"Dear diary, saya rasa sangat gembira hari ini. Saya terjumpa si Doktor Stephen Marcus. Crush saya itu! Then, tanpa saya sangka, dia ajak saya lunch dengan dia. Lepas itu dia ajak saya pergi tengok movie. Rasa macam pergi dating saja kami ni. Alangkah bagusnya kalau betul‐betul kami ni dating. Saya tidak pernah merasai nikmatnya mempunyai boyfriend selama ini. Ini kali pertama perkara sebegini terjadi kepada saya. Oh diariku, saya makin hari makin cinta pada dia. Saya harap kami akan berjumpa lagi buat kali ketiga. Doakan saya ya diariku?"
Saya meletakkan pen saya dan menutup buku diari saya, lalu menyimpannya elok‐elok ke dalam laci meja saya. Saya masih tidak dapat berhenti daripada senyum sendirian sejak daripada saya pulang tadi. Mak saya pun pelik dengan perangai saya yang agak aneh itu.
Jarang betul saya senyum kalau di rumah. Tetapi hari ini saya siap volunteer lagi cuci pinggan,
kerja yang sememangnya saya paling tidak suka buat itu. Tetapi mak saya hanya diam sahaja,
walaupun memang nampak jelas kerut di dahinya.
Saya memasang laptop saya, lalu terus ke GMail untuk menulis e‐mel kepada Zero. Saya
memberitahu dia tentang hari saya dengan Ste. Saya betul‐betul tidak sabar untuk Zero membacanya. Dia adalah kawan baik saya, sudah tentu saya mahu dia tahu yang saya berasa gembira sekarang. Hmm, agak‐agaknya Zero sudah berpunyakah itu? Selama setahun kami berkawan tidak pernah pun Zero bercakap tentang girlfriend. Saya rasa segan pula mahu bertanyakan soalan itu. Nanti tidak pasal‐pasal pula Zero terasa.
Setelah saya siap menghantar e‐mel, saya terus tutup laptop dan baring ke katil. Esok saya syif
pagi jadi saya kena tidur awal. Saya tersenyum lebar lagi. Rasa tidak sabar pula mahu ke kerja
esok. Mana tahulah Ste akan telefon lagi ke operator, bolehlah saya mendengar suara garaunya yang menggetar hati saya itu. Rasa penat kerana berjalan seharian telah membuatkan saya terlelap terus dibuai mimpi yang indah dengan Ste.
***
Kau itu siapa? Kau ingat dia tu sukakan kaukah? Jangan perasanlah, perempuan. Kau tu siapa
bagi dia? Jangan ingat kau boleh simpan rahsia daripada dia selama‐lamanya!
Saya membuka mata saya dengan segera, nafas saya termengah‐mengah. Suara itu... Suara yang berbaurkan sinis, jahat, dan negatif! Saya rasa risau, kenapakah saya tiba‐tiba dapat dengar suara itu? Siapakah dia? Kenapa dia tidak suka saya rasa bahagia? Saya mengerutkan dahi saya. Kali terakhir suara itu bercakap dengan saya ialah selepas Zero tiba‐tiba berubah perangai dengan saya. Dan sebelum itu, masa saya masih di UMS. Tetapi masa itu suara itu hanya datang bila saya rasa sedih atau stress. Tetapi saya anggap biasa saja sebab suara itu bukan datang setiap hari.
Tetapi kali ini sudah dua hari berturut‐turut saya dengar suara yang sama. Adakah saya perlu
rasa concern? Hmm... tetapi saya rasa gembira sekarang, jadi saya akan lupakan saja tentang suara itu buat masa ini. Tiba masanya saya mahu bersiap‐sedia ke kerja dan mungkin bercakap dengan Ste dalam talian. Saya tersenyum lagi.
***
“Hai Annie. Wah, lebar betul senyuman tu! Awak kena nombor ke?” tegur rakan sekerja saya
Irma.
Saya ketawa kecil. “Mana ada saya main nombor, Irma. Adalah tu sebabnya,” kata saya dengan
nada misteri. Irma hanya mengangkat bahu dan terus membuat kerjanya sendiri. Saya pun bersiap‐sedia hendak memulakan syif saya pada pagi ini. Tidak sampai lima minit sudah ada panggilan pertama saya pada hari ini. “Hello selamat pagi, HQE, ada apa saya boleh bantu?”
“Hello, boleh saya tahu siapa MO oncall surgery hari ini?”
Saya memusingkan bola mata saya. Awal‐awal lagi si HO ini bertanya tentang MO oncall.
“Tunggu sebentar, saya cek dulu jadual oncall.” Saya pun cek jadual itu, lalu memberitahu HO
itu, “Dr. Fatin dengan Dr. Stephen.” Dr. Stephen saya?! Alamak. Nasib baik saya tidak tersedak
masa saya baca nama dia tadi. Kalau Ste oncall hari ini, bermakna dia akan kerap telefon ke
operator, bermakna lagi saya akan berpeluang bercakap dengan dia sekerap itu! Sayangnya
saya syif pagi, kalau syif malam kan bagus.
Sepanjang syif saya itu, memang ada beberapa kali Ste menelefon operator tetapi selalunya
yang bernasib baik ialah si Irma. Saya pula belum ada tuah untuk mengangkat panggilannya.
Ada sekali itu saya terdengar Irma ketawa manja semasa bercakap dengan Ste. “Awak ni Dr.,
nakal betullah awak.”
Nada manja Irma itu telah membuatkan saya rasa sangat irritated dengan dia. Rasa cemburu
membuak‐buak di dada saya. Mahu saja saya merampas telefon itu daripada genggaman Irma
tetapi saya terpaksa juga mengawal diri saya. Ste itu belum lagi jadi milik saya sudah saya
berperangai seakan‐akan dialah milik saya. Apa lagi kalau betul‐betul dah jadi milik saya, entah
macam manalah saya berperangai, kan? Saya terdengar lagi Irma bercakap, “Apa awak kata?
Cik adik? Cik adik yang mana satu, doktor?”
Cik adik? Ste mencari sayakah itu? Rasa gembira kembali datang kepada saya. Tidak sangka
saya yang dia akan mencari saya. Tetapi Irma tidak tahu cik adik yang Ste maksudkan itu adalah saya, dan saya takut Irma terlepas cakap nama saya pula pada Ste, jadi saya hanya buat‐buat tidak tahu saja dan fokus kepada skrin komputer saya.
“Oh, mungkin awak maksudkan Annabella ya?”
Saya terus terbatuk tatkala mendengar statement innocent Irma itu. Alamak! Habis bocor rahsia
saya! Saya menjeling panas ke arah Irma, tetapi saya tidak boleh salahkan dia juga. Dia bukannya tahu situasi sebenar.
“Okay, awak call lagi lima minit kemudian, saya akan bagi dia jawab panggilan awak, okay,
doktor?” Dia terus memusingkan kerusinya ke arah saya sejurus selepas dia mematikan panggilan itu. “Eh, Annie, sejak biler awak berkenalan dengan Dr. Stephen?”
Muka saya menjadi warna merah sudah masa itu. “Tidaklah kenal sangat pun, cuma saya selalu
jawab panggilan dia di sini.”
“Oh gitu rupanyer.” Muka Irma menunjukkan dia rasa sangsi kepada saya. “Hah, sekejap lagi
dia akancall, so next call youjawablah yer.” Saya cuma mengangguk, pasrah dengan keadaan.
Saya harap Ste tidak kecil hati! Bunyi deringan telefon berbunyi lima minit kemudian. Saya
terus mengangkat panggilan itu.
“H‐hello, selamat pagi, HQE‐”
“Cik adik, hah! Gotcha!” Uh‐oh.
“Ste‐Doktor, hai!” Saya hampir tersasul memanggilnya Ste. Saya tidak mahu Irma salah sangka pula memandangkan dia pun nampak macam tengah berusaha untuk buat‐buat tidak dengar perbualan kami.
“Cik Annabella ya?”
Saya mengeluh panjang. Okay, apa boleh buatlah kalau dah kantoi. “Ya, saya Annabella.”
Kedengaran bunyi tawa datang daripada Ste. “Cantik nama kamu ya Annabella? Tiada nama
pendekkah? Susah bah mahu sebut nama kamu.”
Saya baru juga teringat bahawa kelmarin saya perkenalkan diri sebagai Annie, bukan Annabella! Jadi, masih sempat lagi untuk saya menyelamatkan keadaan. “Panggil saya Bella saja.” Saya memperlahankan suara saya, saya sambil itu tengok ke arah Irma. Nasib baik masa itu dia tengah sibuk bercakap di telefon.
“Okay Bella. Haha, saya rindu dengar suara kamu. Bah, tolong kasih sambung saya kepada pakar bedah oncall hari ini. Saya punya handphone belum habis charge jadi saya tidak ingat nombor boss saya itu.”
Saya pun rindu dengan suara kamu, Ste! Ujar saya dalam hati.
“Okay, sebentar ya.”
Selepas saya habiskan urusan dengan dia, saya meletakkan balik telefon itu dan menyandar.
“Saye rasalah kan dia sukakan awak ni Annie,” tiba‐tiba Irma berkata. Saya terus terduduk tegak semula, terkejut dengan kenyataan Irma.
“Eh, kenapa pula kamu cakap macam tu Irma?”
“Eleh, pura‐pura lagi awak ni yer. Saya nampak air muka awak jadi ceria masa awak bercakap
dengan dia. Takpe Annie, saya faham, saya faham. Ramai juga kot yang ada crush kat dia. Handsome betul dia, dahlah kelakar pula tu. Awak bertuahlah sebab dia juga sukakan awak,” kata Irma sambil tersengih‐sengih. Saya cuma menggelengkan kepala tetapi dalam hati penuhharapan agar kata‐kata Irma itu sangat betul!
***
Jam sudah menunjukkan pukul satu setengah petang. Tiba masanya untuk saya balik ke rumah. Penatlah pula saya sekarang, mengantuk pun ada juga. Sedang saya berjalan menuju ke kereta saya di tempat parkir, tiba‐tiba saya rasa bulu roma di belakang leher saya berdiri dengan tegak. Saya dapat rasakan bahawa seseorang yang saya suka ada di sekitar sini. Saya terus menyembunyikan diri di sebalik kereta orang sambil mata saya liar mencari orang itu.
Mata saya tertumpu pada lif yang pada ketika itu sedang buka dan seorang lelaki yang segak
dengan kemeja T berwarna biru itu melangkah keluar daripada lif itu.
Alamak! Ste! Saya cuba mententeramkan jantung saya yang berdegup pantas itu. Nasib baik
dia tidak nampak saya, kalau tidak memang kantoilah saya ini. Saya terus mengikut saja dia
dengan mata saya. Dia akhirnya berhenti di sebelah kereta jenis BMW. Saya sempat menghafal
nombor plat keretanya: SAA 2711 D. Okay, akan saya ingat nombor itu selama‐lamanya.
Selepas dia memandu pergi barulah saya berjalan ke arah kereta saya. Sambil itu saya berfikir,
wajarkah saya mengekori dia? Hmm, saya bukannya mahu apa‐apakan dia pun, saya cuma mahu tahu dia tinggal di mana. Sambil saya memandu keluar, saya masih memikirkan kewajaran tindakan itu. Ah, kalau saya terserempak dengan dia di traffic light bermakna Tuhan beri saya petunjuk yang saya patut mengekorinya. Saya mengangguk‐angguk, tanda setuju dengan fikiran logik saya itu.
Saya tiba ke traffic light pertama. Saya pun terus memulakan operasi mencari Ste di kalangan
pemandu di sekitar saya. Rasa hampa menyelubungi saya kerana Ste ternyata tiada di sini. Lampu isyarat bertukar menjadi hijau, jadi saya pun meneruskan perjalanan saya. Setiap kali traffic light saya mesti akan perhatikan satu‐satu kereta di sekeliling saya, tetapi setiap kali mesti rasa hampa yang saya ada. Tibalah traffic light yang terakhir sebelum saya sampai ke rumah saya. Masa itu saya sudah putus asa dan tidak lagi mencari‐cari. Then, sebuah kereta di hadapan saya tiba‐tiba tukar lorong, dan saya pun terkejut melihat kereta Ste betul‐betul di depan saya!
Saya terus mencapai kaca mata hitam saya dan memakainya. Saya tidak mahu dia nampak saya dalam keadaan begini! Nasib baik dia kelihatan tengah sibuk bercakap dengan seseorang di talian, dia menggunakan earphone. Lampu isyarat bertukar menjadi hijau, dan kami pun terus memandu. Saya sengaja memandu dengan perlahan, niat saya untuk mengekori dia.
Saya berharap dia menuju ke arah rumahnya.
Sepuluh minit kemudian, saya pun sampai ke kawasan perumahan Ste. Saya parkir di seberang
rumah Ste, di sebalik pokok besar. Pagar rumah Ste terbuka dengan automatiknya, dan saya pun tergamam melihat rumah Ste yang besar dan cantik itu. Dia pun memandu masuk ke dalam garajnya, dan pagar ditutup semula. Saya rasa sangat kagum. Dia seperti sangat perfect!
Dahlah kacak, baik, kaya pula itu. Tetapi saya mencintainya bukan sebab dia kaya. Kalaupun dia
tinggal di rumah papan, saya tetap akan mencintainya. Saya terus memandu balik ke rumah saya cepat‐cepat. Sambil itu saya asyik berfikir tentang dia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan