyang dah ke? Dari tadi kamu main dengan nasi kamu. Ada masalah?” soal datuknya
lembut.
Shawn menggeleng lemah. Dia cuba ukir senyum. Dia tidak mahu kepulangannya ke rumah
datuknya hujung minggu ini membawa anggapan yang dia lari dari masalah sedangkan dia
pulang kerana majlis perkahwinan Yukano Amanda. Dia yang pada awalnya sedikit keberatan
untuk pergi kerana dia masih teragak‐agak untuk berjumpa dengan Suri terpaksa juga
hadirkan diri bila peguam Orang Tua Heitai mengeluarkan perintah ke atas perkara nombor
dua iaitu menghadiri majlis formal bersama. “Saya tak apa‐apa.”
Dia nampak yang datuknya ingin membantah namun orang tua itu putus untuk tersenyum.
Penuh kehangatan dan kelembutan. “Kalau macam tu, makan banyak‐banyak. Bukan selalu
kamu pulang ke sini,” cakap datuknya terselit nada gembira dan sedih. Tangan lelaki itu
mengepit beberapa telur gulur masuk ke dalam mangkuknya. “Makan. Makan.”
Shawn ketap bibirnya kemudian dia mengangguk. Ada hikmah di sebalik pertunangannya
dengan Suri. Dia dapat selalu pulang rumah ke datuknya tanpa perlu mencipta alasan palsu
tidak seperti dua tahun lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan