Label

Sabtu, 24 Disember 2016

NOVEL IPT Bab3

“Terima kasih ustaz” ucap Aqif kepada Ustaz Sapawi.

Aqif mengenali Ustaz Sapawi melalui rakannya Syafiq. Syafiq mengatakan bahawa Ustaz Sapawi selalu mengubati rasukan sayitan dengan menggunakan perubatan islam. Syafiq yang setia menanti di ruang tamu ditemani Qira.

“Sama‐sama, kamu tidak usah kuatirkan akan isteri kamu, selesaikanlah apa yang patut kamu
selesaikan” ujar Ustaz lingkungan umur 50‐an itu.

“Maksud ustaz?” Aqif meminta penjelasan.

“Tidak mengapa, nanti kamu akan mengetahuinya sendiri” ujar Ustaz Sapawi mengulum senyuman. Sempat Ustaz Sapawi menyentuh bahu Aqif meminta untuk bertenang.

Keadaan di ruang tamu sunyi ketika mana Ustaz Sapawi merawat Aqilah di bilik bersama Aqif.
Sesekali Syafiq mencuri lihat keayuan wajah Qira yang berada dihadapannya. Jelas riak wajah Qira nampak merunsingkan. Qira yang perasan akan dirinya diperhati oleh Syafiq hanya tersenyum tawar melihat pemuda itu.

“Curi tengok kenapa?” sapa Qira memecah kesunyian.

“Tak…tak ada apa‐apa” gagap Syafiq malu kelakuannya dihidu oleh Qira.

Seumur hidupnya tidak pernah dia melihat wanita yang paras wajahnya cantik dan ayu seperti Qira. Bekas kekasihnya dulu tidak secantik Qira, tetapi mereka telah berpisah disebabkan kedudukan kewangan Syafiq yang tidak menentu.



“Cantik‐cantik kawan si Iz ni.. damn!!” Syafiq gumam perlahan.

“Apa…apa dia awak cakap?” Qira terdengar perbicaraan Syafiq sebentar tadi lalu ketawa kecil.

Syafiq hanya tersenyum menahan rasa malu. Terasa pipinya tebal sepuluh inci. Tidak lama kemudian kelibat Ustaz Sapawi dan Aqif menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu, secara tiba‐tiba Syafiq dan Qira berdiri dengan serentak.

“Sekiranya berlaku lagi sedemikian boleh menghubungi saya” pesan Ustaz Sapawi sebelum beredar.

Mereka bertiga mengangguk serentak. Sebelum Ustaz Sapawi meninggalkan perkarangan rumah Aqif, sempat dia memagar rumah Aqif dari gangguan makhluk‐makhluk halus. Aqif melabuhkan punggung diatas sofa ruang tamu rumahnya ditemani Syafiq, manakala Qira dihadapan. Syafiq hanya diam membisu sebegitu juga Qira. Aqif memandang mereka berdua lalu tersenyum.

“Qira ni Syafiq, Syafiq ni bestfriend wife aku Qira” Aqif mengenalkan diri masing, kelihatan Syafiq hanya mengangguk faham tetapi lain pula reaksi Qira hanya gelak kecil membuatkan Aqif mengecilkan matanya meminta penjelasan Qira.

“Tak ada apa la Iz, kawan kau ni dari tadi suka curi pandang aku” jelas Qira.

“Amboi kau, Qira ni ada tali pinggang hitam tau, dia pengurusi taekwondo masa zaman aku belajar dulu” Aqif ketawa seiring dengan Qira. Syafiq hanya tersengih menggaru belakang kepalanya.

“Cantik” puji Syafiq perlahan.

Aqif Cuma berdehem apabila mendengar pengakuan ikhlas tapi benar dari rakan sepejabatnya.

“By the way, Syafiq umur berapa” soal Qira berkira‐kira meneka umur Syafiq yang berwajah matang, mungkin disebabkan badannya yang tegap.

“23 baru” jawab Syafiq malu.

“Ouh muda lagi, adik‐adik lagi la ni” Qira ketawa kecil.

Aqif hanya tersenyum memerhati Qira mengusik Syafiq. Jejaka badan tegap itu hanya mampu
mengangguk, dia tidak tahu kenapa bibirnya terkunci tidak seperti kebiasaan, dia merupakan seorang yang suka bercakap sehinggakan Aqif naik jemu mendengar suaranya.

“Diam pulak” tempelak Aqif, dia cuba memeriksa talifon bimbitnya dari tadi kelihatan lampu
berkelip menandakan ada pesanan yang belum dibaca. Wajahnya berkerut seribu.

“Reunion Batch 10/11 Syari’e and Law Department ﴾SYADEPT﴿” perlahan Aqif membaca email
yang dia dapat.

“Qira pun dapat jugak?” soal Aqif kehairanan membaca email tersebut.

Qira yang terkejut mendengar terus mencari talifon bimbitnya, lalu dicapai dibuka pesanan email, wajahnya juga berkerut.

“Sama Iz” ujar Qira pelik.

Aqif berlari menuju ke kamarnya untuk memeriksa talifon bimbit Aqilah.

“Pun sama” gumamnya sendirian. Sempat dia menjeling kelihatan isterinya nyenyak tidur dan dia tidak mahu menggangu.

“Apa maksudnya ni tak pernah‐pernah di buat” Aqif yang tiba‐tiba muncul disebalik anak tangga membuatkan Syafiq dan Qira terperanjat.

“Siapa yang hantar email ni Qira?” sambung Aqif berbentuk soalan.

“Entahlah Iz, alamat email ni Qira tak save means bukan dikalangan geng kita, tapi setahu aku, aku save semua syadept punya email address” jelas Qira panjang lebar.

Aqif hanya mengangguk matanya masih pada talifon bimbitnya manakala Syafiq yang tidak mengerti dengan perbicaraan mereka berdua hanya membatukan diri di atas sofa.

“clowngenius@gmail.com” perlahan Aqif membaca alamat email pengantar.

“Badut genius ha..ha..ha..” Syafiq yang tadinya berdiam diri memecah tawa apabila mendengar 
alamat email yang dibaca Aqif.

Aqif dan Qira bertentang mata apabila mendengar perkataan badut dari mulut Syafiq.

“Setahu aku badut masa zaman IPT tu…..” Qira tidak menghabiskan ayatnya malah menunding jari telunjuk ke arah Aqif. Pandangan Syafiq secara tidak langsung mengikut gerakan jari telunjuk Qira tepat ke arah Aqif. Aqif yang membatukan diri cuba memahami situsasi.

“Ya ! aku tahu tu tapi bukan aku yang hantar email ni” ujar Aqif riak wajah jelas tengah mencari idea.

“Siapa lagi kalau bukan selain kau Iz yang suka jadi badut dalam IPT” Qira menggarukan kepala yang tidak gatal, pening kepala memikirkan.

Aqif mundar mandir di ruang tamu, otaknya ligat memikirkan siapa yang menghantar jemputan reunion syadept, begitu juga Qira yang termenung dengan pandangan kosong. Syafiq hanya membelek‐belek talifonnya suasana menjadi sunyi seketika.

Tinggi‐tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru‐biru hujung kinabalu
Tengok dari jauh hati saya rindu

Syafiq menyanyikan lagu yang membuatkan Aqif dan Qira membeliakkan biji mata dan pandangan mereka bertemu serentak berkata.

“Dia!”

Syafiq yang terkejut membuat muka pelik, sesungguhnya dia tidak faham apa kena dengan mereka berdua sejak mendapat email pelik dari badut pelik, dia hanya mampu menggelengkan kepalanya.

“Bukan ke dia dah…..” soal Qira terhenti apabila melihat Aqif menggelengkan kepala.

“Tak mungkin dia” Aqif cuba menenangkan diri.

Qira mengerti apabila melihat riak wajah Aqif dalam kebimbangan, Qira faham benar kenapa Aqif menidakkan, akan tetapi naluri Qira kuat mengatakan orang yang dimaksudkan.

“Dalam email ni dia ada bagi nombor whatsapp group siapa nak join” celah Syafiq sambil membelek email dalam talifon Aqif.

Aqif menyambar talifonnya dari genggaman Syafiq untuk mendapat kepastian.

“Kau rasa macam mana?” soal Aqif kepada Qira.

“Kita join” jawab Qira selumber.

Aqif mengambil nombor tersebut dan terus ke aplikasi whatsapp untuk melihat senarai nama yang akan menghadiri ke majlis reunion itu. Qira turut melakukan perkara yang sama tidak pada Syafiq yang hanya membelek talifonnya sendiri, tidak mahu mengambil pusing apa yang terjadi. Aqif meniliti nama‐nama yang bakal turut serta seperti Azfar, Hafizul, Aizuddin, Hameen, Aizat, Ridzwan, Syuhada, Nawal, Hayati, Syaradatul, Siti, Nasirah, Qira dan jugak Aqif serta Aqilah. Nama‐nama yang turut serta membuatkan Aqif berasa ada sesuatu yang tidak kena, kerana kesemua nama yang turut serta adalah rakan‐rakan yang rapat dengannya sewaktu ketika dahulu.

“Kan betul aku cakap bukan dia, nama dia tak ada pon” ujar Aqif menutup perasaan resahnya.

“Kau lupa nak tengok kat admin group ke, cuba tengok betul‐betul nama admin group siapa” jelas Qira kelihatan matanya sedikit membulat.

Aqif hanya menelan air liur ketika membaca nama Hanafi tertera sebagai admin group. Aqif cuba menidakkan kenyataan Qira, dia kuat mengatakan ini orang lain bukan Hanafi.

“Kenapa Iz, apa yang kau risaukan takutkan? Sejarah silam kau? Ataupun kau takut dosa kau yang lampau” soal Qira menundukkan wajah, dia tahu akan sejarah hitam yang membelengu hidup Aqif Uwaiz.

Syafiq mendengar pertanyaan Qira memandang Aqif yang kelihatan riak wajah yang sedih. Aqif melabuhkan punggung disebelah Syafiq meraup wajahnya.

“Sekiranya dengan kehadiran dapat merungkai misteri yang melanda aku akan pergi” sayu
kedengaran nada Aqif.

Qira tersenyum mendengar, begitu juga Syafiq.

“A..aku nak ikut boleh” Syafiq mengangkat tangan sambil tersenyum kambing.

Tawa mereka bertiga pecah sehinggakan Aqif lupa apa yang melanda di fikirannya. Matanya
tertumpu ke arah tingkat satu rumahnya. Mungkin ini jalan terbaik untuk dia membawa isterinya menghirup udara segar. Sempat dia merangkul bahu rakan sepejabatnya sambil mengangguk tanda memberi kebenaran untuk Syafiq turut serta. Syafiq hanya bersorak gembira. Qira hanya memerhati gelagat mereka berdua dengan mengukir satu senyuman misteri.

Sementara itu di suatu kawasan yang lain, pedalaman kampung, di dalam sebuah bilik gelap kelihatan seorang terkumat kamit membaca mantra yang tidak difahami, keadaan bilik penuh dengan asap dan bau kemenyan sehinggakan boleh menyesakkan dada bagi siapa yang menghidunya. Tangan menari diawangan mengikut rentak mantra yang dibaca, sesekali menitiskan air limau di dalam sebuah mangkuk yang mengeluarkan asap yang banyak, di sisi kanan kelihatan ayam yang baru disembelih, darahnya tidak berhenti mengalir. Mantra yang di baca semakin lama semakin kuat, bibir yang berwarna hitam mengulum satu senyuman menandakan ritualnya bakal selesai, setelah mendapat tahu akan berita tentang kehadiran orang yang sudah lama dinantikan untuk menuntut bela. Kelihatan di hadapannya satu makhluk yang membongkok sambil menjilat darah yang tersisa di lantai. Dia tersenyum puas.

“Sabar nanti habuan besar untukmu” serunya kepada makhluk itu.

Makhluk itu mengilai memecah kesunyian malam. Secara tiba‐tiba makhluk itu lesap dari pandangan mata kasar.

26 Jun 2010

Matahari yang tegak di langit memeningkan kepala Aqif, dia membetulkan cermin matanya yang melekat diatas hidung. Aqif membuang pandangan di luar cermin kereta atuknya, sejak kematian ibu bapa tersayang atuklah yang menjadi tempat mengadu. Dia tertanya‐tanya mengapa Kuantan menjadi pilihan atuknya untuk dia melanjutkan pelajaran sedang di Kuala Lumpur terdapat pelbagai jenis IPT yang boleh dia melanjutkan pelajaran. Papan tanda Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ﴾KIPSAS﴿ menunjukkan arah ke kanan, atuknya memusingkan stereng menuju ke kanan. Aqif mengeluh perlahan hari ini bermulalah lembaran baru di dalam hidupnya. Memasuki perkarangan KIPSAS kedengaran riuh rendah suara ibu bapa mahu pon mahasiswa mahasiswi dari serata Malaysia bercampur campur loghat negeri masing‐masing.

Aqif turun dari kereta atuknya membetulkan tali leher mengemaskan baju kemeja serta membetulkan kedutan di seluar slack hitam, melangkah pergi ke kaunter pendaftaran. Aqif kelihatan segak mengenakan kemeja bewarna merah disisipkan tali leher bewarna hitam, menjadi tumpuan beberapa gadis yang berada di kawasan pendaftaran. Aqif memerhati sekeliling kebanyakan wanita yang hadir memakai tudung labuh mungkin disebabkan ini atuknya memilih untuk dia melanjutkan pelajarannya di sini.

“Dah daftar ke Qif?” lamunan Aqif tersentak apabila atuknya menegur di belakang.

“Belum tok, ramai ni beratur la dulu” jawab Aqif.

Atuknya hanya diam memerhati cucu kesayangan dari jauh, sambil memerhati sekeliling suasana ibu bapa cuba membantu anak mereka dalam proses pendaftaran, jauh di sudut hati atuknya kasihankan cucunya yang kehilangan tempat bermanja pada usia yang sangat muda.

Aqif menghadiahkan senyuman kepada atuknya dari jauh. Aqif seorang yang tabah dan tidak suka menyusahkan orang lain, membesarkan Aqif tidak lah serumit mana kerana dia seorang cucu yang baik.

“Maafkan saya tumpang tanya barisan ni department apa ye” sapa seorang wanita yg beratur di belakang Aqif.

Aqif menoleh sebaik sahaja ada suara menegurnya, matanya bertentangan dengan wanita yang parasnya sama dengan ketinggian Aqif, berkaca mata sepertinya, suara lembut wajahnya ayu umpama bidadari.

“Awak?” suara wanita itu menghentikan lamunan Aqif.

“Khuk..khuk..maaf apa tadi” Aqif terbatuk kecil apabila menyedari dia merenung wanita itu agak lama.

“Barisan ni department apa?” Soal wanita itu sekali lagi.

“Syariah Undang‐Undang” jawab Aqif.

Wanita itu hanya tersenyum dan mengangguk kerana dia berada di barisan yang betul. Sempat Aqif menjeling kertas pendaftaran yang dipegang tertera nama Alifah Aqilah binti Mohamed. Cantik nama seindah tuannya. Tiba‐tiba Aqif teringatkan sesuatu dia memandang semula wanita itu sambil membuka cermin matanya.

“Mana awak dapat borang ni” soal Aqif cemas apabila dia memerhati sekeliling semua orang
memegang kertas seumpama wanita itu pegang kecuali dirinya yang hanya berlenggang.

“Dalam surat tawaran kan dikepilkan sekali” jawab wanita itu sambil ketawa kecil melihat gelagat Aqif secara tiba‐tiba cemas.

“Allah” Aqif menepuk dahinya.

“Awak boleh jaga tempat saya nanti saya datang balik” sambungnya

Wanita itu sekadar mengangguk.

Pantas Aqif mendapatkan atuknya.

“Tok mana surat‐surat Qif?” soal Aqif masih cemas.

“Surat apa Qif?” soal atuknya kembali.

“Eah atuk ni orang tanya dia tanya orang balik, soalan berbalas soalan tahun depan belum tentu jumpa jawapan” rungut Aqif

Atuknya hanya tergelak kecil, cukup faham dengan kenalakan cucunya apabila berkata‐kata.

“Cuba cari dalam kereta” ujar atuknya melihat Aqif melilau lilau cari didalam beg galasnya.

“Ha!! Jumpa dah” tempik Aqif sambil tersenyum.

Dia berlari anak menuju ke barisannya.

“Jumpa dah?” soal wanita itu ramah.

“Dah” jawab Aqif mengangkat kertas pendaftaran sambil menampakkan barisan gigi yang putih.

Wanita itu hanya ketawa kecil melihat gelagat mencuit hati lelaki di hadapannya, sempat dia
menjeling apabila kertas pendaftaran itu diangkat Aqif tertera nama Muhammad Aqif Uwaiz bin Mohammed Yusuff. Secara tiba‐tiba wanita itu berasa kagum dengan keunikan nama lelaki di hadapannya, tidak pernah terlintas mahupun mendengar nama yang sedemikian rupa, unik seunik tuannya.

“Ouh by the way nama saya”

“Muhammad Aqif Uwaiz bin Muhammed Yusuff” sambung wanita itu.

Belum sempat Aqif memperkenalkan dirinya wanita itu terlebih dahulu menyampuk, Aqif memerhati sekeliling terasa dirinya terkenal.

“Erkk saya ni femes ke? rasanya tak pernah masuk televisyen nak kata penyanyi bukan” ujar Aqif mengusap dagunya.

“Macam mana awak tahu?” sambungnya.

Wanita itu ketawa kecil melihat gelagat Aqif yang baginya tidak ubah seperti seorang pelawak.
Wanita itu tidak menjawab hanya menunjukkan jari telunjuknya ke arah kertas pendaftaran Aqif. Aqif yang mengikut arah jari telunjuk itu tertacap di kertas pendaftarannya dan hanya tersenyum kambing cuba untuk mengawal perasaan malunya keluar.

“Itulah kalau awak femes tak sambung dah belajar kan, hihihi sedap nama awak, saya”

“Alifah Aqilah binti muhammed” Aqif mencelah sambil tersenyum lalu melenggokkan kepalanya ke kanan, dimana kelakuannya itu membuatkan perempuan itu tiba‐tiba berdebar.

“Astagfirullah” wanita itu istigfar di dalam hati apabila melihat Aqif melakukan sedemikian, dimana mampu meragut perasaannya sendiri.

“Awak ingat saya sorang je ada kertas pendaftaran” ujar Aqif sambil mencuit hidungnya ala‐ala
Bruce Lee.

Aqilah hanya mampu tersenyum melihat telatah Aqif. Perbualan mereka terhenti apabila mendapat arahan daripada fasilitator yang bertugas untuk beratur mengikut jantina, memandangkan Kolej Islam harus mengikut syariat Islam dimana lelaki dan perempuan tidak harus bersama. Aqif mengomel sendirian di dalam hati merasakan undang‐undang tidak masuk akal. Dia mencari kelibat wanita tadi namun hampa melanda diri. Sugul Aqif sendirian.

Selepas pendaftaran penempatan diberikan, Aqif membelek kunci yang berada di dalam
genggamannya tertera bilik D210 terletak di blok D tingkat 2 pintu nombor 10. Kelihatan sekeliling bangunan di dalam kampus ini sangat mengagumkan Aqif. Dikuak pintu bilik 210 tersedia 2 katil bujang, meja belajar serta almari besi, tandas berada di dalam bilik, bilik yang agak besar bagi 2 orang yang menginap. Aqif mengangguk tanda berpuas hati, dia memilih katil yang berada di tepi tingkap memandangkan dia yang paling awal sampai ke dalam bilik itu jadi kuasa pemilihan ditangannya. Selepas Aqif mengemas barang‐barangnya atuknya meminta diri untuk beransur pulang apabila cuaca menunjukkan senja bakal tiba. Aqif hanya akur dengan permintaan atuknya. Dihati kecil terasa sebak kerana dia tidak pernah berenggang dengan atuknya. Bagi dirinya atuknya adalah segala‐galanya bagi dirinya. Di perkarangan tempat parkir kereta kelihatan mahasiswa dan mahasiswi hiba menghantar ibu bapa untuk pulang, ada yang menangis ada yang meraung ada yang peluk sehingga tidak mahu lepas, hati Aqif sayu melihat, atuknya hanya memandang Aqif dengan rasa kasih dia tahu apa yang cucunya sedang fikirkan.

“Qif jaga diri elok‐elok ye belajar berdikari, atuk mungkin tak lama dah” sayu mendengar suara
atuknya.

Wajah berkedut seribu itu di tenung, waktu berjalan perlahan Aqif memeluk erat atuknya sambil mengangguk, air mata menitis tatkala saat perpisahan dengan atuknya.

“Qif kuat, atuk tahu, carilah bekalan dunia dan akhirat sebaik mungkin cu” ujar atuknya mengusap lembut kepala Aqif.

Aqif melambai tangan apabila melihat kenderaan atuknya berlalu pergi sehingga hilang di
pandangan. Aqif mengeluh lemah.

“Hari yang baru, percaturan baru” Aqif menyapu air mata tersisa sambil tersenyum sinis.

Aqif memasuki bilik 210 untuk sambung mengemas barang‐barangnya semasa pintu dikuak dia melihat ada susuk tubuh sedang terbongkok‐bongkok tengah mengemaskan barang.

“Roomate aku mungkin” kata Aqif perlahan sambil mencebikkan bibir.

Aqif cuba berdehem untuk menarik perhatian sipolan yang sedang leka mengemas barang tanpa menyedari kelakuannya diperhati oleh Aqif. Sipolan itu meluruskan badan dan menoleh ke arah Aqif. Wajah yang tampan menampakkan penghadang gigi apabila tersenyum, berbaju melayu johor berseluar jeans hitam segak penampilan sipolan ini, hati kecil Aqif berbicara.

“Hai aku Mohd Hanafi Ahmad 91 means 18 tahun ni Kedah, Syariah Undang‐Undang” Hanafi
mengenalkan diri sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan.

“Muhammad Aqif Uwais Muhammed Yusuff same 18, KL kos yang sama” Aqif menyambut salaman dengan senyum ikhlas.

“Panjang nama nak panggil apa” soal Hanafi cuba mencari nama sesuai.

Aqif hanya membatukan diri memerhati roommate dia berkira‐kira mencari nama yang sesuai. Aqif hanya tersenyum,

“How about Iz?” cadangan Hanafi.

Aqif mengerut dahinya lalu mengangguk tanda setuju. Iz nama baru yang tidak pernah terlintas dalam benak fikirannya mungkin dengan nama Iz mampu mewujudkan identitinya yang baru bagi menutup identity Qif yang penuh dengan kesunyian dan dendam. Aqif tersenyum sendirian lalu melangkah menuju ke arah almari pakaiannya untuk kembali mengemas. Sepasang pakaian berwarna warni seperti pakaian badut dikeluarkan dari beg simpanannya, sengaja di sorokkan dari pengetahuan atuknya, diselitkan dengan hanger dan di gantung rapi di dalam almari, topeng putih dikeluarkan kelihatan ada corak air mata berwarna merah pada topeng tersebut dan topeng itu menggambarkan wajah yang menggerikan dengan senyuman yang terukir.

“ Wahh!! Unik topeng kau” sambar Hanafi mengambil topeng tersebut cuba berdiri di hadapan
cermin. Lalu Hanafi terdiam melihat wajah di cermin sangat menggerikan, lantas pada itu dia
membuka topeng tersebut. Hanafi merenung topeng itu dan dia dapat merasakan topeng itu
seolah‐olah mempunyai perasaan sedih gembira dan penuh dengan kesakitan. Siapakah
identity topeng itu.
Aqif yang melihat topengnya di sambar sebegitu cuba mengawal perasaan marahnya dengan
hanya tersenyum lalu merangkul bahu Hanafi. Hanafi merasakan cengkaman di bahunya amat
perit. Hanafi cuba meleraikan rangkulan Aqif dan menyerahkan topeng itu semula kepada Aqif.
“Sory Iz, aku tak sengaja” Hanafi berkata jujur sambil menyentuh bahu yang dicengkam Aqif.
“Eh! Tak apa Nafi aku ok je” Aqif bercakap tenang sambil mengusap topeng tersebut.
Topeng itu disorokkan dibelakang almari kuatiri dijumpai oleh fasilitator, takut ada yang
memandang serong terhadapnya ataupun mengatakan dirinya psiko. Sedangkan dia yang
melakar topeng itu seolah‐olah merujuk akan dirinya yang selama ini berasa kesunyian tanpa
kasih sayang.
“Kenapa kau ada barang‐barang pelik tu Iz” tanya Hanafi pelik dengan perangai Aqif yang
menyimpan sesuatu yang mengerikan.
“Masa berkenalan aku rasa dah tamat, kejap lagi nak turun taklimat, apa kata kita sambung
malam ni” nada sinis dilemparkan sambil tersenyum.
Hanafi hanya menelan air liur mendengar bibit‐bibit kata yang terkeluar dari Aqif.
“Siapa dia ni” gumam hati Hanafi sendirian.
Aqif mencapai tualanya dia birai katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sempat
dia menjeling dan tersenyum ke arah Hanafi.
Malam itu mahasiswa dan mahasiswi dihujani dengan taklimat yang membosankan, kelihatan
pelbagai gaya yang dibuat oleh mereka bagi menahan mata yang mengantuk. Aqif masih
segar, Cuma matanya memerhati sekeliling mencari kelibat wanita siang tadi. Pencariannya
meleset sama sekali. Sesekali dia menyiku lengan Hanafi yang mula tersengguk di sebelahnya,
Hanafi yang terkejut hanya menayangkan barisan penghadang gigi. Taklimat bersurai pada
jam tepat 12.00 pagi. Seperti sebuah cerita seram apabila sesuatu itu selesai pada waktu yang
digemari makhluk halus untuk menjalankan sesuatu pekerjaan. Aqif berjalan longlai sebelum
bahunya dicuit.
“Kau bilik 210 kan? Aku Azfar panggil pacat je Tanjung Malim Syariah 209” susuk tubuh kering
mengenalkan dirinya.
“Aqif Uwaiz panggil Iz je KL” Aqif menyambut salaman dari Azfar. 2 orang kawan sudah dia
perolehi gumamnya sendirian.
“Nanti free free lepak lah bilik aku roommate aku Hafizul orang perak jugak” laung Azfar
sebelum hilang di sebalik tangga.
Aqif hanya mengangguk sambil dia mencari‐cari kelibat Hanafi, baru dia perasan mamat tu
tidak berjalan sekali dengannya. Aqif tidak mengambil pusing, langkah diaturkan terus ke
biliknya. Lampu bilik dibuka menerangi ruang kamar dia mula menyemak aktiviti pada minggu
orientasi, semua aktiviti yang sangat membosankan baginya. Hanafi muncul dihadapan pintu
bilik dengan membawa bungkusan.
“Kemana saja dia ni pergi, ada‐ada je” gumam Aqif perlahan.
“Nah Iz aku singgah cafe tadi, ni aku sempat belikan kentang goreng boleh kita makan samasama”
ujar Hanafi riang sambil mengelap peluh di dahi.
“Muka hensem baik pulak tu” Aqif berkata sendirian dengan nada perlahan.
“Motif beli kentang bagai ingat ada movie?” tawa Aqif
“Cerita yang kau postponed petang tadi itu lah movienya” tawa mereka berdua pecah di dalam
bilik.
Aqif dapat merasakan dia sudah mendapat seorang kawan baik di IPT ini.
Aqif memulakan ceritanya tujuan dia menyimpan baju serta topeng tersebut, secara jujurnya
Aqif berterus terang dengan rakan sebiliknya yang dia mempunyai split identity, tetapi
sekarang dia mampu mengawal perasaan itu dari keluar, dia gemar memakai pakaian badut itu
adalah sebab dia selalu menceriakan hari‐hari kanak‐kanak di rumah Anak‐Anak Yatim di KL
dengan perwatakan badut, Aqif juga menceritakan bagaimana kehilangan ibu bapanya ketika
di berusia 7 tahun, baginya badut dapat melupakan kesedihan seseorang melalui perwatakan
itu manakala topeng itu hanya satu hiasan untuk menunjukkan dirinya yang selalu dalam
kesedihan. Hanafi mengangguk mendengar cerita Aqif, Hanafi juga merasa aman setelah
mendengar cerita dari Aqif, terus menyingkirkan prasangka buruk terhadap diri Aqif.
“Sabar lah Iz tidak semua orang mengalami situsasi yang sama” ujar Hanafi nada perlahan, dia
simpati dengan nasib yang menerima diri Aqif tetapi Aqif masih lagi mampu tersenyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan