Label

Isnin, 21 November 2016

NOVEL Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen Bab2

BARU sepuluh minit berjumpa,dia sudah rasa panas punggung. Kalau ikutkan hati yang sedang
berbahang, mahu saja Alexander Zulkarnaeen angkat kaki dan meninggalkan saja pertemuan
itu. Harap muka sahaja cantik tapi perangainya, hisy! Asyik berkipas dan merungut aje
kerjanya. Tak reti nak berlakon langsung. Memang sah aku reject! Sungutnya dalam hati.

“Bila makanan nak sampai ni? Laparlah!” soal Tasya sambil berkipas. Alexander Zulkarnaeen
pula memang dia jenis berdiam diri, maka soalan gadis itu tak dilayannya. Dia sibuk melayan
cendol.

“Youkerja apa?” tanya Tasya, apabila kepanasannya reda. Alexander Zulkarnaeen senyap lagi.
Lama juga dia mengambil masa hendak menjawab soalan itu.

“Biasa‐biasa aje.”

“Biasa‐biasa tu macam‐macam. Biasa‐biasa macam mana?”

“Saya beli dan jual besi buruk.”

“Yikes!” cemuh Tasya tak semena‐mena. Alexander Zulkarnaeen senyum sahaja. Dia sedia
maklum reaksi Tasya yang suka berkipas. Reaksinya boleh dijangka dari awal.

“Kenapa?”

“Kenapa? Kerja macam you ni kotor. Pakai baju buruk‐buruk, balik rumah berpeluh‐peluh, kuku
you tentu hitam, kan?”

Teka Tasya dengan bibir yang sengaja disengetkan tanda meluat. Alexander Zulkarnaeen tidak
mahu bercakap panjang, saja diangkat jemarinya, menghadap wanita itu.



“Nak keluar dengan awak, kuku saya mesti bersih.” Saja Alexander Zulkarnaeen mengambil
hati, buat mengisi kekosongan masa. Makanan yang dipesan telah pun tiba, mereka menjamu
selera tanpa cerita lagi.

“Oh...Kenapa awak jual besi? Awak tak lulus SPM ke apa ni?”

“Saya ni anak orang kampung, anak orang susah. Saya dapat tawaran ke UiTM tapi tak pergi
sebab sibuk cari duit.” Alexander Zulkarnaeen terus mereka‐reka ceritanya biarpun menjual
besi buruk itu perkara benar yang berlaku dalam hidupnya.

“Hemm...dah nasib badan.” Ejek Tasya, sambil menyuap makanan. Tanpa suara, Alexander
Zulkarnaeen menghabiskan makanannya. Kemudian, dia mendail nombor telefon Zain.

“Zain...datang sini. Kau bawak motor balik, aku naik kereta.” arah Alexander Zulkarnaeen.
Sebaik menamatkan perbualan ringkas itu, dia memandang Tasya pula.

“Dah habis makan ke? Saya nak bayar ni.”

“It’s okay. I bayar.”

“Terima kasih.” ucapnya sebelum mengangkat punggung.

Dia terus menapak ke arah tapak parkir tanpa menoleh ke belakang. Temujanji entah apa‐apa.
Dengusnya perlahan. Dia melontar kunci motor ke arah Zain sebaik melihat staf peribadinya di
sisi BMW i8 putihnya, dan lontarannya berjaya disambut oleh Zain.

“Zulllllll....tunggu!”

Jerit seseorang di belakang. Dia buat tidak tahu saja lantas mengisi ruang tempat duduk
pemandu. Tasya berlari‐lari anak ke arah keretanya.

“Dasar materialistik! Tengok kereta aku baru terhegeh‐hegeh nak datang dekat.” Luah
Alexander Zulkarnaeen sengih mengejek.

Laungan Tasya tak dipedulikan sebaliknya dia menghidupkan enjin kereta dan pantas menekan
butang. Pintu kereta perlahan‐lahan bercantum dengan badan BMW i8 itu. Dia memandu
deras meninggalkan perkarangan gerai mamak itu dengan hati yang berbuku‐buku marah.

“Jangan ingat perempuan aje yang boleh mempermainkan lelaki. Aku boleh buat lebih dari
itu.” Omelnya sambil menekan nombor telefon Adam.

“Detailwomanyang aku kena jumpa esok.”

“Kejap.”

“Eryna Dato’ Ismail. Umur dua puluh lima tahun, berkelulusan perakaunan dan kewangan dari
University of South Wales. Dia kerja di Bank Negara dan enjoys travelling.”Suara Adam
kedengaran memberi penerangan ringkas.

“Pukul berapa?”

“Hi tea, boss. Pukul lima.”

“Okay.” Jawabnya sebelum memutus perbualan.

Dia terus memecut kereta menghala ke Bandaraya Kuala Lumpur. Calon pertama telah
disingkir lebih awal dari yang dijangka. Esok, dia perlu mengubah strategi. Dek kerana
lawannya esok seorang yang berpendidikan, dia tak boleh berpewatakan seperti seorang
penjual besi buruk lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan