Setelah berjam‐jam saya pusing ke kiri dan ke kanan, akhirnya saya berjaya juga melelapkan
mata. Namun, tidur saya kali ini amatlah disturbing bagi saya. Saya mimpi yang saya dengan si
Zero bercuti di pantai, tatkala sedang bermain pasir tiba‐tiba semua orang di sekeliling kami kecoh dan begitu pantas lari daripada pantai. Kami berdua tercegat di situ. Lepas itu barulah kami sedar bahawa ombak yang sungguh besar sedang menuju ke arah kami. Kami berdua pun menjerit ketakutan sambil lari daripada ombak gergasi itu. Saya selamat pergi ke tempat yang lebih tinggi, tetapi Zero tidak, dia dihanyutkan oleh ombak itu. Saya merintih kesedihan kerana saya telah kehilangan Zero.
Bunyi handphone saya berdering, membangunkan saya daripada mimpi yang sangat ngeri itu.
Saya duduk terus dengan peluh membasahi seluruh tubuh saya, sambil termengah‐mengah. Mimpi itu sungguh dahsyat bagi saya, seakan‐akan ia seperti realiti! Saya menggosok kedua-dua mata saya dengan jari saya, lalu mencapai handphone yang saya letak di meja sebelah katil saya.
“Hello.”
“Hello. Annie....?” Zero yang menelefon saya. Saya mengeluh panjang. Saya masih terasa dengan tindakan dia semalam itu, masih moody lagi, ditambah pula dengan mimpi ngeri tadi itu.
“Ya?” Nada suara saya mendatar.
“Sorry Annie, pasal semalam tu. Saya bukan berniat mahu ignore kau. Saya betul‐betul sibuk masa itu,” suara Zero kedengaran sayu, membuatkan saya punya rajuk hilang secara perlahan.
Sempat pula saya bayangkan mimik muka Zero memuncungkan bibir dengan mata kuyunya itu.
“Kalau tahu sibuk masa tu, kenapa kau masih mahu online semalam? Saya kan boleh memahami keadaan kau. Ini tidak. Terus menghilangkan diri. Sakit hati saya tahu.”
“Sorry sangat‐sangat. Saya janji tidak akan buat lagi, okay? Please Annie, senyum untuk saya?”
“Kalau saya senyum pun bukan kau boleh nampak pun.”
“Tapi saya boleh rasa tahu bila kau senyum atau menangis atau marah,” katanya dengan nada lembut. Zero ini kadang‐kadang buat saya rasa geram pula. Geram sebab saya tidak mampu mahu terus marah pada dia. Dia tahu bagaimana mahu pujuk saya.
Saya pun senyum lebar, dalam hati rasa lega juga yang kami berdua dah okey. “Okey Zero, saya maafkan kau. Tapi jangan buat begitu lagi tahu.”
“Okeydear! Terima kasih! Eh, saya pergi dulu okay? Saya adaflight kejap lagi ni. Nanti lain kali kita chat lagi okey?”
“Okey. Jaga diri baik‐baik tu!”
Saya menekan butang close dan letak kembalihandphonesaya ke atas meja. Sambil itu saya tertanya‐tanya: Dia langsung tidak mentionpun pasal Dr. Stephen. Lagi satu, adakah mimpi saya tadi itu mempunyai makna tersirat? Saya geleng kepala saya dengan laju, tidak mahu fikir lagi tentang misteri itu. Saya ada satu hari rehat sahaja, dan saya perlu bergerak ke shopping mall untuk membeli baju baru.
****
Seperti yang saya telah katakan sebelum ini, shopping baju adalah yang paling saya tidak suka mahu buat. Biasanya kalau saya pergi mall saya lebih kepada pergi makan, main arcade,tengok wayang, dan karaoke. Semuanya hiburan semata‐mata. Tetapi hari ini saya memang tiada pilihan lagi. Saya kena beli baju baru juga. Dalam hati saya merungut rasa tidak puas hati, tetapi kemudian saya fikir kalau bukan sebab kejadian itu manalah saya dapat peluang untuk bersemuka dengan Dr. Stephen.
Saya berdiri di depan kedai baju yang ke sepuluh. Aduinah, kaki saya sudah lenguh namun satu baju pun tiada yang saya berkenan. Dahlah saya ini bukan slim, jadi pilihan baju agak terhad. Saya bertekad nanti bila saya ada masa lapang lagi saya mahu bersenam ditreadmilldi rumah yang pada ketika itu sudah pasti berhabuk kerana tidak pernah digunakan. Saya berdoa semoga kedai yang ini ada baju yang sesuai untuk saya. Tanpa melengahkan masa, saya melangkah ke dalam kedai Yen itu. Saya membelek‐belek baju satu persatu, sambil itu saya perasan juga jurujual itu asyik memandang ke arah saya. Saya mendengus, rasa tidak selesa dengan keadaan itu. Bukannya saya mahu mencuri juga! Ingat muka saya ini cop pencuri?
“Miss, cuba pakai baju ini, nampak sesuai dengan kau,” tiba‐tiba jurujual itu mengambil baju kemeja berwarna‐warni dan menolak baju itu kepada saya. Saya terbeliak. Dahlah mengacau privasi saya, pilih baju yang tidak cantik pula tu!
Dengan senyuman yang terpaksa, saya membalas, “Takpalah, saya tidak suka warna ini. Saya
mahu tengok yang lain pula. Banyak lagi ni saya belum tengok lagi.” Tanpa menunggu reaksinya, saya terus beralih ke rak yang lain. Sedang saya khusyuk membelek baju, tiba‐tiba saya terdengar suara yang sememangnya selalu memberi impak terhadap saya. Gerakan saya terhenti, lalu mata saya liar mencari punca suara itu. Akhirnya mataku hinggap ke pemilik suara itu.
Mustahil!
Dr. Stephen Marcus ada di situ! Dia tengah bercakap dengan seorang jurujual perempuan yang ketika itu tersengih‐sengih seperti dia tengah berhadapan dengan seorang selebriti. Tidak boleh salahkan dia juga. Dr. Stephen memang kacak orangnya dengan berpakaian singlet putih dan jeans biru pudar. Saya terpaku memandang otot lengannya yang menarik itu.
Saya rasa mahu sahaja pergi ke sana dan picit otot itu. Saya ini memang mudah cair tengok lelaki yang berbadan athletic. Saya boleh rasa air liur saya berkumpul dalam mulut saya, terus saya tepuk pipi saya dan marah diri saya sendiri. Buruk betul perangai saya. Janganlah sampai dia nampak saya begini, entah‐entah nanti dia ingat saya ini gila nafsu!
“Kamu rasa baju ini sesuai tidak dengan gadis yang tingginya seratus lima puluh lima sentimeter, bentuk badan curvy, rambut lurus sehingga ke bahu?” Dr. Stephen menanya jurujual itu.
Mustahil!
Adakah Dr. Stephen sedang memilih baju untuk saya? Saya tidak mahu cepat perasan tetapi
berdasarkan description yang dia cakap itu, semuanya padan dengan saya. Saya bergerak dengan berhati‐hatinya ke rak baju yang terletak hanya di belakang dia, dan teruskan mencuri dengar perbualan mereka.
“Warna kulit dia apa?” Jurujual itu bertanya, dengan sengaja menggunakan nada yang flirtatious.
“Dia tidak juga putih, tapi tidak juga hitam,” jawab Dr. Stephen dengan selamba. Saya menahan ketawa mendengarnya. Jurujual itu cuma mengangguk tanda faham.
“Kalau begitu, ya, baju ini sesuai untuk dia. Untuk girlfriendkah?”
Jantung saya tiba‐tiba berdegup dengan pantas.
“Ah.... Bukan. Untuk kawan.”
Kecewa. Sesetengah jiwa saya berharap dia mengiyakan sahaja statement jurujual itu.
“Oh, okay, baguslah kalau begitu. Bermakna saya boleh ajak kamu minum kopi sama sayalah ni
kan?” Aduhai si jurujual itu, tidak tahu malu betul! Gatal bukan main! Saya ini pun satu hal juga. Apa hak saya untuk mengutuk gadis itu? Bukannya Dr. Stephen itu boyfriend saya juga!
Saya pun gedik juga oh!
“Saya mahu bayar sudah dik,” kata Dr. Stephen, dengan ketaranya mengabaikan persoalan si
jurujual itu. Mereka pun bergerak ke kaunter, muka jurujual itu sudah berubah menjadi masam
mencuka. Saya baru sahaja memulakan pergerakan saya bila jurujual yang mengganggu hidup
saya itu tiba‐tiba menegur saya dengan suara yang agak nyaring.
“MISS! Apa kau buat ni???!”
Saya terkejut lalu tanpa sengaja saya tertolak rak baju yang berat itu ke depan. Belum sempat
saya bagi amaran, rak itu terus hinggap ke badan Dr. Stephen, tetapi dengan gayanya yangcooldia berjaya menyambut rak itu tanpa masalah. Dia membetulkan kembali kedudukan rak itu, lalu dia memandang ke arah saya. Muka saya masa itu sangatlah merah membara.
Malu betul saya rasa! Dia punya riak wajah pula mula‐mula terkejut, lepas itu berubah menjadi
ceria, lalu dia ketawa terbahak‐bahak. Saya menjeling ke arah jurujual yang buat‐buat muka tidak bersalah itu.
“Hai cik adik! Tidak sangka ya kita berjumpa di sini,” kata Dr. Stephen sambil mengelap air mata tawanya. “Kebetulan saya tengah membeli baju untuk kamu, ganti rugi pasal kelmarin itu.”
“Saya pastimisssudah sedia maklum tentang itu...” jurujual itu tidak menghabiskan ayatnya kerana saya tengah memberikan dia jelingan paling tajam. Celupar betul mulut dia ni! Mahu sahaja saya balas balik kata‐kata dia tetapi saya mahu jaga imej saya di depan Dr. Stephen.
“Doktor, kan saya sudah cakap tidak payah ganti rugi, baju saya masih banyak di rumah..” saya
terhenti seketika. Alangkah lurusnya saya ini! Kalau saya memang sudah ada di sini bermakna saya sebenarnya bertujuan untuk membeli baju! Ish, bodohnya saya!
Seperti telah membaca fikiran saya, dia tersengih. “Yelah tu. Jangan lawan saya lagi. Nah, cik adik, terimalah baju ini sebagai tanda maaf daripada saya.” Dia mengambil tangan saya yang tiba‐tiba rasa sejuk itu lalu memaksa saya untuk memegang beg yang berisikan baju baru saya itu.
“Terima kasih, doktor. Saya akan jaga baju ini baik‐baik,” kata saya dengan suara yang perlahan.
“Cik adik, mari lunch dengan saya, lapar pula saya, lagipun saya mahu berkenalan dengan lebih
mendalam lagi sama kamu,” katanya dengan nada yang berketar. Apakah dia rasa nervous?
Tidak mungkin. Dia kesejukan kot,air‐conddi sini kan sangat sejuk. Saya yang pakai jaket pun
menggigil juga, apalagi dia yang hanya memakai singlet sahaja.
Perut saya memilih masa itu untuk berbunyi dengan kuatnya. Saya tepuk perut saya dengan kuat. Tidak habis‐habis lagi saya memalukan diri sendiri di depan doktor Ini. Saya tahu saya jenis yang clumsy tapi inilah kali pertama saya clumsy sebegini dalam masa dua hari sahaja!
“Nah, tengok, perut kamu pun bersetuju dengan saya. Jom!” Dia pegang tangan saya lagi lalu tarik saya keluar daripada kedai baju itu. Saya tidak dapat fokus kepada benda yang lain selain daripada rasa tangannya di tangan saya. Tapak tangannya kasar, jelas menunjukkan kelelakiannya. Rasa hangat juga, menyebabkan sekujur tubuh saya ikut sama hangat. Jantung saya pun riak sahaja berdegup. Ya ampun, kalau lama‐lama begini boleh heart attack jadinya!
***
Setelah lama kami berdebat di mana mahu makan, akhirnya kami sepatah kata pergi ke McDonald memandangkan sekarang lunch hour dan harga pun murah. Kami duduk di tepi sekali, jauh daripada kesesakan orang ramai.
“Siapa nama kamu, cik adik? Saya penatlah panggil kamu cik adik pula,” dia bertanya sambil
mengunyah burger ayamnya.
“Panggil saya Annie sahaja,” jawab saya, atas sebab tertentu belum mahu beritahu dia nama penuh saya. Nanti kalau dia tahu nama penuh saya, dia akan tahu saya kerja sebagai operator hospital. Saya tidak mahu dia tahu itu semua. Belum tiba masanya lagi.
“Okay, Annie. Cantik nama kamu.”
“Kamu pun cantik juga.”
“Saya bukan cantik leh. Saya handsome dan tegap. Nah tengok nimusclesaya.” Dia terus show off muscle dia yang menarik itu. Dalam hati saya ketawa. Lucu betul doktor ini. Saya bayangkan mesti dia disukai ramai di wad surgeri itu.
“Kamu orang Sabahkah Annie?”
“Ya, saya tinggal di Kepayan. Kamu pula doktor?”
“Saya Sabahan juga. Orang Tenom. Dan kamu boleh panggil saya Stephen saja. Atau Ste. Nama manjaI.”Dia angkat kedua‐dua keningnya sambil kedip mata pada saya. Saya blushing tengok aksi dia itu. Dia ini tidak sedarkah yang aksi dia itu seakan‐akan dia sedang mengurat saya?
“Okay,.... Ste,” saya senyum malu pada dia.
“Kamu kerja di HQE kah? Kerja apa ya? Saya pun kerja di sana juga sebagai Medical Officer di
wad surgeri.”
Alamak! Soalan yang saya tidak sedia lagi untuk menjawabnya! Apa saya mahu jawab ya? Fikir,
Annie, fikir!
“Saya....erm... Lawat kawan saya di wad.” Okey. Logik juga jawapan saya, kan? Kan masa kami
berlanggar itu waktu masa habis melawat. Saya berdoa semoga dia tidak tanya lebih detail lagi
tentang “kawan” yang sakit itu.
“Oh... Bah, saya doakan semoga dia sembuh cepat‐cepat. Bukan di wad surgeri kan?”
“Bukan.” Bagus, Annie. Biar simple sahaja. “Doktor...erm...Ste kerja di HQE berapa lama sudah?”
Saya cepat‐cepat tukar topik perbualan.
“Baru beberapa bulan saya di sini. Dulu saya kerja di Klinik Kesihatan Ranau selama lima tahun.”
“Wah, lima tahun di sana! Kenapa tiba‐tiba mahu kerja di hospital besar?”
“Saya bosan kerja di sana. Saya suka kerja yang mencabar, lagipun dari saya housemanship lagi
saya berminat mahu ceburi dalam bidang surgeri.” Dia renung saya tepat pada mata saya.
“Sekarang saya boleh cakap saya bersyukur sangat saya pindah ke sini, kalau tidak, tidaklah saya dapat jumpa gadis comel di depan saya ini.”
Gulp! Dush!Saya tersedak dan batuk serta‐merta. Dia ni tidak boleh pilih timing yang sesuaikah
mahu buat statement sebegitu?
“Alamak! Annie, kau okeykah?” Dia jadi cemas, terus dia berdiri dan tepuk belakang saya.
Selepas beberapa saat barulah batuk saya redah.
“Ste...Ste...” Saya makin rasa malu kerana dia masih lagi mengusap belakang saya walaupun
saya sudah berhenti batuk.
Stephen berhenti mengusap saya, lalu dia segera duduk dan minum minuman dia. Muka dia jelas merah sekali. “Maafkan saya. Saya tidak tahu kenapa saya mahu saja menyentuh kamu Annie.”
Statementitu lagi! Boleh meninggal terus saya kalau tiap saat saya dengar dia cakap begitu.
“Tapi, apa yang saya cakap tadi, memang saya betul‐betul maksudkannya. Saya rasa senang dengan kamu biarpun kita baru sahaja berkenalan.”
Kamu tidak ada idea langsung, Ste. Kita sudah berkenalan sedikit sejak beberapa bulan yang lalu!
***
Setelah kami habis makan, Ste mengajak saya pergi menonton wayang. Mula‐mula saya mahu
menolak kerana sekarang jam lime petang, nanti tidak pasal‐pasal saya kena lecture oleh mak
saya. Beginilah kehidupan saya. Umur sudah dua puluh empat tahun tapi masih mahu kena curfew lagi. Tetapi setelah dipujuk berkali‐kali dengan riak mukanya yang tidak boleh tahan itu, saya akur dengan ajakan dia juga. Kami sekali lagi berdebat dalam pemilihan wayang. Saya suka genre romantik komedi, manakala Ste pula suka action dan thriller. Tapi disebabkan saya tidak mahu dia fikir bukan‐bukan pula kalau saya insist mahu tengok wayang romantik komedi, saya setuju untuk tengok wayang thriller. Lagipun saya ada niat yang selfish. Kalau ada adegan yang seram ada juga alasan saya untuk cuddle dengan dia. Tersenyum sendirian saya memikirkan kemungkinan itu.
Tetapi hakikatnya, niat dengan realiti sangat berbeza. Saya cuba untuk kawal diri supaya tidak
nampak terhegeh‐hegeh pada dia. Jadi, bila adegan yang seram ditayangkan, saya tidak pegang tangan dia tetapi saya jerit sekuat hati saya. Ste asyik pandang saya dengan riak muka yang sangat gembira Dia ini enjoy sangatkah tengok saya dalam ketakutan? Entah berapa kali saya teriak kuat, saya ingatkan pekerja wayang di situ mahu halau saya keluar sudah, tapi nasib baik tidak juga. Selepas wayang itu habis, Ste ketawakan saya sampai dia terduduk di lantai situ.
“Lucu betul kau ni Annie! Meja jatuh pun kau jerit macam ada hantu saja di sana!” Sebelum saya sempat menjawab, tiba‐tiba handphone Ste berbunyi. Saya dengar saja perbualan dia dengan si pemanggil itu. “Hello. Ya? Why did you call me? I’m not oncall today. Call Dr. Syazam. Okay, bye.”
Wah. Saya belum pernah dengar dia cakap dalam bahasa Inggeris. Inilah kali pertama saya
mendengarnya. Dia nampak macho sangat! Terus saya rasa cemburu pula kerana sudah pasti banyak gadis di wad surgeri akan ada crush padanya. Entah‐entah pesakit pun terikut sama!
“Sorry. Operator di hospital salah sambung nombor. Entah siapalah operator yang kerja sekarang ini. Yang pastinya bukan si cik adik yang selalu saya kacau itu,” dia ketawa kecil mengenangkan cik adik itu.
Cik adik itu also known as saya, Ste!
“Okaylah, jom kita balik. Lambat sudah ni. Besok kita kerja juga, kan.” Saya mengangguk tanda
setuju. Tanpa disangka tiba‐tiba dia peluk saya, lalu mengusap rambut saya. “Terima kasih, Annie, sebab sudi luangkan masa dengan saya. Saya betul‐betul enjoy hari ini. Saya harap kita dapat buat macam ini lagi.”
Saya hampir tidak mendengar kata‐katanya disebabkan pelukan itu. Untuk pengetahuan anda, itulah pelukan pertama daripada lelaki yang saya terima. “Saya juga enjoy hari ini Ste.”
Tergagap‐gagap saya dibuatnya.
“Kalau kita terjumpa lagi buat kali ketiga, kamu kena berjanji akan bagi saya nombor telefon kamu ya?”
Dia memang tidak tahu saya senang saja cari nombor telefon dia di sistem komputer kami.
“Okay, saya setuju Ste. Bah, jom balik. Jumpa lagi kalau ada jodoh,” saya melambai ke arah dia
tatkala kami berpisah dan berjalan ke tempat parkir masing‐masing. Sampai sahaja saya di dalam kereta, seperti kelmarin, saya teriak kegembiraan. Hari ini semestinya hari yang saya tidak akan lupakan buat selamanya. Dan yang paling pasti, saya memang telah jatuh cinta pada insan yang bernama Dr. Stephen Marcus. Tak ada sangsi lagi. Tak ada second thought.Saya bertekad ingin memilikinya. Ini harus terjadi!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan