Sampai sahaja saya di rumah saya, terus saya makan nasi lemak itu. Sepanjang perjalanan balik
itu memang saya asyik fikir tentang Dr. Stephen. Tentang kejadian yang tidak disangkasangkakan
itu. Saya terlalu khusyuk makan sampailah suara mak saya memecah kesunyian menyebabkan saya tersentap.
“Eh, kenapa baju kau itu Annie? Kotor juga tu. Pergi tukar. Kau mandi lumpurkah tadi?”
Saya sempat memusingkan bola mata saya sebelum memandang ke arah mak saya. “Sorry
mak, saya terlalu lapar, saya malas mahu tukar baju.”
“Aduinah....Annie Hallie Agustine! Kau ni, macam‐macam oh. Pergi tukar sekarang, bikin malu
saja kau ni.”
“Yelah, yelah. Saya pergilah ni,” saya mengalah. Mata saya betul‐betul mengantuk, tiada kuasa
saya rasa mahu membalas, jadi saya abaikan sahaja leteran mak saya itu. Mak saya memang
macam itu. Kalau dia betul‐betul rasaannoydengan saya, mulalah dia sebut nama penuh saya.
Nasib sahaja dia tidak sebut Annabella Hallie Agustine. Saya sangat tidak suka kena panggil
Annabella. Panjang betul mahu disebut. Saya prefer Annie. Pendek tapi bergaya. Ceh wah!
Bila saya masuk ke dalam bilik saya, dan saya nampak katil saya yang besar itu, terus saya
baring dan tertidur dengan lenanya, nasi lemak saya dilupakan begitu sahaja. Saya mimpi Dr.
Stephen lagi. Kali ini mimpi itu berunsurkan romantis. Dia dengan saya berjalan‐jalan di tepi
pantai sambil berpegangan tangan. Lepas itu dia mendendangkan saya lagu “Beautiful Girl”
oleh Jose Mari‐Chan sambil memetik gitarnya. Rasa macam di alam nyata pula. Tetapi
malangnya, sebagaimana orang dulu‐dulu kata, mimpi lebih indah daripada realiti.
Saya terjaga daripada mimpi indah saya itu. Saya terus mengeluh dengan kuat. Saya biasanya
akan moody setiap kali mimpi baik saya diganggu. Saya tengok handphone saya yang berjenamakan Lenovo itu, dan tersentap. Ya ampun! Sudah pukul tujuh malam? Punya lama saya tidur! Habis sia‐sia hari ini. Itulah saya memang kuat tidur. Selalunya saya akan habiskan masa rehat ini dengan tidur. Padanlah saya tiada kehidupan.
Saya pergi mandi, berus gigi, dan turun makan malam. Mak saya geleng kepala sahaja melihat
karenah saya.
“Kau ni Annie, kalau tidur, nombor satu. Terus tidak ingat dunia. Sayang saja nasi lemak kau
tidak termakan. Terpaksa saya buang sebab kalau bagi anjing jiran kita, habis perut dia terbakar pula, tidak pasal‐pasal si jiran bawa penyapu ke sini untuk pukul kita dua.”
Nasi lemak.....Nasi lemak!! Saya terus seratus‐peratus terjaga. Nasi lemak yang Dr. Stephen
belikan untuk saya! Alamak!
“Mak, mana dua bungkus nasi lemak yang lain? Tadi saya bawa tiga bungkus.” Saya takut
mahu dengar jawapan mak saya. Janganlah dia buang juga, doa saya dalam hati.
“Ada di dalamice boxtu. Kau panaskan saja guna microwave tu. Mak mahu satu bungkus juga
ya.” Saya melepaskan nafas lega. Syukur mak tidak buang lagi.
Dalam keluarga saya terdiri daripada mak, bapa, saya dan adik perempuan saya yang bernama
Angela Harmony, atau lebih senang dipanggil sebagai Angie. Walaupun hanya kami berdua adik‐beradik, namun kami berdua tidak begitu rapat. Dia berumur lapan belas tahun, baru sahaja tamat SPM dan belum keluar lagi keputusan. Saya pula berumur dua puluh empat tahun. Sejujurnya dalam rumah ini saya hanya rapat dengan mak saya sahaja, itupun tidak juga sangat rapat. Maksud saya, saya lebih senang duduk di dalam bilik, berhadapan dengan laptop saya dan online. Banyak benda yang keluarga saya tidak tahu tentang saya. Saya pun tidak terbuka hati mahu kongsi dengan mereka. Saya rasa kekok, dan saya tidak tahu kenapa. Angie pula jenis yang senang dibawa bercerita. Dia rapat dengan bapa dan mak. Dia juga rapat dengan saudara mara kami. Boleh dikatakan dia sangat dikenali. Saya pula macam orang putih cakap Blacksheep in the family. Teman sejati saya hanyalah kawan online saya yang saya kenal melalui chat room di Yahoo! Messenger ﴾YM﴿.
Selepas sahaja saya habis makan, terus saya masuk bilik dan memulakan aktiviti saya: online. Saya log in YM dan nampak kawan saya itu online. Dia menggunakan nama chat dia sebagai Zero. Saya dengan Zero berkawan selama setahun. Saya senang bercakap dengan dia. Walau apapun terjadi dia sentiasaavailableuntuk saya. Dia ini lelaki berasal daripada Sarawak. Kami sudah pernah bertukar gambar. Dia memiliki rupa yang boleh dikategorikan sebagai kacak dan macho. Rambutnya lebat, belah tengah seperti Nick Carter dari kumpulan Backstreet Boys, dan memiliki tubuh badan yang sasah. Sejujurnya saya memang ada simpan perasaan terhadap dia tetapi dia tidak pernah tahu dan saya juga kawal perasaan ini kerana kami belum pernah bersemuka lagi.Webcam dengan yang betul‐betul bersemuka depan mata sangat berbeza bagi saya. Kami belum pernah bertemu disebabkan masalah jadual kerja. Nampak sahaja Sabah dan Sarawak berjiran tetapi bukan senang mahu cari masa yang sesuai. Dia bekerja sebagai jututerbang di syarikat AirAsia sebagai Kapten, jadi jadual kerja dia memang sangat sibuk dan jarang sekali dapat cuti panjang. Diaonlineini pun bukan selalu. Kadang‐kadang mahu sebulan sekali baru dia muncul. Tetapi itu tidak memudaratkan persahabatan kami. Kami berdua masih dapat berkomunikasi dengan baik, malah semakin lama kami tidak berhubung, semakin rancak kami bercerita tatkala kami berduaonline.
AHAnnie: Hai Zero! Astaga, lama sudah kita tidak bercakap oh.
Zero: Hai Annie. Yalah,sorry,sejak akhir‐akhir ini saya sibuk betul.
AHAnnie: Tidak apa. Yang penting sekarang kau tidak sibuk hehe.
Zero: Ya, betul itu. Jadi, apa cerita? Ada gosip panas tak?
Saya senyum lebar sahaja membaca chat si Zero ini. Dia ini nama saja kapten, tapi kalau gosip dia paling semangat. Macam‐macam sudah kami gosip, tentang rakan sekerja, karenah pelanggan, keluarga, kawan‐kawan, semualah kami gosip.
AHAnnie: Kau masih ingat kah yang saya cerita tentang Dr. Stephen?
Zero: Masih. Doktor yang kau tergila‐gilakan itu?
AHAnnie: Ish, kau ini. Ada‐ada sahaja. Begini ceritanya, tadi pagi dia terlanggar saya, kebetulan dia tengah angkat mi kari dan kopi hitam panas. Kau boleh bayangkan keadaan saya masa tu?
Zero: Hahahaha padan muka kau. So,lepas tu apa jadi? Dia tahukah kau ini siapa?
AHAnnie: Dia tidak tahu tu. Kan suara saya kalau di talian dengan realiti lain. Dalam hati saya
bersyukur juga dia tidak cam saya. Malu bah saya masa tu. Zero, kau mahu tahu, saya rasa saya
sudah jatuh cinta pada dia!
Tiba‐tiba senyap sahaja chat kami. Saya pun rasa pelik. Zero biasanya akan balas dengan laju,
paling lama pun seminit. Kali ini tidak. Sudah mahu lima minit dia masih tidak membalas. Saya
makin rasa pelik. Ke manakah dia pergi? Menghilang pula dia di saat saya mencurahkan
perasaan saya ini.
Dari lima minit, sekarang sudah hampir sejam dia masih tidak balas padahal dia masih online. Saya mula rasa rimas dan marah. Saya terus tekan buzz berkali‐kali pada ruangan chat dia. Sejurus selepas itu barulah dia balas:
Zero: Sorry Annie. Saya sibuk pula sekarang. Nanti kita cakap lagi okey? Bye!
Belum sempat saya membalas mesej dia, dia sudah pun offline. Saya terus tutup laptop saya dengan kasar dan terus baring ke katil saya, air mata saya sudah deras mengalir. Dialah satu-satumya
kawan rapat saya namun buat pertama kalinya dia telah melukakan hati saya. Saya tidak mengerti akan perubahan sikap dia sebentar tadi. Mula‐mula dia juga yang mahu dengar gosip, tetapi dia pula yangoffline tanpa sebarang penjelasan. Saya terus menangis mengenangkan nasib saya ini. Saya tahu saya ini dramatik tetapi saya tidak dapat kawal perasaan saya. Pada masa inilah mula sudah datang suara syaitan membisik di telinga saya.
Kau jaga‐jaga. Zero macam mahu lari daripada kau saja itu. Hahaha, padan muka. Semua salah
kau. Kau ingat kau kawan baik dia, tapi kau sebenarnya orang yang sangat teruk!
Saya tutup telinga saya dengan kuat‐kuat, untuk menghalang suara itu daripada mengganggu fikiran saya. Saya tidak tahu apa yang telah berlaku terhadap saya. Ya, memang saya akui saya sudah lama ada perasaan depression ini, sebab itu saya tidak rapat dengan orang lain. Kadang-kadang sahaja saya keluar jalan‐jalan dengan kawan‐kawan saya satu course tetapi biasanya saya diam sahaja. Tetapi sejak saya kerja ini saya memang boleh dikatakan lost contact dengan kawan‐kawan saya. Sebab itulah bila Zero muncul dalam hidup saya, saya rasa sangat gembira kerana akhirnya saya ada kawan yang saya boleh percaya biarpun kami tinggal berjauhan.
Tetapi apa yang berlaku hari ini telah mengubah segala‐galanya. Sejak dari itu hidup saya telah
berubah sebanyak tiga ratus enam puluh darjah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan