HAI! Nama aku Nur Izz Zahrah Hasyilla. Aku adalah salah seorang daripada anak
kembar tiga kepada pasangan Mohamad Zahidi dan Siti Zahrah. Dua orang lagi saudara
kembar aku bernama Mohamad Izzhar Hasyim dan Nur Izz Zahrah Hasyita. Di antara kami
bertiga aku adalah yang bongsu. Abang Izzhar adalah anak yang sulung dan Kak Ieta yang
kedua. Walaupun kami dilahirkan kembar tapi ibu dan abah cakap, mereka kena pastikan mana satu adik, kakak dan abang dan akhirnya akulah adik yang bongsu. Yea.. sekurang‐kurangnya aku ada abang dan kakak untuk bermanja dan berkongsi rahsiaku.
Sebenarnya ibu dan abah pun tak sangka mereka bakal mendapat anak kembar tiga.
Sepuluh tahun mendirikan rumah tangga mereka masih tidak mendapat zuriat. Puas berubat dan akhirnya ibu dan abah mengambil ubat kesuburan atas saranan doktor.
Selepas melahirkan kami bertiga rahim ibu telah diikat kerana kesihatan ibu yang
tak mengizinkan ibu untuk melahirkan lagi. Ibu dan abah terpaksa menerima ketentuan takdir dan hanya kami bertigalah permata ibu dan abah sekarang.
Masa berlalu begitu cepat sekali. Hari ini umur kami sudah menjangkau ke usia 24
tahun. Abang Izzhar sedang menuntut di Mesir dan akan pulang ke Malaysia hujung tahun ini.
Kak Ieta pula sudah bertunang dengan pemuda pilihan hatinya. Hanya aku yang masih tidak berpunya dan masih menganggur. Hari ini baru aku akan mula bekerja di sebuah Syarikat di Shah alam. Syarikat milik Bumiputera. Aku belum tahu sepenuhnya tentang syarikat ini. Yang aku tahu kerja aku hanyalah sebagai kerani sementara. Aku masih dalam peringkat percubaan.
Selama tiga bulan aku akan menjalani ujian percubaan itu dan andai kata kerja aku
memuaskan hati, barulah aku akan diterima sebagai pekerja tetap.
‘’Has..dokumen ni tolong photostat ya. Buat 50 salinan, encik Amran nak tengahari nanti selepas lunch.’’ Puan Salina merangkap penolong kepada encik Amran bersuara. Aku
hanya mengangguk. Ini kerja pertama aku pada hari pertama aku bekerja. Nasib baik dulu aku pernah buat kerja part time di pejabat dan sudah mahir mengunakan mesin Photostat.
Aku bangun dan melangkah ke arah kanan pejabat yang menempatkan mesin photostat. Aku mula melakukan kerja aku seperti yang disuruh. Selepas siap 50 salinan aku menghala pula ke arah mejaku semula dan menyusun kertas‐kertas yang telah diphotostat itu ke dalam fail. Aku berfikir seketika, apa pula yang harus aku lakukan dengan kertas‐kertas itu?
‘ ’Err..Erna, dokumen ni nak dipulangkan semula ke?’’ aku bertanya kepada rakan
sekerja di sebelahku. Kami sudah diperkenalkan tadi dan namanya memang tertulis dengan
nama Erna di atas kad pekerja yang tergantung di lehernya. Dia mendongak dan berwajah
serius. Aku mengangkat fail di tanganku. Mungkin dia tak faham dengan maksudku agaknya sebab dia sedang tekun menaip sesuatu tadi ketika aku menegurnya.
‘’Apa tu?’’ Erna menyoal aku kembali.
‘’Dokumen yang Puan Salina kasi tadi nak dipulangkan kepada dia semula ke?’’ aku menyoal sekali lagi. Erna terdiam seketika dan dia bangun sambil menghulurkan tangannya untuk meminta fail yang ada di tanganku.
‘’Sepatutnya awak yang kena hantar sendiri ke bilik mesyuarat. Puan Sal tak bagitau apa‐apa ke?’’ soal Erna. Aku mengeleng pantas. Puan Salina hanya menyuruh aku photostat saja seingat aku tadi.
‘’Kalau macam tu, awak pergi tanya dia sendiri.’’ Erna berkata lagi.
Tanpa banyak soal, aku melangkahkan kakiku menuju ke bilik Puan Salina yang berada agak jauh dari meja kami. Aku mengetuk pintu setelah sampai di depan biliknya.
‘’Nak buat apa tu?’’ aku ditegur oleh seseorang. Matanya mencerlung tajam ke arahku. Aku cuba tersenyum untuk menunjukkan keramahanku.
‘’Nak pulangkan semula dokumen ni,’’ aku cuba berlagak tenang. Aku tak tahu apa jawatan dia di sini. Di atas kad pekerjanya ada tertulis dengan nama Shasha dan aku berusaha untuk mengusha pangkatnya di bawah nama namun terlindung sedikit.
‘’Bagi aku. Nanti aku bagi kat dia..’’ dia mengambil fail yang aku pegang dan mengetuk pintu bilik Puan Salina dan memulas tombol pintu, dia hilang selepas daun pintu bilik ditutup. Aku hanya memandang tanpa kata dan melangkah ke arah mejaku semula.
‘’Erna..’’ aku memanggil Erna yang masih tekun menatap skrin komputer di depannya. Dia menghentikan kerjanya dan menoleh ke arahku.
‘’Shasha tu apa pangkat dia dalam pejabat ni?’’ aku bertanya perlahan.
‘’Oh, setiausaha Puan Sal. Kenapa tanya?’’ ujar Erna
‘’Tak ada apa. Saja nak tahu. Agaknya apa kerja saya dalam pejabat ni selain photostat dokumen?’’ aku bertanya lagi.
‘’Hmm..buat air kalau ada meeting ataupun sediakan dokumen. Taip apa yang bos suruh atau ikutlah permintaan. Apa yang orang suruh awak kenalah buat.’’ Erna menjelaskan sambil cuba mengorak senyum. Aku terdiam sambil berfikir. Banyak juga ya kerja aku? Tapi, sekarang ni kerja apa pula yang aku perlu buat?
‘’Sekarang ni, saya dah tak ada kerja. Nak buat apa pula ya?’’ aku bertanya dan terus bertanya. Erna sudah tersengih dan menghulurkan aku sebuah fail.
‘’Ini kerja yang seterusnya. Awak taip semula dokumen ni dan perbetulkan kesalahan ejaan di dalam dokumen ni. Mana yang awak tak tahu, awak tanya saja. Umur Has ni berapa ya?’’ Dalam menyuruh aku membuat kerja sempat pula dia bertanya umurku.
‘’Err..dua puluh empat tahun. Kenapa ya?’’ aku bertanya Erna kembali. Dia mengelengkan kepala dan kembali menyambung kerjanya. Aku pula mula membelek dokumen yang diberikannya. Komputer di hadapanku yang sedang menyala skrinnya aku godek. Tetikus aku pegang dan mula mencari Microsoft Words dan membukanya.
Aku memulakan kerja seperti yang disuruh. Patah demi patah perkataan aku taip. Sukar juga pada mulanya kerana aku perlu membaca dengan teliti baris demi baris.
Memandangkan kerja aku adalah membetulkan kesalahan jadi aku perlu berhati‐hati agar
kesalahan yang sama takkan berulang lagi. Aku terus bertekun dengan kerjaku dan setelah
selesai aku menyemak sekali lagi ejaannya. Fuhh..nasib baik semuanya selesai dengan
sempurna. Agaknya siapalah yang sudah membuat kesilapan itu? Banyaknya kesalahan ejaan yang dilakukannya walaupun dokumen itu dalam Bahasa Malaysia.
‘’Dah siap. Nak kena print ke?’’ aku bertanya Erna. Dia memandang sekilas ke arahku dan menyambung kerjanya. Aku memerhatikan gelagatnya dengan hati yang sedikit geram.
‘’Erna…’’ aku memanggil namanya. Dia menoleh dan memandang aku.
Wajahnya macam orang sedang bingung. Aku ingin tergelak tapi aku tahan.
‘’Dokumen ni dah siap taip. Nak kena print ke?’’ aku mengulangi soalanku.
‘ ’Ohh..okey. Awak print dan tolong photostat. Buat lima puluh salinan. Selepas tu awak susun di dalam fail tu,’’ dia berkata sambil memuncungkan bibirnya ke arah fail yang
terdapat di atas mejanya.
Aku melakukan seperti yang diarahkan. Selepas menyemak sekali lagi, aku terus print. Aku pergi ke mesin photostat dan mula melakukan kerjaku. Aku kembali ke meja Erna untuk memasukkan kertas yang telah aku photostat tadi ke dalam fail. Sempat aku mengintai
skrin komputer Erna dan ingin mengambil tahu apa yang sedang ditaipnya. Uihss..makan gaji buta rupanya minah sorang ni? Dia sedang berbual dalam facebook rupanya. Aku ingatkan dia tekun buat kerja.
‘’Tak baik tau makan gaji buta.’’ Aku berkata perlahan sambil berlalu ke mejaku.
Aku menjeling sekilas ke arahnya dan dia juga sedang memandang tajam ke arahku. Aku
mengukirkan senyuman hambar. Takut pula dia melenting.
‘’Internet free, bila lagi nak ambil kesempatan. Kau buat saja kerja kau. Kalau aku makan duit haram pun bukan aku nak share dengan kau,’’ angkuh betul bunyi ayat‐ayat terakhir Erna. Aku beristighfar perlahan. Tak nampak lagi seksa yang bakal ditanggungnya di akhirat nanti, senanglah dia bercakap.
HARI pertama aku bekerja berakhir dengan jayanya. Walaupun aku terasa seakan dikulikan tapi aku nak berfikiran positif saja. Nama pun bekerja di bawah orang lain, tentulah aku perlu mengikut telunjuk mereka. Kecualilah kalau aku ni yang jadi bos.
Aku pulang ke rumah dengan hati yang lapang kerana berjaya menyesuaikan diri
dengan rakan‐rakan sekerja. Memang hari pertama ini begitu menguji kesabaranku, apatah
lagi bila ada sesetengah rakan sekerja yang menyuruh aku melakukan kerja dengan suara yang sedikit keras. Aku nak menjadi manusia yang mempunyai hati yang kuat dan kental dalam menghadapi apa saja dugaan. Selama ini aku sudah hidup bahagia bersama keluarga. Inilah masanya aku membuktikan kepada keluargaku bahawa aku mampu berdikari walau tanpa mereka di sisi.
Abang Izzhar dah lama hidup berdikari di Mesir. Kak Ieta pun sudah hidup berdikari.
Mungkin sudah tiba masanya untuk aku pula menjalani hidup sendiri. Aku pergi dan balik dari kerja dengan kereta pemberian abah. Kereta terpakai yang abah belikan khas untuk kegunaan aku. Almaklumlah, aku anak bongsu dan tak pernah hidup berjauhan dari ibu dan abah. Bila aku mendapat kerja di bandar besar ini abah mengeluarkan duit simpanannya untuk membelikan aku sebiji kereta. Antara kami tiga beradik mungkin aku sedikit manja.
Abang Izzhar dan kak Ieta sudah lama diberikan kebebasan oleh ibu dan abah. Aku pula masih bergantung dengan ibu dan abah. Bila aku mendapat kerja dan ingin tinggal
berjauhan dari ibu dan abah macam‐macam nasihat dan larangan yang abah dan ibu berikan. Lucu juga bila abah dan ibu masih menganggap aku seperti anak‐anak kecil. Itulah perasaan seseorang bila bergelar ibu dan ayah. Bukan senang nak melepaskan anak‐anak mereka tinggal berjauhan. Beruntungnya aku kerana masih mempunyai ibu dan abah untuk aku bermanja serta kakak dan abang untuk aku mencurahkan kasih sayang.
Balik ke rumah aku merehatkan diri seketika sebelum membersihkan diri dan bersolat. Sekejap lagi akan masuk waktu maghrib. Tinggal seorang diri di rumah flat kepunyaan sepupu aku yang aku sewa ini terasa begitu sunyi dan asing. Aku dah biasa tinggal di kampung yang penuh keriuhan kerana rumah nenek cuma bersebelahan rumah kami saja
dan ramai saudara mara yang menjadi jiran kami. Ibu, abah..Has dah rindukan kampung. Has dah mula rindukan semua orang. Aku menjerit di dalam hati disusuli air mata yang sudah mula bergenang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan