PENTHOUSE di tingkat tiga puluh lima mutlak menjadi miliknya. Sebenarnya, bukan penthouse itu sahaja, malah seluruh bangunan itu di bawah nama Alexander Zulkarnaeen. Tak sia‐sia pelaburan tiga perpuluhan satu juta ringgit dilaburkan untuk aset itu sahaja. Lagipun, pelaburan itu hasil titik peluhnya semenjak sepuluh tahun lalu. Dia berhak untuk
menikmatinya.
Daun pintu ditolak buatnya. Seorang pembantu wanita bertubuh mungil menyambutnya
dengan senyuman mekar. Alexander Zulkarnaeen hanya menyorot mata sahaja, atas hingga ke bawah. Tiada perkataan hatta senyuman buat pembantu wanita itu. Ah, untuk apa berkongsi senyuman? Nanti mereka fikir lain pulak.
“Selamat datang, bos!” Sapa wanita itu mesra.
Tertangkap dek bebola matanya nama Lisa pada tanda namanya. Kemudian, langkahnya lurus ke ruang tamu. Sofa kulit berwarna kelabu memanggilnya berlabuh di situ, lalu dia duduk bersilang kaki. Dua jari digoyang ke depan dan belakang, sebagai isyarat memanggil staf peribadinya berkumpul. Maka, berbarislah tiga orang staf peribadi di hadapannya.
“Rule number one, no joking. Aku orang serius, aku tak suka orang banyak ketawa.” suara
Alexander Zulkarneen kedengaran. Lisa mengangkat muka. Dia memang ceria orangnya, lalu, bagaimana dia hendak serius sepanjang masa?
“Rule number two, no smoking. Aku benci orang merokok.” ujar Alexander Zulkarnaeen
langsung tidak memandang para stafnya. Zain, staf paling kuat merokok terkedu. Dia tunduk mengerti. Selama ni dia merokok curi‐curi sahaja, tak sangka Alexander Zulkarnaeen akan menegur.
“Rule number three, no facebook‐ing, no whatssapp‐ing, no twitter‐ing. Kalau aku dapat, aku campak telefon tu ke bawah.” kali ini suara Alexander Zulkarnaeen kedengaran serius. Talia yang kerap bermuka buku tersentap. Dia gugup tetapi cepat‐cepat mengawal emosi. Tuan Alexander Zulkarnaeen, kenapa serius sangat ni? soal Talia di dalam hati.
“Rule number four, no photo snapping. Ini rumah aku, okay. Jangan galak tak tentu pasal.”
“Rule number five, silent when I’m talking. Sok‐sek, sok‐sek pun aku tak nak dengar. Kalau nak buat sebarang complain, just let Zain know.Dia akan bawa hal tu pada aku.”
“Finally, whatever happen, keep it silence. Tak ada siapa berhak masuk campur urusan aku.”
“Ada soalan?”tanyanya sesudah memberi penerangan. Ketika dia mengangkat muka, ketiga-tiga staf peribadinya menggeleng. Mereka mengerti, Alexander Zulkarnaeen yakin.
“Bersurai.”
Arahnya kemudian. Akur, masing‐masing menyambung kerja. Alexander Zulkarnaeen bangun lalu melangkah ke arah kamar peraduannya. Matanya melilau ke kiri dan kanan. Bak kamar diraja sekali pandang. Perabotnya ditempah khas dari Itali, dari pembuat perabot mewah dunia. Kagum? Ya, dia kagum pada keupayaannya sendiri. Pada kemampuannya melangkah, dari seorang penjual besi buruk, sehingga bergelar usahawan ternama. Ah, lupakan!
Dia masuk ke kamar mandi sebaik mengganti pakaian. Tubuh yang agak lesu kembali
membugar. Ingatan dibawa terbang terus ke perbualan terakhir bersama abah dan emak di
kampung. Dia jarang pulang ke kampung, tetapi kerap menghubungi mereka melalui
panggilan telefon.
“Tiba masa mencari jodoh. Umur Zul tu tiga puluh tiga tahun. Mak dan abah tak boleh tunggu, dah hilang sabar.” masih terngiang‐ngiang suara emak di telinganya. Segar, sesegar air yang menyiram tubuhnya tika itu.
“Sabar mak, sabar. Sampai masa, Zul bawa menantu mak dan abah balik.”Teringat janji manis yang ditabur pada emak.
Namun emak tetap emak. Dia tidak mengalah lagi kali ini dan berkeras menuntut janji
dilunaskan. Jika tidak, jangan balik ke kampung lagi. Aduhai! Keras betul ugutan emak.
Padahnya, dia masih disirami air sambil memikirkan pelan yang telah diatur gara‐gara
memenuhi impian emak.Esok, temujanji pertama dengan seorang gadis akan berlangsung di gerai mamak. Jika gadis itu lepas saringannya, maka automatik gadis itu akan tersenarai
sebagai calon akhir yang sesuai dibuat menantu Hajah Normah. Dan jika dia tersenarai ke
calon akhir sekalipun, Alexander Zulkarnaeen masih punya dua puluh sembilan orang lagi
calon yang perlu ditemui. Jadualnya padat dengan pertemuan jodoh sepanjang September ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan