Ingatannya melayang kembali ke peristiwa semalam. Dia sendiri tidak menyangka bahawa dia
mempunyai tekad yang jitu untuk terjun ke dalam sungai tersebut. Soal nyawa dan keselamatan diri sudah ditolak ke tepi, apa yang dia tahu dia mesti terjun melemaskan diri untuk menghilangkan kelukaan di hati. Mungkin mati sahaja jalan yang terbaik baginya!
Jika hidup, pasti terseksa hendak menanggung beban perasaan yang berkecamuk mengusik hati. Kau ingat mati tu senang? Belum dikira lagi seksaan dan azab kubur yang bakal menanti di alam barzakh, nak‐nak lagi kau mati membunuh diri! Hati kecil Iddya Melissa berkata‐kata sinis lantas menyentak akalnya tentang apa yang telah dia lakukan kepada dirinya. Dia mulai waras, tersedar akan kesilapannya yang amat di benci oleh Allah.
“Astagfirullah hal azim! Maafkan aku ya Allah kerana pernah terniat ingin membunuh diri. Maafkan aku kerana tidak menghargai nyawa yang telah KAU berikan kepadaku.” Iddya Melissa tersedu sendirian di atas katil. Bergegar‐gegar tubuhnya menahan tangis agar tidak menjadi esakan yang panjang. Menahan bebanan perasaan yang terluka dan kecewa akibat kehilangan cinta pilihan hati, bukan semua orang mampu menanggungnya. Lebih‐lebih lagi, apabila lelaki yang dikasihi menjadi milik orang lain. Hanya insan yang pernah mengalami nasib yang serupa sahaja yang mampu memahami. Sakit itu amat perit! Pedih menusuk kalbu!
Kalau tidak kuat iman di dada, pasti boleh menjadi gila!
Tapi dirinya sendiri pun sudah terbabas dari landasan kerana sanggup terfikir dan mengambil tindakan untuk membunuh diri. Itu sahaja sudah cukup membuktikan yang imannya hanya senipis kulit bawang. Iddya… Iddya! Dalam kesenduan, fikirannya menerawang jauh mengingatkan Izz Aizril. Apa khabar agaknya dia di saat ini? Bergembirakah dia setelah dua minggu beristeri atau pun dia juga turut menahan emosi dan kelukaan seperti aku? Hati Iddya Melissa yang kepiluan bagai ditusuk sembilu mula tertanya‐tanya sendiri. Dia membuang pandang ke arah tingkap. Perlahan‐lahan mindanya berkelana, membawa dia menyusuri saat – saat ketika Izz Aizril bersua muka dengannya bagi menamatkan hubungan cinta mereka.
“Melissa… abang. Abang… abang...” Izz Aizril resah gelisah di atas kerusi yang sedang dia duduki. Tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara. Tunangnya yang sedang tekun mendengar apa yang sedang cuba disampaikan olehnya direnung tanpa kata. Terus dia mencapai tisu di atas meja lalu mengelap peluh yang jatuh merintik di dahi. Iddya Melissa hanya terus memandang bakal suaminya, dia diam seribu bahasa. Hatinya sudah berasa tidak enak saat Izz Aizril ingin bertemu dengannya petang tadi. Entah mengapa, dia seolah‐olah dapat merasakan ada perkara yang tidak baik bakal berlaku kepada perhubungan mereka.
Inikah yang dinamakan naluri?
“Kenapa bang? Cakaplah. Abang tergagap‐gagap ni kenapa?” Iddya Melissa mulai rimas, tidak tahan hatinya melihat Izz Aizril tergagap‐gagap menutur kata sedangkan tiada pengisian dalam pengucapan bicaranya.
“Melissa… maafkan abang.” Izz Aizril memulakan kata dengan permohonan maaf.
Tangan yang digenggam seperti sedang mendendangkan lagu nasyid diletakkan di atas meja
tanda dia sudah bersedia untuk berbicara. Matanya tidak lepas merenung seraut wajah cantik
milik tunangnya itu.
“Kenapa abang nak minta maaf pada Melissa pulak? Abang tak ada buat salah apa‐apa pun pada Melissa, jangan risau. Tak perlu nak minta minta maaf. Okay?” tambah Iddya Melissa lagi. Dia menghadiahkan sebaris senyuman kepada tunangnya itu walaupun dia tidak tahu kewajaran Izz Aizril untuk meminta maaf kepadanya secara tiba‐tiba. Hatinya berasa sedikit lega. Mungkin Izz Aizril tidak ada benda mustahak yang ingin disampaikan. Mungkin hatinya yang berburuk sangka. Jarinya mengocak ketenangan minumannya dengan straw yang terdampar sepi di tepi gelas, lalu jus tembikai di dalam gelas itu disedut perlahan, membasahkan tekak yang sedikit kehausan.
“Abang, dah ready? Majlis kita lagi sebulan je lagi kan?” Iddya Melissa bertanya dalam nada yang agak teruja. Siapa yang tidak teruja kalau hendak membina mahligai cinta bersama jejaka yang dicintai? Izz Aizril yang mendengar soalan itu kembali gelisah. Bagaimana harus dia sampaikan berita ini kepada tunangnya yang jelas‐jelas sedang gembira menanti waktu untuk bergelar seorang isteri kepada dirinya? Iddya Melissa yang melihat tunangnya diam tanpa reaksi kepada persoalannya mula mendengus geram.
“Abang ni kenapa? Ada saja yang tak kena malam ni. Melissa tanya pasal majlis kita, sikit pun abang tak jawab! Tak nampak happy macam orang nak kawin pun!” Iddya Melissa merungut, menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Lalu dia berpeluk tubuh dengan bibir yang sudah dimuncungkan tanda rajuk telah menyapa.
“Yes, memang abang tak happy pun Melissa.” Izz Aizril menjawab pendek. Dia tahu tunangnya itu sedang merajuk, tetapi kuasa apa yang dia ada untuk memujuk? Untuk apa memujuk tentang hal yang sekecil itu sedangkan ada masalah besar yang sedang merajai fikiran dan membelenggu diri mereka saat ini?
“Why? What makes you feel unhappy about our marriage?” Iddya Melissa kehairanan.
Terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh lelaki itu. Kenapa dengan Izz Aizril? Tingkah
lelaki itu kelihatan amat janggal di tunak matanya malam ini. Izz Aizril yang dia kenal bukan
begini orangnya. Lalu, direnung terus anak mata lelaki itu meminta penjelasan yang lebih lanjut.
“Abang tak happy nak kahwin sebab abang terpaksa batalkan perkahwinan kita dan abang terpaksa kahwin dengan perempuan lain.” Izz Aizril berterus terang kepada tunangnya, tidak mahu berlengah. Terbuntang mata Iddya Melissa mendengar butir ayat yang keluar daripada mulut Izz Aizril saat itu. Bagaikan halilintar yang memanah bumi, seperti itulah dirinya dikejutkan dengan berita yang tidak disangka‐sangka itu. Mulutnya sedikit ternganga akibat tidak dapat mencerna berita yang disampaikan kepadanya. Buat seketika, keduanya sepi tanpa bicara.
“Are you kidding me??? Do you know what are you talking about just now? Abang saja je nak kenakan Melissa kan?” Iddya Melissa tergelak kosong. Masih menyangka bahawa Izz Aizril hanya bergurau dengannya. Barangkali tunangnya itu hanya ingin mengujinya! Tangan Izz Aizril dicapai lalu digenggam erat. Izz Aizril menundukkan kepala seolah olah memberikan tanda bahawa apa yang diucapkan bukanlah satu gurauan, dalam pada itu genggaman tangan Iddya Melissa masih sempat dibalas. Iddya Melissa terkesima.
“Kenapa?! Kenapa abang buat Melissa macam ni?!” Iddya Melissa merentap tangannya laju. Tidak sudi disentuh. Suaranya melengking tinggi hingga membuatkan semua tetamu di dalam restoran Hard Rock Cafe itu menoleh ke arah mereka. Bahunya sudah mula menggigil, air mata sudah mula membanjiri kolam matanya. Izz Aizril yang sedang tunduk sebentar tadi pantas mengangkat kepala, mencari wajah gadis kesayangannya. Alangkah terkejutnya dia tatkala mendengar Iddya Melissa menjerit kuat bagai dirasuk entiti halus secara tiba‐tiba.
“Sayang… jangan macam ni. Please…” pujuk Izz Aizril cuba menenangkan tunangnya yang sedang teresak teruk. Dia tidak mahu menjadi perhatian ramai di dalam restoran itu.
Malu! Sungguh malu!
“Tell me why are you doing this to me!” Iddya Melissa masih menginginkan jawapan daripada tunangnya. Jiwanya benar‐benar kesakitan saat ini. Gurauan apa yang sedang Izz Aizril bicarakan? Lakonan apa yang sedang Izz Aizril tayangkan kepadanya saat ini? Inikah cinta yang selama ini lelaki itu ucapkan kepadanya? Inikah sayang yang sentiasa dibisikkan kepadanya saban hari tiap waktu?
“Kalau betul abang sayang dan cintakan Melissa, kenapa abang tergamak mainkan perasaan Melissa sebegini?! Kenapa abang sanggup nak batalkan perkahwinan kita dan kahwin dengan perempuan lain?!” soal Iddya Melissa lagi. Izz Aizril bungkam. Kini satu restoran itu sudah tahu akan masalah mereka. Tiada guna berselindung lagi.
“Melissa, please… jangan macam ni sayang. Malulah semua orang tengok kita.” Izz Aizril cuba memujuk lagi. Dia bangun daripada kerusinya, menghampiri dan melutut pada kaki Iddya Melissa yang teresak teruk di atas kerusi itu.
“Malu?! You’re going to talk about shame with me right now?? Really abang??? Can you imagine what kind of shame yang my family and I terpaksa tempuh kalau you call this wedding off right now?!” Iddya Melissa memekik lantang. Benar ‐ benar hilang kewarasan akalnya saat ini. Kepala yang berputar hebat dipegang dengan kedua belah tangan, cuba mencari keseimbangan fikiran dalam sendu yang tidak tertahan.
“Abang terpaksa Melissa! Abang terpaksa! Melissa ingat abang suka ke buat gadis yang abang cinta sebegini? Abang terpaksa batalkan majlis kita sebab mak abang tak setuju kita berkahwin. Dia tak restu! Abang tak nak jadi anak derhaka Melissa!” Izz Aizril meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Berharap agar tunangnya itu dapat menerima penjelasannya.
“Tak restu? Tak terima? Apa yang abang mengarutkan ni?! Kenapa baru sekarang tak diterima? Kenapa baru sekarang tak direstu?! Kenapa bukan dari dulu sebelum kita mengambil keputusan untuk berkahwin?!” Iddya Melissa sudah mengongoi kesedihan. Jiwanya nanar.
Rapuh! Semangatnya hilang dalam sekelip mata sahaja. Terbayang – bayang di pundak mata
pelamin angannya musnah begitu sahaja!
“Abang tak tahu mengapa. Tapi ini saja yang mak abang katakan. Abang tak tahu… abang tak tahu sayang. Maafkan abang! Maafkan abang!” pinta Izz Aizril bersungguh‐sungguh.
Dia juga menangis. Menitiskan air mata lelakinya kerana pilihan yang harus dia buat benar-benar
berat! Memakan hati dan dirinya sendiri.
Apa pilihan yang dia ada? Teruskan mengahwini Iddya Melissa, dan menjadi anak derhaka? Atau tinggalkan Iddya Melissa dan mengikut kata ibunya? Kedua‐dua pilihan itu bakal memakan dirinya sendiri. Sungguh dia tidak berdaya untuk memilih antara cinta dan ibunya sendiri kerana kedua – dua pilihan itu bakal tergalas di bahunya selama dia bernyawa.
Kalau dia tersalah membuat pilihan, bagaimana? Lantas, walau apa pun yang terjadi, sebagai seorang anak, dia berasakan dia harus memilih ibunya kerana syurganya terletak di bawah telapak kaki ibunya. Semua pelanggan yang menyaksikan adegan drama mereka hanya mampu memandang dengan pandangan simpati. Iddya Melissa terus menangis dan meraung meratapi nasib diri.
Izz Aizril juga tidak ketinggalan dalam menitiskan air mata jernih. Hilang ego lelakinya.
Untuk apa mempertahankan ego dan air muka di khalayak ramai kalau penyudahnya, cintanya harus juga dimusnahkan? Buat seketika, hanya air mata dan esakan menjadi peneman sunyi di antara keduanya.
“Kalau… kalau ini penyudah kisah kita…” Iddya Melissa tidak mampu menghabiskan ayat yang ingin diucapkan. Sendu terlebih dahulu mendahului bicaranya. Dadanya sakit menahan segala macam perasaan yang merasuk hatinya saat ini. Air mata mengalir deras tanpa mengenal erti segan!
“Se… Se… selamat tinggal ab… abang!” Bersusah payah Iddya Melissa menuturkan sebaris kata itu. Kedua mereka menangis kesedihan. Masing‐masing cuba berkongsi cebisan semangat yang kian hilang. Berat benar dugaan yang terpaksa mereka hadapi dan tempuhi hanya untuk meneruskan hidup demi kebahagiaan insan lain sedangkan hakikatnya, mereka sendiri tidak mampu untuk menggapai bahagia itu. Kejamnya realiti kehidupan!
Iddya Melissa bangun, lantas kakinya diatur selaju yang mungkin menapak keluar daripada restoran itu walaupun dirasakan seperti kakinya tidak jejak memijak bumi. Terasa langkahnya kepincangan! Izz Aizril hanya mampu melihat setiap langkah yang membawa Iddya Melissa semakin jauh daripada gapaiannya. Sebelum Iddya Melissa melangkah keluar daripada restoran itu, sempat dia menoleh kepada tunangnya. Merenung seraut wajah itu buat kali terakhir untuk disimpan di lipatan memorinya.
Izz Aizril juga melakukan perkara yang serupa. Setelah Iddya Melissa hilang di sebalik pintu kaca itu, dia kembali menangisi takdirnya. Iddya Melissa terus berjalan membawa diri, tidak mahu bertanya bagaimana dengan persiapan yang telah dijalankan dan sebagainya kepada bekas tunangnya itu, kerana dia tahu lelaki itu juga sedang berdepan dengan ujian yang maha hebat. Ya, bekas tunang! Ikatan pertunangan mereka telah pun terputus sebaik sahaja cincin pertunangan yang selama ini menghuni elok di jari manisnya, dilucut pergi.
‘Kak long, tolong Iddya. Tolong beritahu ayah dan ibu yang majlis Iddya tak jadi. Kami tak direstui oleh ibunya. Batalkan semuanya. Maafkan Iddya.’
‘Beb, aku tak jadi kahwin dengan Aizril. Semuanya dibatalkan, katanya kami tak direstui.’
Pesanan ringkas di hantar kepada kakak dan juga sahabat baiknya, memberitahu akan apa yang terjadi. Mempersiapkan keluarganya dengan segala kemungkinan yang bakal dihadapi. Malam itu juga, bertubi‐tubi panggilan masuk yang diterima olehnya daripada ahli keluarga dan juga kedua sahabat baiknya namun dia tidak mengendahkan. Bila sampai masanya nanti, dia akan cuba menjelaskan situasi yang sebenar kepada mereka.
Buat masa ini dia hanya inginkan waktu untuk bersendirian. Sekali lagi imej ibu dan ayahnya menari‐nari di ruangan mata. Iddya Melissa terjelepuk jatuh di tempat kakinya bertapak! Bergegar‐gegar bahunya menahan tangis yang menggila.
“Ayah… Ibu… maafkan Iddya!” raung Iddya Melissa dengan suara yang tertahan‐tahan.
Dunia yang terang dirasakan kelam tidak bercahaya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan