Minta Maaf semua pembaca Ilham kalau anda sedang dalam kekeliruan. Saya terpaksa delete
semua post Aku Dan Bos dan akan update semula kerana kesilapan saya sebelum ini. Terima
kasih untuk seorang penulis Ilham yang banyak membantu saya. Kak AH jasamu dikenang kak.
Love You!..
Badanku ini betul‐betul terasa letih. Berjalan ke hulu ke hilir untuk mengambil dan menghantar
dokumen. Dari tingkat bawah naik ke tingkat atas dan begitulah sebaliknya. Ketika waktu rehat
pula tiada siapa pun yang mengajak aku keluar untuk makan bersama mereka. Masing-masing
keluar makan bersama teman lelaki. Hari pertama bekerja aku keluar makan seorang diri. Hari kedua aku membawa bekal dan makan di dalam pantri. Hari seterusnya pula aku makan di cafe bersebelahan pejabat tapi cukup terasing rasanya bila orang lain berteman sedangkan aku hanya makan seorang diri.
Hari ini aku mencari tempat baru. Aku naik ke tingkat paling atas sekali. Tiada orang yang lalu
lalang. Aku makan sambil menikmati keindahan bandaraya dengan bangunan pencakar langit.
Selesai makan aku meregangkan badan untuk menghilangkan lenguh‐lenguh. Aku lakukan
sedikit senaman ringan walaupun aku tahu masanya tidak sesuai. Biarlah, bukan ada orang
tengok pun. Aku terlalu letih sangat sekarang ni. Mungkin tak biasa buat kerja berat sebelum
ini jadi badan aku sedang menyesuaikan diri.
Aku menghabiskan waktu rehatku di tingkat atas. Aku layan laman sosial sementara
menunggu waktu rehat tamat. Adakalanya aku ketawa seorang diri bila berchating dengan
rakan‐rakan alam maya. Sesekali aku akan mengambil gambarku yang berlatar belakangkan
bangunan pencakar langit. Macam bebas sangat aku di sini. Tiada siapa yang menganggu.
Ketenangan yang tak dapat diungkapkan dengan kata‐kata.
Adakalanya aku akan menyanyi kecil. Dinding cermin di depanku aku gunakan sepenuhnya.
Selain untuk membetulkan tudungku, aku juga mengemaskan baju di depannya. Bila aku ingin
menyanyi, adakalanya aku turut menari di depannya. Bukannya menari dangdut ataupun caca,
cuma goyang‐goyang badan kiri dan kanan saja. Aku bayangkan diri aku sedang berada di
atas pentas dan sedang menyanyi di depan ribuan penonton. Aku terus tengelam dalam
khayalan.
Sebelum turun ke bawah sekali lagi aku membetulkan tudungku dan menelek wajahku di
depan dinding cermin. Untung ada cermin besar gedabak ni. Tak perlu lagi aku nak pergi ke
tandas untuk berhias. Bila waktu rehat tamat aku akan buru‐buru menuju ke arah lift kerana
tidak mahu berebut dengan orang lain. Kalau aku turun tak kena pada waktunya, aku pasti
akan bertembung dengan orang‐orang atasan yang lebih berpangkat tinggi.
Tingkat teratas ni hanya untuk CEO dan pegawai‐pegawai lain. Aku tak kenal semua orang
cuma aku pernah terserempak dengan mereka bila sesekali aku terlewat datang ke pejabat.
Kadang‐kadang aku juga tersangkut di dalam kesesakan jalan raya. Memang rimas sangat.
Adakalanya macam malas nak bawa kereta ke tempat kerja. Inilah dia dugaan di bandar besar
yang sentiasa sibuk.
"Awak..dari mana ni?" aku ditegur seseorang bila aku mula menekan butang untuk turun.
"Err..saya, saya.." aku kematian kata. Terkejut sangat sebab tak sangka masih ada orang di
tingkat atas ni.
"Awak nak turunkan? Tolong bagi fail ni kepada Puan Salina, bahagian pemasaran. Awak
tahukan bahagian pemasaran tingkat berapa?" lelaki yang menegur aku tadi sudah tersenyum
sambil menghulurkan fail kepadaku.
"Tapi encik..saya baru kerja di sini. Saya cuma kenal sorang saja Puan Salina dalam bangunan
ni." aku berkata sejujurnya.
"Oh..ya ke? Apa nama awak? Awak bahagian mana? Tingkat berapa?" dia tanya lagi. Aku
sedang berfikir sama ada nak beritahu ataupun tidak.
"Saya kerani saja encik. Tingkat dua, saya masih dalam tempoh training lagi. Baru minggu
pertama kerja." aku berkata sambil tersenyum.
"Hmm..patut la tak pernah tengok. Saya Zuhaimie, kerja bahagian pemasaran. Jomlah, saya
bawa awak ronda‐ronda pejabat. Awak masih baru lagi di sinikan?" lelaki yang aku tak kenali
ini menawarkan dirinya untuk aku menjelajah bangunan besar ini. Aku sudah mula berpeluh
dalam bangunan yang berhawa dingin.
"Ehh..tak apalah encik. Saya dah habis waktu rehat ni. Saya balik ke pejabat dululah encik." aku
cuba beralasan dan meloloskan diri ke dalam perut lift bila lift sampai dan terbuka luas. Lelaki
tadi mengikut aku dan masuk ke dalam lift bersamaku.
"Awak tak bagitau lagi nama awak. Apa nama awak?" dia tanya lagi. Aku mengebam bibir.
Macam‐macam yang aku fikir. Takut kena marah pun ya juga. Manalah tahu kalau‐kalau kerani
macam aku ni memang tak dibenarkan naik ke tingkat atas.
‘’Kenapa encik nak tahu? Nak ambil tindakan ke? Maaflah encik, saya tak tahu nak pergi mana
tadi, jadi saya saja naik ke tingkat atas tu. Bukannya ada niat apa pun." aku berkata dalam
suara yang bergetar.
"Tindakan apa? Mahal juga nama awak ni. Dah dua kali saya tanya masih belum dapat jawapan
lagi." kata‐katanya buat aku semakin bingung. Adakah aku ini seorang pesalah atau dia hanya
nak tahu nama aku saja?
"Encik..sayakan pakai kad nama ni. Encik tak reti nak baca ke?" aku berkata sambil mengangkat
kad pekerja aku tinggi‐tinggi. Memang salah aku sebenarnya kerana setiap kali waktu rehat
atau aku keluar dari pejabat, aku akan pusingkan kad pekerja aku tu.
"Saya tanya bukan sebab tak reti nak baca, lain kali kad nama tu pakai betul‐betul. Taklah
penat saya nak bertanya. Hmm..sedap nama awak. Emak yang bagi ataupun ayah?" masih ada
lagi soalan daripada lelaki ini. Dah tahu nama aku, nak tahu pula siapa yang kasi. Hiesy..banyak
songeh betullah.
"Ntah. Tak tahu pun. Tak pernah pula saya tanya." aku menjawab selamba dan bergegas keluar
bila lift sudah berhenti dan terbuka luas. Aku cuba melarikan diri daripada lelaki ini.
"Nur Izz Zahrah, kita jumpa lagi ya nanti." sebelum pintu lift tertutup semula, sempat aku
mendengar suaranya.
Aku tak berpaling pun. Aku terus melangkah laju untuk menuju ke pejabat bahagian aku
bekerja. Bagi aku pengalaman ditegur oleh pekerja tingkat atas adalah pengalaman yang
paling berharga kerana aku tahu mereka yang bekerja di tingkat paling atas bukan calangcalang
orangnya. Melihat cara berpakaiaan mereka pun sudah menunjukkan siapa mereka.
Berpakaian kemas dengan tali leher dan berkot hitam. Memang stail orang‐orang VIP.
SUDAH seminggu aku menghabiskan waktu rehat aku di sini. Pagi tadi setiausaha puan Salina
mengamuk kepadaku gara‐gara aku tersalah menghantar fail kepadanya. Sebagai seorang
pekerja baru aku rasa sedikit terbeban dengan tugas‐tugas yang diberikan kepadaku.
Apa yang pasti aku seolah sedang melakukan kerja‐kerja orang lain. Membetulkan kesilapan
ejaan dan menyusunnya kembali ke dalam fail. Kemudian aku disuruh pula menghantar fail‐fail
itu ke bahagian lain. Disuruh melakukan beberapa salinan kertas dokumen dan sebagainya.
Bukan aku nak mengeluh ataupun mengungkit cuma aku rasa hairan sedikit sebab Erna dan
setiausaha Puan Salina terlalu banyak mempunyai masa terluang untuk melayan internet ketika
waktu bekerja. Aku pula yang tak menang tangan dan kaki melakukan semua kerja.
Aku naik ke tingkat atas hari ini dengan sedikit tekanan. Perkara pertama yang aku lakukan
adalah berdiri di tepi koridor bangunan sambil mendepangkan kedua belah tanganku sambil
menyedut udara nyaman. Apa yang best bila berada di sini adalah aku dapat menyedut udara
segar dengan angin sepoi‐sepoi bahasa.
Bila aku mendepangkan kedua tanganku, aku pejamkan mata dan cuba bayangkan aku sedang
berada di atas kapal. Alah..sengaja aku tiru adegan dalam filem Titanic. Aku cuba kosongkan
minda aku.
Selepas itu aku menarik nafas dalam‐dalam dan melepaskannya. Kemudian aku berada dalam
kedudukan itu dalam beberapa minit. Bila sudah terasa sedikit lega perasaanku, barulah aku
membuka mataku semula.
Perkara kedua pula, aku hamparkan kertas surat khabar dan mula berkelah seorang diri. Pagi ni
aku terlebih rajin sedikit. Aku menyediakan nasi putih bersama budu dan ulam‐ulaman. Kari
ikan bawal dan sambal tumis udang. Aku masukkan ke semuanya ke dalam mangkuk tingkat
plastik. Aku duduk bersila di atas surat khabar dan mula mengeluarkan makanan yang aku
bawa. Aku mula menyuap dan menikmati hidangan tengahariku. Yang paling membuka selera
tentulah budu yang dicampur dengan hirisan cili padi,bawang dan jus limau. Perghh..sedap tak
terkata. Hilang seketika tekanan yang membelengu perasaanku tadi.
Aku tak nak peningkan fikiranku dengan perkara yang sudah berlalu. Aku nak ikhlaskan hatiku
untuk melakukan tugas‐tugas yang diberikan. Lantaklah, kalau orang lain nak curi tulang pun.
Aku nak makan rezeki yang halal dan berkat. Aku takkan sesekali ikut cara mereka. Sambil
makan aku berazam di dalam hati.
Usai makan aku berehat seketika. Tiba‐tiba terdetik dalam hati untuk membuat senaman
muka. Aku bangun dan berdiri di depan dinding cermin. Hari ini aku berlatih berlakon pula.
Aku bawa watak orang yang sedang stress dan sedang melepaskan perasaannya. Kemudian
aku buat pula memek muka dengan wajah orang sedang marah, ketawa, menangis dan
gembira. Sambil aku perbetulkan tudungku.
Seperti biasa selepas itu aku melakukan sedikit regangang untuk melegakan lenguh‐lenguh di
tubuhku. Selepas beberapa aksi senaman ringan aku letakkan kedua tanganku ke pinggang
dan mula membelakangkan dinding cermin. Aku mengadap ke arah deretan bangunanbangunan
pencakar langit. Perlahan‐lahan aku mula mengoyangkan punggungku. Kiri, kanan,
kiri, kanan. Satu, dua, tiga, empat dan ulang lagi. Selepas empat pusingan aku pun berhenti
dan mengambil angin di hujung koridor.
"Izz Zahrah, awak buat apa di sini?" aku menoleh kalut ke arah suara yang menegurku. Lah..dia
ni lagi. Aku cuba mengukirkan senyuman dalam terpaksa.
"Tak ada apalah. Saja, ambil angin." aku berbasa basi. Malas sangat nak melayan lelaki ini.
Bukannya aku nak menyombong tapi aku ada terdengar desas‐desus yang mengatakan dia
seorang playboy. Seram aku kerana takut aku bakal jadi mangsanya pula.
"Saya balik pejabat dululah encik Zuhaimie, dah habis pun break time." sekali lagi aku cuba
melarikan diri daripadanya. Aku berjalan menuju ke arah tangga tapi terserempak pula dengan
orang lain. Nasib baik dia hanya membelek telefonnya saja tanpa mempedulikan kehadiranku.
Aku terus berlalu dan menuruni tangga hingga ke tingkat dua puluh barulah aku mencari lift
dan turun dengan lift pula. Tak memasal aku terpaksa menapak lima tingkat gara‐gara
bertembung dengan encik Zuhaimie.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan